Wednesday, February 25, 2009

bersyukur padamu Ya Allah...

Alhamdulillah…

Bersyukur sangat rasenyer Allah permudahkan urusan ku pada waktu ini…

Jam berdertik menunjukkan hampir ke satu pagi..

Tiba-tiba telefonku berdering

Tiada nama pemanggil,hanya tertera nombor yang tidak pernah aku lihat

Aku menekan bukan hijau tanda menerima panggilan tersebut. Panggilan dari seorang lelaki yang bersuara garau. Siapakah dia? Aku bermonolong sendiri.

Saya Brother Kamarudin. Terkejut aku di buatnya..tiba-tiba dada aku sesak sedikit. Apa yang hendak disampaikan oleh Br tgh2 malam mcm ni?

Dia berkata, “saya dah baca assignment yang telah awak hantar untuk summary buku Paderi Memeluk Agama Islam”.

Jantung ku berdegup kencang dengan tiba-tiba. Apakah kesalahan yang telah aku lakukan dalam penulisan kali ini? Ya Allah, aku betul2 takut.

Saya lihat ada kematangan dalam penulisan awak. Saya tertarik dengan penulisan awak yang sangat bagus.

Huh, lega aku dengar. Tak sangka Br telefon aku memberitahu hal ini. Tapi sayangnya aku dah lame tak pergi kelas perbandingan agama. Tiba2 aku rasa rindu pula nak hadiri kelas ni..

Saya nak jumpe awak pada hari selasa pukul 8.30 malam, boleh? Tanya Br Kamarudin. InsyaAllah boleh, aku menjawab.

Awak tahu membaca bahasa Inggeris? Tanyernyer lagi…tahu..jawabku.

Hari yang dijanjikan tiba. Aku sampai di kelas Br Kamarudin. Dia macam kenal aku. Senyum melihat aku masuk dari pintu utama semasa kelas perbandingan agama sedang rancak berlangsung.

Br menghampiri aku. Siapa kamu? Tak pernah saya nampak kamu dalam kelas ni?

Em..saya yang Br telefon malam tu. Pasal assignment yang saya buat.

Ooo..saya suka dengan penulisan kamu..satu pujian lagi terdengar ditelinga ku…kamu minat berdakwah? Aku rasa aku memang tiada pilihan jawapan kerana memang aku perlu untuk berdakwah melihat kondisi masyarakat yang semakin sakit dan parah. Dan itu memang tanggungjawab aku sebagai umat islam. Adakah ini soalan perangkap? Huhu

Kamu tahu membaca Bahasa Inggeris? Tahu…tpi moderate level jer….

Br berlalu dan datang semula dengan beberapa buah buku. Ini buku tentang perbandingan agama. Kamu boleh baca.

Alamak…ade kerja lagi la ni…banyk nyer buku…monolog hati berkata lagi…

Simpan dan baca buku ni..jangan bagi orang lain. simpan sbg azimat n letak dlm koleksi libry anda…Br kamarudin berkata-kata dihadapanku sambil aku mengekod ape yg diperkatakan.

Alhamdulillah…bukan dapat kerja tp dapat hadiah..thanks yer Br Kamarudin…semoga nur dariNya sentiasa hidup dalam hati-hati kita semua. insyaAllah..

No comments: