Monday, November 22, 2010

13 hari jer lagi...

insyaAllah...

semoga Allah mempermudahkan urusan untuk mendirikan sebuah masjid (ibaratnya)

semoga sakit yg diberi ini adalah kifarah dosa akibat perbuatan2 ku...Ya Allah..kau sembuhkanlah aku dari sebarang penyakit yang memudaratkan diriku ya Allah.. semoga hari2 yg mendatang ini Kau berikan aku kesihatan yang baik...

bissmillahirrahmanirrahim...

lebih kurang 13 hari je lagi nak sampai tarikh 5/12/2010 (ahad)
tarikh saya diijabkabulkan..insyaAllah..

ape yer progress...mari kita lihat..=)

  1. borang nikah = settle tp RM 115 belum bg pada kadi lg=)
  2. baju nikah dah fitting
  3. baju pengantin dah fitting, belah laki belum lagi
  4. mase nikah nanti, adik jadi wali....insyaAllah dia ok jer...jgn lupe amek video n mikrofon..=)
  5. lepas nikah..terus tukar baju untuk kenduri..pengantin laki kerumah pak cik dolah, dalam kul 1 akan berarak dari rumah che nah bersama paluan kompang..ececeh...
  6. ade beli guest book..untuk kenangan..tapi segan plak nak guna...huuuu
  7. pelamin (tukar kerusi),khemah pengantin, dulang, bantal nikah,payung, bunga pahar= bgtau pd nyah untk disediakan
  8. 7 hantaran dah siap, ada 6 lagi belum..tapi kek dah tempah,coklat belum beli,potpuri belum beli, sejadah belum lipat, baju belum lipat dan sirih junjung (3 benda terakhir ni minta yan noma buatkan=))..tapi reben dan bunga dah habis.tak tau la de stok lagi ke tidak...
  9. goodies...ni yg jd masalah ckit....untuk kanak2 yong dah support, untuk main kompang dan marhaban pun yong support. untuk dewasa belum ada keputusan muktamad...mungkin bagi buah (minta abg nua) tetamu rapat..tak tau nak bg ape..kakak kate nak bg mug..tp blm decide juga...tp rase nak mintak abg buatkan tart..sedap...=)
  10. bunga telor jgn luper..kna beli dlm 200-300 biji g2...untuk letak dipelamin=)
  11. untuk santapan sblm mkn tengahari...mak tempah dodol, bahulu, nasi manis..n mak buat tapai dan lemang..tp lemang khas untuk kakak kat johor=)..dari johor plak..mungkin kakak bg kerepek2...
  12. makan katering dah bayar deposit..nak bayar lebihan dia minggu ni juga...nanti tetamu tak dapat mkn plak=)mak n kak ipar cdg nak tambah gulai nangka..nyum..nyum..lauk pengantin catering ni bg...tp kalu nak tambah bleh juga...
  13. khemah untuk tetamu dah amek 2..tp tak tau la nak pasang mane..kawasan umah kecik sangat=)
  14. ajak mengajak orang ni..mak n adik juga abang dah settlekan..saya just jemput kengkawan jer...sape yg belum diajak bgtau yer..sape yg tak diajak..n teringin nak dtg..dialu-alukan..mgkn terlepas pandang...maaf..=)
  15. fotografi dah ambil..insyaallah dari cucu sedara bapak,duit deposit blm bg lagi..kna bg minggu ni juga..kalu tak....=)..belah laki pun amek yg ni juga...
  16. DJ set karaoke tak perlu..coz sakit kepala dengr bunyi bising n org berckp2..just pasang lagu je n kuatkan volume ckit + pasang sound (kat umah ader...)
  17. yang teknikal punya hal..selalunya adik la yg kna buat...coz dia yg ade kat umah tu n laki...dia kna gantung sign board, pacak bunga manggar..dsb
  18. diri sendiri kna pakaikan inai...so, pg2 kena tumbuk inai n pakai dekat kaki...n jari tangan kiri..then malam or petang..pakai untuk tangan sebelah kanan plak=)
  19. nak mintak anak sedara tlg jd pegang kain n mintak tlg sesape jd pengapit..coz pengapit belum ade lagi ni=)...sape nak???
  20. mase nak kenduri ni, tak de org nak mekapkan lagi,..cdg nak mintak tlg kakak..tp dia tak de barang mekap la plak...nak pinjam kat senior,=)
  21. mak kate nak buat arwah sebelum kenduri...doa smga majlis berjalan lancar...amin...

Monday, November 8, 2010

memujuk diri

bercuti selama 3 hari sempena perayaan deepavali

3 November 2010

bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri meting dengan Jabatan Perhutanan. nak beli tiket bas untuk pulang bercuti ke kampung, tiket bas dan keretapi dah habis. penyelesaiannya, tumpang van FIFWA dan berhenti di R & R Sungai Perak. abang ambil kat sane, dan sampai rumah jam 7 malam. * dalam keretapi tak boleh tido dgn baik kerana bising dan terpaksa duduk (kate beli tiket ada katil) lain kali ckp yg betul...

4 November 2010

sampai KL jam 7.30 pagi dan terus mandi di KTM, seterusnya pergi mengambil teksi ke tempat meting. walaupun penat dan kelaparan tapi kena cepat coz tak tau tempatnya jauh or dekat. dah sampai kat sane, dalam 9.30 meting pun bermula dan terlajak sampai kul 2.15 petang. lepas makan tengahari, terus pulang ke utara tanah air.

malam tu, selepas makan malam dan sangant penat, terus saya tertidor.

5 November 2010

Bangun pagi. setelah bersarapan dan mengemas rumah, mengajak emak yang baru je pulang dari menoreh getah untuk ke bandar Kuala Kangsar, membeli barang-barang perkahwinan. kesian mak, penat belu mhabis dah kena berjalan keluar pulak=).

hari ni, banyak barang yg dibeli, cadar, perhiasan barang hantran, bakul, dan macam2 lagi. sampai lenguh kaki. mak sampai tak larat nak berjalan dan nak termuntah. so, saya bawa mak makan nasi dulu, coz dah tengahari. kami makan dekat kedai ikan bakar, tapi makan sayur je, tak ambil lauk, takut mahal=)

lepas makan teruskan membeli belah coz tak de masa nak tengok2 jer, dah perlu membeli walaupun mahal atau murah, cantik atau kurang, janji ade. tu je matlamat yang difikirkan.
selepas dah selesai membeli (walaupun tak full) akibat kaki yang dah lenguh, dan belum solat, kami pun balik ke rumah.

sampai je dirumah, saya keluarkan semua barang-barang dan mula membuat persiapan. memang penat. tapi, perlu buat kerana masa yang semakin suntuk. sambil membuat hantaran, ada pulak mak sedara dan jiran yang datang. segan juga nak buat depan mereka, tapi buat juga coz tak de masa!!!

hari dah nak senja, perut pun lapar, so, makan malam dengan lauk yg dibeli di kedai. tak sempat nak masak.

malam pulak, mengemas bilik, keluarkan semua barang yg tak pntg. seterusnya proses mengecat bermula. masa pi bandar tadi, sempat juga membeli 2 tin cat=). penat sangat mengecat ni. sampai pening kepala mendongak ke atas dan tgk roll yang berpusing2 meratakan cat. jam dah pukul berapa pun tak tau...dah penat sangat malam tu, terus je tidor sampai pagi.

6 November 2010

bangun pagi,tekak dan hidung dah rasa sakit dan perit. badan pulak sengal2. banyk sgt buat kerja samapi nak demam kot. tapi gagahkan diri kerana rumah dah bersepah. teruskan mengemas rumah dan menyambung mengecat yg belum selesai. akhirnya, siap juga mengecat walaupun comot. tak kisahla, mals nak pk, janji cat.huhu. mak dan adik pergi kutip getah untuk dijual. so, masa ni digunakan untuk buat kerja yg blh buat seorang diri.

lepas mereka balik, penat pun belum habis, mintak tlg dia pasangkan katil dan masukkan perabot dalam bilik. nak angkat sorang2 memg tak larat. adik ambil tenaga dengan makan nasi semalam. barulah kami memasang katil. selepas pasang katil, masukkan almari cermin dan meja2 yang ada. seterusnya, kemas rumah!!!!

lepas mandi, bersiap sedia untuk ke bandar Kuala Kangsar. ada barang yang hendak dibeli, coz tak cukup. n mak pun ade pesan beli barang dapur. p bandar ngan 2 orang adik=), mak p kenduri ade jemputan.

beli barang dan belanja mereka makan laksa dan mi kari. kami lupa belum mkn tengahari masa nak kuar rumah=).

dah selesai beli barang. balik ke rumah dan kuarkan semula barang2 hantaran. buat lagi. alhamdulillah, ade yg dah siap.tp bnyk juga yg belum siap. sikit-sikit, lame2 siap la tu=).

badan dah sengal2 dan selsema.batuk pun menjelma, hujan pulak sangatla lebat. malam tu memang tak larat nak buat kerja yang lain. so, sembang dengan mak dan tido=).

7 November 2010

4.30 pagi, mak panggil dari luar bilik. mamai2 tp kuar gak, coz mak kate sakit perut dan nak termuntah, ade rase nak pening2. saya pun tlg urutkan mak walaupun hidung sngt la skit.

then, adik pompuan dtg tlg urutkan mak, tak sedar tertidor dan pg tu adik laki plak megadu sakit perut. saya pun pergi bagi ubat pada dia.

lepas subuh, saya pulak yang sakit perut. kami bertiga cirit-birit coz mkn lauk kenduri tp adik perempuan tak, coz dia tak mkn...=)

lepas dah rasa sihat, p kedai beli ikan dan sayur untk makan tengah hari. mak memasak, adik kemas rumah dan saya ke rumah opah, menjenguk dia yang dah lame tak ziarah.

sampai rumah, makanan dah siap, n mak ajak makan. lauk udang, sayur rebus dan ikan goreng=)

lepas makan, kemas barang2 nak blik ke penang. baju tak kering coz hujan kebat dan tak berhenti.selesai berkemas tdo sekejap coz mkn ubat. mengantuk. bangun dr tido, bersiap ke kedai untk membeli bhn2 membuat bihun gorg coz ade tetamu nak dtg=)

lepas tetamu sampi dan menjamah makanan, 9 mlm bertolak ke penang. kul 11.15...penat juga. Alhamdulillah, dah sampi di penang.

mak...insyaAllah..tiap2 minggu bln ni cuba untk balik ke rumah dan tlg ape yg patut. kesian kat mak bertungkus lumus buat kerja=).

i love u my famili=)

Wednesday, October 27, 2010

tidak perlu tajuk

kadang-kadang kita terlupa untuk bangkit dari masa lampau...kita asyik memikirkan masa dahulu. masa yang telah meninggalkan kita. memang pengalaman tersebut merupakan pengajaran yang amat terbaik buat diri kita. namun, kita perlu melihat dihadapan. apakah masa depan kita akan sama dengan masa silam?

sejarah mungkin akan berulang tapi tidak mungkin takdir menentukan segala-galanya. kita mesti berusaha untuk mengubah takdir hidup kita sendiri. Allah tidak akan berlaku kejam terhadap hamba-hambaNya. semuanya itu adalah ujian Allah kepada hambaNya yang disayangai lagi dikasihi.

mengungkap kisah hidup seseorang menyebabkan kita rasa semakin kuat atau semakin lemah? setiap manusia itu dilahirkan dengan cap jari yang berbeza-beza. kalau cap jari dah berbeza, sudah tentu akal, kekuatan, iman juga berbeza tahapnya. jangan kita samakan diri kita dengan orang lain. kerana kita mungkin akan terasa ada kelebihan dalam diri dan mungkin juga merasa kelemahan dalam diri kita.

seeloknya, kita cermin diri kita sendiri, dan perbaiki kelemahan yang ada dari dalam diri kita sendiri. bukan membandingkan dengan orang lain. kekuatan dan kelemahan itu ada dalam diri kita, dan hanya kita yang mampu mencari titik perubahan dalam diri.

tetapi, jangan kita lupa pada orang sekeliling yang memberi harapan untuk diri kita semakin kuat . semakin hari semakin utuh tautan tangan yang bergabung untuk mencari satu kebaikan. dan pada masa itu, kita melihat dan kagum dengan perjuangan sahabat kita dalam mencari redha Ilahi.

sungguh manis dan indah setiap ciptaan dan rangkaian yang Allah telah ciptakan buat umat manusia. dari alam semesta kita melihat dengan mata hati betapa beruntungnya setiap yang ada di muka bumi..Subhanallah...

Saturday, October 9, 2010

wedding preparation

56 hari lagi....
tapi banykk benda yg belum settle...
tgk kawan2 yang lain dah buat bnyk benda dah untuk kawen mereka...huhu

aku ni bz sgt..ye ker??? ditambah plak ngan tak de cuti dikala hujung minggu..just curi-curi masa je beli barang. then, nak beli tu, punya la banyak berfikir, sampai tak beli. tu yang buang masa. nak yang terbaik..kot!

baju nikah-blm buat pun lg (berani tanggung risiko)
baju kawen tak fitting lg (yg laki punyer blm siap lg)
hantaran-ade yg tak beli apetah lagi dekorasi
kek-belum tempah
goodies-tak beli n tak pk lg
guest book-perlu ker?
kad kawen..tak p kedai lg..haha,
hiasan bilik tidur..tak beli lg
langsir rumah..masih dlm almari (tak jahit lg...makkkk)
bilik..nak cat ke x????
yang paling penting..ujian HIV n borang pun tak hantar..tok kadi yang dok bising2..haih...

rase mcm nak cuti n settlekan sume ni..tp bila nak cutinyer???ade ke cuti?huhu..

program kat tempat keje ni tak habis2. makin bertambah adala....setiap minggu plak tu...cian API...lama dah aku menyepi (tak pegang t/jawab vs tak buat koje)

ya Allah..berikanlah aku kelapangan masa....n kecukupan duit (penting tu)..ameen...

Friday, September 24, 2010

kerana aku seorang perempuan..part 5

Siapakah lelaki ini? Dimana dia mula kenal dengan aku?mengapakah dia sering memberikan sekeping kertas bertulis kepadaku? Em..soalan yang sukar untuk dijawab oleh ku. Hanya dia sahaja yang tahu dan mampu menjawab soalan yang ku berikan itu.


Bingung aku memikirkan siapakah gerangan lelaki tersebut.


Hari ini aku ke Tasek Harapan. Pagi hari Sabtu yang sangat mendamaikan jiwa dan memberikan aku kekutan untuk meneruskan hari-hari mendatang. Tersenyum aku sendirian melihat biawak yang menjadi kebanggan di Tasek Harapan ini.


Sambil memberikan ikan-ikan di tasek makan, aku juga mengambil sekeping dua roti Gardenia untuk mengalas perutku. Tadi, aku keluar tanpa sarapan. Seronok aku melihat ikan-ikan ini melompat dan berebut –rebut mencari makanan. Mungkin ikan-ikan ini kelapran kerana hanya aku seorang saja yang sedang memberikan mereka makan.


Sebenarnya, aku sedang menunggu seseorang. Aku menunggu Aju. Ada seseuatu yang aku ingin kongsikan dengannya. Mungkin dia boleh membantu aku. Jam di tangan tepat jam 8.30 pagi. Aju berlari-lari kecil dengan kasut sukan yang baru dibelinya minggu lepas.


Sorry Nad, aku terlambat. Aku terlewat bangun tadi.


Tak per, aku pun sedang bagi ikan-ikan ni makan. Jom kita ke sana.


Kami berjalan beriringan menuju ke kawasan rekreasi.


Kenapa kau nak jumpa aku seorang je Nad? Ada hal penting ke? Aju memulakan bicara.


Sebenarnya, aku nak beritahu kau sesuatu.


Apa dia?


Seminggu dua ni, aku selalu dapat kertas-kertas yang tertulis dengan sajak, puisi, kata-kata nasihat tentang perempuan. Aku tak tau kenapa dia bagi aku kertas-kertas tu semua. Setiap hari dia akan letak dalam raga motor aku.


Engkau tahu ke siapa yang bagi?


Aku tak tahu, tapi yang aku tau dia sentiasa perhatikan gerak geri aku. Dia tahu rutin harian aku dan jadual kuliah kita. Kalu tidak, masakan dia tahu aku di mana.


Engkau tak siasat ker? Engkau kantoikanlah dia...macam la ko tak biasa buat hal-hal macam ni Nad.


Eh, tak sangka aku Aju seperti ini. Kadang-kadang dia pun ganas seperi aku. Ingatkan dia nak beri aku nasihat, tapi bagi aku cadangan yang memang aku dah buat. Mungkin pengaruh dari aku kot. Tersenyum.


Aku dah siasat....


So?


Errrr....dia..lelaki

Monday, September 20, 2010

masih dihargai

dah lame tak menulis di blog ni..sbnrnyer hajat nak tutup terus..tapi tak sangka ade lagi pembaca..huhu

alhamdulillah..ade rase semangat semula nak menulis walaupun sebenarnya blog ni dah celaru..huhu...

tak tau bile nak betulkan semula ataupun niarkan dia macam ni saje..

ada juga cerita yamg tergantung belum disiapkan.tapi dalam kepala dah ade sampai ending...

sekarang saya sibuk dengan kerja dan masa depan.insyaAllah...ada mase terluang, akan saya gunakan untuk emmperbaiki blog ni..

selamat membaca=)

salam

Wednesday, April 28, 2010

Kenangan manis..





ni la Pondok Comae (Comel)

Alhamdulillah3x

Akhirnya sampai juga aku di Bumi Pattani sekali lagi. Hujan turun agak lebat mengiringi perjalanan kami ke sana. Jam 4.30 petang barulah van mengambil kami dari USM. Perjalanan yang mengambil masa 4 jam untuk sampai ke stesyen bas Hatyai.


Dalam perjalanan, Ustaz Kamaruddin sentiasa menelefon bertanyakan khabar dan bagaimana aturan perjalanan, dan menerima sms dari sahabat dan juga ustaz Hafiz.


Di Hatyai, bas dan van sudah tamat perkhidmatan untuk ke Taluban. Huda tidak membenarkan kami bermalam di Hatyai. Dia telah menempah sebuah teksi untuk kami ke Taluban. Perjalanan ke sana kira-kira 160 km. pada waktu malam agak bahaya kerana keadaan yang berlaku di Selatan Thai seperti bom dan tembakan rambang. Hanya doa yang tidak putus-putus dalam perjalanan tersebut. Walaupun terasa penat. Tapi, tidak mampu untuk melelapkan mata kerana risau jika terlelap selamanya.


Setelah melalui beberapa pos kawalan dan perjalanan yang sunyi kerana hanya beberapa kenderaan yang lalau lalang, kami sampai pada jam 11 malam waktu Malaysia (10 malam waktu Thailand) di pondok Comae, Wittaya School Taluban. Kedatanagn kami dinantikan oleh Huda dan sahabat-sahabat Pattani yang lain.


Setelah makanan dihidang, aku mencedok sesuatu. Agak masin, tapi telan juga mungkin kerana lapar dan aku sangka lauk yang masin. Setelah kami ditinggalkan bertiga untuk makan, aku bertanya ‘kenapa ada rasa masin? Apa yang masin?’ saiful menjawab” dah makan budu, memang la masin” erk!! Budu rupanya.


Sambil makan, kami menghantar pesanan ringkas dan menelefon sahabat dan murabbi di Malaysia. Tanda kami selamat sampai.


Selesai makan, kami bersalaman dengan penggerak-penggerak yang bertungkus lumus dalam program aktiviti anak yatim ini. Ada sahabat yang sudah pun kami kenali, dan ada juga yang baru kami jumpa dalam program ni. Tapi semuanya ramah.


Saya dan munirah tidor di dalam kelas yang menempatkan tukang-tukang masak. Nampak sangat kami suka makan.huhu.

minum kat sini tak perlu cawan sebenarnya, mereka terus letak straw dalm jug dan terus minum=)


Pagi tu, kami sarapan pagi dengan pulut ayam dan nasi goreng. Setelah itu, kami melihat adik-adik yang sedang mengadakan aktiviti. Mereka sedang menyanyi dan dihiburkan dengan beberapa permainan yang disediakan oleh murabbi (fasi) mereka.


Kami dijemput untuk memperkenalkan diri dan aku diminta untuk menyanyikan lagu untuk mereka. Suara boleh baling ke laut, nak suruh menyanyi…Huhu. Saya menyanyi serangkap dari lagu Teman Sejati, tapi Pok Su dan Ismail provoke minta menyanyi lagi. Malu kat orang Malaysia, suara sumbang.


Kami bercadang untuk balik ke Malaysia pada hari Ahad, tapi di minta oleh sahabat-sahabat di sana menunggu sehingga tamat program pada hari isnin. Kata mereka, ada persembahan pentas oleh adik-adik. Kami berkira-kira. Kerana ada kerja yang perlu dibuat. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk pulang pada hari isnin.


Kami bermesra dengan adik-adik yang ada. Terharu kami melihat adik-adik yang sangat dahagakan kasih sayang seorang bapa. Ada yang berumur 4 tahun, datang ke program dan di ajar untuk berdikari. Walaupun masih memakai pampers, tapi dia telah diajar untuk membasuh pakaian sendiri. Petang sabtu ada program alif, ba, ta. Alif untuk agama. Ba untuk bahasa dan bangsa manakala ta untuk tanah air.


Di sini, mereka di beri kesedaran tentang siapa mereka dan bagaimana mereka terjajah. Ramai yang menangis, terkesan dengan apa yang disampaikan oleh pengisi. Ada yang berwatak garang, ada yang berwatak lembut. Aku di minta untuk memberi pengisian selama 5 minit (dalam watak tegas) menceritakan tentang bahasa dan bangsa. Time ni, rasa geram ngan pok su kerana aku di paksa rela!!


Seterusnya, Ismail membawa kami menaiki bukit, melihat keindahan alam. tinggi juga bukit tu, dapat melihat kawasan laut di Taluban.


sampai ke destinasi


Esoknya, pada waktu pagi, adik-adik bermain bola sepak dan bola jarring. Aku dan munirah mengambil maklumat adik-adik. Waktu yang terik, tapi adik-adik masih lagi bersemangat. Pada waktu petang, adik-adik akan berlatih untuk membuat persembahan. Manakala ibu-ibu akan hadir untuk mendengar ceramah berkaitan dengan Martial Law dan juga Emergency Degree (undang-undang darurat).


Melihat adik-adik berlatih untuk membuat persembahan, aku teringat pula kat Malaysia, adakah adik-adik kita dalam sendu atau gembira? Nanti ibarat peribahasa ‘kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan’.


Malam tu, ada buat kenduri arwah, mereka tumbangkan 3 ekor kambing. Buat masak kari. Mereka menjemput beberapa muslimin dari kampung berdekatan. Lepas ambil maklumat dari saudara A’tif, kami pun makan. Lepas makan, kami dihidangkan pula dengan persembahan adik-adik, murabbi dan juga jemputan. Ada yang bernasyid, ada yang bersyarah, ada yang berpantun. Huda meminta aku untuk membuat persembahan. Tapi, aku menolak kerana aku takut dan tak terbayang rasanya buat persembahan depan ramai orang di atas pentas.


Jam 11 malam, aku dan munirah bertemu Saiful, bertanya cara kepulangan esok hari. Saiful di meja pengerusi majlis, mungkin untuk melihat persembahan dari jarak dekat. Pengerusi bertanya, tak nak buat persembahan ke, tak…aku menjawab. Tapi, saiful provoke, meminta pengerusi meletaakn aku dan munirah untuk membuat persembahan. Kumpulan dari RAUDHAH katanya. Terus, pengerusi membuat pengumuman, persembahan jemputan dari Malaysia katanya. Ya Allah, seram sejuk dan bergetar tubuh bila disuruh buat persembahan. Gile!!


Untuk tidak menghampakan sahaat-sahabat di sana, aku gagahkan diri bila nama dipanggil dan naik ke pentas. Sempat aku berkata, jika tak sedap, senyum je yer=). Aku menyampaikan sebuah nasyid dengan suara ke laut aku bertajuk Rahmat Ujian..waaaa..pengalaman yang memalukan. Pok su kata, sape la yang bernasyid semalam, rasa nak baling selipar jer, eh, tak, rasa nak bagi hadiah selipar=)nampak sangat suara aku tak sedap.kah3..

=)


Pagi esoknya, kami akan pulang. Terasa sedih menyeliputi pagi itu. Wah. Kami menaiki kenderaan sahabat membawa kami untuk menaiki bas dari Taluban ke Hatyai. Mereka Che’ Lah, Sufian, Ismail, dan ramai lagi membayar tambang dan membeli kami sarapan (kita mesti layan mereka lebih baik, bila mereka berada di Malaysia, malu wehh). Sampai di Hatyai, Abdullah dan seorang lagi sahabatnya sedang menunggu kami. Sahabat di taluban, meminta Abdullah menemani kami di sini. Risau jika kami tidak sampai ke destinasi. Abdullah belanja makan=). Alhamdulillah, kenyang.


Jam 3 petang waktu tempatan, kami menaiki van ke Penang dan sampai pada jam 8 malam.

Monday, April 12, 2010

Budak dulu2 VS budak2 sekarang

Masa dulu-dulu bagitau kat mak nak pergi berkelah kat luar. Mak , adik nak p berkelah kat luar tau?

Mak pun jawab, pergilah makan kat luar tu, duk bawah pokok cempedak, tak pun bawah pokok deroyan kat umah opah. Jangan duk bawah pokok kelapa, jatuh buahnye timpenyer kepala.

Masa sekarang, Mak , adik nak p berkelah kat luar tau? Ngan kawan2 kat teluk batik, naik kereta ngan kawan2. mereka ajak untuk reunion. Dah lame tak jumpe katanya.

Mak pun jawab..ok..

Masa dulu-dulu nak pergi keluar rumah, kita akan minta izin pada mak. Mak, angah keluar sekejap pergi rumah salmah. Pergi main congkak kat umah dia.

Mak pun jawab, ‘jangan balik lewat. Kalau hari nak hujan balik. Kalau mereka ajak makan jangan nak makan plak. Malu, mereka pun tak de duit nak nak bg kita makan.

Masa sekarang. Mak,’ nak 10 ringgit, nak buat tambang bas pergi rumah kawan. Jangan tunggu angah tau. Angah balik lambat hari ni.

Mak pun jawab sambil hulur duit, karang kalau hujan bermalam la kat rumah dia, mak tak masak kat rumah tau.

Masa dulu-dulu bapak bagi duit belanja seringgit sekali tambang bas. Diam, tak kata ape. Takut kena marah pulak nanti.

Masa sekarang ni, kalu bagi seringgit tarik muka, kalu bagi dua ringgit, hulur tangan lagi, kalau tak bagi, hulur pisau kat leher bapak. hehehe

Masa dulu-dulu anak-anak duduk kat rumah, sambil belajar sambil tolong mak dan ayah buat kerja kat rumah. Bertuahnya dapat anak macam ni.

Masa sekarang, anak-anak memang duduk kat rumah. Siap terperap dalam bilik. Melayan computer riba sambil dengar lagu. Bertuahnya dapat kemudahan macam ni.

Masa dulu-dulu memang susah nak dapatkan kenderaan. Kena naik bas tak pun mintak tolong kawan-kawan tumpangkan.

Masa sekarang kalau tak de motor tak de hal…’woi, aku dah on the way ke rumah ko. Siap cepat, aku ambil ko kita g Bandar’. Tak payah mintak tolong ambik, kawan offer siap dengan pakej jalan-jalan.

Masa dulu-dulu. Apa nak jadi dengan kamu ni Mat, ustaz dah suruh hafal surah ni, tapi kamu tak dapat. Malam ni kamu hafal sampai dapat, esok ustaz nak tanya. Cian, Mat tido pukul 1 pagi kerana otak dia susah nak mengingat. Esok, tak dapat kena rotan pulak nanti.

Masa sekarang. Apa nak jadi dengan kamu ni Mat, ustaz dah suruh hafal surah ni, tapi kamu tak dapat. Malam ni kamu hafal sampai dapat, esok ustaz nak tanya. Malam tu. Mat tido pukul 1 pagi. Bersama-sama kawan-kawan pasang strategi. Esok, masa ustaz nak masuk kelas, Mat tunggu ustaz dengan meja empat segi bersama kawan-kawan kat selekoh makmal biologi.


Masa dulu-dulu mak dengan ayah sambil tonton tv, suruh anak masuk tido. Takut bangun lambat nak pergi sekolah esok pagi. Anak-anak patuh, cium tangan cium dahi, selamat malam abi dan ummi. Ayah dan mak sambung tengok tv sampai berita dunia tamat.

Masa sekarang, emak dan ayah awal-awal dah masuk tido. Takut lambat pergi kerja esok pagi. Anak-anak ambil alih tengok tv, cd bertukar ganti kalau belum 3 pagi itu tanda tak stay up muda-mudi=).

Masa dulu-dulu, mak pesan. Kamu minah, ‘belajar elok-elok, sunguh-sungguh, kamu tak pass aku kawinkan kamu’. Minah buat muka cebik tanda takut tak nak kawin.

Masa sekarang, dah la malas nak belajar. Minah merayu nak kawin walau baru sebulan akil baligh. Minah..minah.

p/s: banyak kejadiam macam ni sekarang. Anak-anak tak takut pada mak bapak. Tapi yg lebih dewasa takut pada yang muda. Jiwa muda memberontak. Dulu parents yang banyak cakap, sekarang anak-anak dah pandai menjawab, mak bapak pulak malas nak celoteh panjang nanti kata tak sporting. Di luah mati akal , ditelan mati tercekik. Kita yang mendidik anak, bukan anak yang mencorak kita.

Monday, April 5, 2010

Tanggal 1.4.2010 -3.4 2010 aku, kak nisa, munirah, zakaria, abg nizam dan ustaz Kamaruddin menaiki unser ke Pattani. Kami ke sana untuk menziarahi keluarga yang ditembak iaitu Keluarga bardatee sempena 40 hari kematian dia dan ibunya. Selain itu, kedatangan kami adalah untuk menyiapkan laporan yang sudah bertangguh dan urusan mengadakan program pada 1.5.2010-9.5.2010 di Pulau Pinang.


Sesampainya kami di sini, keadaannya seperti biasa. Aman damai dan orang ramai menjalankan rutin harian masing-masing.


Kami memulakan program kami dengan merasai keenakan makanan dari bumi Pattani. Tanpa berlengah kami menuju ke Yala. Di sana Chu Ya dan Huda sedang menunggu kami. Alhamdulillah, kami dipanjangkan umur untuk bersua kembali dengan sahabat di Pattani.


Seusai solat jamak’ dan makan malam. Kami meuju ke Pejabat Deep Peace untuk menyiapkan laporan dan saya bertemu Chu Ya bagi menerangkan program yang akan dijalankan di Pulau Pinang. Kami berbincang secara serius dan setelah tamat sesi perbincangan aku dan Munirah dihantar ke tempat penginapan sementara abg nizam dan Kak nisa meneruskan kerja menyiapkan laporan. Manakala zakaria dan ust.din membuat kerja masing-masing.


Sebelum sampai di Pattani, abg nizam telah memberikan tugasan buat kami semua. Aku akan menyiapkan bahagian latar belakang HAP dan Deep Peace, munirah menjadi penulis manakala Zakaria sebagai jurukamera dan video.


Tanggal 2.4.2010, kami dikejutkan dengan satu Lgi kes tembakan yang mengorbankan 3 nyawa di sebuah restoran dan 6 orang di satu kawasan yang lain. Kami bergegas ke tempat kejadian walaupun hajat hendak ke kampung Kucing Lepas.


Aku sedikit berdebar-debar untuk ke tempat kejadian. Mungkin kerana ini pengalaman pertama buat aku. Setelah sampai di gerai yang dimaksudkan, kami di sambut oleh keluarga mangsa dan orang kampung yang ada di situ.


Kami ke sini ditemani oleh Darani dari deep Peace, chu Ya dari HAP dan Saudara A’thif bekas pelopor kebangkitan mahasiswa terutamanya muslim di Pattani.


Tidak sampai 5 minit kami di rumah mangsa, beberapa orang askar telah datang ke tempat kejadian dan bertanyakan kami beberapa soalan. Mujur A’thif dan Chu Ya ada untuk membantu. Saat ini, hatiku memang berdebar-debar. Kerana masih kagi tidak biasa dengan keadaan sebegini. Bagi penduduk di sini, itu perkara biasa dan mereka sudah lali dengan situasi askar yang datang ke rumah. Untuk laporan keadaan keluarga dan laporan penuh berkenaan dengan kes ini anda boleh lawati blog http://amanpattani.blogspot.com/ atau http://urusetialandas.blogspot.com/

Jam 5 petang, kami meneruskan perjalanan ke ban Kucing Lepas (Kampung Kucing Lepas) untuk menziarahi keluarga Bardatee yang mengadakan sedikit kenduri. Walaupun perut kami masih kenyang setelah makan bersama dengan askar tadi, kami tetap makan di rumah ini kerana mereka amat menanti kedatangan kami dan menyediakan lauk-pauk yang sedap-sedap belaka.


Tersentuh hati aku bila melihat anak cilik ini bermain bersama sepupunya Ya. Hikam yang telah kehilangan ibu dan ayah akibat ditembak masih lagi takut dan ragu-ragu untuk bersalaman dan bermesra dengan kami. adiknya yang baru berusia 1 tahun 3 bulan terpinga-pinga melihat kedatangan kami. anak yatim yang tidak mengerti apa-apa. Chu Ya meluahkan hasrat untuk mengambil mereka sebagai anak angkat. Semoga nasib mereka terbela kelak. InsyaAllah.


Malam tu kami kepenatan. Tapi ada misi lain yang perlu diteruskan. Aku perlu mendapatkan latar belakang Deep Peace dan HAP untuk laporan. Tapi, malangnya lain yang jadi. Abg nizam keluar tanpa memberitahu aku dan Munirah. Oleh itu, kami tertidur hingga ke subuh.
Hari terakhir kami di sini, kami mengambil sedikit masa untuk membeli belah dan seterusnya ke ladang garam di daerah Pattani. Pada masa ini, garam telah dapat ditarik dan hasilnya telah boleh di jual. Setiap segantang harganya 10 kok.


Kami meneruskan perjalanan pulang ke Pulau Pinang dan aku sampai di rumah pada jam 11.00 malam. Alhamdulillah, aku dan yang lain selamat sampai.

Tuesday, March 30, 2010

Lumpur Kuala


Penat balik dari Kuala Lumpur belum lagi hilang. Perjalanan pulang dengan hujan lebat sangat memenatkan ditambah dengan keadaan baju yang basah kuyup dan badan yang sejuk ‘menggeletor’.

Dah setahun rasenyer aku tak ke Kuala Lumpur. Hari sabtu yang lepas sampai juga akhirnya dengan tujuan untuk ke pesta buku dan satu program anjuran HAKIM. Perjalanan selama 7 ½ jam dari UUM Sintok, kedah memang memenatkan emosi dan fizikal.

Sesampainya kami di sana, kami terus ke pesta buku yang tinggal ½ jam lagi untuk ditutup. PWTC dipenuhi dengan beratus-ratus manusia yang bersesak-sesak masuk ke ‘both-both’ buku yang disediakan. Lebih kurang 150 penerbit buku yang mengambil bahagian dalam pesta buku kali ini.

Dalam masa yang sama, terdapat beratus-ratus orang-orang Arab (mungkin, coz muka memang macam dari timur tengah) yang cantik-cantik dan meriah dengan pakaian mencolok mata. ‘Rezeki mereka yang berada di Kuala Lumpur agaknya’. Dengan asap rokok yang berkepul-kepul, minum arak sambil bersemang-sembang memenuhi sudut dan tangga PWTC, kami menyelusuri jalan-jalan yang sempit. Mencari buku-buku yang dikehendaki dan seterusnya ‘check-in’ di hotel.

Dalam perjalanan ke hotel, aku melihat pelbagai ragam manusia di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang mentransformasikan dirinya kepada Mak Nyah berjalan dengan kasut tumit tinggi sambil memandang kepada seorang singh yang berbadan besar dan buncit perutnya berjalan beberapa meter di hadapannya. Dia melambai-lambaikan tangan memanggil lelaki tersebut. Mungkin ada rezeki jika lelaki tersebut membalas lambaiannya. Tapi, lelaki tersebut berlalu tanpa memandang sebelah mata pun. Selamat seorang lelaki dari nafsu seorang lelaki.

Sambil berpusing-pusing mencari hotel, ternampak pula seorang perempuan(mungkin seorang perempuan) kerana tidak dapat membezakan lelaki dan perempuan sekarang ni dihadapan sebuah bank. Dia membelek-belek bajunya dan kemudia mengangkat skrit pendek beropol-ropol paras peha. Mungkin skrit untuk kanak-kanak 3-5 tahun. Aku pun tak pasti kenapa dia perlu mengangkat skrit, sedangkan jika mahu menutup perut masih lagi nampak kaki, tak ada bezanya. Tapi mungkin lebih nampak seksi dan menonjol di kaki yang montok dengan lemak.

Sampai di hotel kami makan terlebih dahulu. Dari pukul 10.30 menunggu hidangan yang tak sampai-sampai sehingga jam 11.30 malam. menu yang dipesan ada yang salah dan ada yang tak sampai. Tapi, kami makan juga kerana kelaparan.

‘time to sleep’….zzzzz..sampai subuh.

Seterusnya bergerak ke program anjuran HAKIM sampai pukul 4.30 petang. Program yang memerlukan kita mengeluarkan ilmu dari minda minda bawah sedar. Bahasa inggeris. Penat focus sehingga mengantuk kerana membaca gerak mulut penyampai yang menggunakan bahasa inggeris ‘slanga’. Kata Abang Nizam, ‘full of knowledge’.

Dalam kepenatan, kami teruskan perjalanan untuk ke pesta buku semula kerana banyak lagi buku untuk RUDHAH yang belum habis dibeli. Hanya kaum adam yang meneruskan perjalanan, manakala kaum hawa berehat di masjid sambil membaca majalah.

Sambil berehat di masid, kami keluar makan di restoran bersebelahan dan melihat ragam manusia sekali lagi. Seorang pendatang asing lelaki yang mencari rezeki di Kuala Lumpur dengan menjual buah-buahan dengan memakai seluar ketat bewarna merah dan berbaju biru. Padaku pelik fesyennya.

Namun, masih ada yang menejukkan hati di Kuala Lumpur aku melihat ramai manusia seagamaku yang bersolat mendirikan tiang agama. Aku tersenyum melihat seorang remaja yang berbaju polo dan berambut terpacak yang solat di situ. Aku kagum melihat seorang lelaki kelainan upaya yang menunaikan solat.

Selesai solat maghrib, kami ingin kembali ke parker kereta. Hujan turun dengan lebatnya di luar sana. Kami meredah hujan dalam kesejukan dan kesibukan kota metropolitan. Basah kuyup kami menaiki kenderaan hingga ke Pulau Pinang. Jam 2 pagi barulah sampai ke bilik.

Thursday, March 25, 2010

‘My name is Khan..and im not a terrorist’



Ungkapan ini yang sentiasa meniti di bibir Rizvan Khan lakonan Shah rukh Khan seorang aktor terkenal dari Bollywood. Cerita ini berkisarkan seorang lelaki yang mempunyai penyakit Sindrom Asperger iaitu sejenis penyakit yang mirip seperti autisme, yang memperlihatkan kekurangan dalam hubungan sosial dan kecekapan komunikasi.

Rizvan Khan seorang yang sangat cerdik tetapi dia kurang memahami orang disekelilingnya. Dia sentiasa ditemani ibunya semasa kecil dan ibunya selalu berkata hanya ada dua jenis manusia di dunia iaitu orang yang baik dan orang yang jahat dan Rizvan adalah seorang yang baik.

Setelah ibunya meninggal, dia pergi ke luar negara dan tinggal bersama dengan adiknya yang telah berkahwin dengan seorang yang seagama dengannya. Di sini Rizvan dipertemukan dengan dengan seorang wanita yang berjaya menarik naluri kelakiannya. Dia adalah seorang pendandan rambut beragama Hindu lakonan Kajol sebagai Mandira.

Mandira mempunyai seorang anak (Sameer) hasil perkahwinan sebelumnya. Mandira juga sukakan kebaikan yang ada pada Rizvan manakala Sameer juga boleh menerima Khan seadanya. Mandira dan Khan akhirnya berkawin dan Mandira masih lagi mengekalkan agamanya dan begitu juga Khan sebagai muslim.

Kisah My Name Is Khan bermula di sini apabila Sameer menukar namaya kepada Sameer Khan dan dia telah dibelasah oleh rakan sekolahnya sendiri dalam satu pergaduhan sehingga membawa maut.

Mandira sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan tidak dapat menerima kehilangan anak yang disayanginya. Rizvan menenangkan Mandira, tetapi Mandira menganggap Khan adalah punca kematian anaknya. Kisah 11 september menjadi titik tolak apabila kaum muslim dikatakan pengganas dan dipulau oleh masyarakat dunia.

Mandira telah memberikan syarat kepada Rizvan bahawa dia perlu berjumpa dengan Presiden Amerika dan mengatakan ‘My Name is Khan ang Im not A Terrorist’ sebagai cara untuk membersihkan namanya.

Rizwan sangat sayangkan Mandira dan dia sanggup melakukannya, sehingga dia dipenjara. Namun, nasib berpihak kepadanya dan akhirnya dia dibebaskan dan dihadapan presiden dia mengatakan bahawa ‘My Name is Khan and Im not A Terrorist’

Lakonan mantap dari pelakon utama dan jalan cerita yang berbeza dari genre cerita Bollywood membuka mata penonton bahawa Karan Johar mampu membuat filem yang lain dari stereotaip filem Bollywood. Anda tidak perlu menunggu lagu yang akan berkumandang kerana tidak ada lagu yang romantik dan meruntun jiwa.

Filem ini mungkin dapat membuka mata masyarakat tentang siapa itu muslim. Mereka bukan pengganas, sebagai salah satu cara membersihkan nama. Namun, terdapat beberapa isu yang tidak dapat diterima apabila Rizvan berkahwin dengan Mandira yang beragama Hindu dan mengekalkan agamanya. Rizvan bersolat dan Mandira menyembah tuhannya. Dan itu tidak boleh sama sekali dalam islam. Kita disuruh untuk meninggalkan pasangan jika mereka tidak mahu memeluk agama Islam. Jangan terpengaruh dengan hiburan yang menyesatkan. Wallahualam.

Tuesday, March 23, 2010

X-cident!! 22 mac 2010

Cuak, takut, gelabah semua ada…yang terfikir hanyalah, Ya Allah..marahla tuan punyer kereta nanti. Keretanya di tabrak (langgar) dari belakang.

Baiklah, cerita dari mula. Telefon berbunyi dan, “akak, Aisya pengsan, minta akak hantar dia ke hospital”. Terkejut kali pertama, kerana aku perlu menghantar orang yang sakit tapi aku yang panik terus pergi tanpa memberitahu pada bos untuk keluar.

Aku menghantar Aisya yang pengsan ke hospital Pulau Pinang bersama kak Wani. Adik ni memang dah tak sedarkan diri dalam kereta. Ya Allah. Takutnya perasaan masa tu Tuhan saja yang tahu. Sampai di hospital di depan kaunter kecemasan, aku tak tahu nak buat apa, daftar dahulu atau terus menjerit tolong!! Tolong!!

Seorang pembantu hospital melihat aku dan seterusnya melihat kereta yang aku pandu, dia melihat adik ni terbaring dalam kereta. Dia pun memberitahu kepada rakan yang lain untuk turut membantu mengusung adik tersebut.

Sampai di bilik separa kecemasan dia diperiksa oleh seorang doctor dan ditemani oleh Dr. Laila. Kami menunggu di luar sambil melihat keadaan sekeliling. Ada seorang adik yang luka di muka dan kaki akibat kemalangan motosikal dan ada seorang lelaki bersama dua orang anggota polis. Dan dia di gari bersama salah seorang anggota polis tersebut. Apakah kesalahan dia, aku pun tak tahu.

Setelah bebrapa minit menunggu, Aisya kembali sedar dan boleh berkata-kata semula. Cuma, keadaanya sangat lemah dan dia memerlukan rehat. Seterusnya dia di hantar ke wad pemerhatian untuk pemeriksaan selanjutnya. Aku bertanya kepada pembantu hospital tersebut berapa lama lagi masa untuk menunggu? Adakah di akan di tahan untuk masuk wad atau dia dibenarkan pulang?

Sambil mengusung katil bergerak, dia berkata 2 jam lagi..mak aii, lame bebeno. Aku bimbangkan Kak Wani yang akan mengambil test pada malam nanti.

Kami berjalan ke surau untuk solat Asar. Seusai solat kami pun kembali ke wad pemerhatian dan Aisya masih lagi menjalani pemeriksaan. Kami menunggu sehingga jam 6 petang dan akhirnya Aisya dibenaran pulang. Tapi, dia akan kembali lagi untuk membuat pemeriksaan ke atas otaknya.

Dalam perjalanan pulang, jalan sangat sesak. Aku dengan berhati-hati membawa kenderaan yang dipinjam bermaksud bukan hak milik aku kereta itu. Tiba-tiba aku mendengar dentuman yang kuat dari belakang kereta dan bunyi enjin yang bising.

Kereta yang aku pandu dilanggar oleh sebuah skuter putih dari arah belakang. Aku keluar dari kereta dan melihat ke kereta. Lelaki cina yang melanggar aku hanya tunduk sambil mencantumkan bahagian-bahagian motornya yang tercabut.

Jalan menjadi bertambah sesak ditambah dengan mat-mat motor yang bekerja sebagai tonto datang untuk membantu. Mujur khidmat mereka tidak diperlukan kerana kemalangan tersebut tidaklah seteruk mana.

Lelaki cina tadi meninggalkan nombor telefon kepada aku dan kak wani bertanya jika dia mengalmai kecederaan. Dia berkata hanya luka di perut sahaja.

Dalam ketakutan dan kaki yang sedikit menggeletar, aku memandu semula kenderaan dengan cool sahaja dan gelak ketawa. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku masa tu. Apa yang aku fikir ialah bagaimana nak jelaskan pada empunya kereta.

Aisya yang baru lepas dari pengsan juga ketakutan dan menyalahkan dirinya kerana meminta aku menghantar dia ke hospital. Aku menenangkan dia supaya bertenang dan anggap itu takdir dan ujian buat kita semua. Kami sempat berjenaka dengan mengatakan skuter lelaki cina tadi macam sebuah ‘lego’ yang boleh dicantumkan semula tanpa kerosakan.

Setelah menghantar Aisya, dia menangis, kerana risaukan keadaan kereta tersebut. Aku juga risau, tapi aku perlu tenangkan dia.

Apa yang penting kami semua selamat. Dan apa yang berlaku tidak perlu salahkan sesiapa tapi mencari solusi yang dan sesuai dari puncanya. Puncanya lain tak bukan aku yang keluar tanpa bagitau bos, dan tak bagitau pada empunya kereta untuk menghantar Aisya ke hospital. Padan muka aku. Allah nak tunjuk tu. Sedikit masa lagi duit akan melayang seperti daun-daun berguguran. Tangguh lagi untuk beli motorsikal. Adala tu hikmahnya.

Moral of the story:

jangan memandai nak buat kebaikan tapi guna cara yang salah. Matlamat tak menghalalkan cara.

Sepanik mana pun kita, jangan lupa fikir risiko yang berlaku. Kurangkan risiko, tingkatkan keuntungan.

Sebolehnya sediakan wang untuk awasan. Malang tidak berbau tapi walaupun duit berbau dalam dompet, kita hanya dapat bau je, tapi tak dapat nak rasa kerana duit dah habis tapi bau yang tinggal=)

Tuesday, March 16, 2010

mari berpantun

subur melati kembang berseri,
daun kering jatuh bertabur,
rasa hati tak hendak pergi,
kerana harapan telah terkubur.
daun kering jatuh bertabur,
jatuh bertabur di atas bumbung,
jika harapan sudah terkubur,
kamilah tali kamilah penyambung.
burung terkukur di atas bumbung,
jerat di pasang di atas papan,
siapakah tali siapakah penyambung,
ingin ku tahu menjadi harapan.
burung terkukur dibuat gulai,
sayang selasih hamba lurutkan,
biar sekujur tubuh berderai,
kerana kasih hamba turutkan.
pungguk merindu bulan melihat,
jejak diturut laluan rusa,
jauh di mata tak pernah lihat,
entah hati bagaimana rasa.
sungguh redup pohon melati,
tempat orang duduk bertapa,
jauh di mata dekat di hati,
di dalam syurga bertemu jua.
mudik ke hulu mencari pauh,
perahu terlanggar sebatang kayu,
kalau bersapa dengan yang jauh,
bukannya mudah hendak bertemu.
sanggul melintang seorang ratu,
duduk di atas kereta kuda,
walau jauh beribu batu,
akan ditunggu sampai hajatnya.


Monday, March 8, 2010

kesayangan bonda

ambil cuti pada hari jumaat dan bergegas balik ke kampung

semua dah rindu..so,ambil keputusan untuk balik walaupun ada program yang lain menanti.
bas jam 8.30 malam tapi bertolak pada jam 8.45malam (malam jumaat). perjalanan terasa lama walaupun aku tertidur sekejap.

sepatutnya sampai dalam 9.45 malam. rupa-rupanya ada aral melintang...

  1. bas bertolak lambat..coz dari sungai Petani
  2. bas berhenti kat R & R bukit gantang
  3. keluar dari bulit gantang jalan jem....orang buat jalan


adik yang tunggu kat stesen bus dah bertanya beberapa kali pukul berapa nak sampai. adik yang bongsu bersama dengan mak di rumah juga sms tanyer nak sampai pukul berapa. risau n tak sabar nak jumpa aku la tu..huhu..


adik:kak yong kat mane 2?

penguin: dalam bas lagi...bas berhenti plak kat R&R..jgn tido lagi tau..ckp kat mak..

adik: ye le. cepat ckit balik. nant tido plak mak. bye.hati2.salam

penguin: yer tau..tunggu tau..jgn tido.

adik: ye le. mak takkan tdo punyer.kan kamu anak kesayangan mak, mesti la mak tunggu kak yong.


(aku dalam rasa terharu..huk2)

penguin:yer la..mak syg kak yong..n sayang semua ..takkan mak tak sayang..


adik: memag semua mak sayang, sape kate mak tak sayang ciah dengan apit, mest la mak sayang anak-anaknya.ciah pun sayang mak. mak bagaikan ratu hati ciah.


(ape la adikku ni..hehe..)

sambil ber'sms, dalam bus menghilangkan rasa bosan. samapi di rumah..jam 11 malam..semua belum tido..huhu..

berikan ole2 dari patani n bercerita hal di sana..mak kate jgn pergi lagi..aku ckp, ala jgn riso, kat sane ade org jage..lgpun org sane tak takut pun..


mase di kampung, aku habiskan masa bersama adik-adik dan emak. hari pertama, lepas solat Jummat, adik bawa ke tesco ipoh, tapi dia terlajak terus ke Simpang Pulai, dah la naik motor dan panas terik, geram betulla kat dia..geram bukan ape, takut tayar motor pecah ker, n yg paling tak sedap hati bila di abw laju...aku gayat naik motor laju2 ni..rase mcm tak lame je nyawa kalu naik motor..mengucap dan istighfar tak henti2..nak nyanyi lagu yg lagha2 pun takut..hehe..

lepas tu, masa banyak dihabiskan dengan menonton VCD, adik nak tengok dengan kakaknya. tengok cerita Santau, Avatar, My Name Is Khan, Merantau,...wah...lagha2..


waktu petang, ronda2 kat kampung..tp tak singgah pun umah opah, selalu setiap kali balik akan singgah, tapi belum ade kekuatan lagi..nant mest bnyk soalan..n malas nak jwb soalan tu n ade rase malu..benci tulla...rasa nak buat saman malu jer..mintak rm 1 juta...kayo den..kayo...

3 hari kat rumah tak banayk buat hal...just chit chat dengan famili jer..tp tau2 jer..dah nak mlm..hm..cepat betul masa berlalu..

ok..keep in touch,salam=)

Thursday, February 18, 2010

Cinta Bertaut


sahabat di Fathoni..asti..?

sesi pembentangan

bentang lagi...

Alhamdulillah, akhirnya cita-cita saya untuk ke Fathoni darussalam
(selatan Thai )telah dimakbulkan Allah. Ikuti kisah peng
embaraan saya=)

12 Februari 2010

menaiki van


Bermusafir bersama kak fatin dan ana ke Sel Thai dengan menaiki van. Membeli tiket dan pergi ke pengurup wang berlesen untuk menukar RM ke Bhat. Harga tiket RM 30 setiap seorang. Dalam perjalanan kami menaiki van bersama dengan 3 orang pelajar dari Thailand yang menyambung/exchange di USM (Hakim ,Lutfi dan Bes). Perjalanan mengambil masa kira-kira 4 jam untuk sampai di Hatyai. Kami melalui imegresen untuk ke sempadan. Sampai di sana, kami seperti rusa masuk kampung. Dengan bahasa yang tidak fahami, agak sukar untuk kami bertanya. Mujurlah 3 orang sahabat dari USM tadi pandai berbahasa melayu (Kelantan). Kami meminta pertolongan mereka dan sangat gembira kerana mereka belanja kami makan.

ni la..pelajar USM yang tolong kami...


Selepas itu, kami menaiki van untuk meneruskan perjalanan ke Yala. Masa yang di ambil kira-kira 4 jam. Di sini, pelajar USM tadi hanya tinggal seorang sahaja iaitu Bes. Yang lain mengambil haluan masing-masing. Tak sampai separuh jalan van yang dinaiki rosak kerana kepanasan. Jadi, kami terpaksa menunggu untuk menukar van yang lain. Alhamdulillah, kami sampai ke Masjid Yala (Kedai Lama/Kedai Buruk) pada jam 3.30 petang.

Seusai solat jamak, kami menunggu Huda untuk membawa kami ke Pejabat Deep Peace. Alahai dekatnyer, jalan kaki pun boleh, tapi memandangkan mereka sangat mengambil berat terhadap kebajikan dan keselamatan kami, sebab itulah kami menaiki motosikal.


Seterusnya, kami ke tamptat program berlangsung, kami ditempatkan di sebuah asrama Pusat Pengajian. Di sini, kami bertemu dengan peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam program ini. Mereka terdiri daripada isteri-isteri dan ibu-ibu yang kematian suami atau suami mereka telah syahid. Subhanallah, melihat semangat mereka datang membawa anak-anak kecil untuk berprogram, runtun hati saya melihatnya.


Malam itu, kami bertaaruf bersama-sama. Lebih kurang 45 orang peserta yang mengambil bahagian. Alhamdulillah, di sini, kami dipertemukan juga dengan sahabat-sahabat Patani yang pernah datang ke Malaysia seperti Ismail, Sufian, Che Lah, Huda, Darani, Nirwana dan Kofsah. Walaupun di Malaysia Nampak malu-malu, tapi di sini, Nampak keterampilan mereka sebagai seorang pemimpin.


13 Februari 2010

Masa di Selatan thai adalah 1 jam lewat dari Malaysia. Oleh itu, rasa seronok bangun pada jam 7 pagi sedangkan hari baru menunjukkan jam 6 petang di Yala. Sarapan setiap pagi kami diberi makan nasi, banyak makan kami di sini sampai terbawa-bawa ke Malaysia. Program kesedaran menceritakan hal undang-undang di Sel Thai. Kami memang tak faham kerana mereka menggunakan bahasa Tahi. Oleh yang demikian, aku dan ana mengambil keputusan untuk mengikut Ust. Kamarudin, keluarga, Asti dan Ana untuk ke Patani melihat pembuatan garam.

ambil air dan bawa ke petak


Subhanallah, terbentang luas petak-petak seakan sawah, tapi itulah tempat untuk membuat garam. Tapi, pada masa ini garam belum lagi dapat dihasilkan. insyaAllah pada bulan April barulah hasilnya di perolehi.

tgk garam yg dah siap


Kami pulang dan singgah untuk makan tengahari serta membeli cenderahati untuk di bawa pulang ke tanah air.

Pada waktu petang, sesi pembentangan oleh para peserta. Di sini, kami menyelami perasaan mereka yang kematian suami atau suami mereka dipenjarakan. Mujurlah pada waktu ini, Sufian, Pok Su, dan Che Lah sibuk menterjemahkan ape yang di beritahu oleh para peserta. Walaupun mereka bercakap dalam bahasa melayu, tapi sukar difahammi kerana dialek Kelantan yang pekat.

=)


Jam 5 petang kami ke Kedai Lama untuk membeli belah untuk kenangan semasa berada di sini. Kami menaiki tuk-tuk ditemani oleh Kofsah, Nirwana, Alia dan Zubaidah. Banayk barang yang kami borong sampai tak sedar dah Maghrib.

ni la koje kami..makan


Malam ini adalah malam terakhir kami di Yala. Rasa hiba dan sedih sudah mula hadir kerana akan meninggalkan sahabat-sahabat di sini. AJK Deep Peace menyuruh kami untuk memberikan sedikit persembahan kepada mereka. Dalam masa yang singkat untuk berfikir, kami sebulat suara ingin mempersembahkan sebuah nasyid yang bertajuk Teman Sejati dari Kumpulan Brothers. Sebelum itu, aku telah memberikan sedikit ucapan untuk mereka. Ya, aku sangat kagum apabila melihat mereka berani dan hidup di sana seperti biasa. Tidak risau dengan peluru-peluru sesat, tidak takut ditangkap, dan yang penting masih kuat walaupun telah kehilangan orang-orang yang mereka sayangi. Air mata mengalir tatkala memberikan ucapan. Air mata berharga kata Huda. Aku tersenyum.


14 Februari 2010

Selepas sarapan, aku, kak fatin, dan ana berangkat ke terminal di temani kak Hani. Di sana, Sufian, Che Lah, dan Pok Su sedang menunggu. Mereka membelikan tiket untuk kami walaupun mereka tiada pendapatan (tidak bekerja). Terharu, rasanya apabila mengenangkan layanan mereka yang sangat baik, adakah kita memberikan layanan yang baik semasa mereka berada di sini? Lambaian tangan mengakhiri pertemuan kami di Yala.

mereka yang hantar kami ke terminal


Kami meneruskan perjalanan dan dalam perjalanan ini kami di uji dengan pelbagai ujian kecil yang lucu. Menaiki van bersama 4 orang lelaki Inggeris sangat melucukan. Mereka sanggup membuka baju kerana kepanasan. Tambahan pula, pemandu yang memasang radio dengan kuat, dan kami betul- betul berada di hadapan system bunyi.

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di USM dan berada di rumah pada jam 6 petang.

Terima kasih Ya Allah kerana menghantar kami selamat pergi dan pulang. Amin…