Friday, May 29, 2009

berkata2 sambil fikir mase dpn..huhu



hari ni..jumaat, tetibe rasa nak menulis dalam blog ni. tapi tak tahu nak tulis pasal aper..mungkin sedikit merepek untuk meluahkan isi hati dan juga bermonolog dengan diri sendiri yang hampir2 terasa kebosanan maksima akibat tiada kerja di hari praktikal ini. supervisor pun tak mem berikan ape2 arahan. jadi aku pun menulis menggunakan komputer milik organisas ini...

nak merepek pasal mendirikan masjid.....



cuti sekolah nak bermula esok..ramaila ibu bapa yang akan mengambil cuti untuk bersama dengan anak-anak mereka. ada yang akan melancong, ada yang akan pulang ke kampung dan ada juga yang terperap di rumah sambil menghitung hari untuk bekerja dan kembali ke sekolah semula.


musim-musim cuti sekolah ini, tak kurang juga sahabat-sahabat, saudara, kenalan dan berbagai lagi kumpulan manusia yang akan mendirikan masjid...mengadakan walimatul urus untuk berkahwin. meh aku sebut ckit nama-nama mereka..kak sahada+ abg Azrul, husnil+ustaznya, gayah+afzannya...yang ni warga-warga usm yang akan mengadakan walimatul urus. sahabat di waktu sekolah plak pun bernama azrul gak..n kenalan di tempat praktikal ni plak..kak sharipah, abg halil, en. arif(adiknya kawin) n ramai lagi la...tak larat nak sebut dah...ada juga yang membuat persiapan untk bertunang. hm........

masing-masing ada agenda tersendiri,....aku? apa yang aku nak buat yer...em...biarlah aku menjalani latihan praktikal...biarlah mereka yang agak cbuk mengambil cuti...huhu




nak merepek pasal kawan2...




dah lama tak berjumpa dengan shbt2 MT (geng pling rapat kat USM). rindu rasanya nak bermeting. rindu rasanya nak ada tugas sbg S/U. rindu gak nak kena marah n nangis mcm dlu2..huhu...farhana, fairuz, asma,lilah, saiful, zaidi n ding...jauh di mata dekat di hati tau....hehe..tetap ingt kat semua w,pun cbuk (buat2 cbuk..hehe) wpun, fairuz dekat jer umahnya tp tak dpt gak nak berjumpa dengan dia..insyaAllah akan diusahakan untk dtg...tak lupa gak kat romate...sha..lame tak bersms dgn dia....rindu sgt....


nak merepek pasal adik2 PPM...
adik2 PPM ni la penyambung segala amanah...hope adik2 semua tabah n jgn putus asa k..wan, abel, husnil, farid, intan, ayuni,qayyum n pak lang...jgn lupe kontek kak wahid yer...kak wahid pun insyaAllah akan keep in touch ngan korg sume...


nak merepek pasal diri sendiri....

risaunyer nak menjadi sebahagian dari masyarakt yang lebih besar dalam komuniti di luar kampus...huh! boleh berdegup kencang jantung kalu pk lame2..bkn aper..first skali kna cri keje..keje ape la yg akan menjadi nadi penyambung hidup diri ni di kala kegawatan ekonomi yang melanda negara. dulu hidup ngan PTPTN jer...duit tak cukup boleh merintih n tagih simpati pada akak n abang..tp skang nak mintk kat saper plak...suami kot...huhu...haah la...insyaAllah dah nak grad ni...rasenyer sesuai sgt la kalu aku nak memikirkan soal hati secara lebih mendalam, matang dan memikirkan masa depan....kwa3...tetibe nak nyayi lagu permata yang dicari plak...huhu...


em...banyak palk nak merepek pasal diri sendiri ni..tp tak pe lah dah blog sendiri tak kisahla nak tulis ape pun kan..janji aku bahagia n tak menimbulkan rasa sakit hati or terguris pada sesiapa. if ade yang terasa hati ke, memendam perasaan ker..terguris perasaan ker..terperasan ker...just tell me the truth ok...bgtau jer..insyAllah lapang dada mendengarnya dengan hati yang terbuka...wah3..memang merepek jer...



sebelum nak habiskan entry ni...jangan lupa kawan2 kat aku ek...insyaAllah aku pun tak lupa kat korang...tapi sambil2 ingt kat dunia ni jgn lupa ingt mati yer...salam...

Monday, May 18, 2009

serlah aura bertudung..tajuknyer..

Artikel ini saya perolehi dari sebuah media cetak di negara kita. Saya rasa perlu untuk saya memberi sedikit komen untuk peringatan diri dan sahabat pembaca semua.

AURA cantik bakal menyerlahkan seseorang apabila tampil dengan pakaian sepadan bersesuaian dengan diri. Busana Muslimah yang menawan dan berhemah semakin mendapat ruang di hati mereka yang mahukan penampilan sedemikian. Bahkan, dalam menyemarakkan lagi busana yang semakin mendapat tempat di hati generasi kini, suntikan moden kontemporari dalam pemakaiannya menjadi sebab ramai yang memilihnya.

jika ramai yang tertarik kerana ingin menawan dan dikatakan 'berhemah', saya rasa tidak perlu untuk memakai tudung jika niatnya masih lagi bukan untuk menutup aurat dan mencari redha Allah. hal ini kerana mereka hanya mahukan penampilan sedemikian sedangkan perintah menutup aurat itu telah jelas disebut dalam al-Quran.

Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)

Mencantikkan penampilan seseorang dengan inspirasi tudung menarik akan membuatkan dirinya dilihat penuh mempesona yang menjadi sebahagian aliran fesyen berbusana Muslimah hari ini.Menurut perunding imej, *******, kebanyakan penggemar memilih tudung atau selendang bukan hanya kerana mahukan imej menutup aurat semata-mata.
Katanya, pesona dibawa dalam satu-satu aliran busana dengan suntikan menawan membuatkan ramai teruja untuk memanfaatkan pakaian berkenaan ke majlis tertentu ataupun untuk tujuan santai.

jika ingin diri penuh mempersona dan hanya semata-mata untuk fesyen, bukankah ini telah menyimpang jauh dari ajaran islam yang telah menetapkan bahawa aurat seorang wanita dengan bukan mahramnya adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangannya. hal ini bagi menjaga diri wanita tersebut dari panahan mata seorang lelaki atau dari godaan syaitan durjana yang mahu memesongkan aqidah umat islam juga menjaga maruah dan kehormatan seorang wanita.Katanya, pesona dibawa dalam satu-satu aliran busana dengan suntikan menawan membuatkan ramai teruja untuk memanfaatkan pakaian berkenaan ke majlis tertentu ataupun untuk tujuan santai.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah kalian (wanita Islam) tetap di rumah kalian berhias (bersolek) dan mendedahkannya (bertabarruj iaitu perbuatan menampakkan rupa paras dan kecantikan) seperti mereka lakukan oleh orang-orang jahiliah dulu." (Surah al Ahzab, ayat 33)

"Kebanyakan memilih busana Muslimah disebabkan pengaruh yang pelbagai. Ada yang terpikat kerana keelokan penataan dalam rekaan atau tertarik dengan corak alirannya."Tidak dinafikan jenis atau fesyen tudung atau pakaian yang diutarakan penuh kemasan dan corak menarik, turut menjadi tarikan," katanya.Mengenai kesesuaian tudung dan alirannya yang sesuai dengan cita rasa pengguna selain senang diolah, juga antara sebab tudung sedemikian menjadi tumpuan ramai.

"Sebenarnya tarikan penting turut terletak kepada jenis tudung yang senang, ringkas dan mudah disuai padan dengan pakaian. "Seseorang penggemar harus ada kemahiran untuk memilih sendiri pakaian untuk disesuaikan dengan tudung pilihan."Untuk mengolahnya pula, perlu kreatif supaya anda kelihatan begitu menarik dengan penampilan tudung yang amat mempesonakan. Ini kerana ramai yang malas bertudung jika rekaan tudungnya sukar dipakai dan tiada nilai komersial," katanya.

jelas ramai yang tidak mahu bertudung jika rekaan tudung tersebut sukar dipakai. oleh sebab itu, di mana letaknya hukum Allah yang menyuruh kaum hawa menutup auratnya? adakah malas boleh menjadi satu alasan yang kukuh di akhirat kelak? cuba kita renung-renung dan fikirkan di mana letaknya kita sebagai hamba Allah yang melawan hukumnya.

seorang wanita itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. adalah lebih baik jika kita menyimpan segala hiasan peribadi kita khas buat suami tercinta. kerana itu lebih mulia dan menyejukkan hati setiap para suami yang memiliki seorang isteri yang taat dan menjaga kehormatannya.

Melihat kecenderungan penggemar tudung yang sukakan penampilan ringkas, kasual dan ada tarikan tersendiri, membuatkan kebanyakan pereka berlumba untuk memenuhi impian penggemar untuk tampil bergaya.Dalam memenuhi impian untuk menjadikan lebih ramai menyenangi pakaian atau tudung jenamanya itu, dia sering mencetuskan idea terkini dalam setiap karyanya.Memikirkan bukan mudah menggarap idea untuk seni ciptaan tudung, dia bangga kerana kebanyakan tudungnya mampu memenuhi selera penggemar di pelbagai peringkat usia baik remaja mahupun yang berusia.

tarikan apa yang kita mahukan? memberi kepuasan dan keselesaan kepada pemakainya? atau ingin menarik perhatian lelaki-lelaki di luar sane? hingga berlakunya pelbagai perkara yang tidak diingini? kes cabul, rogol, bunuh dan sebagainya. nauzubillah. peringatan ini bukan sahaja untuk mereka yang terbaca artikel yang diolah oleh saya ini, tetapi untuk diri saya juga yang tidak sempurna dan sentiasa alpa dengan hiburan dan keseronokan di dunia. ingatlah wahai kaum hawa bahawasanya pemakainan tudung itu perlu bertepatan dengan syariatnya, bukan untuk berfesyen atau mendapatkan perhatian orang-orang disekeliling kita. pakaian itu mencerminkan siapa diri kita. jika anda memakai uniform askar, anda adalah seorang askar, jika anda memakai uniform polis, maka anda adalah seorang polis. bukan berfikiran streotype, tapi itulah hakikat bahawasanya manusia akan memandang seseorang dan membuat kesimpulan pada pandangan pertama. oleh yang demikian, janganlah kita membiarkan orang lain membuat tanggapan serong pada diri kita pada pandangan pertama.

akhir kalam, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kata-kata yang menyinggung hati pembaca dan juga penulis artikel ini. segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. sama-samalah kita memperbaiki diri.

Tuesday, May 12, 2009

comelnyer.....

ingatan

"Dan mintalah pertolongan kpd Allah dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang: dan sesungguhnya itu amatlah berat kecuali orang2 yang kusyuk"
Al-Baqarah:45



buatmu sahabat2, teman, rakan seperjuangan,adik2, ingatlah, bahawasanya kita masih lagi ade tanggungjawab yang perlu diselesaikan. biarpun sesibuk manepun kerja-kerja kita di sekolah, pejabat, dan dimana sahaja, kita masih ada tanggungjawab dan amanah yang telah diperturunkan kepada kita semua yang bergelar dai'e di muka bumi ini. ingatan buat diri ini yang terkadang lupa.Allah sentiasa bersama kita tapi kita yang menjauhinya.
jangan lupa minta pertolongan Allah kerana semua perkara itu datang dariNya dan percayalah kamu mampu lakukannya.





"Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmatNya kpd kamu sekalian, nescaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan2 keji dan mungkar itu)
selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendakinya. Dan Allah itu lebih mengetahui"

An-Nur:21







Monday, April 20, 2009

Keperluan atau Kehendak??

Dahulu kita hanya memikirkan bahawa hanya ada tiga keperluan yang penting untuk kita terus hidup. Makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kini, mungkin terdapat banyak lagi keperluan yang perlu ada untuk memenuhi tuntutan hidup setiap manusia. bernarkah?

Telefon itu keperluan atau kehendak?
kamera digital itu keperluan atau kehendak?
kereta itu keperluan atau kehendak?
pizza hut itu keperluan atau kehendak?
Secret receipe itu keperluan atau kehendak?

satu-satu perkara yang kita perlu fikirkan dengan berhati-hati sebelum membeli sesuatu barang atau perkhidmatan yang kita rasa perlu untuk diri kita. Berbaloikah kita membeli barang tersebut atau sekadar untuk memenuhi kehendak kita yang mungkin kerana nafsu yang membuak-buak apabila melihat sesuatu yang kita minat. Cuba anda fikirkan? Tak salah untuk menikmati sesuatu tapi biarlah besederhana supaya tidak merana.

Nabi Muhammad SAW juga seorang yang amat sederhana dalam menjalani kehidupan sehariannya. Mari saya bawakan anda satu kisah: seorang sahabat nabi Saidina Abu Bakar (sila betulkan jika salah) telah datang ke rumah baginda dan sahabat tersebut amat sedih tatkala melihat RAsullah SAW hanya tidur di atas pelepah kurma dan badannya berbirat-birat akibat terkena pelepah kurma tersebut. Dan sahabat berkata, Ya Rasulullah, kita memegang kunci dari dari masyrik ke maghrib yakni dari timur ke barat tapi aku sedih melihat engkau tidur dalam keadaan begini. Rasulullah SAW menjawab bahawa “ aku seorang Rasul dan bukan seorang Kaisar atau raja yang engkau lihat hidupnya seperti dalam kemewahan”

Dan ramai insan-insan yang berjaya bukanlah terdiri daripada mereka yang hidup dalam kemewahan dan ditaburkan dengan kebendaan. Saya mengambil contoh seorang peniaga atu usahawan yang berjaya dalam perniagaanya sehingga ke seluruh dunia , Amancio Ortega Gaona antara 10 lelaki terkaya di dunia yang mempunyai perniagaan di seluruh dunia dalam penghasilan pakaian iaitu ZARA. Ortega seorang yang tidak suka untuk memakai tie atau pakaian yang formal. Dia lebih suka memakai jeans dan meluangkan masa bersama keluarga serta pekerjanya. Walaupun dia sangat berjaya dan antara yang terkaya di dunia, anda mungkin tidak mengenalinya kerana dia tidak akan menerima sebarang temubual dan gambarnya tidak pernah dipertontonkan kecuali hanya ada satu gambar di website Inditex kerana dia seorang yang sangat merendah diri.

Saya nak membawa anda pergi ke satu fenomena yang mungkin kita terlepas pandang atau sengaja buat-buat tak pandang. Sekarang ni jika kita lihat manusia semakin bermewah-mewah dan bermegah-megah dengan barang yang ada. Tak cukup dengan kereta MyVi nak beli kereta Satria Neo, tak cukup dengan sebiji kereta nak lagi sebiji. Bukan tak boleh, tapi ikutlah kemampuan diri kita. Kalau nak beli sesuatu itu kerana kehendak kita baik kita fikirkan terlebih dahulu. Kerana jangan sampai kita merompak diri kita sendiri. Merompak diri sendiri? Kita yang tiada duit tapi meletakkan pisau di tengkuk kita untuk mendapatkan sesuatu barang untuk memenuhi kehendak dan kalau tak mampu nak bayar kan pisau tu makan diri sendiri. Fikir-fikirkanlah.

Sebenarnya kebanyakan barang yang kita hendakkan tu adalah untuk kehendak diri kita sebenarnya. Bukan untuk keperluan. Mari saya bawa anda menyelusuri satu tabiat manusia yang mungkin anda tak perasan atau buat-buat tak perasan. Bagi kaum hawa jangan marah yer. Saya juga kaum hawa yang mungkin kadang-kadang melakukan perkara ini. Cuba anda tengok tudung anda. Berapa harga paling mahal yang pernah saudari beli? Saya pernah beli harga tudung yang paling mahal iaitu RM 40. Pada saya mahal tu. Masa keje dulu. Sekarang baru rasa menyesal. Jika fikir balik boleh beli empat dengan harga RM 10 setiap satu. Bukan saja berkualiti malah besar dan tak jarang. Anda boleh fikir tudung ape yang jarangkan. Bila saya fikir-fikirkan semakin jarang tudung tu semakin mahal harganya. Saya pernah melihat harga sehelai tudung yang mencecah ratusan ringgit. Wow! Boleh beli banyak benda tu. Harga yang mahal disebabkan oleh batu-batu dan sulaman yang ada di keliling tudung. Saya pun tak tahu batu ape yang dia pakai tp yang penting bukan batu jalan kerana batu jalan murah sikit. Cuma kalau batu dia yang berat-berat tu korang jangan la pakai. Tengkuk korang boleh sakit kerana menanggung beban yang berat dibelakang tudung anda yang dipenuhi batu (dr.belum sahkan lagi).

Kadang-kadang saya pelik juga dengan peradaban manusia pada masa sekarang ni. Mari saya bawa anda melihat satu perhiasan duniawi. Mungkin kadang-kadang anda curi pandang atau sengaja pandang lama-lama untuk kaum adam khususnya. Sekarang ni kaum hawa lebih suka pakai pakaian yang kainnya labuh dan panjang berela-ela. Tapi kat bahagian lain terdedah sana sini. Nak kata tak cukup kain nak buat baju, ape guna kain yang bertaburan menyapu lantai tu? Kan bagus kalau diletakkan ditempat yang betul untuk menutup aurat. Nampak cantik dipandang mata dan damai di jiwa. Tapi itulah fesyen. Kalau tak ikut fesyen ketinggalan zaman pula. Bukan tak boleh nak ikut fesyen, tapi biarlah kena pada tempatnya dan yang lebih penting kena pada aturan agamanya. Kepada mereka-mereka yang membuat pakaian tu, pastikan anda menjahit pakaian yang menutup aurat buat pelanggan anda kerana jangan sampai anda ditanya di akhirat kelak. Itu kerja Allah bukan kerja saya. Saya hanya menyampaikan sedikit peringatan dan juga mengingatkan diri saya sendiri yang tidak sesempurna ini. Ramai yang akan kata, ilmu tak cukup lagi untuk menegur orang lain. Jika kita hendak menunggu ilmu kita cukup, sampai bila? Ilmu yang ada dalam diri kita jika dikumpulkan hanyalah setitis air lautan sahaja. Jadi, sampaikanlah walaupun sepotong ayat kerana jika menunggu ilmu penuh di dada, tiba-tiba terasa diri telah berada di alam seterusnya. Bukankah sudah terlambat? Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Sekarang ni zaman dah canggih. Semua benda dah berubah. Semua benda memerlukan teknologi dalam penghasilannya. Tak de teknologi tak de kepuasan dalam memiliki sesuatu. Era teknologi, semua barang dan produk yang dihasilkan perlulah mempunyai ciri-ciri mudah digunakan, mudah dibawa, berkualiti dan selesa. Oleh yang demikian, barang tersebut perlulah mempunyai ciri-ciri yang baik, seperti kecil, banyak kegunaan dan mahal itu salah satu dari ciri yang menunjukkan ‘nilai ‘untuk satu-satu imej pada barangan. Bukan sahaja telefon dan kamera perlu ada ciri-ciri begini. Pakaian dan tak terlepas juga tudung yang bermacam jenis seperti tudung ____ juga memerlukan ciri-ciri ‘kecil’ supaya mudah dibawa, selesa dan mudah digunakan. Faham-fahamlah sendiri.

Islam dah bagi garis panduan yang cukup baik dalam menjalani kehidupan seharian kita. Dan islam itu pun ad-din iaitu cara hidup. Kan bagus kalau kita ikut cara hidup yang sederhana supaya hidup kita lebih bahagia dan tak perlu menanggung beban hutang keliling pinggang. Hutang kereta, rumah, macam-macam lagi. Setiap yang dilakukan jika ada keberkatan lebih manis dan lebih kepuasannya.

Diambil dari idea-idea sahabat-sahabat semasa mengikuti ‘bedah buku’ di cafĂ© Bakti. Izinkan saya. yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. maafkan saya.

Tuesday, April 14, 2009

pendakian...bace la korang..huhu

Pagi ni aku rasa sihat sangat setelah hari sebelumnya yak ni sabtu yang lepas aku bergelut dengan kesakitan yang amat sangat. Memandangkan aku dah sihat, aku pun mengambil keputusan mengikut kak fatin p panjat bukit. Bukit mane? Ntah la..tp aku bace tulis kat situ botanical garden.huhu…kami pergi seramai 7 orang. Abg wan, abg nije, kak mariani, kak nasibah, kak fatin, aku dan yang paling muda sekali namanya dirahsiakan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan..hehe….sampai je pagi tu kami sarapan dulu..walaupun ade sedikit kekalutan. Aku ikut je apa yang patut coz aku tak pernah p lagi.first time la katakan…mula-mula nak hiking,, abg wan dah awal2 streching..arming up takut-takut kekejangan kat atas sane..tapi yang lain…meneruskan pendakian tanpa warming up terlebih dahulu..

kami memulakan pendakian pada pukul 8.45 pagi. 15 minit lepas tu, kami sampai di satu trek. Kalau tak silap nama trek tu ‘trek babi hutan’ kalu tak silap la..kwa3…kami ikut trek tu dan kami sesat..ish3 abg wan la jadi pemadu arah kami..hehe…so, kami patah balik dan ikut trek yang lain plak. Pendakian kami ni diiringi oeh kamera-kamera baru yang dibeli oleh abg wan dan kak nasibah…mahal tu..apa lagi..macam-macam gambar flora dan fauna yang depa semua tangkap. Tak kurang gak gambar2 makhluk-makhluk berakal yang ade kat situ..hehe..kami semua la..aku rasa baik aku ceritakan kisah abang-abang dan kakak-kakak juga adik2 yang bersemangat dalam pendakian ni…hehe.

First skali, biar aku citer pasal abg wan..jeng..jeng..jeng…mcm aku ckp tadi, abg wan macam pemandu arah kami la…w,pun dia seorang je yg stretching tp dia la yg paling bnyk sekali berhenti dan tercungap2..lebih dari 4 kali rasenyer..huhu..tiap kali kami sampai kat dia..dia akan suruh kami p dlu..abg wan ingt kami tak penat ker? Kami penat gak la…nak rehat gak…di pertengahan jalan, kami terjumpa air mata air…dan abg wan gak yang ajar kami minum air tu..sedap..mcm rase air 100 plus yang kak fatn dan kak cbah sebut2 kat mulut dpa sepanjang perjalanan. Tu la tak prepare sebelum naik..ha..pasal kak mariani plak.kak mariani bawa kek gula eh tak kek gulung yang manis rase mcm gula…huhu..dan gak buah betik…tp abg wan yg pikul sepanjang pendakian kami tu..so, aku rase sebab tu la abg wan asik pancit..kwa3..kak fatin plak semangat je meneruskan pendakian hingga ke penghujungnya..ye ker???huhu..aku lupe plak ape senaman yg dia ajar kat aku…tp senaman tu memg membawa padah..huhu….kak fatin la selalu membantu rakan-rakan yang lain dalam kepancitan dan juga yang cuak semasa melalui cerun-cerun yang berbahaya..banyak gak pemandangan yang kami Nampak..laut, pemandangan pulau pinang, jambatan pulau pinang pun kami nampak.

Em..abg nije plak. Aku tak tau nak citer ape pasal dier..tapi dia meneruskan perjalanan tanpa henti dan kadang2 ambil gambar kami dalam posisi yg tak sepatutnyer…huh!memg tak comel lgsg..kadang2 dia bersuara gak..kadang2 ker? Banayk kali gak la dan kadang2 gak dia take over tempat pemandu arah yang t,tggl jauh ke belakang…hm…adik ni plak(nama dirahsiakan)tapi aku panggil dia lia.dia ni ak habis2 lapar dalam perjalanan. Badan je kecik tapi boleh memuatkan makanan yang bnyk..huhu..lia memg x penat sepanjang pendakian ni..dia dan aku sentiasa dihadapan mengatasi abg2 dan kakak2 yg lain..mungkin kami bnyk mkn makjun kot..(Abg wan kate)..

em..citer pasal kak nasibah plak. Ayat dia..”akak tak nak naik…last2 na naik gak ngan selipar dia yg dah 3 thun menemani kaki dia..hehe. tp ok la..kak cbah menikmati alam dengan mengambil foto flora dan fauna yg ader. Tapi kak cbah la yang selalu kepenatan tpi ok…maintain.bila sampai kat puncak..kami pun terjumpa satu makhluk tuhan ni..monyet atau kat kampung aku panggil kera. apa lagi, abg wan pun tak melepaskan peluang untuk tangkap gambar sahabat2 yg lama tak dikunjungi..eh bukan,haiwan yang lame tak dilihat tu.em, nasib baik la abg wan tak baling aku dengan kasut…huhu..sepuluh minit selepas tu, kami meneruskan perjalanan untuk turun ke bawah. Time ni la kami jumpe air mata air yg sedap tu.. n jumpe gak mat-mat basikal lasak kat dlm hutan tu. Em..kak fatin la paling ramah sekali time ni..hehe..

jalan punya jalan punya jalan,…sampailah kami kat kaw jalan tar..wah bestnyer..tp rupenyer lagi memenatkan ade la..sakit ibu jari kakiku..huhu..dah la kena jalan mengundur..pening aku dibuatnyer..last-last aku ambil keputusan untuk turun sambil berlari…time ni abg wan pun berlari gak..di satu selekoh..kami berhenti dan mkn kek gula juga betik…sume serbu kerana kelaparan yg amat sgt..apesal betik ni melekat??em..dah kena letak gam uhu…ape2 jer la kak mariani..kami mkn kerana dah lapar sgt..kwa3.

Antara kejayaan2 yang kami perolehi:

  1. seorang daripada kami dapat mengurangkan lemak diperutnyer..huhu..nama dirahsiakan..
  2. seorang lagi mengurangkan 3kg lemak(nama dirahsiakan atas sbb2 yg munasabah)
  3. seorang lagi berjaya dengan seliparnya
  4. dan yg pntg..tak perlu dirahsiakan lg...aku mendapat tempat pertama mengalahkan abg wan yg sdikit terlambat dalam lariannya...hehe...thanks abg an belanja air 100 plus..
ape yg pntg kerjasama...semua smpai dengan selamat..alhamdulillah.allahuakbar...

Saturday, April 11, 2009

Seni Mempertahankan Diri- Silat Lintar



Silat merupakan seni mempertahankan diri khususnya bagi orang Melayu. Terdapat pelbagai jenis silat di Malaysia antaranya, silat cekak, gayung, lintar, pulut, sendeng dan sebagainya. Namun, kita kebiasaannya sering mendengar tentang silat cekak.

Kali ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang silat lintar atau lebih dikenali sebagai silat cekak. Namun, beberapa guru silat di Pahang lebih suka menggelarkannya silat lintar. Hal ini kerana, terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara silat cekak dan silat lintar. Menurut Pak Hadi, iaitu seorang guru silat di Perak, Silat lintar ini merupakan seni mempertahankan diri yang berasal dari Jawa, Indonesia. Seni mempertahankan diri ini dipelajari oleh masyarakat Melayu. Mengikut cerita, Guru utama silat ini ialah seorang wanita yang berasal dari Sumatera bernama Susunandung. Namun, kesahihannya tidaklah diketahui kerana sesuatu mitos atau lagenda boleh ditokok tambah oleh pencerita jika dibandingkan dengan sejarah yang memang tepat faktanya.

Silat lintar mempunyai gerak aksi yang jika dilihat agak sumbang atau kekok. Silat ini amat berbeza dari silat-silat yang lain. Hal ini kerana, contohnya, silat lintar- jika pengamalnya menumbuk musuhnya, dia tidak akan mengambil ‘ambang’ atau perlu mengumpulkan tenaga yang kuat untuk sesuatu pergerakan. Pengamalnya, akan menghantar penumbuk kepada pihak lawan untuk mengumpan bagi melihat gerak geri musuh untuk tindakan seterusnya.

Dalam permainan silat lintar ini pesilat mempunyai kunci-kunci dalam aksinya dan setiap kunci tersebut mempunyai cara untuk melepaskan diri dan seterusnya membalas ‘buah pukulan’ yang dihantar oleh musuh. ‘Buah pukulan ’ merupakan aksi seperti tumbukan, sepakan, dan sebagainya sebagai alat untuk melawan musuh.
Bagi pengetahuan pembaca, silat lintar agak unik. Hal ini kerana, silat ini tidak memerlukan tenaga yang kuat untuk melawan musuh sebaliknya ia banyak menggunakan tenaga dari pihak lawan yang diserap dengan menggunakan teknik yang betul. Terdapat nama-nama dalam silat lintar ini yang menggambarkan buah-buah pukulan tersebut seperti ‘cekak tua’, ‘filim’ dan ‘pasung’.

Silat lintar menghentam atau melawan musuhnya di bahagian-bahagian yang boleh membawa maut atau mencederakan musuh contohnya di bahagian belakang kepala, bahagian mata, telinga, halkum, dada, bawah ketiak, tulang rusuk dan kemaluan. Silat ini tidak sesuai untuk pertunjukan atau untuk memasuki pertandingan kerana silat ini agak berbahaya. Pengamalnya telah diajar bahawa setiap ‘buah pukulan’ yang diturunkan kepada mereka agak berbahaya untuk dipertontonkan, dikhuatiri akan memudaratkan pihak lawan semasa petunjukan tersebut.

Silat lintar juga tidak mempunyai ‘bunga’ sebagai permulaan. Silat ini bergantung kepada langkah yang akan dilakukan seterusnya untuk beraksi.

Dari temubual yang saya lakukan, pengamal silat ini juga mempunyai ilmu batin yang diserapkan kepada tubuh untuk menguatkan lagi tubuh badan seperti silat-silat yang lain. Mereka akan membaca ayat-ayat al-Quran seperti ayat Kursi, surah empat Khul dan lain-lain. Terdapat juga rahsia tentang ayat-ayat yang digunakan oleh si pengamal kerana ada unsur-undur pantang larang yang diberitahu oleh guru mereka.

Silat lintar ini mempunyai penamatnya. Namun, setelah dikaji penamatnya mempunyai tempoh masa yang agak lama seperti 10 tahun sehingga 15 tahun bergantung kepada guru silat tersebut. Oleh yang demikian, silat lintar ditamatkan sendiri oleh gurunya setelah melihatkan kepada kebolehan dan kemahiran yang ada pada anak muridnya.
Secara asasnya, penamat silat lintar ini adalah seperti, satu kain rentang akan diletakkan disekeliling pelajar yang akan menamatkan silat ini sejauh satu hasta. Guru silat akan mengambil keris dan mencucuk sesuka hati kepada kain rentang tersebut. Pada masa yang sama, pelajar atau anak muridnya perlu mengelak setiap tujahan keris yang di acukan kepada anak muridnya. Kemudian, sekiranya pelajar tersebut dapat mengelak setiap tujahan keris, maka tamatlah sudah pelajarannya dalam ilmu persilatan lintar ini. Jika dilihat, mungkin nampak mudah penamatnya, namun terdapat perkara-perkara lain yang akan dinilai untuk menamatkan pembelajaran silat lintar.

Kesimpulannya, pelbagai jenis cara dapat dilakukan sebagai cara untuk mempertahankan diri. Salah satunya ialah dengan mempelajari ilmu persilatan. Akan tetapi, seni mempertahankan diri adalah untuk mempertahankan diri bukan untuk menunjukkan kehebatan dan kehandalan individu.