Tuesday, January 5, 2010

bila ujian itu datang...



bila ujian itu datang..
tak disangka..
ada untaian-untaian pesanan dari sahabat..

walaupun mereka tidak mengetahui..
namun,
kuasa Allah..telah menghantar satu petanda...
aku tahu itu adalah kata-kata semangat
buat diriku yang dalam keadaan lemah ini

bila ujian itu datang..
aku semakin rapat dengan Allah..
benarlah..
ukhwah itu umpama untaian tasbih yang berzikir padaNya.

ya Allah..
dikala ujian ini hadir..
aku rasa tertekan..
aku rasa ditekan..
aka rasa menekan diri sendiri..
aku perlu keluar dari kepompong ini..

kepompong yang bersalut dengan rasa perit, sakit dan sedih
tak mungkin ada penawar
jika tiada ketenangan yang diberi oleh yang maha Esa
aku bersyukur padaMu..
kerana menyedarkan aku dari lena yang panjang..

aku tahu ujian itu
amat perit bagiku
aku rindu pada masa lalu...
tapi..tak akan bertemu masa lalu dan kini
tanpa izin dariMu

ya Allah..
janganlah kau bolak balikkan 2 hati ini
janganlah kau akhiri dengan satu jarak
janganlah kau tarik nikmat yang kau berikan ini
jangan ya Allah...

tenangkan hati kami ya Allah

'BILA ENGKAU MEMANDANG SESUATU DARI TUHANMU YANG MENCIPTAKAN SEGALA SESUATU, YANG MENIMPAKAN UJIAN, YG MENJADIKAN SAKIT HATIMU, YANG MEMBUAT KEINGINANMU TERHALANG, SERTA MENYUSAHKAN HIDUPMU, PASTI AKAN DAMAI HATIMU, KERANA MASAKAN ALLAH SENGAJA MENTAKDIRKAN SEGALA SESUATU YANG SIA-SIA..BUKANLAH ALLAH TIDAK TAHU DERITA HATIMU & RETAK HATIMU, TAPI MUNGKIN ITU YANG DIA MAHU KERANA DIA TAHU HATI YANG SEBEGINI LEBIH LUNAK & AKRAB DENGANNYA SELALU'

No comments: