Thursday, January 22, 2009

BOIKOT!!!


sekarang ni kecoh psal isu boikot. nak boikot baranagn israel atau barangan amerika.tapi sedar tak sedar sebenarnya masih lagi ramai yang mempertikaikan tentang perkara ni. ade yang kate tak terbaloi kalau boikot.ade yang kate tak de alternatif lain nak beli barang...nak beli kat mane yer? dan ade juga yang masih tak tahu mengapa kita perlu boikot...em..orang yang tahu perkara ni seharusnya sedar bagaimana cara nak sampaikan perkara ni kepada mereka yang mash lagi terpinga-pinga kat luar sane tu.. atau mereka sengaja buat-buat tak tahu kerana tak de sikap pedulisme terhadap sesuatu perkara yang mungkin dianggap remeh.
aku nak share la ckit cerita benar yang boleh dijadikan pengajaran buat yang menulis ni dan juga yang mungkin terbaca blog ni.
amin: (bukan nama sebenar), ko nak p mana nuar(pun bukan nama sebenar)?
nuar: aku nak p makan ler..lapa..
amin: oooo..nak p makan kat ner?
nuar: KFC,huhu..
amin: eh..boikot la tak boleh
nuar: hah, boikot? nape plak?
amin: ala...pasal isu kekejaman di Gaza, depa bunuh orang yang tak bersalah n kita patut bantu.
nuar: em..aku lapar..bye.
Cuba kita bayangkan kalu seorang boikot MCD..em mungkin tak menggangu pun keuntungan yang mereka perolehi yang dah pun mencecah lebih dari 3 billion setahun. tapi kalau semakin ramai yang boikot...tak mustahil MCD kat Sungai Dua, Pulau Pinang boleh gulung tikar.
apa yang penting kita perlu bekerjasama untuk lakukan satu perkara yang dianggap mustahil.
insyaAllah sekarang saya dah mendidik iri untuk memboikot produk-produk dari Amerika syarikat ni..macam Mcd, KFC, coca-cola, starbucks dan macam-macam lagi...lagipun makanan fast food ni belum tentu berkhasiat. Dan memang ade kajian yang telah dilakukan, menunjukkan bahawa makanan fast food tidak berkhasiat.jadi, saya syorkan sahabat-sahabat dan teman yang lain beralih kepada produk yang lebih terjamin kualitinya dan yang penting HALAL..kerana mencari yang halal itu adalah satu ibadah.
pada mereka yang masih lagi tak tau kenapa kita perlu boikot..jangan segan-segan tanye pada mereka yang ada pengetahuan tentang perkara ni disekeliling anda.

pasal produk alternatif 2...banyk jer produk yang bagus boleh kita cuba. mungkin sahabat dan teman boleh pergi ke Radix FC (RFC) keluaran syarikat HPA industri sdn.bhd. RFC ni sama mcm KFC tapi insyaAllah halal lagi baik. ayam yang di gunakan pun ayam organik. RFC hanya ada satu je kat Malaysia skang ni iaitu kat SG.Petani Kedah.. tapi kalau korang semua sokong dan beli produk ni, tak mustahil permintaan yang tinggi akan menyebabkan islamic fast food dibuka di merata tempat.
walaupun rasanyer berbeza dengan KFC, tapi lagi sedap. percayalah..
banyak lagi produk alternatif atau pengganti yang ade..macam Agromas,HPA..dari barangan dapur sampaila kebarangan kosmetik.

soal harga, tak perlu dipersoalkan lagi kerana memang berbaloi..huhu...
boikot ni bukan semata-mata mase peperangan yang berlaku ni jer..tapi semangat yang berterusan atau istiqamah untuk terus berjuang.
jadi, ape tunggu lagi, mari kita menyokong produk yang dijamin halal lagi baik buatannya. apa yang penting...kerjasama dari anda semua.

Tuesday, January 20, 2009

pemergiaan yang takkan KEMBALI

Dah nak dekat hujung bulan Januari 2009. Namun, tinta Microsoft word aku masih lagi tidak mampu menulis ape-ape. Mungkin aku masih lagi tercari-cari topic yang patut aku buka untuk tahun baru ini. Ramai yang akan menulis tentang azam baru mereka. Aku percaya ramai juga yang akan menulis tentang perjalanan hidup mereka sehari-hari. Tak kurang juga yang akan membahaskan isu palestin.

Aku masih lagi tercari-cari. Permulaan tahun 2009 ini mungkin menguji ketabahan diri aku sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi yang semakin usang ini. Semakin tandus dan hilang serinya akibat tangan-tangan manusia yang mengejar pembangunan mapan sehingga terlupa sebatang sungai yang tidak mampu mengalirkan rezeki buat sang nelayan. (monolog dalaman)

Tanggal 8 Januari 2009 tepat jam 6.20 pagi.

Aku dikejutkan dengan sms yang aku terima daripada adikku di kampung. Aku tidak menyangka panggilan yang masuk bertubi-tubi di telefon bimbit tidak aku sedari. Mungkin lebih dari sepuluh panggilan. Aku ralat dengan tiba-tiba kerana menukarkan telefon bimbitku kepada ‘mode’ senyap. Aku tidak mahu diganggu pada malam itu. Rupanya bapaku telah meninggal dunia jam 4 pagi.

“juan, apak dah meninggal dunia”

Lantas aku bangun dan terus menangis. Bukan mimpi tapi kenyataan. sedih aku pabila mendapat khabar bahawa aku telah kehilangan seorang bapa. Nak dijadikan cerita, malam tu, sebelum masuk tidur, sahabat-sahabat aku bertanya tentang bapaku. Aku pun menceritakan serba sedikit tentang bapaku. Bapaku full time seorang penoreh getah. Part time bapa aku sebagai doctor tradisional atau lebih dikenali sebagai bomoh. Bapak aku seorang yang garang dan sangat tegas. Tak perlu la aku cerita lagi tapi pada malam tu, sahabat-sahabatku bersungguh-sungguh nak tau pasal bapak aku. Aku pun cerita punya cerita sampai hari dah larut malam.

Sedih memang sangat sedih. Tapi bila mengenangkan bapak aku yang terpaksa menahan kesakitan dan terlantar di atas katil membuatkan aku dan ahli keluarga yang lain redha dengan pemergiannya. Kami tak mampu melihat seorang lelaki yang menjadi ketua keluarga dalam hidup kami tiba-tiba terpaksa menjadi penunggu setia di atas katil. Setiap yang hidup pasti akan mati. Memori dan kenangan indah akan tetap tersemat di hati walaupun hajat aku nak bawa bapak aku masuk dalam hall masa aku ambik ijazah tak kesampaian. Impian aku yang tak mungkin tercapai.

insyaAllah kami semua tabah. Dan yang paling penting mak aku kuat dalam mengharungi dugaan ini. Walaupun dia memang dah lame take over kerja bapak aku, tapi aku tahu dia sangat penat. Mak jangan risau, insyaAllah kami smeua ada nak bantu mak yang tersayang. Juan saying mak…muahhhh. Buat adik aku plak yang masih lagi di bangku sekolah, tahun ni akan menduduki UPSR. Harap dia dapat buat yang terbaik. Tapi yang penting dia lagi tabah dari aku mungkin kerana dia tidak lagi mengenal kehidupan yang penuh mehna ujian.

Buat teman-teman yang datang menziarah, terima kasih sangat-sangat. Ucapan takziah dan kata-kata semangat dari korang semua akan menjadi sokongan dan dorongan buat kami sekeluarga untuk meneruskan kehidupan.