Thursday, January 4, 2018

Orientasi tahun 1 2018


Alhamdulillah…sudah 4 hari anak – anak di tahun satu memulakan persekolahan mereka. Tapi, saya nak ceritakan sedikit tentang orientasi anak –anak Al – itqan.
31 / 12 /2018

Hari orientasi bermula pada jam 8.30 pagi. Seramai lebih kurang 50 orang murid dari tahun satu dan beberapa orang murid baru dari tahun 2 hingga 5 hadir.
Anak saya juga memasuki fasa alam persekolahan.
Saya ummi dan abah Muhammad Adam bin Mohd Syukri dengan rendah hati meletakkan anak kami di bawah didikan muallim dan muallimah Al – Itqan. Jika ada salah perbetulkan, jika ada akhlak yang tidak elok, luruskan, jika ada bahasa yang kasar, lembutkan, jika ada salah dan silap mohon maafkan, semoga dengan didikan yang diberi menjadi asbab anak saya Berjaya di dunia dan akhirat. Amen…
Itulah amanat yang diberi kepada muallim dan muallimah Al –Itqan agar mereka dapat mendidik anak dan yang lain menjadi insan yang rabbani.

(INGATAN UNTUK DIRI SAYA JUGA)

Orientasi tahun 1 2018
Alhamdulillah…sudah 4 hari anak – anak di tahun satu memulakan persekolahan mereka. Tapi, saya nak ceritakan sedikit tentang orientasi anak –anak Al – itqan.
31 / 12 /2018
Hari orientasi bermula pada jam 8.30 pagi. Seramai lebih kurang 50 orang murid dari tahun satu dan beberapa orang murid baru dari tahun 2 hingga 5 hadir.
Anak saya juga memasuki fasa alam persekolahan.
Saya ummi dan abah Muhammad Adam bin Mohd Syukri dengan rendah hati meletakkan anak kami di bawah didikan muallim dan muallimah Al – Itqan. Jika ada salah perbetulkan, jika ada akhlak yang tidak elok, luruskan, jika ada bahasa yang kasar, lembutkan, jika ada salah dan silap mohon maafkan, semoga dengan didikan yang diberi menjadi asbab anak saya Berjaya di dunia dan akhirat. Amen…

Itulah amanat yang diberi kepada muallim dan muallimah Al –Itqan agar mereka dapat mendidik anak dan yang lain menjadi insan yang rabbani.

Thursday, December 28, 2017

Umur 4 tahun sudah mula sekolah

hari ini 28 /12/2017 Khamis

Bermulalah hari orientasi anakku yag ke -2 ...NAURAH AMANI BINTI MOHD SYUKRI. Baru berumur 4 tahun pada tahun hadapan. Dia memang bersemangat untuk ke sekolah, mungkin sebab dia melihat abangnya ke sekolah.

Ummi...hari ni kakak p sekolah Adam kan...nanti sekolah tu jadi sekolah kakak...Adam p sekolah ummi kan...

yer...berkali - kali dia berkata..menegaskan ayatnya. 

Hari ni aku juga bersemangat untuk menghantar dia ke sekolah. Begitu juga dengan en.suami...Siapa mahu menghantar Naurah?

Rupanya suami bercuti hari ni semata - mata untuk menghantar anak kami ke sekolah pada hari pertama.=) Suprise katanya....

Naurah ni talktive orangnya..tapi bila depan orang..dia jadi diam seribu bahasa..geram juga bila dia tak nak bercakap.

Sampai di sekolah kami dah mendengar budak -budak menangis..harapnya anak kami tak mengikut jejak mereka.. Alhamdulillah..dia ok dan seronok sepanjang berada di sekolah..

Harapan ku semoga anak kami menjadi anak yang solehah, rajin , pandai, menyenangkan ibu bapa dan orang sekeliling..mudah menerima ilmu yang baik dan Al- quran selalu bersamanya...

Tuesday, December 19, 2017

MASIH BERGELAR PENDIDIK

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Alhamdulillah.. masih lagi diberi kesempatan setelah lebih kurang tiga tahun tidak menulis di blog ini..

18 / 12 /2017 ...Bermulalah sesi untuk guru - guru di sekolahku hadir semula untuk melapor diri bagi merialisasikan pembelajaran dan pengajaran bagi tahun 2018. Semangat yang tinggi perlu dipupuk dari awal supaya sisa -sisa semangat akan terus berkobar hingga ke akhir tahun 2018. InsyaAllah

19 / 12 /2017 . Aku ingin bercerita tentang hari ini. setelah umurku mencapai usia 31 tahun. Aku masih lagi seperti remaja yang lain. masih lagi sukakan aktiviti. Walaupun aku sudah bergelar belia atau mungkin remaja purba =).  Dan.. hari ini ada team building .

Berpakaian sukan dengan semangat untuk beriadah pada hari ini. Sudah lama rasanya tidak mengadakan aktiviti kecergasan mental dan fizikal. Suatu ketika dulu, semasa aktif berpesatuan di Universiti Sains Malaysia dan NGO, banyak aktiviti yang telah disertai. Rindu rasanya dengan pengalaman lampau.

Antara aktiviti yang dijalankan tentulah aktiviti yang akan mengeratkan ukhwah antara guru - guru tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kekuatan mental dan fizikal juga diuji dalam pelbagai permainan yang dijalankan.

Permainan yang menguji fizikal seseorang jika sesuatu nikmat itu Allah tarik. Gunakan hanya dua jari untuk membuka plastik gula -gula. Jenuh juga mencari idea, tetap alhamdulillah aku antara yang terawal dapat membukanya.

Seterusnya permainan yang menguji fokus seseorang dalam menggunakan otak kiri dan kanan. Agak sukar untuk aku mengikuti permainan ini. Syabas! kepada mereka yang berjaya. Antaranya menukar jari dari bentuk peace kepada bentuk pistol, memusing tangan ke dalam dan sebelah lagi ke bahagian luar, dan menumbuk dan menggosok dalam satu masa dengan menggunakan kedua -dua tangan. Aku tidak dapat menyelesaikan tugasan tersebut.

Permainan wan to som ( mesti semua tahu permainan ini) tapi ia menggunakan jari untuk dikira. Siapa mengira dengan cepat dan betul, dia berjaya . Aku berjaya !

Kami berada dalam satu kumpulan. Tujuh orang sepasukan. Aktiviti seterusnya adalah Explorace. Kumpulan kami berjaya mendapat tempat PERTAMA!!. dengan catatan masa 1 jam sahaja. Seronok bermaian sampai terlupa usia masing -masing. Antara permainan dalam setiap check point ialah LOVE BALL . Cuba kamu semua bayangkan menghatar bola kepada rakan sebelah dengan menggunakan dagu. Sangat melucukan. Bergelak sakan kami semua dan jika berusaha pasti berjaya. Ingat kerjasama amat penting dalam permainan ini. Ada banyak lagi permainan yang disediakan seperti Puzzle,Sudoku, teka gambar, dan Traffic jam.

Tahniah pada ahli kumpulanku Syaz, Huda, Kak Fiza, Kak Liza, Kak Irma, Kak Fatimah ...tanpa kerjasama dan semangat untuk berjaya yang tinggi, kita takkan mampu menghadapi rintangan..
Who are we...Shoutul Nisa'........AUUMMM!!!

KEPADA SEMUA SAHABAT PPAIQ SELAMAT MENJALANKAN TUGAS BAGI SESI 2018. SEMOGA PILIHAN KITA AKAN MENENTUKAN MASA DEPAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK - ANAK DIDIK KITA SEMUA..AMEEN..



Monday, January 20, 2014

mendoakan semoga Allah memakbulkan doa kalian dan diri ini

Dah ade isi ke belum?

Inilah persoalan yang paling diatkuti oleh isteri -isteri yang baru berkahwin. Nama pun baru kahwin... dah mula tanya soal anak. Apatah lagi yang dah berkawin 2, 3 tahun. Pada yang telah mengandung, Alhamdulillah, pada yang dah menimang cahaya mata juga alhamdulillah. Pada yang belum juga ucapkanlah Alhamdulillah kerana Allah memberikan nikmat untuk kita bersama -sama dengan suami.

Nikmat tu...

Jika ada anak, perlu bahagi masa ibu dan anak. 

Jika ada anak, tidur lena belum tentu bagi suami dan isteri.

jika ada anak, ada batasan untuk melancong ke mana-mana.

 

Betul tak???

 

Maka, nikmat tuhan yang manakah engkau dustakan???

 Setiap hari kita berdoa untuk diberikan zuriat. Moga Allah memberikan zuriat dan wujud seketul daging dalam rahim si isteri setelah berusaha, berdoa dan bertawakkal.

 Ingatlah! Allah memberi sesuatu itu tepat pada masa dan ketikanya.

Mungkin...

Kamu masih belum mampu untuk menjaga seorang anak.

Kamu belum cukup kewangan untuk menampung keperluan asas anakmu.

Kamu tinggal berasingan dengan suami dan menyukarkan kamu untuk menjaganya.

Saya juga ada pengalaman melihat sepasang suami isteri yang tidak memperoleh zuriat selama 9 tahun.Abang dan kakak Ipar saya mendapat zuriat setelah 9 tahun ujian menunggu yang Allah berikan. Alhamdulillah mereka telah mendapat anak lelaki pada tahun 2012.

 Bagaimana dengan kamu?

 Setahun penantian?

Dua tahun penantian?

Tiga Tahun penantian?

 Belum cukup untuk  menggambarkan penantian selama 9 tahun itu.

 Tidak sesekali memudahkan bicara bagi yang berkata. Bukan juga mengguris hati.

Saya berdoa agar kalian  juga bersabar menanti seorang cahaya mata. Semoga Allah memberikan zuriat yang Soleh dan Solehah, anak yang menjadi penyejuk hati ummi dan abi.

Ya Allah, kurniakanlah diriku dan sahabat - sahabatku zuriat. Berikanlah kesabaran dalam diri kami menunggu permata itu lahir dalam rahim kami Ya Allah. Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mengandungkan zuriat kami hingga tiba saat lahirnya. Ya Allah, kami memhohon kepada Mu agar diberi kesihatan untuk memelihara zuriat kurniaan Mu ya Allah. Ameen.

Ini semuanya telahan dan pendapat dari pandangan seorang yang masih setahun jagung umurnya. Pengalaman hidup juga masih sempit diruangan keliling tempurung sahaja. Hanya ingin berkongsi rasa dan memupuk semangat para isteri juga suami agar tidak sedih dan menekan diri masing -masing sedangkan semuanya Allah yang menentukan.

senyumlah wahai para isteri dan suami ;) kerana nikmat perkahwinan itu banyak..bukanlah hanya sekadar memperoleh zuriat.



Friday, September 6, 2013

Syawal sudah tamat...



Bismillahirrahmanirrahim


Tamat sudah sebulan Syawal yang telah kita raikan bersama dengan orang – orang tersayang.

Bagaimana dengan amal dan kerja buat kita semua? Adakah masih istiqamah membaca al –quran, qiam di malam hari dan sentiasa mengalunkan zikir di bibir?


Sedahkan kita semua menyudahkan sunat berpuasa 6 seperti berpuasa setahun? Subhanallah... sungguh indah aturan Allah dalam menetapkan segala tingkat kehidupan setiap manusia.


Sesungguhnya makhluk Allah di dunia ini sentiasa inginkan kecantikan dan kesempurnaan dalam setiap sudut mata memandang. Namun, tidakkah kesempurnaan itu sentiasa membawa kelalaian kepada manusia? 
Beruntunglah manusia yang tidak lalai dengan kesempurnaan yang diperolehi di dunia ini.


Ya Allah, kembalikanlah aku seperti semasa aku kecil dahulu...pernah kita meminta kepada Allah. Dapat bermain tanpa memikirkan belanja dapur yang tidak mencukupi, dapat tidur nyenyak tanpa memikirkan hati orang sekeliling terluka, dapat menghiburkan hati tanpa memikirkan ibu bapa yang lelah bekerja. Sekarang kita sudah dewasa. Kitalah yang memikirkan belanja dapur yang tidak mencukupi, kitalah yang memikirkan hati siapa yang terluka dengan perbuatan dan percakapan kita, dan kita jugalah yang sayu memikirkan ibu bapa yang telah penat membesarkan kita.


Kitalah insan itu. Jangan lari dengan aturan hidup yang Allah telah janjikan, di dalam rahim, ke dunia, ke alam kubur, akhirat , syurga atau neraka.


Mohonlah hidayah dari Allah dan sentiasa kukuh dengan keimanan yang telah dicampakkan ke dalam hati kita. Jangan sesekali lelah dengan perjuangan hidup bergelar seorang HAMBA. Allah itu ada, dan Dia tempat kita kita meminta.



Ya Allah, berikanlah aku hidayahMu, petunjuk menjadi hambaMu yang soleh, suami/isteri yang soleh, keluarga yang soleh dan barakah, anak –anak yang terdidik dengan ilmu al – Quran dan as –Sunnah yang dipakai nabi Muhammad SAW. Amin ya rabbal alamin.

Tuesday, September 3, 2013

Maka..nikmat Allah yang manakah yang engkau dustakan?



Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah..setelah beberapa tahun tidak menulis, hari ini Allah memberikan kesempatan untuk saya menggerakkan jari jemari saya di punat – punat huruf milik computer riba suami tersayang.


Keadaan putaran hidup kita sentiasa berubah mengikut waktu, ujian, nikmat dan qada serta qadar Allah. Setiap hari rutin yang sama diikuti, namun dengan ujian yang berbeza menanti. Jadi, mengapakah manusia merasa bosan dengan apa yang mereka lakukan setiap hari? Sedangkan setiap hari itu ada sesuatu yang kita tidak tahu apa yang bakal kita lalui. Harapnya, dapatlah kita melalui hidup ini dengan proses hidup yang sentiasa positif. 

Nikmat Allah ini bukan sahaja dalam bentuk yang menggembirakan tapi juga dalam bentuk kesedihan kerana “maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan”?jika kamu tidak rasa sedih, mungkin tidak ada manusia atau insan yang kamu ketahui sanggup menjadi peneman kamu susah dan senang. Setiap sesuatu itu ada hikmah yang besar.

Nikmat yang dikutip setiap hari jangan dibuang di simpang siur perjalanan hidup kita, kerana dengan bekal nikmat itulah kita mampu hidup dalam ketenangan dan bersyukur dengan nikmat yang Allah sajikan.
Bila kita bangun pagi, ucapkanlah Alhamdulillah kerana Allah telah memberikan nikmat kehidupan kepada kita sekali lagi untuk bertemu dengan setiap orang yang ada di sekeliling kita, mendengar setiap perbualan orang yang jauh dari kita, mengingati orang yang telah lama tidak bertemu dan memberi sedekah kepada setiap orang yang telah meninggalkan kita. Al –Fatihah.

Sungguh besar nikmatMu ya Allah sehiangga kadang – kadang terlupa nikmat itu boleh ditarik jika tidak menghargainya. Ya Allah, kurniakanlah aku dengan setiap nikmatMu, nikmat kesihatan, nikmat rezeki yang murah dan melimpah ruah, nikmat dipanjangkan umur, nikmat berjumpa dengan orang yang baik, nikmat keindahan alam dan nikmat hidup sesama makhluk yang tidak bersengketa. Amin ya rabbal alamin.

Penulisan yang tidak istiqamah ini harapnya tidaklah diikuti oleh penulis yang lain kerana percambahan idea anda akan berkurang bila anda tidak melakukan penulisan;)