Terdengar bisikan mesra
Tiada batasan waktu
(Korus)
Engkau yang pertama tiada akhirnya
Tiada batasan waktu
(ulang korus)
keikhlasan doa, keagungan kasih
Al-Quran banyak berbicara tentang cara membentuk dan mengatur keluarga muslim ke arah mencapai kebahagiaan, diantaranya persoalan pernikahan, perceraian, kewajiban nafkah, tanggungjawab terhadap anak-anak dan kedua orang tua, warisan (pembagian harta pusaka) dan sebagainya.
Tidak dinafikan bahawa setiap manusia yang hidup menginginkan kebahagiaan, kerana hidup yang tidak bahagia merupakan sesuatu yang tidak dikehendaki oleh sesiapapun diantara kita. Kebahagiaan yang diinginkan itu mencakupi seluruh aktiviti hidup seperti kesihatan badan, kebahagiaan rumahtangga serta kebahagiaan dari semua aspek kehidupan kita di dunia ini. Setelah itu haruslah berlandaskan atas dasar Mahabbah (kasih sayang) dan belas kasihan diantara keduanya.
Firman Allah SWT didalam Al Quran Surat Ar-Rum ayat 21:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.[1]
Rasulullah SAW membentuk keluarga bahagia dengan para isterinya berdasarkan kepada contoh-contoh teladan yang digambarkan dalam setiap gerak-geri dan tutur kata beliau. Rasulullah SAW sangat menyayangi isteri-isterinya dan sentiasa adil dalam melaksanakan tugas beliau sebagai seorang suami, pendakwah, kekasih Allah dan banyak lagi gelaran yang diberikan kepadanya.
Walaupun beliau seorang yang sibuk terutama sekali dalam menyebarkan agama Allah iaitu Islam, Rasulullah SAW tidak mengabaikan isteri-isterinya. Rasulullah SAW merupakan contoh teladan yang baik di dalam mengatur pergaulan dengan isteri-isteri baginda, menginginkan kebaikan dan merealisasikan keadilan dalam kalangan mereka. Selain itu, baginda juga tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya. Baginda sentiasa mencari masa yang terluang untuk bersama-sama dengan anak-anak dan cucu-cucunya.
Bagaimana Rasulullah mampu melakukannya? Apakah kaedah-kaedah yang dilakukan oleh beliau sehingga dapat mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia, harmoni dan aman. Beberapa kaedah tersebut ialah pembahagian yang adil, menghormati pendapat isteri, membantu kerja-kerja rumah, menjauhi dari memukul isteri, menunjukkan kesetiaan kepada isteri yang telah meninggal, bersenda gurau dan menunjukkan muka yang manis dan mendamaikan perselisihan antara Rasulullah dan isteri. Hal ini diterangkan dalam al-Quran dalam surah al-Ahzab: 28-29.
28. Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah supaya kuberikan kepadamu mut’ah (sagu hati) dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. 29. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang yang berbuat baik di antaramu pahala yang besar.[2]
Rasulullah SAW bukan sahaja sayangkan isteri-isterinya malah baginda juga sayangkan anak-anak dan cucu-cucunya. Baginda sangat rapat dengan anak-anaknya. Dalam satu riwayat menyebut bahawa suatu ketika Rasulullah SAW mencium Hasan bin Ali dan disebelahnya ada Al-Aqra’ bin Hayis At-Tamimi sedang duduk. Ia kemudian berkata, “Aku memiliki sepuluh orang anak dan tidak pernah aku mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah SAW segera memandang kepadanya dan berkata, “Man laa yarham laa yurham, barangsiapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi.”[3] Terdapat banyak lagi hadis dan kisah yang menceritakan tentang kasih sayang Nabi Muhammad SAW kepada keturunannya. Antara hadis-hadis tersebut ialah cerita Abi Qatadah, “Suatu ketika Rasulullah saw. mendatangi kami bersama Umamah binti Abil Ash –anak Zainab, puteri Rasulullah SAW. Beliau meletakkannya di atas bahunya. Beliau kemudian solat dan ketika rukuk, Beliau meletakkannya dan saat bangkit dari sujud, beliau mengangkat kembali.”[4] Selain itu, Usamah bin Zaid ketika masih kecil punya kenangan manis dalam pangkuan Rasulullah saw. “Rasulullah SAW pernah mengambil dan memangku aku di atas pahanya, dan meletakkan Hasan di atas pahanya yang lain, kemudian memeluk kami berdua, dan berkata, ‘Ya Allah, kasihanilah keduanya, kerana sesungguhnya aku mengasihi keduanya.’”[5] [6] Jelaslah disini bahawa kebahagiaan sebenar sesebuah keluarga itu terletak pada keharmonian dan kasih sayang yang dicurahkan oleh setiap individu dalam keluarga tersebut.
Kesimpulannya, Islam menghendaki hubungan antara suami isteri adalah hubungan yang sangat erat, hubungan yang melengkapi rohani dan jasmani yang kukuh. Oleh sebab itu, segala jalan yang akan merenggangkan ikatan yang suci bagi kedua suami isteri itu hendaklah dicegah dan dihindarkan dengan segala daya dan usaha yang kuat.
Seperti yang kita ketahui, Rasulullah SAW hidup dalam keadaan yang serba sederhana dan berpoligami dalam perkahwinan. Bagaimana beliau dapat membentuk keluarga yang bahagia melalui poligami tersebut? Hal ini boleh dilihat melalui pelbagai aspek seperti perbuatan dan niat perkahwinan itu sendiri yang telah diperjelaskan di atas. Namun, paksinya adalah kembali kepada agama itu sendiri iaitu berdasarkan al-Quran yang telah digambarkan oleh Rasulullah melalui peribadinya.
Agama islam yang telah menggariskan panduan-panduan yang berguna dalam menjalani kehidapan berumahtangga yang harmoni. Hal ini membuktikan bahawa pentingnya kebahagiaan hidup seseorang, kerana kebahagiaan hidup peribadi adalah menjadi tulang belakang kepada kebahagiaan hidup berkeluarga. Seterusnya kebahagiaan hidup berkeluarga adalah menjadi teras bagi kesejahteraan dan kebahagiaan hidup masyarakat serta negara.
Oleh yang demikian, masyarakat itu dibina dari sebuah keluarga, sudah pasti nilai-nilai yang baik dan murni tidak kelihatan selagi nilai-nilai itu belum diamalkan oleh setiap orang dalam keluarga. Islam telah menentukan hak-hak dan kewajiban seseorang terhadap dirinya dan juga masyarakat.
Ramai yang tanyer kenapa banyak sangat penguin yang menjadi trademark aku? Apa kaitan aku dengan penguin?
Mulanya aku pun tak tau kenapa pada mulanya aku suka pada penguin. Tiada sebab yang kukuh. Tapi mugkin sifat manjanya yang aku suka. Manja ke penguin? Manja dan comel. Dan juga binatang yang unik buat diriku yang minat dia, saper yang tak suka tu maafla yer.
Kalau kita lihat penguin ni macam tak de perkaitan langsung dengan manusia. Jika Allah tak mencipa dan mewujudkan penguin rasanya alam ini boleh berekosistem dengan baik . pendapat aku la..tapi setiap yang Allah ciptakan itu pasti ada sebabnya dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Betul tak?
Apa yang aku dapat lihat pada seekor penguin ialah kesungguhannya. Penguin ni bila aku amati dia sangat bersungguh-sungguh. Jika aku melihat dokumentari tentang penguin di kawasan pergunungan ais yang tersangat sejuk sehingga kita pun tidak sanggup hidup di sana. Orang Eskimo tu lain la..
Penguin ni nak berjalan pun susah. Tapi dia masih berjalan dan berjalan untuk meneruskan kehidupan. Tapi jika berada di dalam air, dia akan meluncur laju. Cantik sangat bila dia menari-menari didalam air mengikut arus lautan yang dingin sehingga tidak terasa kita melihat keindahan itu.
Lepas tu, kalau penguin nak naik ke darat dia dah jadi macam peluru yang tiba-tiba keluar dari air untuk naik ke iceberg. Kalu tersangkut, penguin akan cuba sekali lagi. Dan yang paling kesian bila dia dikejar musuh..susah dia nak lari..tapi itulah kitaran hidup..anjing laut nak makan dia…
Walaupun aku suka pada penguin, tapi aku tak la berminat dengan cerita pingu kerana cerita tu tak menggambarkan sangat penguin yang sebenar. Dan lagipun pingu ni suka nak susahkan orang disekelilingnya..tak bagus macam tu..buli adik pun masuk dalam kategori dia juga la…huhu
Merungkai persoalan demi persoalan
Dengan menghitung hari demi hari
Semakin lama masa semakin jauh berlari
Detik masa dinanti semakin menghampiri
Sehingga rasa dihimpit dengan kerenah birokrasi
Ujian dan ujian datang dan pergi
Diselang seli dengan rahmat Ilahi
Walaupun perit mengira ujian
Namun ada gembira hadir mengukir senyuman
Dia tidak diciptakan untuk diriku
aku bukan insan yang akan memikul tanggungjawab itu…
aku bukan insan yang akan sentiasa membantumu..
aku bukan insan yang akan menjadi pendorong dalam setiap kejayaanmu…
aku bukan insan yang akan membahu dirimu yang sedang gagal…
aku bukan insan yang dicipta menjadi penyambung rusuk kirimu....
aku bukan insan yang menjadi pelengkap dalam hidupmu...
aku hanya insan yang dicipta sebagai saudaramu…
tiada kekutan bukan bererti aku lemah
namun menangislah untuk menginsafi diri
tiada kegembiraan bukan bererti aku sedih
namun gembiralah untuk membina kekuatan diri
tiada cinta bukan bererti kita derita
namun bercintalah hanya pada yang Esa
hanya Dia yang tahu bila sampai masanya
harap bahagia selama-lamanya.