Monday, March 30, 2009

HANYA LAGU

Bila Diri Disayangi - Ukays

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir

(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

(ulang korus)

keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
aku suka lagu ni..lagu yang menyedarkan aku bahawa Dia sentiasa ada untuk memberi aku pertolongan walau dalam kesempitan mana pun ruang yang ada tapi diperluaskan juga dengan izinNya.
walaupun lagu ni banyak yang tafsir untuk cinta sesama makhluk (dari komen yang aku bace kat blog or web site) tapi aku lebih suka mengandaikan lagu ini untuk yang maha mencipta makhluk tersebut (Allah). kerana daripada lirik lagu tersebut aku dapat melihat bagaimana agungnya maha pencipata alam ini. tidak kira dimana jua kita akan mengingatiNya. berserah diri hanya padaNya.semoga korang2 semua tak salah tafsir yer..
buat sahabat2 yang disayangi...lagu ni khas untuk korang yang sentiasa ada bersama aku walaupun aku kurang ade bersama korang..hehe..biasala aku jauh di tingkat 4..cume datang suka merempat..kadang datang tak kena mase dan tempat..duk kacau dok mengumpat..sampai korang dah tak larat..nak layan aku tak sempat-sempat...akhirnya korang join this part..huhu
sape yang nak dengar lagu ni dipersilakan download n cari sendiri..huhu.

Wednesday, March 25, 2009

Impian KAsih


Al-Quran banyak berbicara tentang cara membentuk dan mengatur keluarga muslim ke arah mencapai kebahagiaan, diantaranya persoalan pernikahan, perceraian, kewajiban nafkah, tanggungjawab terhadap anak-anak dan kedua orang tua, warisan (pembagian harta pusaka) dan sebagainya.

Tidak dinafikan bahawa setiap manusia yang hidup menginginkan kebahagiaan, kerana hidup yang tidak bahagia merupakan sesuatu yang tidak dikehendaki oleh sesiapapun diantara kita. Kebahagiaan yang diinginkan itu mencakupi seluruh aktiviti hidup seperti kesihatan badan, kebahagiaan rumahtangga serta kebahagiaan dari semua aspek kehidupan kita di dunia ini. Setelah itu haruslah berlandaskan atas dasar Mahabbah (kasih sayang) dan belas kasihan diantara keduanya.

Firman Allah SWT didalam Al Quran Surat Ar-Rum ayat 21:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.[1]

Rasulullah SAW membentuk keluarga bahagia dengan para isterinya berdasarkan kepada contoh-contoh teladan yang digambarkan dalam setiap gerak-geri dan tutur kata beliau. Rasulullah SAW sangat menyayangi isteri-isterinya dan sentiasa adil dalam melaksanakan tugas beliau sebagai seorang suami, pendakwah, kekasih Allah dan banyak lagi gelaran yang diberikan kepadanya.

Walaupun beliau seorang yang sibuk terutama sekali dalam menyebarkan agama Allah iaitu Islam, Rasulullah SAW tidak mengabaikan isteri-isterinya. Rasulullah SAW merupakan contoh teladan yang baik di dalam mengatur pergaulan dengan isteri-isteri baginda, menginginkan kebaikan dan merealisasikan keadilan dalam kalangan mereka. Selain itu, baginda juga tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya. Baginda sentiasa mencari masa yang terluang untuk bersama-sama dengan anak-anak dan cucu-cucunya.

Bagaimana Rasulullah mampu melakukannya? Apakah kaedah-kaedah yang dilakukan oleh beliau sehingga dapat mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia, harmoni dan aman. Beberapa kaedah tersebut ialah pembahagian yang adil, menghormati pendapat isteri, membantu kerja-kerja rumah, menjauhi dari memukul isteri, menunjukkan kesetiaan kepada isteri yang telah meninggal, bersenda gurau dan menunjukkan muka yang manis dan mendamaikan perselisihan antara Rasulullah dan isteri. Hal ini diterangkan dalam al-Quran dalam surah al-Ahzab: 28-29.

28. Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah supaya kuberikan kepadamu mut’ah (sagu hati) dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. 29. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang yang berbuat baik di antaramu pahala yang besar.[2]

Rasulullah SAW bukan sahaja sayangkan isteri-isterinya malah baginda juga sayangkan anak-anak dan cucu-cucunya. Baginda sangat rapat dengan anak-anaknya. Dalam satu riwayat menyebut bahawa suatu ketika Rasulullah SAW mencium Hasan bin Ali dan disebelahnya ada Al-Aqra’ bin Hayis At-Tamimi sedang duduk. Ia kemudian berkata, “Aku memiliki sepuluh orang anak dan tidak pernah aku mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah SAW segera memandang kepadanya dan berkata, Man laa yarham laa yurham, barangsiapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi.”[3] Terdapat banyak lagi hadis dan kisah yang menceritakan tentang kasih sayang Nabi Muhammad SAW kepada keturunannya. Antara hadis-hadis tersebut ialah cerita Abi Qatadah, “Suatu ketika Rasulullah saw. mendatangi kami bersama Umamah binti Abil Ash –anak Zainab, puteri Rasulullah SAW. Beliau meletakkannya di atas bahunya. Beliau kemudian solat dan ketika rukuk, Beliau meletakkannya dan saat bangkit dari sujud, beliau mengangkat kembali.”[4] Selain itu, Usamah bin Zaid ketika masih kecil punya kenangan manis dalam pangkuan Rasulullah saw. “Rasulullah SAW pernah mengambil dan memangku aku di atas pahanya, dan meletakkan Hasan di atas pahanya yang lain, kemudian memeluk kami berdua, dan berkata, ‘Ya Allah, kasihanilah keduanya, kerana sesungguhnya aku mengasihi keduanya.’”[5] [6] Jelaslah disini bahawa kebahagiaan sebenar sesebuah keluarga itu terletak pada keharmonian dan kasih sayang yang dicurahkan oleh setiap individu dalam keluarga tersebut.

Kesimpulannya, Islam menghendaki hubungan antara suami isteri adalah hubungan yang sangat erat, hubungan yang melengkapi rohani dan jasmani yang kukuh. Oleh sebab itu, segala jalan yang akan merenggangkan ikatan yang suci bagi kedua suami isteri itu hendaklah dicegah dan dihindarkan dengan segala daya dan usaha yang kuat.

Seperti yang kita ketahui, Rasulullah SAW hidup dalam keadaan yang serba sederhana dan berpoligami dalam perkahwinan. Bagaimana beliau dapat membentuk keluarga yang bahagia melalui poligami tersebut? Hal ini boleh dilihat melalui pelbagai aspek seperti perbuatan dan niat perkahwinan itu sendiri yang telah diperjelaskan di atas. Namun, paksinya adalah kembali kepada agama itu sendiri iaitu berdasarkan al-Quran yang telah digambarkan oleh Rasulullah melalui peribadinya.

Agama islam yang telah menggariskan panduan-panduan yang berguna dalam menjalani kehidapan berumahtangga yang harmoni. Hal ini membuktikan bahawa pentingnya kebahagiaan hidup seseorang, kerana kebahagiaan hidup peribadi adalah menjadi tulang belakang kepada kebahagiaan hidup berkeluarga. Seterusnya kebahagiaan hidup berkeluarga adalah menjadi teras bagi kesejahteraan dan kebahagiaan hidup masyarakat serta negara.

Oleh yang demikian, masyarakat itu dibina dari sebuah keluarga, sudah pasti nilai-nilai yang baik dan murni tidak kelihatan selagi nilai-nilai itu belum diamalkan oleh setiap orang dalam keluarga. Islam telah menentukan hak-hak dan kewajiban seseorang terhadap dirinya dan juga masyarakat.


[1] Surah ar-Rum:21

[2] Surah Al-Ahzab : 28-29

[3] Riwayat Bukhari dalam Kitab Adab, hadits nombor 5538.

[4] Riwayat Muslim dalam Kitab Masajid wa Mawadhi’ush Shalah, hadits nomor 840.

[5]Riwayat Bukhari dalam Kitab Adab, hadits nomor 5544.

Monday, March 23, 2009

Diam tanda setuju??



Adakah benar diam itu tanda setuju?

Diam itu tanda terkejut
Diam itu tanda sedih
Diam itu tanda bingung
Diam itu tanda teruja
Diam itu tanda malu

Diam itu tanda gembira

Setuju dengan segala percakapan
Setuju dengan segala percaturan
Setuju dengan segala perwatakan

Setuju dengan segala pendirian
Setuju deng
an segala keperluan
Setuju dengan segala kehendak
Setuju
dengan segala tanggungjawab

buntu aku buntu!!

masih mencari tanda
tanpa perlu ucapan kata
hanya intuisi pembuka bicara
dari naluri pengungkap kata
melalui hati mentafsir bait-baitnya...

Dimana benarnya diam itu

Dimana benarnya persetujuan itu
Dimana diam itu
tanda setuju??

Tuesday, March 17, 2009

Nakal sungguh !!!Kaki buli!!!

Jika di ingat kembali zaman kanak-kanak dulu terasa lucu ade, sedih, gembira, em.. yang paling penting mungkin zaman kanak-kanak ni tidak menggambarkan siapah kita dewasa kelak..huhu..agaknyer la..
Dulu aku belajar di Sekolah Kebangsaan Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi, Lubuk Merbau, Perak. Kat sini aku belajar dari darjah satu dan darjah 2 jer..pas tu pindah kat kampong ketior, di Perak jugak.
Pengalaman kat Lubuk Merbau ni sangat la seronok..buat hal sendiri tanpa memikirkan padah dan akibatnya..hehe.

Aku tak sekolah tadika.

6 tahun aku terus je pergi sekolah Agama Rakyat. Ikut kawan baik aku yang memang dah dididik dengan bab agama ni dari kecil lagi..aku ikut jer ape yang depa bt.. kawn baik la katakan.

Satu hari mak aku belikan aku sebuah basikal second-hand.wau! kira skang ni macam dapat sebuah kereta kancil la..huhu. pagi esok lepas je bangun pagi, aku menggunakan basikal baru aku untuk berjalan-jalan pusing kampong. Aku nekad nak pusing satu kampong pagi 2. Entah jalan mana la yang aku masuk. Bila sampai simpang aku tanyer orang kampong jalan tu p mane. Macam org dewasa jer..padahal baru umur 6 tahun. Lepas tu masuk lagi dlm satu kampong…em…banyak rumah kat kampong ni…tapi dah nak tengah hari, so, kna balik..nanti mak marah…kalu ingat balik..ish3
Nakal sungguh..kalu la..ade org nak kidnap ker..dah lame dah aku hilang dari pandangan ibu bapa..korang sume mest tak jumpa aku dah…huhu.
Dulu aku suka p mandi sungai. Em..best frend aku yang ajak.coz, dia memg tiap2 hari mandi sungai..dia orang kurang berada..paip air pun tak der..sedihnyer..
Setiap hari mandi, setiap hari tu juga la aku kena bebel ngan mak..ngan mak tak per lagi..kalu kna bebel ngan bapak aku..em…habisla kena tali pinggang hikmat dia..hehe..tapi aku tak pernah serik untuk menjalankan rutin harin aku mandi sungai. Sampai aku pernah mandi sungai sorang-sorang pada waktu petang lepas habis p SAR. Bayangkanlah nak dekat kul 6.30 petang…em…time tu aku kena lintah kat jari kaki. Tapi dah sorang2 beranikan diri gak buang lintah tu…ish3..nakal sungguh.
Nak lagi nakal?
Lepas aku darjah dua, aku kena pindah sekolah.

Time ni aku darjah 3.

Aku pindah di Sek Sul Abd Aziz,Ketior, tempat aku menetap sekarang ni…masuk je sekolah hari pertama aku dah buat hal. Ade sorang cikgu mengajar matematik ni, dia tanyer la sorang mamat ni, mamat ni pun bangun. Mase dia bangun,aku yang duk kat belakang dia pun tarik pelan2 kerusi dia…bila dia nak duduk, ape lagi..jatuh la kat atas lantai..cikgu tu punya la marah kat aku..tapi aku boleh buat selamba kekura jer…baru hari pertama masuk sekolah…huhu
Dah lame skit aku kat sekolah tu,aku dah boleh melihat budaya-budaya mereka. Ade la sorang dua kawan baru. Musuh pun ade gak…nak dijadikan cerita, aku dapat la best fren baru. Kami jadi rapat coz rumah kami dekat. Tapi, aku tak tau plak yang aku ni dicop perampas kawan orang lain. Yer la..dah dia berkwn ngan satu budak ni (minah-bukan nama sebenar) dari tadika lagi…dpa dah berkawan bertahun2. last2 aku masuk kampong tu n berkawan plak la ngan dia. Tersisihla kononya minah tu. Tapi aku buat dono jer…

Mase aku darjah 4,

Ade la kawan sekelas aku ni nama dia malawati. Comel orangnyer, tapi yer la dah kaki buli..comel pun aku buli dia jugak…huhu..rakan sekelas aku yang lain pun same buli dia. Nama dia malawati kan? Tapi kami panggil dia malamati…ish3 teruk betul aku ni…sampai dia menangis kat dalam kelas..dan yang paling dahsyat ialah dia akhirnya pindah sekolah…kaki buli sungguh! Ish3

Mase aku darjah 5

sekolah aku dapat guru praktikal..em 2 orang laki 2 perempuan. Yang laki tu dia india..tapi hensom..mcm hero Hindustan..mungkin sebab tu la ramai minat dia..aku? tak la minat sangat..dia minat aku kot…huhu..time2 pensyarah dia nak datang buat penilaian, cikgu india ni dia nak buat lakonan dalam kelas. So, aku diberi watak utama dalam lakonan tu. Si minah ni dapat la watak picisan, ape lagi mengamuk la dia..berlari keluar dari kelas..ramai2 kami p pujuk dia termasuk la hero Hindustan ni tadi..hehe..orang tengah marah,pujuk macam ne pun tak layan..so,kami pun biarkan dia jer…dia punya la marah kat aku…bengang btl dia…sampai satu tahap..kami tak bertegur lgsg. Satu hari tu..aku, dia dan beberapa org rakan sekelas je ade dalm kelas mase tu..yg lain sume p rehat n makan kat kantin..kemuncak cerita bermula…dia tengok aku, aku tengok dia. Wah, kira mata bertentang mata la ngan si Minah ni..punyer la dia geram kat aku..dia pun bangun dan tempelak aku kate aku mcm beruk…huhu…aku pun ape lagi…bangun dengan rase megahnyer dan tempelak dia balik…ko tu cacat! Sedar la diri ckit…(minah ni OKU tapi bleh berjalan,berlari, hanya tangan jer) ape lagi kami pun wrestling la kat dlm kelas tu…nasib baik tak smack down je dia, tak pun dia yg kalahkan aku…kwa3....huhu. nasib baik la ade yang leraikan. Kalu tak habisla…kaki buli betul!
Bila di fikir2 smla...ya Allah, tak sangka betul aku bleh jadi nakal mcm ni...ayat lebih afdal mungkin jahat kot...tapi alhamdulillah pelajaran aku ok..
darjah 6

kaki buli ni dilantik sebagai penolong pengawas sekolah...ape la kelayakan aku sampai blh dapat title ni? Mgkn kegarangan dan keganasan kot...huhu, tapi ngan cikgu aku baik..co-team jer...kaki bodek gak la kirenyer..hehe.. em..mase ni aku tak jadi kaki buli dah..dah jd baik ckit...kira baik la jugak...huhu.so, adik2sume jgn la jd macm sy yer...ambil la yg baik jer..yg buruk tolak tepi.last skali, aku nak mintak maaf la kat sesape yg aku dah buli tu yer..maaf sgt2..salam kemaafan dariku

Saturday, March 7, 2009

Kenapa aku suka penguin?



Ramai yang tanyer kenapa banyak sangat penguin yang menjadi trademark aku? Apa kaitan aku dengan penguin?

Mulanya aku pun tak tau kenapa pada mulanya aku suka pada penguin. Tiada sebab yang kukuh. Tapi mugkin sifat manjanya yang aku suka. Manja ke penguin? Manja dan comel. Dan juga binatang yang unik buat diriku yang minat dia, saper yang tak suka tu maafla yer.

Kalau kita lihat penguin ni macam tak de perkaitan langsung dengan manusia. Jika Allah tak mencipa dan mewujudkan penguin rasanya alam ini boleh berekosistem dengan baik . pendapat aku la..tapi setiap yang Allah ciptakan itu pasti ada sebabnya dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Betul tak?

Apa yang aku dapat lihat pada seekor penguin ialah kesungguhannya. Penguin ni bila aku amati dia sangat bersungguh-sungguh. Jika aku melihat dokumentari tentang penguin di kawasan pergunungan ais yang tersangat sejuk sehingga kita pun tidak sanggup hidup di sana. Orang Eskimo tu lain la..

Penguin ni nak berjalan pun susah. Tapi dia masih berjalan dan berjalan untuk meneruskan kehidupan. Tapi jika berada di dalam air, dia akan meluncur laju. Cantik sangat bila dia menari-menari didalam air mengikut arus lautan yang dingin sehingga tidak terasa kita melihat keindahan itu.

Lepas tu, kalau penguin nak naik ke darat dia dah jadi macam peluru yang tiba-tiba keluar dari air untuk naik ke iceberg. Kalu tersangkut, penguin akan cuba sekali lagi. Dan yang paling kesian bila dia dikejar musuh..susah dia nak lari..tapi itulah kitaran hidup..anjing laut nak makan dia…

Walaupun aku suka pada penguin, tapi aku tak la berminat dengan cerita pingu kerana cerita tu tak menggambarkan sangat penguin yang sebenar. Dan lagipun pingu ni suka nak susahkan orang disekelilingnya..tak bagus macam tu..buli adik pun masuk dalam kategori dia juga la…huhu

Monday, March 2, 2009

Dia tidak diciptakan untuk diriku…

Merungkai persoalan demi persoalan
Dengan menghitung hari demi hari
Semakin lama masa semakin jauh berlari
Detik masa dinanti semakin menghampiri
Sehingga rasa dihimpit dengan kerenah birokrasi

Ujian dan ujian datang dan pergi
Diselang seli dengan rahmat Ilahi
Walaupun perit mengira ujian
Namun ada gembira hadir mengukir senyuman

Dia tidak diciptakan untuk diriku


aku bukan insan yang akan memikul tanggungjawab itu…

aku bukan insan yang akan sentiasa membantumu..

aku bukan insan yang akan menjadi pendorong dalam setiap kejayaanmu…

aku bukan insan yang akan membahu dirimu yang sedang gagal…

aku bukan insan yang dicipta menjadi penyambung rusuk kirimu....

aku bukan insan yang menjadi pelengkap dalam hidupmu...


aku hanya insan yang dicipta sebagai saudaramu…

tiada kekutan bukan bererti aku lemah
namun menangislah untuk menginsafi diri
tiada kegembiraan bukan bererti aku sedih
namun gembiralah untuk membina kekuatan diri
tiada cinta bukan bererti kita derita
namun bercintalah hanya pada yang Esa
hanya Dia yang tahu bila sampai masanya
harap bahagia selama-lamanya.