Cuak, takut, gelabah semua ada…yang terfikir hanyalah, Ya Allah..marahla tuan punyer kereta nanti. Keretanya di tabrak (langgar) dari belakang.
Baiklah, cerita dari mula. Telefon berbunyi dan, “akak, Aisya pengsan, minta akak hantar dia ke hospital”. Terkejut kali pertama, kerana aku perlu menghantar orang yang sakit tapi aku yang panik terus pergi tanpa memberitahu pada bos untuk keluar.
Aku menghantar Aisya yang pengsan ke hospital Pulau Pinang bersama kak Wani. Adik ni memang dah tak sedarkan diri dalam kereta. Ya Allah. Takutnya perasaan masa tu Tuhan saja yang tahu. Sampai di hospital di depan kaunter kecemasan, aku tak tahu nak buat apa, daftar dahulu atau terus menjerit tolong!! Tolong!!
Seorang pembantu hospital melihat aku dan seterusnya melihat kereta yang aku pandu, dia melihat adik ni terbaring dalam kereta. Dia pun memberitahu kepada rakan yang lain untuk turut membantu mengusung adik tersebut.
Sampai di bilik separa kecemasan dia diperiksa oleh seorang doctor dan ditemani oleh Dr. Laila. Kami menunggu di luar sambil melihat keadaan sekeliling. Ada seorang adik yang luka di muka dan kaki akibat kemalangan motosikal dan ada seorang lelaki bersama dua orang anggota polis. Dan dia di gari bersama salah seorang anggota polis tersebut. Apakah kesalahan dia, aku pun tak tahu.
Setelah bebrapa minit menunggu, Aisya kembali sedar dan boleh berkata-kata semula. Cuma, keadaanya sangat lemah dan dia memerlukan rehat. Seterusnya dia di hantar ke wad pemerhatian untuk pemeriksaan selanjutnya. Aku bertanya kepada pembantu hospital tersebut berapa lama lagi masa untuk menunggu? Adakah di akan di tahan untuk masuk wad atau dia dibenarkan pulang?
Sambil mengusung katil bergerak, dia berkata 2 jam lagi..mak aii, lame bebeno. Aku bimbangkan Kak Wani yang akan mengambil test pada malam nanti.
Kami berjalan ke surau untuk solat Asar. Seusai solat kami pun kembali ke wad pemerhatian dan Aisya masih lagi menjalani pemeriksaan. Kami menunggu sehingga jam 6 petang dan akhirnya Aisya dibenaran pulang. Tapi, dia akan kembali lagi untuk membuat pemeriksaan ke atas otaknya.
Dalam perjalanan pulang, jalan sangat sesak. Aku dengan berhati-hati membawa kenderaan yang dipinjam bermaksud bukan hak milik aku kereta itu. Tiba-tiba aku mendengar dentuman yang kuat dari belakang kereta dan bunyi enjin yang bising.
Kereta yang aku pandu dilanggar oleh sebuah skuter putih dari arah belakang. Aku keluar dari kereta dan melihat ke kereta. Lelaki cina yang melanggar aku hanya tunduk sambil mencantumkan bahagian-bahagian motornya yang tercabut.
Jalan menjadi bertambah sesak ditambah dengan mat-mat motor yang bekerja sebagai tonto datang untuk membantu. Mujur khidmat mereka tidak diperlukan kerana kemalangan tersebut tidaklah seteruk mana.
Lelaki cina tadi meninggalkan nombor telefon kepada aku dan kak wani bertanya jika dia mengalmai kecederaan. Dia berkata hanya luka di perut sahaja.
Dalam ketakutan dan kaki yang sedikit menggeletar, aku memandu semula kenderaan dengan cool sahaja dan gelak ketawa. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku masa tu. Apa yang aku fikir ialah bagaimana nak jelaskan pada empunya kereta.
Aisya yang baru lepas dari pengsan juga ketakutan dan menyalahkan dirinya kerana meminta aku menghantar dia ke hospital. Aku menenangkan dia supaya bertenang dan anggap itu takdir dan ujian buat kita semua. Kami sempat berjenaka dengan mengatakan skuter lelaki cina tadi macam sebuah ‘lego’ yang boleh dicantumkan semula tanpa kerosakan.
Setelah menghantar Aisya, dia menangis, kerana risaukan keadaan kereta tersebut. Aku juga risau, tapi aku perlu tenangkan dia.
Apa yang penting kami semua selamat. Dan apa yang berlaku tidak perlu salahkan sesiapa tapi mencari solusi yang dan sesuai dari puncanya. Puncanya lain tak bukan aku yang keluar tanpa bagitau bos, dan tak bagitau pada empunya kereta untuk menghantar Aisya ke hospital. Padan muka aku. Allah nak tunjuk tu. Sedikit masa lagi duit akan melayang seperti daun-daun berguguran. Tangguh lagi untuk beli motorsikal. Adala tu hikmahnya.
Moral of the story:
jangan memandai nak buat kebaikan tapi guna cara yang salah. Matlamat tak menghalalkan cara.
Sepanik mana pun kita, jangan lupa fikir risiko yang berlaku. Kurangkan risiko, tingkatkan keuntungan.
Sebolehnya sediakan wang untuk awasan. Malang tidak berbau tapi walaupun duit berbau dalam dompet, kita hanya dapat bau je, tapi tak dapat nak rasa kerana duit dah habis tapi bau yang tinggal=)
Tuesday, March 23, 2010
X-cident!! 22 mac 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment