Bismillahirrahmanirrahim
Tamat sudah sebulan Syawal yang telah kita raikan bersama
dengan orang – orang tersayang.
Bagaimana dengan amal dan kerja buat kita semua? Adakah
masih istiqamah membaca al –quran, qiam di malam hari dan sentiasa mengalunkan
zikir di bibir?
Sedahkan kita semua menyudahkan sunat berpuasa 6 seperti
berpuasa setahun? Subhanallah... sungguh indah aturan Allah dalam menetapkan
segala tingkat kehidupan setiap manusia.
Sesungguhnya makhluk Allah di dunia ini sentiasa inginkan
kecantikan dan kesempurnaan dalam setiap sudut mata memandang. Namun, tidakkah
kesempurnaan itu sentiasa membawa kelalaian kepada manusia?
Beruntunglah
manusia yang tidak lalai dengan kesempurnaan yang diperolehi di dunia ini.
Ya Allah, kembalikanlah aku seperti semasa aku kecil
dahulu...pernah kita meminta kepada Allah. Dapat bermain tanpa memikirkan
belanja dapur yang tidak mencukupi, dapat tidur nyenyak tanpa memikirkan hati
orang sekeliling terluka, dapat menghiburkan hati tanpa memikirkan ibu bapa
yang lelah bekerja. Sekarang kita sudah dewasa. Kitalah yang memikirkan belanja
dapur yang tidak mencukupi, kitalah yang memikirkan hati siapa yang terluka
dengan perbuatan dan percakapan kita, dan kita jugalah yang sayu memikirkan ibu
bapa yang telah penat membesarkan kita.
Kitalah insan itu. Jangan lari dengan aturan hidup yang
Allah telah janjikan, di dalam rahim, ke dunia, ke alam kubur, akhirat , syurga
atau neraka.
Mohonlah hidayah dari Allah dan sentiasa kukuh dengan
keimanan yang telah dicampakkan ke dalam hati kita. Jangan sesekali lelah
dengan perjuangan hidup bergelar seorang HAMBA. Allah itu ada, dan Dia tempat
kita kita meminta.
Ya Allah, berikanlah aku hidayahMu, petunjuk menjadi hambaMu
yang soleh, suami/isteri yang soleh, keluarga yang soleh dan barakah, anak
–anak yang terdidik dengan ilmu al – Quran dan as –Sunnah yang dipakai nabi
Muhammad SAW. Amin ya rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment