Wednesday, December 31, 2008

Perasaan selepas membaca buku kisah-kisah paderi memeluk islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Terharu dan kagum, itulah perasaan yang muncul dalam diri saya apabila mula membaca buku Kisah-kisah Paderi Memeluk Islam. Maha suci Allah yang memberi hidayah kepada mereka kerana mereka mahu berfikir tentang setiap kejadian yang berlaku dalam diri mereka. Saya berasa kagum kerana seorang yang sangat kuat agamanya (semasa memeluk agama kristian) mampu mengubah haluan hidup yang telah dipegang bertahun-tahun lamanya kepada agama yang lain iaitu ke jalan yang benar iaitu agama Islam. Bukan mudah untuk mengubah agama yang telah dipraktikkan sejak bertahun-tahun lamanya. Namun, perkara tersebut tidak mustahil kerana segala kebenaran dan persoalan yang timbul pasti dapat dirungkai oleh Al-Quran tanpa sebarang syak seperti yang telah dilakukan oleh paderi-paderi ini dalam mencari kebenaran yang hakiki.
Saya terfikir, kita yang dilahirkan sebagai seorang muslim, tetapi tidak mendalami dan menghayati al-Quran itu sendiri akan terpesong atau goyah agamanya. Hal inilah salah satu perkara pokok yang tidak diperteguhkan dalam diri kita umat Islam iaitu mempelajari, membaca dan memahami intipati yang terdapat dalam kalam Allah yang disampaikan kepada seluruh umat manusia sehingga ramai yang murtad.
Saya amat tertarik apabila membaca kisah Dr. Jerald F. Dirks (Abu Yahya), bekas Paderi Gereja United Methodist iaitu bagaimana cara beliau menemui keindahan Islam dalam diri sahabatnya Jamal sehingga beliau tertarik dengan Islam. Ekoran daripada itu, beliau memeluk agama Islam. Bukan secara paksaan, kekejaman atau keganasan tetapi melalui akhlak dan moral yang tinggi mampu menarik golongan bukan islam untuk memeluk agama islam. Hal ini sama seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu secara berhemah dalam menyampaikan dakwah Islam sehingga Islam tersebar ke seluruh dunia.
Tidakkah kita menjadi seorang Muslim yang dalam kerugian kerana telah berada sebagai seorang yang dilahirkan beragama Islam tetapi masih terkapai-kapai mencari kebenaran sedangkan kebenaran itu berada di hadapan mata? Yang memisahkan kita hanyalah kecuaian kita yang tidak mahu berfikir.
Kekuatan cinta serta amat bersyukur kepada Allah SWT dengan segala nikmat yang diberikanNya sehingga saya berubah menjadi diri saya sekarang, insyaAllah kearah yang lebih baik. Saya memohon maaf jika terdapat sebarang kekeliruan atau kesalahan dalam penulisan ini. Saya berharap tulisan saya ini tidak memesongkan aqidah dan menjatuhkan maruah sesiapa sahaja. Perkara yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.

Wednesday, December 24, 2008

Khas buat MT 0809

Selalu menolong bila time free,
Untuk kengkawan yang ada masalah,
Em...saiful ni insyaAllah agak baik hati,
Semoga kekal ukhwah fillah.

Menaiki basikal ke Tanjung Bunga,
Kerana pening membuat kerja,
Zaidi pendiam sukar berbicara,
Tapi ilmunya mak oi..’penuh’ di dada.

Hidup sendiri pandai berdikari,
penghibur teman dikala sunyi,
Pandai berbicara menyelami hati,
Nur khalillah Rasyidah empunya diri.

Naik bas merah turun ke jeti,
Berjumpa kawan menjerit kuat,
Kelam kabut dan telus identiti diri,
Siapa tak kenal Fairuz Liyana Mohd fuad.

Pergi ke bendang menuai padi,
Padi dituai terus ditampi,
Izzudin suka memencil diri,
sampai susah kami nak cari.

Tumbuk inai sampai lumat,
Untuk penyeri jari-jemari,
Memegang duit pandai berjimat,
Itulah Farhana sahabat sejati.

Hendak berjaya perlu usaha,
Jangan dilupa doa padaNya,
Asma peramah berbudi bahasa,
Kalau marah timbul garangnya.

Bukan mengagung bukan mengata,
Sekadar memuji anugerah pencipta,
Jika terdapat salah bicara,
Ampun dan maaf segera dipinta.

Monday, December 22, 2008

PULANGLAH KE PANGKAL JALAN

Aku bukan nak mengutk atau mengata, tapi nak ingatkan diri ni juga yang selalu terlupa dek indahnya fatamorgana. Kenapa mereka diam membisu tanpa khabar berita atau bertanya khabar orang tua yang masih ada di kampung. Adakah mereka seperti kacang yang lupakan kulit?

Walaupun dia bukan ibu kandung yang melahirkan kamu, namun apa salahnya bertanya khabar. Sihat ke? Dah makan ke? Susah sangat ke nak meluahkan perkataan tersebut dari mulut yang telah dianugerahkan Allah untuk berkata-kata. Atau tak mampu nak membayar bil telefon yang semakin melambung…fikirlah.

Kamu semua masih ada seorang bapa yang masih lagi mengharapkan anak-anak untuk dia meneruskan kelangsungan hidupnya. Tanpa kamu, dia mungkin akan kelaparan. Aku merasa hairan. Selama aku di sana, aku tidak pernah mendengar telefon berdering dan jauh dari pandangan terdengar sayup- sayup suara kamu. Lupakah kamu pada orang tuamu? Aku tahu, walaupun mereka tidak memanjakan kamu, mereka tidak memeluk kamu, mereka tidak menaburkan kamu dengan wang, tetapi fahamilah situasi mereka. Mereka bukannya orang kaya yang boleh membeli kereta dengan sekelip mata. Tapi mereka perlu berusaha dengan tulang empat kerat untuk mendapatkan sesuap nasi apatah lagi membeli kereta.

Hari raya korban ari 2..aku tak dengar pun kamu semua telefon mereka ucapkan selamat hari raya? Tak langsung bagi tahu kamu balik atau tidak. Aku pun pelik. Bapa pun pelik. Bapa sudah tua dan tidak mampu lagi bekerja. Ibulah yang menjadi ketua keluarga mencari nafkah untuk sekeluarga. Pagi-pagi lagi dia dah pergi menoreh. Kesian aku melihatnya. Tambah pulak, sekarang ni harga getah semakin jatuh dan barang runcit semakin mahal. RM 1.40 sekilo, setiap 4 hari, dia menjual getah. Dapatla lebih kurang seratus ringgit. Itupun perlu dibahgi dua untuk tuan tanah. Apa yang mereka semua nak makan kalau tiada bantuan anak-anak yang dah bekerja? Setakat nak tampung bayar api, air dan ubat-ubat boleh le..

Sekarang bapa dah terlantar sakit. Makan tak lalu, bangun tak lalu, tidor tak boleh, nak bangun apatah lagi. Pulanglah. Tengoklah keadaan bapa. Dia dah tak ingat siapa kita. Sedih aku mendengar bila dia memanggil aku dengan nama yang lain.sedih. bapa tidak lagi boleh berkata-kata. Hanya sesekali mengaduh kesakitan.tapi aku tahu sakit yang dirasainya.

Ibulah yang paling tabah dan kuat. Dia yang mempunyai semangat untuk meneruskan hidupnya. Walaupun tak pernah merasa hidup mewah atau selesa tapi dia bahagia hidup sederhana. Namun, janganlah kita mengharapkan dia. kerana dia juga sudah semakin dimamah usia.

Ingatan buat diri aku juga.semoga aku tak lupa setelah bergelar oarang yang berjaya.
Aku mohon maaf selagi terdaya.maaf..maaf..dan maaf..buat semua. Jika buat kalian dukacita.

Tuesday, November 25, 2008

Hari Yang Memenatkan (‘-’)


Hari ni 21/11/2008..tamatnyer peperiksaan aku tepat jam 6 petang…

Aku dan sahabat-sahabat yang lain dah plan nak g jalan-jalan..dan ---- ------- tapi tak kesampaian..ada kekangan atau lebih juga dikenali sebagai ujian dari Allah S.W.T

Mood aku tetibe berubah je dari saat itu...jadi pendiam..em...moody la 2..entah la tapi rase macam tak seronok je mlm ni..

Biarla rakan-rakanku bergembira..aku nak jadi gembira gak masa tangkap gambar 2..tapi akhirnya aku x blh...ish3..sori yer kengkawan..korang memang dah kenal aku mcm ne kan...

Moga malam ni korang semua bergembira dan mampu menghilangkan tekanan selepas membasuh hati, memerah otak, dan menyidai ilmu di setiap baris-baris kertas jawapan di ruang legar yang penuh kekusyukan hingga hampir terlupa..ALAMAK!! masa dah nak tamat...huhu

Di harapkan keputusan yang bakal diterima nanti akan meredakan segala perasaan cemas yang menyelubungi diri. Walaupun selama sebulan bercuti, fikiran akan tetiba melayang ke kampus dalam taman- USM -dan sambil tu menghitung tarikh result exam keluar..

Jangan panik...jangan takut..jangan resah gelisah..kerana itulah ramuan resepi yang telah kita siapkan sebelum memasuki dewan peperiksaan, itulah masakan yang telah kita goreng dalam kertas peperiksaan dan itulah juga hasil masakan kita yang sangat enak dimakan begitu saja...ish3 ape plak yang aku merepek ni...huhu..

Tak kisahlah janji aku dapat meluahkan segala yang terbuku dalam hati ini...chow..

Monday, November 17, 2008

Kakak..cikgu atau ustazah???


Penat rasenyer balik dari program motivasi untuk pelajar sekolah rendah ni..tapi gagahkan diri nak tulis gak kat blog ni…walaupun tak seberapa tapi mungkin sebagai perkongsian bersama.

Menjejakkan kaki kat Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pulau pinang.
Rupanyer budak-budak ni baru first time buat kem...hmm..KHEMAH IBADAH. Aku dan sahabat-sahabat yang lain diberi tugasan sebagai fasilitator.

Susah bebeno rasenyer nak melayan budak-budak sekolah rendah ni...nakal betul tapi tak pe la sampai tengah hari jer..huhu (macam terpaksa jer..ish niat kena betul..)

Aku bersama dengan seorang junior aku, Wan as a fasilitator for group 3..group aku ok cume ade dua murid yang sangat ’baik’ ( faham-faham sendiri la...) sepanjang program ni..dua orang budak ni tak pernah duduk diam..mulut pun boleh tahan..kalah mak aku.
Ade je perkara yang mereka ni nak sembangkan...ooo lupe nak bagitau, depa ni kamcing. Kadang-kadang aku layan jer tapi kalu dah lebih...em..tibalah masa aku jadi harimau..(murid-murid tu yg bagitau aku macam harimau yang comel bile marah..kwa3)

Banyak juga la slot yang kami aturkan untuk mereka ni...tapi yang aku paling suka ngan sorang budak ni..Fadhil name dia..walaupun dia agak pendiam tapi dia akan bercakap hanya apabila ditanya..bagus dapat anak murid macam ni..tapi yang lagi best bila dia bagitau kat umah dia ada 30 ekor kucing...wah!! mesti seronok dikelilingi haiwan yang comel.

Eh, sebenarnyer aku nak citer hal lain la..

First aku masuk dalam kumpulan semua depa panggil aku kakak. Masuk slot kedua depa panggil aku cikgu..ish3 tetiba dapat title cikgu walaupun kurang layak...depa ingat semua yang masuk universiti ni dapat title cikgu..em..kena betulkan persepsi mereka. Kira ok la panggil cikgu pun..at least merasa gak aku aura2 macam ner seorang cikgu...tak pun tetibe tukar profession jd cikgu..insyaAllah.

Haaa..part ni aku suke...mase time rehat..aku pun berjalan la keseorangan...tetibe lalu dua orang murid..”Assalamualaikum ustazah”..aku pun toleh kebelakang nak tengok sape la ustazah tu...ahaks..rupanya aku la ustazah!! Macam-macam title aku dapat..ish3, tak layak lagi digelar ustazah adik-adikku. Alamak! Terlupa plak pasal member aku Wan. Dia pun digelar ustaz..kwa3...harap-harap dia pun akan jadi ustaz satu hari nanti.

Tak kisahla ape pun title yang kita pegang yang penting kita masih lagi hamba dan khalifah di muka bumi ini..dan title ni takkan berubah sampai bile2 pun..percayalah..lastly, harap-harap niat kita satu iaitu mencari keredhaan Allah s.w.t.

Saturday, November 15, 2008

Hilangkan fobia ….


Teringat kisah kecik-kecik dulu..bila time maghrib jer..pakat nak mandi sama-sama ngan adik..hehe. Bukan aper..takut. Tak tau la apa yang aku fikirkan tapi yang pasti aku memang takut...sebenarnya (sambil berfikir) aku selalu fikir pasal cerita-cerita hantu yang selalu aku tengok atau dengar dari family.ape lagi..bayangan selalu menghantui diri..kiranya aku macam menjiwai watak tersebut la..kwa3..
Kalau aku kat rumah semestinya mak yang akan jadi mangsa..kesian dia tengah sedap-sedap layan nak tidur aku kejutkan..maaf ye mak..
Tapi masalahnya sekarang ni..hal ni berlanjutan sampai aku dah besar panjang pun..tambah-tambah aku dah boleh imagine dengan real n khusyuk..huhu..walaupun aku dah tak duduk dengan family tapi Alhamdulillah aku dah boleh kawal rasa takut ni...ye ker??? Tak kot sebab kawan-kawan aku yang jadi mangsa kena temankan aku terutamanya ke bilik air...cian gak kat depa..tapi lagi kesian kat aku ni. So, kesimpulannya aku bukan manja tapi aku takut la.
Bila agaknya perangai ni nak hilang. Ni merupakan satu tingkah laku yang dipelajari melalui pengaruh persekitaran (nurture-dalam kaunseling perkembangan). Mungkin aku perlu menjalani terapi sistem keluarga yang dalam psikologi kaunseling. Ape? Ingat orang yang normal tak boleh pergi kaunseling ke? Setiap orang yang menghadapi sesuatu perkara yang mengelirukan dirinya boleh menjalani atau mendapatkan kaunseling supaya dia boleh terokai diri dan membuat keputusan yang lebih baik atau mencari strategi-strategi yang lebih baik dalam penerokaan tentang dirinya.
Perkara yang paling penting aku perlu tahu ialah aku perlu percaya bahawa Allah itu yang menentukan segala-galanya. Sepatutnya aku takut pada Allah tapi lain pulak jadinya. Aku nak berubah tapi takkan aku nak guna teknik menghilangkan fobia kot (terapi tingkah laku...iaitu teknik ’SYSTEMATIC DESENSITIZATION’) Teknik ni memerlukan aku menghilangkan fobia secara berperingkat. Pertama, aku perlu fikirkan perkara yang aku takut. Seterusnya aku akan berhadapan dengan perkara yang aku takut dari jarak yang jauh sehingga semakin lama semakin hampir. Dan langkah seterusnya akan berakhir apabila aku boleh berhadapan dengan perkara yang ditakuti dan mungkin boleh memegangnya..ish lagi la aku takut. Tapi tak mustahil kerana dulu aku takut nak pegang ular tapi sekarang tak lagi..yang penting kita yakin dan fikir yang kita mampu lakukannya.
Lastly, pada sesiapa rasa dirinya berada dalam ketakutan ketahuilah bahawa Allah sentiasa ada bersama dengan kita tapi ingat!! Sabda nabi SAW apabila engkau ingin mengetahui kedudukanmu di sisi Allah, perhatikanlah bagaimana kedudukan Allah di hatimu. Sungguh, Allah menempatkan kedudukan seorang hamba disampingNya apabila si hamba meletakkan Allah didalam dirinya....

Thursday, November 13, 2008

Akukah hero??

Akukah hero??

Hari semakin merangkak maghrib dan cahaya kuning semakin lama semakin hilang. Aku menaiki motosikal bersama dengan rakanku setelah habis makan di Desasiswa Cahaya Gemilang. Rakanku membawa motorsikal dan aku memboncengnya. Sambil membawa motorsikal rakanku membuka cerita tentang masalah yang melanda mahasiswa kini.

Isu seperti lelaki lembut hangat kami perkatakan. Sedang kami berbual-bual, sebuah motosikal yang di pandu laju menuruni selekoh tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar motorsikal kami yang berada di hadapan. Kami terkejut.

“Auwww…sakit nyah..kau bawak moto tak tengok depan ker” seorang ‘lelaki’ memarahi kawannya yang membawa motosikal tersebut. Aku bersama dengan rakanku mengangkat motorsikal dan membantu ’lelaki’ tersebut mengangkat motorsikal mereka. Nasib baik motor rakanku dalam keadaan baik, Cuma calar sedikit sahaja.

”Encik tak apa-apa”? tegur rakanku melihatkan lelaki tersebut mengaduh dan menggosok lengannya yang ‘gebu’.

”Tak apa-apa, tak nampak ke tangan aku calar ni. Ei...tak kuasa tau. Nyah jom kita balik”. Lelaki tersebut memarahi rakanku.

Pada aku mereka bukanlah seorang lelaki biasa tetapi luar biasa, lebih sinonim dengan panggilan mak nyah atau lebih sedap didengar seorang ‘lelaki lembut’.

Setelah selesai mengangkat motosikal kami meminta diri untuk beredar. Dalam perjalanan, aku bermonolog sendiri “siapa hero sebenarnya sekarang ni”? Walaupun aku mengetahui bahawa memberikan pertolongan itu tidak mengira lelaki atau perempuan, akan tetapi perlukah aku dan rakanku menolong mereka mengangkat motorsikal sedangkan mereka lebih gagah dari seorang perempuan. Huhu...lucu kalau difikirkan, terasa seperti aku adalah hero membantu heroin yang dalam kesusahan.

Cerita kisah benar yang ditokok tambah.....

Sunday, June 8, 2008

keMbaRa HiDUp




Hari ini..
Bermulalah detik baru
Aku menjadi tinta dan pena
Buat tatapan pemerhati
Dikala tawa,tangis dan sepi.

Hari ini
Aku melangkah setapak
Meningglkan hari-hari semalam bersama bayangan
Tenggelam jauh dalam jurang masa
Kini aku jauh ke dalam arus peradaban
Meniti hidup!

Hari ini..
Aku harap kau setia
Agar aku tidak kecewa
Dalam caturan citra manusia
Kembara hidup yang makin menggila

Hari ini..
Aku berjuang kerana-Nya
Aku hidup kerana-Nya
Aku mati kerana-Nya
Selama-lamanya untuk Dia
Semoga termakbul,izin dari-Nya