Thursday, July 23, 2009

Sepanjang perjalanan

pejam celik, pejam celik...dah tiga bulan aku menjalani latihan praktikal kat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) ni..dan dah 3 bulan juga aku menimba pengalaman baru untuk hidupku yang dah 23 tahun melihat dunia ni. selama 60 hari juga aku menerima pesanan SMS mengucapkan selamat menjalani latihan praktikal untuk memberi semangat kepada diri ini setiap hari untuk pergi ke MPKK. terima kasih yer...
walaupun pelbagi dugaan yang terpaksa dihadapi tapi itulah pengalaman dan cabaran yang mematangkan diri. Alhamdulillah, dapat juga aku menghabiskannya dengan senyuman dan tangisan gembira. InsyaAllah..
setiap hari pergi bekerja aku akan menaiki motorsikal abangku..terima kasih yer kerana sudi tumpangkan dan menukar kerja syif anda kepada normal yer abang..huhu..walaupun bawa motor macam orang dah terlambat tp alhamdulilah..selamat juga sampai.. harapa petang ni dan esok pun macam tu..
dalam perjalanan setiap pagi, aku akan melihat panorama yang sama dan sedikit berbeza. aku akan terjumpa seorang lelaki tua yang menaiki basikal ke Bandar Kuala Kangsar sejauh 8 km setiap pagi untuk ke market membeli ikan dan sayur. Bersemangat sungguh walaupun usia sudah menjangkau 70 tahun.
selepas itu, juga seorang lelaki tua tapi berbangsa Cina yang setiap pagi berlari mengelilingi padang bola keranjang untuk berjogging. 3 bulan aku menjalani latihan praktikal mungkin 5 kali jer aku bersenam.
Aku berjumpa pula dengan seorang lelaki yang setiap hari sabar menunggu bas untuk ke tempat kerja. sambil berdiri dia akan tersenyum kepada kenderaan yang lalu lalang. mulanya aku ingatkan dia gila..tapi rupanya tidak.maafkan aku.
Tiga peristiwa di atas adalah peristiwa yang setiap hari aku lalui. Akan aku ingati peristiwa ini sebagai kenangan manis untuk ke tempat kerja.
Aku sangat bertuah kerana aku dapat merasai bangunan baru MPKK yang baru sahaja dirasmikan dua bulan yang lalu. Aku dan staf2 yang lain juga bertungkus-lumus untuk menyiapkan majlis perasmiannya. tiga bulan disini mengajar aku bahawa tidak semua orang boleh bekerja dalam satu pasukan. Walaupun berkawan rapat, tetap ada perselisihan faham. itu perkara biasa.
pekerja2 di sini majoriti melayu dan sangat peramah. walaupun ada juga yang tak peramah tapi asalkan mereka boleh tersenyum itu dah kira baikla..kat sini aku dapat kawan rapat ada kakak, adik dan abang pak cik...kak wa adalah teman rapat ku...mungkin kerana nama pun dekat2 sama. kat cni, mereka panggil aku wawa..huhu..walaupun panggilan yang nampak mcm manja dan keanak-anakan tapi aku senang dengan panggilan tersebut.
Selama aku di sini, aku dilayan dengan baik, dan mereka tak pernah pun marah aku. tapi tiba minggu terakhir, aku sedikit terasa dengan dua insiden yang berlaku..kesalahan yang tidak disengajakan..tapi mengajar aku untuk lebih berhati-hati selepas ini.
aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pekerja2 MPKK yang selalu membantu dan memberi tunjuk ajar..dan juga radio sinar fm yang membantu menghilangkan kebosanan ku semasa ketiadaan kerja untuk dilakukan..huhu.
semoga ukhwah yang terbina akan kekal hingga selamanya. buat staf2 pentadbiran, EN.Othman bin Mat Sani, kak saibah, kak aripah, kak ina, kak shima. en. murad, abg halil dan en. arif...terima kasih atas segala tunjuk ajar dan tidak lupa juga pada staf jabatan-jabatan lain di MPKK. minta maaf jika terdapat sebarang kesalahan yang telah dilakukan sengaja ataupun tidak sengaja.
sekian...semoga bertemu lagi..