Tuesday, January 20, 2009

pemergiaan yang takkan KEMBALI

Dah nak dekat hujung bulan Januari 2009. Namun, tinta Microsoft word aku masih lagi tidak mampu menulis ape-ape. Mungkin aku masih lagi tercari-cari topic yang patut aku buka untuk tahun baru ini. Ramai yang akan menulis tentang azam baru mereka. Aku percaya ramai juga yang akan menulis tentang perjalanan hidup mereka sehari-hari. Tak kurang juga yang akan membahaskan isu palestin.

Aku masih lagi tercari-cari. Permulaan tahun 2009 ini mungkin menguji ketabahan diri aku sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi yang semakin usang ini. Semakin tandus dan hilang serinya akibat tangan-tangan manusia yang mengejar pembangunan mapan sehingga terlupa sebatang sungai yang tidak mampu mengalirkan rezeki buat sang nelayan. (monolog dalaman)

Tanggal 8 Januari 2009 tepat jam 6.20 pagi.

Aku dikejutkan dengan sms yang aku terima daripada adikku di kampung. Aku tidak menyangka panggilan yang masuk bertubi-tubi di telefon bimbit tidak aku sedari. Mungkin lebih dari sepuluh panggilan. Aku ralat dengan tiba-tiba kerana menukarkan telefon bimbitku kepada ‘mode’ senyap. Aku tidak mahu diganggu pada malam itu. Rupanya bapaku telah meninggal dunia jam 4 pagi.

“juan, apak dah meninggal dunia”

Lantas aku bangun dan terus menangis. Bukan mimpi tapi kenyataan. sedih aku pabila mendapat khabar bahawa aku telah kehilangan seorang bapa. Nak dijadikan cerita, malam tu, sebelum masuk tidur, sahabat-sahabat aku bertanya tentang bapaku. Aku pun menceritakan serba sedikit tentang bapaku. Bapaku full time seorang penoreh getah. Part time bapa aku sebagai doctor tradisional atau lebih dikenali sebagai bomoh. Bapak aku seorang yang garang dan sangat tegas. Tak perlu la aku cerita lagi tapi pada malam tu, sahabat-sahabatku bersungguh-sungguh nak tau pasal bapak aku. Aku pun cerita punya cerita sampai hari dah larut malam.

Sedih memang sangat sedih. Tapi bila mengenangkan bapak aku yang terpaksa menahan kesakitan dan terlantar di atas katil membuatkan aku dan ahli keluarga yang lain redha dengan pemergiannya. Kami tak mampu melihat seorang lelaki yang menjadi ketua keluarga dalam hidup kami tiba-tiba terpaksa menjadi penunggu setia di atas katil. Setiap yang hidup pasti akan mati. Memori dan kenangan indah akan tetap tersemat di hati walaupun hajat aku nak bawa bapak aku masuk dalam hall masa aku ambik ijazah tak kesampaian. Impian aku yang tak mungkin tercapai.

insyaAllah kami semua tabah. Dan yang paling penting mak aku kuat dalam mengharungi dugaan ini. Walaupun dia memang dah lame take over kerja bapak aku, tapi aku tahu dia sangat penat. Mak jangan risau, insyaAllah kami smeua ada nak bantu mak yang tersayang. Juan saying mak…muahhhh. Buat adik aku plak yang masih lagi di bangku sekolah, tahun ni akan menduduki UPSR. Harap dia dapat buat yang terbaik. Tapi yang penting dia lagi tabah dari aku mungkin kerana dia tidak lagi mengenal kehidupan yang penuh mehna ujian.

Buat teman-teman yang datang menziarah, terima kasih sangat-sangat. Ucapan takziah dan kata-kata semangat dari korang semua akan menjadi sokongan dan dorongan buat kami sekeluarga untuk meneruskan kehidupan.


1 comment:

naseebah (asfal awliya') said...

Kehilangan memang sering berlaku dlm hidup..setiap bernyawa pasti akan mati..yg mekar pasti akan layu.. cuma bagaimana kita mengambil hikmah dr setiap kehilangan yang berlaku dlm hidup kita yg paling penting.. ingatlah sayang..andai pemergian itu yg ditakdirkan berlaku..sudah pasti ade sesuatu yg Allah letakkan utk kita dihdpn..ربنا ما خلقت هذا بطلا
tidak Allah jdkan sesuatu itu dgn sia sia..ini hanya utk mngingatkn diri yang menulis..semoga yang membaca juga menerima ingatan ini dgn hati terbuka..semoga kita tergolong dlm golongan org yg redha dgn setiap ketentuan..