Saturday, October 31, 2009

kerana aku seorang perempuan..part 4

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana telah memberikan aku keputusan yang cemerlang dua semester berturut-turut. Semester ini aku mendapat pointer 3. 52, meningkat 0.02 berbanding semester lepas. Aku sangat gembira dengan keputusan yang diperolehi. Tidak sia-sia aku berjaga malam dan menghabiskan masa menelaah buku pelajaran di perpustakaan. Jika membuat latihan, aku akan mengajak Amin, K-E, Najib dan Din untuk sama-sama menguji minda dan meningkatkan pemahaman kami terhadap subjek yang dipelajari.

Tahun ke-2 aku di universiti lebih mematangkan diri aku. Aku tidak lagi bergelar junior. Ditambah pula aku terpaksa melalui perkara baru dalam hidup. Aku terpaksa duduk sebilik dengan seorang senior tahun tiga jurusan Fizik Tulen. Bilik kesayangan aku semasa tahun pertama tidak dapat aku duduki kerana diberikan kepada junior yang baru masuk.

Kak Ros, itulah panggilan teman sebilikku, umurnya tua setahun dari aku. Kak Ros seorang yang amat menjaga agamanya. Memakai tudung labuh, kadang-kadang berjubah dan kadang-kadang berbaju kurung. Jarang dia memakai seluar kecuali jika beriadah. Itu pun memakai baju t-shirt labuh. Kadang-kadang rimas juga aku tengok cara pemakaina dia. Tapi ikut keselesaan la, selagi dia tak kacau aku, aku pun tak kacau dia.

Aku tahu, Kak Ros seorang yang sangat baik orangnya. Menjadi idaman lelaki-lelaki yang inginkan calon isteri solehah. Aku? Jauh paggang dari api, tak mungkin aku akan jadi penyejuk hati seorang lelaki. Huh!
SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYAKEHARUMAN MELATA
SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANGMALAM
BERJUANG UNTUK KEROSAKAN
TETAPI,SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA
SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU
AGAR IA TIDAKBERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA
SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN
SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN

Buat dirimu: Nadia



Pagi ini, sebuah sajak yang ditulis dengan tulisan verdana berada dalam raga motorku. Khas buat Nadia. Siapakah yang memanggil aku dengan nama Nadia. Selama ini, aku hanya memperkenalkan diriku dengan panggilan Nad, sesuai dengan penampilanku. Biarkan saja perkara ini berlalu, mungkin hanya seseorang yang ingin menjadikan aku sahabatnya.

Malam itu, aku mengambil kertas yang tertulis sebuah sajak. Ye, sajak yang menceritakan tentang sahabat dan ciri-ciri seorang sahabat. Aku sukakannya. Sifat seorang sahabat yang baik dan nampak Islamik. Tapi, siapakah pemilik sajak tersebut. Aku masih lagi mencari dan masih lagi menjadi tanda tanya dalam diri.Esoknya, selepas aku keluar dari makmal komputer Pusat Pengajian Pengurusan, aku menerima sehelai lagi kertas. Kali ini bukan sebuah sajak tapi hanya kata-kata ringkas.

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita.

Buatmu: Nadia

Siapakah dia orangnya. Kata-kata sinis yang dihantar padaku kali ini membuatkan aku betul-betul terasa hati. Kalau dia seorang yang ingin berkawan, terima aku seadanya. Jangan memperlekehkan aku. Aku tahu siapa aku dan apa yang aku lakukan. Satu pemberontakan kecil dalam diri. Baik sangat ke dia hingga menegur aku sebegini.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Buatmu: Nadia

Terasa sedap didengar kata-kata ini. Sejuk hatiku mendengarnya. Ya, seorang wanita itu sangat baik penciptaannya. Adakah aku seorang yang tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan? Atau aku hanya manusia biasa yang ingin mencuba? Perlukah aku menceritakan hal ini kepada Nina, Aju, atau Shanti? Tidak, belum masanya lagi.

Setelah seminggu aku menerima sekeping kertas bertulis, hatiku semakin resah. Siapakah gerangan yang memberikan aku kata-kata tersebut. Setiap hari. Aku jadi bingung, dan aku perlu tahu siapakah insan yang tidak jemu-jemu menghantar pesanan tersebut kepadaku. Aku perlu memasang jerat, supaya ‘dia’ terkena.

Keesokan harinya, seperti biasa aku akan ke kuliah makroekonomi di bangunan E48, tapi kali ini aku tidak terus masuk ke dalam dewan kuliah, aku duduk di tepi bangunan sambil memerhatikan kalau-kalau ada kelibat yang menghampiri motorku. Dua puluh minit berlalu dan aku semakin bosan menunggu, tiba-tiba seorang lelaki yang berbaju t-shirt berwarna merah dan berseluar slack meletakkan sekeping kertas dalam raga motorku. ‘snap’ dari jauh aku memfokuskan wajah lelaki tersebut di lensa kameraku. Akhirnya aku berjaya dan dia adalah seorang lelaki. Hm....

Wednesday, October 28, 2009

kerana aku seorang perempuan..part 3

Rindu pada universiti setelah tiga bulan bercuti. Sesampainya aku di sana, aku mengambil keputusan untuk meminjam buku-buku tambahan untuk sesi pembelajaran pada semester ini. Jika terlambat, buku-buku akan dipinjam oleh pelajar lain dan belum tentu aku dapat meminjamnya dalam masa yang dikehendaki. Lebih baik aku menelaah terlebih dahulu sambil membuat nota awal.

Walaupun aku bersendirian di Desasiswa Cahaya Gemilang aku bertuah kerana mempunyai sahabat baik. Nina, Shanti dan Aju, merekalah teman baikku di universiti. Walaupun mereka rakan sekuliah, tetapi, aku lebih rapat dengan Din, Najib, K-E dan Amin. Merekalah teman sekuliah ku yang sangat baik dan sentiasa menemani aku ke mana sahaja jika aku perlukan teman. Walaupun ramai mata-mata yang memandang kami dengan pandangan yang sinis, tapi aku tak peduli. Kerana aku tahu, kami lebih tahu siapa kami. Makan bersama, bersenam dan beriadah bersama juga yang paling seronok bila membuat tugasan dalam kumpulan, kami tetap berlima.

Pernah sekali Najib menegur aku kerana berkawan dengan lelaki dan perangai aku juga seperti lelaki.

“Nad, kenapa ko suka berkawan dengan kami yer? ko kan perempuan”?

“Sebab korang semua baik dengan aku”, jawabku.

“Tapi ko tak nampak ke orang lain tengok kita lain macam jer”, tambah Najib

“Betul tu, ko kan perempuan. Tiba- tiba aku teringin nak tengok kau pakai baju kurung la Nad, mesti nampak ayu”. pintas K-E.

“Biarla apa orang lain nak cakap, kalau korang semua tak nak kawan dengan aku sudah, kalau korang nak tengok aku pakai baju kurung baik korang tak payah kawan dengan aku”, dengan nada marah aku menjawab soalan mereka.

Amin menenangkan suasana dan akhirnya kami tetap menjadi kawan rapat sehingga hari ini.

Bukan aku tak tahu, tak manis aku berkawan dengan mereka. Tapi aku lebih selesa berkawan dengan lelaki dari perempuan-perempuan yang suka bergosip dan mengumpat tak tentu masa. Lagi aku tak suka bila terpaksa menunggu mereka untuk bersiap ke kuliah. Boleh buat hati panas. Nasibla aku tinggal seorang, kalau ada teman sebilik, mesti banyak masa aku dihabiskan dengan melayan cakap-cakap kosong, melihat dia dengan pakaiannya, make up dan cerita tentang lelaki idaman. Bosan.



Semester ini berlalu dengan begitu pantas. Setelah tamat peperikasaan akhir, aku mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung kerana cuti hanya sebulan. Aku bekerja di Tesco Extra Sungai Dua sebagai jurujual. Pendapatan yang aku terima akan aku hantar sedikit ke kampung untuk belanja bapak, mak dan adik-adik di kampung. Seronok bekerja di sini, kerana aku dapat pengalaman yang lebih mencabar dan mengetahui selok belok perniagaan yang lebih besar julatnya berbanding semasa aku bekerja di R&R dahulu.

Monday, October 26, 2009

kerana aku seorang perempuan..part 2

Selepas solat zohor, aku menelaah buku-buku pelajaran sambil minum milo panas. Terasa seperti mengantuk, dua tiga baris ayat yang aku baca nyata membuatkan pelupuk mataku berat. Tutup buku dan terus menghampiri katil.Zzzz…..

Waktu malam seusai solat maghrib dan isyak memang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran. Mata lebih cergas. Aku membuat nota pelajaran mikroekonomi. Mata pelajaran yang sangat aku minati. Telefon berbunyi…telefon..telefon berbunyi macam cerita wonderpets di TV9. Aku mencapai telefon dan menekan butang hijau. Suara emak yang memberi salam mendamaikan jiwa. Mak aku telefon. Katanya minggu ni hujan asyik turun dan pokok getah basah. Duit belanja pun kurang.

‘”kamu tau hari ni hujan lebat bebeno, sampai ke petang. Dah seminggu mak tak boleh noreh” adik kamu balik sekolah lenjun.” Kata mak.

Aku dibesarkan dengan hasil titik peluh bapak dan mak yang menorah getah. Aku bangga kerana walaupun rezeki tak seberapa, tapi makan kami sentiasa terjaga walaupun hanya makan nasi dengan lauk goreng ikan kembung. Sangat menyelerakan. Namun, di universiti, terutamanya di café, makanan aku lebih terjaga dan mungkin lebih sedap. Pilih saja ayam, ikan, sotong atau apa saja, semua ada.

Tiba-tiba aku teringat kata-kata Shanti sewaktu makan tengahari.

“Nad, kenapa ko tak simpan rambut panjang macam kami yer sambil memandang Nina, aku rasa kalau kau berambut panjang mesti cantik. Aku tengok rambut kau macam Syahrul course mate kita tu”, kata Shanti sambil tersenyum menampakkan barisan giginya.

Aku berambut panjang? Gila ke apa? Tak mungkin aku berambut panjang, dengan gaya aku yang ganas, santai dan tidak mementingkan kecantikan, mana mungkin boleh berambut panjang. Apatah lagi aku memang tidak suka berambut panjang dan aku memang kelihatan seperti lelaki. Oh, lelaki…


Biarkanlah..ini adalah jalan yang aku pilih. Aku memilih untuk merubah diriku. Apa yang aku fikirkan hanyalah menamatkan pelajaran dan mengejar cita-cita menjadi usahawan yang berjaya satu hari kelak. Bukan untuk orang lain, tapi untuk kelurgaku yang telah banyak berjasa pada diriku menjadikan aku seorang yang berilmu.

Setelah menduduki peperiksaan semester pertama, aku manfaatkan cuti selama 3 bulan untuk menambahkan pendapatan. Aku bekerja sebagai jurujual di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) kawasan Sg. Perak. 15 minit dari rumahku di Kampung Chandan. Walaupun penat melayan keletah pelanggan tapi aku gembira kerana dapat pengalaman yang sangat bermakna. Cita-citaku menjadi seorang usahawan akan bermula dari sini.

Setiap hari Rabu, aku akan menolong bapak dan mak mengutip getah. Kalu hujan turun sikitlah hasil jualannya, tapi jika hari panas, Alhamdulillah..rezeki kami bertambah. Getah-getah yang ada dalam pot aku tarik dan masukkan ke dalam tong sebelum dipindahkan ke dalam guni supaya mudah ditimbang. Selesai mengutip getah, aku akan membuat pemeriksaan mengejut ke seluruh badan. Pacat!!! Dua tiga ekor pacat di celah jari kaki dan seekor di bawah pelipat lutut. Pacat yang sudah kenyang diambil dan di toreh dengan pisau penoreh getah. Bila aku bersifat lebih penyayang, aku akan matikan pacat dengan meletakkan garam kasar dibadannya seterusnya darah akan keluar dari badan pacat tersebut. Kejamnya aku.

Hari ni aku bekerj adi R&R seperti biasa. Namun, seorang lelaki yang perasan hensem telah datang dan membuat pesanan air milo ais, dua. Mungkin untuk aweknya yang tergeik-gedik menunggu di meja sambil memintal-mintal rambutnya yang separas bahu. Jelek aku melihatnya. 2.40 sen harga milo ais. Lelaki itu meletakkan 2 ringgit di atas kaunter pembayaran. 40 sen halal ye, katanya. Mana boleh encik, ni bukan kedai saya nak mintak halal. Lelaki tersebut berlalu begitu sahaja. Aku yang dalam keadaan bengang secara spontan mengambil roti gardenia RM 0.60 dan membaling kearah lelaki itu. KECOH3. akhirnya aku berhenti kerja pada hari itu juga seminggu sebelum tamat kontrak.


Sebelum pulang ke kampus, mak sempat memesan supaya menjaga diri dan menjaga maruah diri dan keluarga. Aku terdiam dan aku faham maksudnya. Setiap kali aku keuar rumah itulah pesanannya. Aku rasakan aku masih lagi baik dan tidak melakukan perkara yang terlarang selain…..


Saturday, October 24, 2009

kerana aku seorang perempuan...part 1

kringgggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!
jam loceng yang berbunyi membuatkan tidur aku terganggu. dengan malas aku mengambil tuala yang berada di atas lantai selepas mandi malam tadi. penatnya bila terpaksa ke dewan kuliah waktu- waktu pagi begini. rutin sebagai seorang pelajar.
aku hanya mengenakan seluar jeans lusuh bewarna biru dan kemeja t besar seperti baju abang aku. sebenarnya memang abang aku yang bagi kerana saiznya lebih kecil dari saiz badannya.
rambut separas bahu aku sisir ke belakang dan aku mencapai beg sandang belakang bewarna hitam yang penuh dengan khazanah yang diperlukan. sebelum pergi aku sempat mencapai handset yang sudah penuh bar baterinya tanda di cas malam tadi.
tepat jam 9 pagi aku berada di dalam dewan kuliah. pensyarah masih lagi terkial-kial membetulkan lcd sambil membetulkan microphone yang tersepit di kolar baju.
aku melihat-melihat sekeliling dewan kuliah. pintu utama dewan dimasuki ramai pelajar-pelajar yang mengambil jurusan pengurusan. ade yang memakai baju kurung, ade yang hanya memakai skirt, dan yang paling aku nak tergelak, ada juga yang memakai baju songket bunga tabur dengan kasut tumit tinggi dan make-up yang tebal seperti raja sehari nak bersanding di atas pelamin..arggh...mahu ke kuliah ke? monolog ku dalam hati.
tamat saja kelas aku bergegas pula ke perpustakaan menelaah subjek yang telah diajar, subjek pengantar pengurusan dan mencari maklumat tambahan.inilah rutin ku selepas sesi pembelajaran. hari-hari aku di universiti lebih tertumpu pada pelajaran walaupun aku nyata seorang yang malas untuk melakukan hal-hal lain.
tengah hari ni, aku makan nasi bersama ayam goreng di cafe Gemilang. ayam goreng yang rangup dan memang kesukaanku. aku terserempak dengan rakan sekuliah merangkap kawan baikku. Aku pun pelawa mereka makan bersama. nina, aju dan shanti. nina seorang gadis yang sangat mementingkan kecantikan diri. rambutnya lurus di rebonding, bulu matanya dilentikkan dan bajunya saiz S walaupun aku rasa dia sesuai dengan saiz L. aju pulak bertudung dan lebih lembut orangnya. cuma kadang-kadang lembutnya bertukar garang.orangnya nampak manis..shanti seorang gadis india dari ipoh, perak. suka bercakap.
habis makan aku masuk ke bilik dan mula membuka komputer riba kesayangan.ACER..hari ni aku menonton cerita kegemaran..NARUTO. NARUTO SHIPUDEN yang telah meningkat remaja. bagaimana seorang lelaki yang mempunyai kuasa dan mempunyai sifat setiakawan yang sangat tinggi. lelaki...............

Friday, October 9, 2009

mai jawAb TekaTEki

salam..kepada kengkawan yang terbaca or terlintas kat blog aku ni,...just nak pecahkan otak kita yang dah lame beku ni...huhu

mai la berkongsi jawapan kat cni....jawab teka-teki yang diberi...huhu...

  1. seekor buaya dalam sungai nak makan seekor lembu..tapi bila dia nak gigit kaki lembu tu..dia tak nampak dia punya kaki..kat mane kaki lembu tu ek????
  2. shah rukh khan jalan-jalan kat tepi pantai...bila dia toleh ke belakang..dia tak nampak pun bekas tapak kaki dia...ke mana ye tapak kaki dia??

Tuesday, October 6, 2009

bau...tahan jer la...


argh...

bengang dengan hari2 yang ada ni..bukan tak bersyukur dgn hari yg diberi...cume tak tahan..em..busuknyer...


mulenyer malas nak hantar kat blog ni..tapi disebabkan tak boleh nak diluahkan secara direct pada tuan punyer badan..aku pun tulis kat blog ni..walaupun aku tau, yg org tu mungkin tak dapat membacanya...wahhhhhh


mest korang tertanya2 ape yg aku nak cerita ni..aku nak cerita pasal bau badan..keh3..geli plak kalu nak cerita..tp nak cerita gak..tak kire..aku pun tak tau la knape dia tak rase ke bau badan dia tu...aku yg hari2 yg menghidu bau ni pun nak loya n pening dah...ish3..macam dalam cerita impian ilyana..keh3...


kan ke menjaga kebersihan tu satu cara hidup islam...memgla ada org yg ditakdirkan bau badan dia tu kuat..tp ada cara nak hilangkan bau badan ni...kalu bukan dengan cara produk kecantikan or kesihatan..gune la bahan alami yang lebih murah dan baik.memang tak memudaratkan dengan izin Allah...


meh aku bagi pe'tua' nak bg hilang bau badan w,pun aku ni muda...perasan...


korang boleh gunakan tawas...kalu korang tak knal tawas ni ape..kat kedai runcit or kedai2 mini market mest ada jual...selalunyer tawas ni digunakan untuk menjernihkan air terutamanya air telaga...tp ada lahi yg korg bleh buat...lepas korang mandi...ambil batu tu n basahkan ckit ngn air n sapu pada ketiak..pas tu tak perlu pakai deodorant..insyaAllah...walaupun tak de bau harum..tp ketiak korang rasa selesa n tak de bau dah....
yang kat atas tu la rupe tawas kalu korang nak tau..kat tmpt jual jamu or kedai ubat pun ada jual air tawas ni....


tak perlu la korang sume nak pakai deodorant yang mahal2 kat ketiak korang tu..n tak perlu gak nak angkat2 ketiak kalu ketiak tu tak sama warna ngan kulit muka...pakai je baju yg tutup ketiak..mest tak malu nak tahan teksi...
ok dah...bukan nak mengata sape2...kalu tetibe aku pun ade bau badan..tegurlah yer...argh..nak muntah...