Wednesday, January 20, 2010

Sumbangan Anda di Perlukan

Assalamualaikum w.b.t

kepada semua pembaca dan mereka yang melintas di blog saya ni..saya nak minta sumbangan daripada semua untuk menyumbangkan sedikit bantuan.

bantuan tersebut boleh terdiri dari:
  1. pakaian (terpakai atau baru)
  2. kewangan
  3. makanan
sumbangan tersebut akan disalurkan kepada beberapa buah kampung dan rumah yang memerlukan sumbangan.

pakaian yang diperlukan adalah khususnya untuk kanak-kanak miskin yang berada di merbok, kedah dan juga dibeberapa buah tempat yang lain. kami juga menerima pakaian-pakaian yang masih boleh dipakai yer (pakaian untuk orang dewasa lelaki atau wanita)..di ulang, masih boleh dipakai. hal ini kerana, terdapat juga pakaian yang telah koyak dihantar.


sebarang pertanyaan anda boleh hubungi atau SMS saya di talian 019-598 9382 (waahidah)....kalau rasa ragu-ragu juga boleh bertanya pada saya. insyaAllah, sumbangan anda ini akan sampai ke tangan mereka yang memerlukan.


sumbangan anda amat-amat lah diharapkan walaupun sedikit...;-)

JOM KITA BANTU MEREKA WAHAI SAHABAT2 SEMUA!!

Saturday, January 9, 2010

tahun penuh cabaran...(mood sedih time menulis)

aku rasa..tahun ni penuh cabaran dalam diri aku..tahun yang banyak memerlukan aku kesabaran dan kekuatan diri untuk meneruskan hidup.

masuk saja tahun baru..aku sudah mnerima ujian. biarlah ujian tersebut. aku perlu terus berusaha dan tawakal dengan ape yang sedang berlaku.

belum sahaja tamat ujian tersebut, aku menerima satu lagi ujian yang lain. henset aku rosak. henset cap ayam je...tapi dah guna lama..cuma semenjak 2 menjak ni henset tu slalu jatuh..so, ade button yang tak boleh ditekan. aku gagah gunakan telefon tu gak..walaupun terpaksa menekan dengan kuat..

tapi tetibe plak tak bleh nak cas...hmm...aku redha je la dah tak bleh...so, aku pun tutup tel tu...n tengan mlm td buka semula..n bnyk panggilan n sms masuk..yg sedihnya..panggilan dr kampung...mest famili risau...

nak dijadikan cerita plak..skang ni aku dah berpindah ke rumah baru..untuk memudahkan aku yang tak de kenderaan ni p keje dengan jalan kaki...uih...banyak cabaran jalan kaki ni..berjalan sambil dengar suara anjing menyalak2 dari pagar rumah cina-cina kat sini..ya Allah..terkejut beruk aku...beruk pun tak terkejut macam aku...kakkakka..menyalak tak per..jangan dia kejar sudah....dah 2x kali kena kejar (tp bukan kat rumah baru ni)..tak nak dah berlaku lagi...

kat cni tak de tempat mkn..susah ckit..nak p beli brg pun jauh..so, kna naik teksi atau bas..kalu bas kena tunggu..kalu teksi kna bayar lebih ckit...tu je la bezanya...tp..takkan nak p kuar mkn pun beria nak cri bas n teksi..hahhah...kelakar betul..masak kat umah tu memg bleh..kna kuar beli bahan seminggu sekali...

tetibe teringat kalau ade banyak duit...mest dah beli sebuah kenderaan...tp disebabkan tak de..kena la aku hidup mcm ni dulu...tp itu perkara biasa dalam kehidupan...tak semua yang kita nak, kita kan dapat....untuk itu...Allah bg kita sifat sabar...

huhu..blog ni dah jd tempat luahan perasaan dah...tak de mood nak tulis bub2 ilmiah or bub2 yang lain...blog aku...ade aku kisah..huhu..kira ni mcm diari la..tp sume yang melintas bleh bace..

so, kuat yer diri..jgn mengalah...just ingat..tak semua benda kita bleh dapat, walaupun kita teringin sangat..tak semua benda orang bleh bg kat kita...walaupun dia dapat mcm2 yg kita rase kenape kita tak dpt...n tak semua Allah nak bg coz..kita memang tamak n tak cukup dengan ape yg ade...

Tuesday, January 5, 2010

bila ujian itu datang...



bila ujian itu datang..
tak disangka..
ada untaian-untaian pesanan dari sahabat..

walaupun mereka tidak mengetahui..
namun,
kuasa Allah..telah menghantar satu petanda...
aku tahu itu adalah kata-kata semangat
buat diriku yang dalam keadaan lemah ini

bila ujian itu datang..
aku semakin rapat dengan Allah..
benarlah..
ukhwah itu umpama untaian tasbih yang berzikir padaNya.

ya Allah..
dikala ujian ini hadir..
aku rasa tertekan..
aku rasa ditekan..
aka rasa menekan diri sendiri..
aku perlu keluar dari kepompong ini..

kepompong yang bersalut dengan rasa perit, sakit dan sedih
tak mungkin ada penawar
jika tiada ketenangan yang diberi oleh yang maha Esa
aku bersyukur padaMu..
kerana menyedarkan aku dari lena yang panjang..

aku tahu ujian itu
amat perit bagiku
aku rindu pada masa lalu...
tapi..tak akan bertemu masa lalu dan kini
tanpa izin dariMu

ya Allah..
janganlah kau bolak balikkan 2 hati ini
janganlah kau akhiri dengan satu jarak
janganlah kau tarik nikmat yang kau berikan ini
jangan ya Allah...

tenangkan hati kami ya Allah

'BILA ENGKAU MEMANDANG SESUATU DARI TUHANMU YANG MENCIPTAKAN SEGALA SESUATU, YANG MENIMPAKAN UJIAN, YG MENJADIKAN SAKIT HATIMU, YANG MEMBUAT KEINGINANMU TERHALANG, SERTA MENYUSAHKAN HIDUPMU, PASTI AKAN DAMAI HATIMU, KERANA MASAKAN ALLAH SENGAJA MENTAKDIRKAN SEGALA SESUATU YANG SIA-SIA..BUKANLAH ALLAH TIDAK TAHU DERITA HATIMU & RETAK HATIMU, TAPI MUNGKIN ITU YANG DIA MAHU KERANA DIA TAHU HATI YANG SEBEGINI LEBIH LUNAK & AKRAB DENGANNYA SELALU'