Tuesday, March 30, 2010

Lumpur Kuala


Penat balik dari Kuala Lumpur belum lagi hilang. Perjalanan pulang dengan hujan lebat sangat memenatkan ditambah dengan keadaan baju yang basah kuyup dan badan yang sejuk ‘menggeletor’.

Dah setahun rasenyer aku tak ke Kuala Lumpur. Hari sabtu yang lepas sampai juga akhirnya dengan tujuan untuk ke pesta buku dan satu program anjuran HAKIM. Perjalanan selama 7 ½ jam dari UUM Sintok, kedah memang memenatkan emosi dan fizikal.

Sesampainya kami di sana, kami terus ke pesta buku yang tinggal ½ jam lagi untuk ditutup. PWTC dipenuhi dengan beratus-ratus manusia yang bersesak-sesak masuk ke ‘both-both’ buku yang disediakan. Lebih kurang 150 penerbit buku yang mengambil bahagian dalam pesta buku kali ini.

Dalam masa yang sama, terdapat beratus-ratus orang-orang Arab (mungkin, coz muka memang macam dari timur tengah) yang cantik-cantik dan meriah dengan pakaian mencolok mata. ‘Rezeki mereka yang berada di Kuala Lumpur agaknya’. Dengan asap rokok yang berkepul-kepul, minum arak sambil bersemang-sembang memenuhi sudut dan tangga PWTC, kami menyelusuri jalan-jalan yang sempit. Mencari buku-buku yang dikehendaki dan seterusnya ‘check-in’ di hotel.

Dalam perjalanan ke hotel, aku melihat pelbagai ragam manusia di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang mentransformasikan dirinya kepada Mak Nyah berjalan dengan kasut tumit tinggi sambil memandang kepada seorang singh yang berbadan besar dan buncit perutnya berjalan beberapa meter di hadapannya. Dia melambai-lambaikan tangan memanggil lelaki tersebut. Mungkin ada rezeki jika lelaki tersebut membalas lambaiannya. Tapi, lelaki tersebut berlalu tanpa memandang sebelah mata pun. Selamat seorang lelaki dari nafsu seorang lelaki.

Sambil berpusing-pusing mencari hotel, ternampak pula seorang perempuan(mungkin seorang perempuan) kerana tidak dapat membezakan lelaki dan perempuan sekarang ni dihadapan sebuah bank. Dia membelek-belek bajunya dan kemudia mengangkat skrit pendek beropol-ropol paras peha. Mungkin skrit untuk kanak-kanak 3-5 tahun. Aku pun tak pasti kenapa dia perlu mengangkat skrit, sedangkan jika mahu menutup perut masih lagi nampak kaki, tak ada bezanya. Tapi mungkin lebih nampak seksi dan menonjol di kaki yang montok dengan lemak.

Sampai di hotel kami makan terlebih dahulu. Dari pukul 10.30 menunggu hidangan yang tak sampai-sampai sehingga jam 11.30 malam. menu yang dipesan ada yang salah dan ada yang tak sampai. Tapi, kami makan juga kerana kelaparan.

‘time to sleep’….zzzzz..sampai subuh.

Seterusnya bergerak ke program anjuran HAKIM sampai pukul 4.30 petang. Program yang memerlukan kita mengeluarkan ilmu dari minda minda bawah sedar. Bahasa inggeris. Penat focus sehingga mengantuk kerana membaca gerak mulut penyampai yang menggunakan bahasa inggeris ‘slanga’. Kata Abang Nizam, ‘full of knowledge’.

Dalam kepenatan, kami teruskan perjalanan untuk ke pesta buku semula kerana banyak lagi buku untuk RUDHAH yang belum habis dibeli. Hanya kaum adam yang meneruskan perjalanan, manakala kaum hawa berehat di masjid sambil membaca majalah.

Sambil berehat di masid, kami keluar makan di restoran bersebelahan dan melihat ragam manusia sekali lagi. Seorang pendatang asing lelaki yang mencari rezeki di Kuala Lumpur dengan menjual buah-buahan dengan memakai seluar ketat bewarna merah dan berbaju biru. Padaku pelik fesyennya.

Namun, masih ada yang menejukkan hati di Kuala Lumpur aku melihat ramai manusia seagamaku yang bersolat mendirikan tiang agama. Aku tersenyum melihat seorang remaja yang berbaju polo dan berambut terpacak yang solat di situ. Aku kagum melihat seorang lelaki kelainan upaya yang menunaikan solat.

Selesai solat maghrib, kami ingin kembali ke parker kereta. Hujan turun dengan lebatnya di luar sana. Kami meredah hujan dalam kesejukan dan kesibukan kota metropolitan. Basah kuyup kami menaiki kenderaan hingga ke Pulau Pinang. Jam 2 pagi barulah sampai ke bilik.

Thursday, March 25, 2010

‘My name is Khan..and im not a terrorist’



Ungkapan ini yang sentiasa meniti di bibir Rizvan Khan lakonan Shah rukh Khan seorang aktor terkenal dari Bollywood. Cerita ini berkisarkan seorang lelaki yang mempunyai penyakit Sindrom Asperger iaitu sejenis penyakit yang mirip seperti autisme, yang memperlihatkan kekurangan dalam hubungan sosial dan kecekapan komunikasi.

Rizvan Khan seorang yang sangat cerdik tetapi dia kurang memahami orang disekelilingnya. Dia sentiasa ditemani ibunya semasa kecil dan ibunya selalu berkata hanya ada dua jenis manusia di dunia iaitu orang yang baik dan orang yang jahat dan Rizvan adalah seorang yang baik.

Setelah ibunya meninggal, dia pergi ke luar negara dan tinggal bersama dengan adiknya yang telah berkahwin dengan seorang yang seagama dengannya. Di sini Rizvan dipertemukan dengan dengan seorang wanita yang berjaya menarik naluri kelakiannya. Dia adalah seorang pendandan rambut beragama Hindu lakonan Kajol sebagai Mandira.

Mandira mempunyai seorang anak (Sameer) hasil perkahwinan sebelumnya. Mandira juga sukakan kebaikan yang ada pada Rizvan manakala Sameer juga boleh menerima Khan seadanya. Mandira dan Khan akhirnya berkawin dan Mandira masih lagi mengekalkan agamanya dan begitu juga Khan sebagai muslim.

Kisah My Name Is Khan bermula di sini apabila Sameer menukar namaya kepada Sameer Khan dan dia telah dibelasah oleh rakan sekolahnya sendiri dalam satu pergaduhan sehingga membawa maut.

Mandira sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan tidak dapat menerima kehilangan anak yang disayanginya. Rizvan menenangkan Mandira, tetapi Mandira menganggap Khan adalah punca kematian anaknya. Kisah 11 september menjadi titik tolak apabila kaum muslim dikatakan pengganas dan dipulau oleh masyarakat dunia.

Mandira telah memberikan syarat kepada Rizvan bahawa dia perlu berjumpa dengan Presiden Amerika dan mengatakan ‘My Name is Khan ang Im not A Terrorist’ sebagai cara untuk membersihkan namanya.

Rizwan sangat sayangkan Mandira dan dia sanggup melakukannya, sehingga dia dipenjara. Namun, nasib berpihak kepadanya dan akhirnya dia dibebaskan dan dihadapan presiden dia mengatakan bahawa ‘My Name is Khan and Im not A Terrorist’

Lakonan mantap dari pelakon utama dan jalan cerita yang berbeza dari genre cerita Bollywood membuka mata penonton bahawa Karan Johar mampu membuat filem yang lain dari stereotaip filem Bollywood. Anda tidak perlu menunggu lagu yang akan berkumandang kerana tidak ada lagu yang romantik dan meruntun jiwa.

Filem ini mungkin dapat membuka mata masyarakat tentang siapa itu muslim. Mereka bukan pengganas, sebagai salah satu cara membersihkan nama. Namun, terdapat beberapa isu yang tidak dapat diterima apabila Rizvan berkahwin dengan Mandira yang beragama Hindu dan mengekalkan agamanya. Rizvan bersolat dan Mandira menyembah tuhannya. Dan itu tidak boleh sama sekali dalam islam. Kita disuruh untuk meninggalkan pasangan jika mereka tidak mahu memeluk agama Islam. Jangan terpengaruh dengan hiburan yang menyesatkan. Wallahualam.

Tuesday, March 23, 2010

X-cident!! 22 mac 2010

Cuak, takut, gelabah semua ada…yang terfikir hanyalah, Ya Allah..marahla tuan punyer kereta nanti. Keretanya di tabrak (langgar) dari belakang.

Baiklah, cerita dari mula. Telefon berbunyi dan, “akak, Aisya pengsan, minta akak hantar dia ke hospital”. Terkejut kali pertama, kerana aku perlu menghantar orang yang sakit tapi aku yang panik terus pergi tanpa memberitahu pada bos untuk keluar.

Aku menghantar Aisya yang pengsan ke hospital Pulau Pinang bersama kak Wani. Adik ni memang dah tak sedarkan diri dalam kereta. Ya Allah. Takutnya perasaan masa tu Tuhan saja yang tahu. Sampai di hospital di depan kaunter kecemasan, aku tak tahu nak buat apa, daftar dahulu atau terus menjerit tolong!! Tolong!!

Seorang pembantu hospital melihat aku dan seterusnya melihat kereta yang aku pandu, dia melihat adik ni terbaring dalam kereta. Dia pun memberitahu kepada rakan yang lain untuk turut membantu mengusung adik tersebut.

Sampai di bilik separa kecemasan dia diperiksa oleh seorang doctor dan ditemani oleh Dr. Laila. Kami menunggu di luar sambil melihat keadaan sekeliling. Ada seorang adik yang luka di muka dan kaki akibat kemalangan motosikal dan ada seorang lelaki bersama dua orang anggota polis. Dan dia di gari bersama salah seorang anggota polis tersebut. Apakah kesalahan dia, aku pun tak tahu.

Setelah bebrapa minit menunggu, Aisya kembali sedar dan boleh berkata-kata semula. Cuma, keadaanya sangat lemah dan dia memerlukan rehat. Seterusnya dia di hantar ke wad pemerhatian untuk pemeriksaan selanjutnya. Aku bertanya kepada pembantu hospital tersebut berapa lama lagi masa untuk menunggu? Adakah di akan di tahan untuk masuk wad atau dia dibenarkan pulang?

Sambil mengusung katil bergerak, dia berkata 2 jam lagi..mak aii, lame bebeno. Aku bimbangkan Kak Wani yang akan mengambil test pada malam nanti.

Kami berjalan ke surau untuk solat Asar. Seusai solat kami pun kembali ke wad pemerhatian dan Aisya masih lagi menjalani pemeriksaan. Kami menunggu sehingga jam 6 petang dan akhirnya Aisya dibenaran pulang. Tapi, dia akan kembali lagi untuk membuat pemeriksaan ke atas otaknya.

Dalam perjalanan pulang, jalan sangat sesak. Aku dengan berhati-hati membawa kenderaan yang dipinjam bermaksud bukan hak milik aku kereta itu. Tiba-tiba aku mendengar dentuman yang kuat dari belakang kereta dan bunyi enjin yang bising.

Kereta yang aku pandu dilanggar oleh sebuah skuter putih dari arah belakang. Aku keluar dari kereta dan melihat ke kereta. Lelaki cina yang melanggar aku hanya tunduk sambil mencantumkan bahagian-bahagian motornya yang tercabut.

Jalan menjadi bertambah sesak ditambah dengan mat-mat motor yang bekerja sebagai tonto datang untuk membantu. Mujur khidmat mereka tidak diperlukan kerana kemalangan tersebut tidaklah seteruk mana.

Lelaki cina tadi meninggalkan nombor telefon kepada aku dan kak wani bertanya jika dia mengalmai kecederaan. Dia berkata hanya luka di perut sahaja.

Dalam ketakutan dan kaki yang sedikit menggeletar, aku memandu semula kenderaan dengan cool sahaja dan gelak ketawa. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku masa tu. Apa yang aku fikir ialah bagaimana nak jelaskan pada empunya kereta.

Aisya yang baru lepas dari pengsan juga ketakutan dan menyalahkan dirinya kerana meminta aku menghantar dia ke hospital. Aku menenangkan dia supaya bertenang dan anggap itu takdir dan ujian buat kita semua. Kami sempat berjenaka dengan mengatakan skuter lelaki cina tadi macam sebuah ‘lego’ yang boleh dicantumkan semula tanpa kerosakan.

Setelah menghantar Aisya, dia menangis, kerana risaukan keadaan kereta tersebut. Aku juga risau, tapi aku perlu tenangkan dia.

Apa yang penting kami semua selamat. Dan apa yang berlaku tidak perlu salahkan sesiapa tapi mencari solusi yang dan sesuai dari puncanya. Puncanya lain tak bukan aku yang keluar tanpa bagitau bos, dan tak bagitau pada empunya kereta untuk menghantar Aisya ke hospital. Padan muka aku. Allah nak tunjuk tu. Sedikit masa lagi duit akan melayang seperti daun-daun berguguran. Tangguh lagi untuk beli motorsikal. Adala tu hikmahnya.

Moral of the story:

jangan memandai nak buat kebaikan tapi guna cara yang salah. Matlamat tak menghalalkan cara.

Sepanik mana pun kita, jangan lupa fikir risiko yang berlaku. Kurangkan risiko, tingkatkan keuntungan.

Sebolehnya sediakan wang untuk awasan. Malang tidak berbau tapi walaupun duit berbau dalam dompet, kita hanya dapat bau je, tapi tak dapat nak rasa kerana duit dah habis tapi bau yang tinggal=)

Tuesday, March 16, 2010

mari berpantun

subur melati kembang berseri,
daun kering jatuh bertabur,
rasa hati tak hendak pergi,
kerana harapan telah terkubur.
daun kering jatuh bertabur,
jatuh bertabur di atas bumbung,
jika harapan sudah terkubur,
kamilah tali kamilah penyambung.
burung terkukur di atas bumbung,
jerat di pasang di atas papan,
siapakah tali siapakah penyambung,
ingin ku tahu menjadi harapan.
burung terkukur dibuat gulai,
sayang selasih hamba lurutkan,
biar sekujur tubuh berderai,
kerana kasih hamba turutkan.
pungguk merindu bulan melihat,
jejak diturut laluan rusa,
jauh di mata tak pernah lihat,
entah hati bagaimana rasa.
sungguh redup pohon melati,
tempat orang duduk bertapa,
jauh di mata dekat di hati,
di dalam syurga bertemu jua.
mudik ke hulu mencari pauh,
perahu terlanggar sebatang kayu,
kalau bersapa dengan yang jauh,
bukannya mudah hendak bertemu.
sanggul melintang seorang ratu,
duduk di atas kereta kuda,
walau jauh beribu batu,
akan ditunggu sampai hajatnya.


Monday, March 8, 2010

kesayangan bonda

ambil cuti pada hari jumaat dan bergegas balik ke kampung

semua dah rindu..so,ambil keputusan untuk balik walaupun ada program yang lain menanti.
bas jam 8.30 malam tapi bertolak pada jam 8.45malam (malam jumaat). perjalanan terasa lama walaupun aku tertidur sekejap.

sepatutnya sampai dalam 9.45 malam. rupa-rupanya ada aral melintang...

  1. bas bertolak lambat..coz dari sungai Petani
  2. bas berhenti kat R & R bukit gantang
  3. keluar dari bulit gantang jalan jem....orang buat jalan


adik yang tunggu kat stesen bus dah bertanya beberapa kali pukul berapa nak sampai. adik yang bongsu bersama dengan mak di rumah juga sms tanyer nak sampai pukul berapa. risau n tak sabar nak jumpa aku la tu..huhu..


adik:kak yong kat mane 2?

penguin: dalam bas lagi...bas berhenti plak kat R&R..jgn tido lagi tau..ckp kat mak..

adik: ye le. cepat ckit balik. nant tido plak mak. bye.hati2.salam

penguin: yer tau..tunggu tau..jgn tido.

adik: ye le. mak takkan tdo punyer.kan kamu anak kesayangan mak, mesti la mak tunggu kak yong.


(aku dalam rasa terharu..huk2)

penguin:yer la..mak syg kak yong..n sayang semua ..takkan mak tak sayang..


adik: memag semua mak sayang, sape kate mak tak sayang ciah dengan apit, mest la mak sayang anak-anaknya.ciah pun sayang mak. mak bagaikan ratu hati ciah.


(ape la adikku ni..hehe..)

sambil ber'sms, dalam bus menghilangkan rasa bosan. samapi di rumah..jam 11 malam..semua belum tido..huhu..

berikan ole2 dari patani n bercerita hal di sana..mak kate jgn pergi lagi..aku ckp, ala jgn riso, kat sane ade org jage..lgpun org sane tak takut pun..


mase di kampung, aku habiskan masa bersama adik-adik dan emak. hari pertama, lepas solat Jummat, adik bawa ke tesco ipoh, tapi dia terlajak terus ke Simpang Pulai, dah la naik motor dan panas terik, geram betulla kat dia..geram bukan ape, takut tayar motor pecah ker, n yg paling tak sedap hati bila di abw laju...aku gayat naik motor laju2 ni..rase mcm tak lame je nyawa kalu naik motor..mengucap dan istighfar tak henti2..nak nyanyi lagu yg lagha2 pun takut..hehe..

lepas tu, masa banyak dihabiskan dengan menonton VCD, adik nak tengok dengan kakaknya. tengok cerita Santau, Avatar, My Name Is Khan, Merantau,...wah...lagha2..


waktu petang, ronda2 kat kampung..tp tak singgah pun umah opah, selalu setiap kali balik akan singgah, tapi belum ade kekuatan lagi..nant mest bnyk soalan..n malas nak jwb soalan tu n ade rase malu..benci tulla...rasa nak buat saman malu jer..mintak rm 1 juta...kayo den..kayo...

3 hari kat rumah tak banayk buat hal...just chit chat dengan famili jer..tp tau2 jer..dah nak mlm..hm..cepat betul masa berlalu..

ok..keep in touch,salam=)