Wednesday, February 4, 2009

INDAHNYA CINTA MENURUT KACA MATA ISLAM

SPEKTRUM CINTA
☺Sebab perpecahan
• Sesungguhnya rasa benci merupakan salah satu penyebab perpecahan di tengah-tengah keluarga
• Sifat hasad dengki “merupakan nyalaan api yang akan membakar kebaikan dan menghancurkan amal soleh”
• Cinta dunia “ cinta dunia adalah akar daripada setiap bentuk kesalahan”
• Fanatisma kesukuan ala jahiliah
Sebab perpecahan
1. rasa benci
• Punca perpecahan di tengah-tengah keluarga
• Kebencian akan membakar hati dan memutus jalinan persaudaraan
Sebab perpecahan
2. hasad dengki
• Yang menyebabkan pertengkaran di antara anak adam adalah sikap hasad dengki
• Kecintaan kepada dunia boleh menimbulkan rasa hasad dengki
Sebab perpecahan
3. cinta dunia
• ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan…….dan di akhirat ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah serta keradhaanNya.Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu”
• Orang soleh ‘dunia itu laksana mimpi saja, seperti mimpinya orang yang sedang tidur’.’dia adalah wanita tua yang sangat memgerikan, ciuman dan senyumannya tidak enak’
• Nabi nuh ‘ melihat dunia seperti rumah yang memiliki dua pintu, aku masuk dari pintu ini dan keluar dari pintu yang satu lagi’
• Cinta dunia boleh memutuskan hubungan tali silaturrahim, kekasih dan kekeluargaan.
• Juga boleh menjadikan manusia lalai daripada menunaikan solat berjemaah dan seminar-seminar islam.
• Boleh menyebabkan kerasnya hati dan membuang waktu selain untuk melakukan ketaatan kepada Allahswt.
Sebab perpecahan
4. fanatisma kesukuan ala jahiliah
• Iaitu berpuak-puak dan menjadikan sebahagian daripada kabilah memiliki kedudukan atau darjat tersendiri mengalahkan golongan yang lain
Sebab-sebab terjalinnya persaudaraan
1. Mengucap salam
2. Memberi senyum
3. Mendoakan saudara kita dari kejauhan tanpa pengetahuan orang yang didoakan
4. Mengunjungi saudara kerana Allah
5. Silaturrahim (menjalin hubungan kekeluargaan)
6. Mengingati mati
7. Memberi maaf
Mengucapkan salam
Nabi s.a.w bersabda: “ Wahai sekalian manusia,
sebarkanlah salam,berikanlah makanan, jalinlah
hubungan kekeluargaan dan kerjakanlah solat di waktu
malam ketika orang-orang sedang tidur, nescaya kamu
akan masuk syurga dengan damai.”
Allah swt berfirman “salam penghormatan kepada
mereka (orang-orang mukmin itu) pada hari mereka
menemuiNya ialah salam.”
Senyum
Rasulullah saw bersabda “senyum yang kamu
berikan kepada saudaramu adalah sedekah”
Sesungguhnya , berjabat tangan seorang muslim dengan muslim yang lain akan menghapus dosa-dosa, sebagaimana pepohonan itu menggugurkan daunnya pada musim dingin yang sangat dahsyat’
Mendoakan saudara kita dari kejauhan tanpa pengetahuan orang yang didoakan
“ketahuilah….jika kamu mendoakan saudaramu sesama muslim, maka akan ada seorang malaikat yang berkata, “dan engkau juga mendapat pahala yang sama”
Mengunjungi saudara kerana Allah
Nabi saw bersabda “barangsiapa mengunjungi orang yang sakit, maka ia sentiasa berada di kebun buah syurga yang sedia dipetik sehingga ia pulang’
Silaturrahim (menjalin hubungan kekeluargaan)
• Adalah amalan paling agung yang akan menambah umur dan memberkati hidup ini.
• Perbuatan memutuskan silaturrahim adalah perbuatan terbesar yang boleh mengeruhkan hidup ini, mengotori kecintaan, mengeraskan hati dan mensia-siakan waktu.
Mengingati mati
• Merupakan sebahagian daripada penyebab lembutnya hati
“kematian adalah sesuatu yang tidak boleh dihindari, bila peti mayat itu telah diusung sudah pasti akan dinaiki”
Allah swt berfirman “ di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu,walaupun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.” (An-Nisa:78)
Iman Ahmad r.a ketika melihat kubur….biasanya beliau berhenti dan duduk tercenggang….sedangkan Uthman r.a ketika melihat kubur, biasanya beliau lantas menangis hingga pengsan.
Memberi maaf
• Sikap ini akan melahirkan cinta dan kasih sayang.
Allah swt berfirman “orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan (kesalahan) orang, Allah menyukai orang-orang yang membuat kebajikan (Al Imran:134)
Maknanya cinta dalam islam
Segala puji bagi Allah.Kita sentiasa memuji,memohon pertolongan dan meminta keampunan kepadaNYA. Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah. Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNYA. Semoga Allah sentiasa mencurahkan selawat kepada baginda,juga kepada segenap keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya
Rasulullah saw bersabda
“barangsiapa mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah dan menolak kerana Allah,maka telah sempurnalah imannya
Cinta terbahgi kepada 2 jenis
1.Cinta yg bersifat fitri jibilli
-merujuk kepada cinta fitrah atau semulajadi yg telah dijadikan oleh Allah kepada manusia.
-contoh cinta kepada teman,isteri,ibu,alam sekitar,anak dll.
2. Cinta yg bersifat sabadi kasbi (hasil usaha manusia sendiri)
-Allah akan menghisab manusia atas cinta ini jika ia sampai memalingkannya untuk selain mencari keredhaan Allah swt.
Perkara-perkara yg dicintai seperti disebutkan oleh Al-Quran
Cinta adalah ibadah.Jika cinta itu menyatu dengan penghinaan diri,maka itulah kesempurnaan ibadah.
Kisah seorang sahabat yg syahid pada waktu perang uhud
Hanzalah yang mati syahid lalu dimandikan oleh malaikat,sudi keluar dr rumahnya untuk ke medan perang uhud sedangkan pada hari itu adalah hari pertamanya sebagai pengantin.Tidak ada yang menyebabkannya rela melakukan itu semua melainkan kecintaannya kepada Allahswt.
Mengaku cinta
Pengakuan saja memang mudah.Sebahagian kalangan orang soleh berkata,janganlah kamu mudah menyatakan cinta kepada Allah dengan lidahmu,lalu kamu mengaku sudah mencintaiNYA.
Cinta itu tidak hanya sekadar dengan pengakuan saja.manusia adalah makhluk yg mempunyai hasrat dan keinginan.Maka hatinya harus mempunyai hasrat,dia harus mempunyai sembahan yg menjadi tempat bergantung hatinya,iaitu Allah yg maha suci lagi maha Tinggi.
Beberapa contoh cinta yang tulus kepada Allah
“Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Rabbnya dengan mendapat rezeki”
Kisah Abdullah bin Amru
• Terkorban Syahid dalam perang uhud
• Beliau sungguh mulia disisi Allah sehingga para malaikat tetap saja menaunginya dengan sayap mereka sehingga orang-orang selesai mengangkat jenazahnya.
• Nabi Muhammad saw menjelaskan Allah telah menghidupkan Abdullah,lalu dia bercakap-cakap denganya secara berhadapan tanpa tirai dan tanpa perantara.
• Baginda juga bersabda..Allah telah menjadikan roh Abdullah dan saudara2nya berada dalam tubuh seekor burung yg berwarna hijau.ia mempunyai sarang yg tergantung di Arasy.ia pergi ke syurga sekehendaknya kemudian kembali ke sarangnya.
Sedikit kisah buat tatapan pembaca. Diambil dari seorang pemberi.

No comments: