Monday, March 2, 2009

Dia tidak diciptakan untuk diriku…

Merungkai persoalan demi persoalan
Dengan menghitung hari demi hari
Semakin lama masa semakin jauh berlari
Detik masa dinanti semakin menghampiri
Sehingga rasa dihimpit dengan kerenah birokrasi

Ujian dan ujian datang dan pergi
Diselang seli dengan rahmat Ilahi
Walaupun perit mengira ujian
Namun ada gembira hadir mengukir senyuman

Dia tidak diciptakan untuk diriku


aku bukan insan yang akan memikul tanggungjawab itu…

aku bukan insan yang akan sentiasa membantumu..

aku bukan insan yang akan menjadi pendorong dalam setiap kejayaanmu…

aku bukan insan yang akan membahu dirimu yang sedang gagal…

aku bukan insan yang dicipta menjadi penyambung rusuk kirimu....

aku bukan insan yang menjadi pelengkap dalam hidupmu...


aku hanya insan yang dicipta sebagai saudaramu…

tiada kekutan bukan bererti aku lemah
namun menangislah untuk menginsafi diri
tiada kegembiraan bukan bererti aku sedih
namun gembiralah untuk membina kekuatan diri
tiada cinta bukan bererti kita derita
namun bercintalah hanya pada yang Esa
hanya Dia yang tahu bila sampai masanya
harap bahagia selama-lamanya.


3 comments:

Unknown said...

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalannya, yang menimpakan ujian yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH segaja mentakdrikan segalanya untuk sstu yang sia2. Bukan ALLAH tidak tahu derita hidupmu retak hatimu tapi mungkin itulah yang dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat denganNYA..

penguin kutub said...

huhu...ape kes la...ish3..semua 2 ketentuannya...jgn risau...saya menerima segala ketentuan n yg penting sekali tak de pe yang nak disedihkan selagi Dia masih ade,...perluke aku yg bersedih atau dia yg merintih???hahahah...jiwang betul..

noOrasma mOhamad said...

ada seseorang yg laen yang telah dijanjikan Allah dan di cipta untuk mengisi hatimu...