Saturday, March 7, 2009

Kenapa aku suka penguin?



Ramai yang tanyer kenapa banyak sangat penguin yang menjadi trademark aku? Apa kaitan aku dengan penguin?

Mulanya aku pun tak tau kenapa pada mulanya aku suka pada penguin. Tiada sebab yang kukuh. Tapi mugkin sifat manjanya yang aku suka. Manja ke penguin? Manja dan comel. Dan juga binatang yang unik buat diriku yang minat dia, saper yang tak suka tu maafla yer.

Kalau kita lihat penguin ni macam tak de perkaitan langsung dengan manusia. Jika Allah tak mencipa dan mewujudkan penguin rasanya alam ini boleh berekosistem dengan baik . pendapat aku la..tapi setiap yang Allah ciptakan itu pasti ada sebabnya dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Betul tak?

Apa yang aku dapat lihat pada seekor penguin ialah kesungguhannya. Penguin ni bila aku amati dia sangat bersungguh-sungguh. Jika aku melihat dokumentari tentang penguin di kawasan pergunungan ais yang tersangat sejuk sehingga kita pun tidak sanggup hidup di sana. Orang Eskimo tu lain la..

Penguin ni nak berjalan pun susah. Tapi dia masih berjalan dan berjalan untuk meneruskan kehidupan. Tapi jika berada di dalam air, dia akan meluncur laju. Cantik sangat bila dia menari-menari didalam air mengikut arus lautan yang dingin sehingga tidak terasa kita melihat keindahan itu.

Lepas tu, kalau penguin nak naik ke darat dia dah jadi macam peluru yang tiba-tiba keluar dari air untuk naik ke iceberg. Kalu tersangkut, penguin akan cuba sekali lagi. Dan yang paling kesian bila dia dikejar musuh..susah dia nak lari..tapi itulah kitaran hidup..anjing laut nak makan dia…

Walaupun aku suka pada penguin, tapi aku tak la berminat dengan cerita pingu kerana cerita tu tak menggambarkan sangat penguin yang sebenar. Dan lagipun pingu ni suka nak susahkan orang disekelilingnya..tak bagus macam tu..buli adik pun masuk dalam kategori dia juga la…huhu

3 comments:

Ana FyruZ said...

wooow.. cm dengar citer kat tv.. national geographic. huahua..

saya plak.. suka awan.. awan yang memutih.. best sangat tengok awan.. entah knapa best sangat. tambah2 tgh hati sedih2 ni.. hush..kalau tengok awan.. hati leh gembira balikk..entah knpa huhuhu..
( saja nk share.. mesti x bgi kan..hehe :P )

penguin binatang comel..
jalan-jalan jatuh bgun balik..
jgn suka bnyk mengomel..
nanti belanja makan apam balik..

hahaha..

penguin kutub said...

huhu
tau tak per..
suke la awn kerana dia juga seperti penguin sekejap hitam dan sekejap putih..awan yang mendung itu seperti kita yang dlm kesedihan..
pandai pantun..pas ni kak azwa kna cri job lain la..bersajak plak..tak pun bersyair..huhu

althafunnisaa' said...

kak wa tak berseorangan suker pengguin sbb saya pun suka pengguin..huhuhu mmg sya suker binatang pn,sbb tu ambik zoologi,kucing pn suker tapi ntah npa tak da keberanian nk pegang..

klu belajar tentg pengguin snok sngat,mmg unik binatang ni.tambah klu baca ttg perjalanan pengguin nk melahirkan anak,sngat2 luar biasa.btul mcm akak kta,pengguin ni tinggi dgn nilai kesungguguhan..huhuhu

dan last sekali,aper2 yg comel mmg sya suker.sbb menggambarkan diri sya..hahaha(jgn mrah)