Thursday, November 13, 2008

Akukah hero??

Akukah hero??

Hari semakin merangkak maghrib dan cahaya kuning semakin lama semakin hilang. Aku menaiki motosikal bersama dengan rakanku setelah habis makan di Desasiswa Cahaya Gemilang. Rakanku membawa motorsikal dan aku memboncengnya. Sambil membawa motorsikal rakanku membuka cerita tentang masalah yang melanda mahasiswa kini.

Isu seperti lelaki lembut hangat kami perkatakan. Sedang kami berbual-bual, sebuah motosikal yang di pandu laju menuruni selekoh tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar motorsikal kami yang berada di hadapan. Kami terkejut.

“Auwww…sakit nyah..kau bawak moto tak tengok depan ker” seorang ‘lelaki’ memarahi kawannya yang membawa motosikal tersebut. Aku bersama dengan rakanku mengangkat motorsikal dan membantu ’lelaki’ tersebut mengangkat motorsikal mereka. Nasib baik motor rakanku dalam keadaan baik, Cuma calar sedikit sahaja.

”Encik tak apa-apa”? tegur rakanku melihatkan lelaki tersebut mengaduh dan menggosok lengannya yang ‘gebu’.

”Tak apa-apa, tak nampak ke tangan aku calar ni. Ei...tak kuasa tau. Nyah jom kita balik”. Lelaki tersebut memarahi rakanku.

Pada aku mereka bukanlah seorang lelaki biasa tetapi luar biasa, lebih sinonim dengan panggilan mak nyah atau lebih sedap didengar seorang ‘lelaki lembut’.

Setelah selesai mengangkat motosikal kami meminta diri untuk beredar. Dalam perjalanan, aku bermonolog sendiri “siapa hero sebenarnya sekarang ni”? Walaupun aku mengetahui bahawa memberikan pertolongan itu tidak mengira lelaki atau perempuan, akan tetapi perlukah aku dan rakanku menolong mereka mengangkat motorsikal sedangkan mereka lebih gagah dari seorang perempuan. Huhu...lucu kalau difikirkan, terasa seperti aku adalah hero membantu heroin yang dalam kesusahan.

Cerita kisah benar yang ditokok tambah.....

No comments: