Thursday, December 31, 2009

sepanjang 2009


tahun 2009 seperti juga tahun-tahun sebelumnya..banyak kenangan pahit dan manis yang dilalui...





kematian..5 Januari 2009
tahun ini dimulakan dengan satu berita kematian...bapaku telah kembali ke rahmatullah..pada 5 januari 2009 semasa usianya 72 tahun. semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh..amin.

tamatnya pengajian..27 Julai 2009
alhamdulillah..tahun ini juga tamatnya pengajian aku dalam bidang pengurusan rumah tangga..eh, pengurusan sumber manusia..huhu..selama 3 tahun belajar di USM akhirnya aku menamatkan pengajian dengan baik. berkat usaha, doa, dan tawakal hanya Allah jua yang mampu memberikan kebaikan tersebut.


aku memikul tanggungjawab baru..3 Ogos 2009
hari pertama memulakan kerja di Sahabat Alam malaysia. penyesuaian diri yang sangat memerlukan aku untuk sensetif dengan keadaan sekeliling. tapi, aku masih tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan baik walaupun hampir 5 bulan di sini.

hari Kelahiran 7 Ogos 2009
genap usia 23 tahun..banyak ranjau dan kemanisan yang dilalui sehingga aku berada di sini.terima buat mereka yang meraikan hari kelahiran ku yang amat bermakna ini.

konvokesyen sedih dalam gembira 15 Ogos 2009
sedih kerana tiada keluarga yang hadir pada hari kejadian...beberapa masalah melanda menyebabkan tidak mahu untuk hadir ke majlis ini.namun, atas satu semangat tetap juga mengambil ijazah sarjana muda dihapadan naib canselor USM. terima kasih atas kehadiran seorang yang bakal menjadi pemimpin diri..insyaAllah.



aku & dia..22 september 2009 (3 syawal 1430)
bulan syawal yang diraikan..hari raya pertama yang diraikan tanpa bapa tersayang..aku redha..segalanya ketentuan ilahi. tapi, dalam kesedihan ada kegembiraan yang diberikan oleh Allah kepada hambanya..hari ini batu putih bertukar tangan..semoga ianya kekal..amin...

latihan diri...30 nov-13 dis 2009
memasuki fasa ini..aku dan teman-teman lain bermusafir di 3 buah negeri..pulau pinang, perak dan kedah...banyak pengalaman yang tak dapat dilupakan..aku gembira berad di sini menerima ilmu yg pelbagai dari mereka yang mempunyai latar belakang ilmu yang berbeza..sangat bermanfaat...



fasa seterusnya...26-27 dis 2009
melangkah ke dewan muzakarah USM untuk menghadiri kursus kahwin..huhu..insyaAllah..untuk persediaan masa hadapan yang bakal tiba. doakan yer sahabat agar segalanya berjalan dengan lancar serta dimurahkan rezeki...dan Allah menetapkan hati-hati orang-orang di jalanNya...

penutupan 2009...
masih lagi dalam dilema..satu ujian yang membuatkan jiwa kacau..sehingga ujian-ujian yang hadir datang bertimpa-timpa akibat stress yang melanda diri...ya Allah tutupkanlah 2009 dengan kemanisan dan kegembiraan ya Allah...amin...

Wednesday, November 25, 2009

Aku yang terlebih manja…ke..mengada!!huhhu

Entri ni khas untuk mengata diri sendiri..hehe…

Kalau nak ikutkan memang aku anak sulung dalam famili..tapi, disebabkan kurang kasih sayang..so, aku sengaja cari port untuk bermanja..huhu..manja ngan mak la..ngan arwah bapak tak pernah..coz..dia garang sangat..

Sampai dah besar macam ni pun terlebih manja dengan mak..mak pun memberikan kasih sayang yang lebih pada aku..alhamdulillah…sampaikan adik aku yang bongsu pun jeles..yer la..dia yg kecik pun tak manja macam aku..

Kami 3 beradik,,aku, adik lelaki dan yang bongsu perempuan. Masih belaja lagi dia..darjah 6..keputusan UPSR…biarlah rahsia..

Masa kecik aku ni senang gak la nak dibela..mak aku yang cakap macam tu..coz aku jenis berdikari…masa umur setahun, aku nak dapat adik lagi..so, time tu aku dah mula berdikari dengan sendiri…buat hal sendiri sampai jatuh longkang kat luar rumah…keh3..tapi..tak de rezeki..anak kembar yang mak kandungkan meninggal dunia semasa dilahirkan ke dunia. So, aku kembali sebagai anak yang dimanjakan…

Lepas tu..aku tak manja dah..bila dah pandai buat hal sendiri..betul..memang tak manja..p sekolah agama umur 6 tahun..p sendiri..tak sekolah tadika pun..buat keputusan sendiri jer…darjah 1 pun p sekolah sendiri…orang lain, ade mak or ayah yang hantar…darjah 3, pindah duk kampong sebelah mak…coz opah yang dah tua..tinggal sorang2…time ni pun p sekolah sorang2..kiranya semua sorang2 la..Cuma mase aku masuk universiti jer..mak n bapak hantarkan..coz banyak barang nak bawa..time masuk u ni la..bermulanya sesi manja2 ni…hm…

Kalau balik bercuti..bangun lambat pun mak tak marah..coz..mak kate penat belajar..kat rumah bgn lewat ckit tak per la…(tapi kat u sebenarnya banyk je tdo..huhu) dulu kat rumah setiap hari cuti sekolah kena masak…coz mak n bapak pergi menoreh…tapi bila balik rumah, mak yang masak..walaupun balik dari menoreh..coz..anaknya nak makan masakan mak…rindu,hehe (tapi aku batu-bantu la)

Lepas arwah bapak meninggal..manja semakin menjadi-jadi plak…yer la..dulu mak manjakan bapak..so, anak dapat ckit jer..lepas bapak dah pergi..semua duk kerumun kat mak..sampai 2 orang adik kat bawah aku pun duk menyibuk sekali..time kami selalu kacau mak ialah bila dia nak berzikir antara solat Maghrib dan Isyak. Time tu memang semua duk kerumun mak atas katil..aku orang pertama yang mulakan, lepas tu datang yang tengah..lastly. datang yang bongsu..

Mulanya aku gangu mak dengan cium pipi dia…pas tu..main tengkuk dia..coz mak geli kat bhgn tengkuk..n then, mak senyum…aku pun cakap..mak, mak sayang ---- x? (nama panggilan kat rumah dirahsiakan)

Mak tak nak jawab…ala..mak sayang ---- x?..sayang..sayang…sayang…mak jawab…huhu..aku cium mak lagi…

Aku pun cakap kat adik yang bongsu..tgk, mak sayang kak yong..mak tak sayang ko..huhu…adik pun sedih n lari ke luar n nangis..hehe..jahatnyer kakak dia ni…pas tu mak cakap kuat2..”mesti la mak sayang…mak sayang semua anak mak..yang sulung mestila sayang..coz anak pertama..anak yang mula2 lahir..yang ke-2 pun sayang coz..satu2nya anak lelaki..mestilah sayang…n yang bongsu..mesti sayang..coz tak de dah anak yang lain lepas tu…pandainye mak bagi kesimpulan..buat kami semua rasa disayangi….

Sayang mak…semoga mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga mak diberi kesihatan yang baik, semoga mak sentiasa dalam lindungan Ilahi..kami semua sayang pada mak…n kami tahu..mak sayang pada kami semua anak2 mak..n anak2 tiri mak juga…mak tak pernah bahagikan kasih sayang antara kami..pengorbanan mak sangat tinggi sampai sekarang ni masih lagi membanting tulang untuk mencari rezeki untuk kehidupan…maaf.kerana anakmu ini tidak mampu memberikan kemewahan didunia ini…semoga segalanya terbalas di sana nanti…

Tuesday, November 24, 2009

mak..angkat telefon...


mak yang comel kat tengah tu...


Salam..lame tak menulis kat blog ni…hm…rindu rase..tapi kali ni bukan nak sambung cerita….tiba-tiba nak menulis perbualan telefon antara aku dan mak…huhu


Malam tadi aku telefon mak kerana terlampau bosan keseorangan di rumah dan rindu kat emak. Semalam aku pergi ke Kuala Sepetang bersama dengan Rubi dan Abg Nije. Escort En.Azrilnizam Omar coz dia ada talk masa tu..huhu..


Nak jadikan cerita, Rubi yang membawa kereta pada masa tu boleh masuk ke tol nak pergi ke Ipoh bukan nak pergi Pulau Pinang…so, kami terpaksa la exit Kuala Kangsar..tambah lagi 3 ringgit duit tol.


Aku pun ceritakan hal ni kat mak aku, mak aku pun cakap, nape tak lajak terus sampai ke rumah..boleh makan buah rambutan..hm..tak per la mak…raya haji nanti insyaAllah nantikan kepulangan anakmu ini…


Aku pun tanyerla kat emak..ramai ke orang ajak datang kenduri kahwin tahun ni..yer la..mak aku kan orang penting kat kampong..keh3..ramai sangat katanyer…ni pun baru je balik dari 2 buah kenduri, tapi kenduri seorang berkhatan n seorang lagi bertunang..


Dah cerita pasal bab kahwin ni, mak aku pun bergosip la ngan aku pasal satu cerita..ish3…ada la orang kampong aku yang bakal berkahwin..tapi berkahwin kerana telah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT..hingga menyebabkan dia mengandung..dan usia kandungan sudah mencecah 4 bulan. Astaghfirullah...semoga Allah menjauhkan kita dari perkara yang tidak baik ini dan mengampunkan dosa-dosa mereka yang ingin bertaubat…insyaAllah.


Sedih rase bila dengar cerita macam ni..coz jadi dengan orang yang kita kenal dan berkawan. Mak aku cakap pihak perempuan nak adakan juga majlis perkahwinan..yer la untuk anak ‘kesayangan’. Mak dengan ayah ni, walaupun anak dia dah menconteng arang pada muka, tapi masih lagi sayangkan anak. Masih lagi sanggup berpenat lelah untuk mengadakan majlis kenduri anak.


Hm….ape lagi ye..oooo..mak kate..susah skang ni bila tak de kereta..nak p klinik susah, nak p beli barang pun susah..nak p beli penyapu..tapi adik aku cakap mcm ne nak bawa penyapu dengan motor…tak pe mak..nanti biar anak mak ni buat penyapu lidi jer…hehe…


Aku ada cakap yang dah 4 hari aku tido sorang-sorang kat rumah..pas tu mak aku pun kate..banyak la istighfar…kalau dah sorang2 kat rumah…pas tu, mak kate, pergilah makan kalau bosan duk sorang-sorang..ade ke nak suruh makan..huhu…

Banyaknyer mak kate..huhu


Lastly nak akhiri perbualan…mak kate lagi…jaga diri baik-baik…pejam mata elok2..tidur elok2…hehe..rase manje plak bila mak ckp mcm tu…yer la dia tau anak dia ni tido sorang2…baik mak…sayang mak..Assalamualaikum.

Saturday, October 31, 2009

kerana aku seorang perempuan..part 4

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana telah memberikan aku keputusan yang cemerlang dua semester berturut-turut. Semester ini aku mendapat pointer 3. 52, meningkat 0.02 berbanding semester lepas. Aku sangat gembira dengan keputusan yang diperolehi. Tidak sia-sia aku berjaga malam dan menghabiskan masa menelaah buku pelajaran di perpustakaan. Jika membuat latihan, aku akan mengajak Amin, K-E, Najib dan Din untuk sama-sama menguji minda dan meningkatkan pemahaman kami terhadap subjek yang dipelajari.

Tahun ke-2 aku di universiti lebih mematangkan diri aku. Aku tidak lagi bergelar junior. Ditambah pula aku terpaksa melalui perkara baru dalam hidup. Aku terpaksa duduk sebilik dengan seorang senior tahun tiga jurusan Fizik Tulen. Bilik kesayangan aku semasa tahun pertama tidak dapat aku duduki kerana diberikan kepada junior yang baru masuk.

Kak Ros, itulah panggilan teman sebilikku, umurnya tua setahun dari aku. Kak Ros seorang yang amat menjaga agamanya. Memakai tudung labuh, kadang-kadang berjubah dan kadang-kadang berbaju kurung. Jarang dia memakai seluar kecuali jika beriadah. Itu pun memakai baju t-shirt labuh. Kadang-kadang rimas juga aku tengok cara pemakaina dia. Tapi ikut keselesaan la, selagi dia tak kacau aku, aku pun tak kacau dia.

Aku tahu, Kak Ros seorang yang sangat baik orangnya. Menjadi idaman lelaki-lelaki yang inginkan calon isteri solehah. Aku? Jauh paggang dari api, tak mungkin aku akan jadi penyejuk hati seorang lelaki. Huh!
SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYAKEHARUMAN MELATA
SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANGMALAM
BERJUANG UNTUK KEROSAKAN
TETAPI,SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA
SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU
AGAR IA TIDAKBERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA
SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN
SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN

Buat dirimu: Nadia



Pagi ini, sebuah sajak yang ditulis dengan tulisan verdana berada dalam raga motorku. Khas buat Nadia. Siapakah yang memanggil aku dengan nama Nadia. Selama ini, aku hanya memperkenalkan diriku dengan panggilan Nad, sesuai dengan penampilanku. Biarkan saja perkara ini berlalu, mungkin hanya seseorang yang ingin menjadikan aku sahabatnya.

Malam itu, aku mengambil kertas yang tertulis sebuah sajak. Ye, sajak yang menceritakan tentang sahabat dan ciri-ciri seorang sahabat. Aku sukakannya. Sifat seorang sahabat yang baik dan nampak Islamik. Tapi, siapakah pemilik sajak tersebut. Aku masih lagi mencari dan masih lagi menjadi tanda tanya dalam diri.Esoknya, selepas aku keluar dari makmal komputer Pusat Pengajian Pengurusan, aku menerima sehelai lagi kertas. Kali ini bukan sebuah sajak tapi hanya kata-kata ringkas.

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita.

Buatmu: Nadia

Siapakah dia orangnya. Kata-kata sinis yang dihantar padaku kali ini membuatkan aku betul-betul terasa hati. Kalau dia seorang yang ingin berkawan, terima aku seadanya. Jangan memperlekehkan aku. Aku tahu siapa aku dan apa yang aku lakukan. Satu pemberontakan kecil dalam diri. Baik sangat ke dia hingga menegur aku sebegini.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Buatmu: Nadia

Terasa sedap didengar kata-kata ini. Sejuk hatiku mendengarnya. Ya, seorang wanita itu sangat baik penciptaannya. Adakah aku seorang yang tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan? Atau aku hanya manusia biasa yang ingin mencuba? Perlukah aku menceritakan hal ini kepada Nina, Aju, atau Shanti? Tidak, belum masanya lagi.

Setelah seminggu aku menerima sekeping kertas bertulis, hatiku semakin resah. Siapakah gerangan yang memberikan aku kata-kata tersebut. Setiap hari. Aku jadi bingung, dan aku perlu tahu siapakah insan yang tidak jemu-jemu menghantar pesanan tersebut kepadaku. Aku perlu memasang jerat, supaya ‘dia’ terkena.

Keesokan harinya, seperti biasa aku akan ke kuliah makroekonomi di bangunan E48, tapi kali ini aku tidak terus masuk ke dalam dewan kuliah, aku duduk di tepi bangunan sambil memerhatikan kalau-kalau ada kelibat yang menghampiri motorku. Dua puluh minit berlalu dan aku semakin bosan menunggu, tiba-tiba seorang lelaki yang berbaju t-shirt berwarna merah dan berseluar slack meletakkan sekeping kertas dalam raga motorku. ‘snap’ dari jauh aku memfokuskan wajah lelaki tersebut di lensa kameraku. Akhirnya aku berjaya dan dia adalah seorang lelaki. Hm....

Wednesday, October 28, 2009

kerana aku seorang perempuan..part 3

Rindu pada universiti setelah tiga bulan bercuti. Sesampainya aku di sana, aku mengambil keputusan untuk meminjam buku-buku tambahan untuk sesi pembelajaran pada semester ini. Jika terlambat, buku-buku akan dipinjam oleh pelajar lain dan belum tentu aku dapat meminjamnya dalam masa yang dikehendaki. Lebih baik aku menelaah terlebih dahulu sambil membuat nota awal.

Walaupun aku bersendirian di Desasiswa Cahaya Gemilang aku bertuah kerana mempunyai sahabat baik. Nina, Shanti dan Aju, merekalah teman baikku di universiti. Walaupun mereka rakan sekuliah, tetapi, aku lebih rapat dengan Din, Najib, K-E dan Amin. Merekalah teman sekuliah ku yang sangat baik dan sentiasa menemani aku ke mana sahaja jika aku perlukan teman. Walaupun ramai mata-mata yang memandang kami dengan pandangan yang sinis, tapi aku tak peduli. Kerana aku tahu, kami lebih tahu siapa kami. Makan bersama, bersenam dan beriadah bersama juga yang paling seronok bila membuat tugasan dalam kumpulan, kami tetap berlima.

Pernah sekali Najib menegur aku kerana berkawan dengan lelaki dan perangai aku juga seperti lelaki.

“Nad, kenapa ko suka berkawan dengan kami yer? ko kan perempuan”?

“Sebab korang semua baik dengan aku”, jawabku.

“Tapi ko tak nampak ke orang lain tengok kita lain macam jer”, tambah Najib

“Betul tu, ko kan perempuan. Tiba- tiba aku teringin nak tengok kau pakai baju kurung la Nad, mesti nampak ayu”. pintas K-E.

“Biarla apa orang lain nak cakap, kalau korang semua tak nak kawan dengan aku sudah, kalau korang nak tengok aku pakai baju kurung baik korang tak payah kawan dengan aku”, dengan nada marah aku menjawab soalan mereka.

Amin menenangkan suasana dan akhirnya kami tetap menjadi kawan rapat sehingga hari ini.

Bukan aku tak tahu, tak manis aku berkawan dengan mereka. Tapi aku lebih selesa berkawan dengan lelaki dari perempuan-perempuan yang suka bergosip dan mengumpat tak tentu masa. Lagi aku tak suka bila terpaksa menunggu mereka untuk bersiap ke kuliah. Boleh buat hati panas. Nasibla aku tinggal seorang, kalau ada teman sebilik, mesti banyak masa aku dihabiskan dengan melayan cakap-cakap kosong, melihat dia dengan pakaiannya, make up dan cerita tentang lelaki idaman. Bosan.



Semester ini berlalu dengan begitu pantas. Setelah tamat peperikasaan akhir, aku mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung kerana cuti hanya sebulan. Aku bekerja di Tesco Extra Sungai Dua sebagai jurujual. Pendapatan yang aku terima akan aku hantar sedikit ke kampung untuk belanja bapak, mak dan adik-adik di kampung. Seronok bekerja di sini, kerana aku dapat pengalaman yang lebih mencabar dan mengetahui selok belok perniagaan yang lebih besar julatnya berbanding semasa aku bekerja di R&R dahulu.

Monday, October 26, 2009

kerana aku seorang perempuan..part 2

Selepas solat zohor, aku menelaah buku-buku pelajaran sambil minum milo panas. Terasa seperti mengantuk, dua tiga baris ayat yang aku baca nyata membuatkan pelupuk mataku berat. Tutup buku dan terus menghampiri katil.Zzzz…..

Waktu malam seusai solat maghrib dan isyak memang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran. Mata lebih cergas. Aku membuat nota pelajaran mikroekonomi. Mata pelajaran yang sangat aku minati. Telefon berbunyi…telefon..telefon berbunyi macam cerita wonderpets di TV9. Aku mencapai telefon dan menekan butang hijau. Suara emak yang memberi salam mendamaikan jiwa. Mak aku telefon. Katanya minggu ni hujan asyik turun dan pokok getah basah. Duit belanja pun kurang.

‘”kamu tau hari ni hujan lebat bebeno, sampai ke petang. Dah seminggu mak tak boleh noreh” adik kamu balik sekolah lenjun.” Kata mak.

Aku dibesarkan dengan hasil titik peluh bapak dan mak yang menorah getah. Aku bangga kerana walaupun rezeki tak seberapa, tapi makan kami sentiasa terjaga walaupun hanya makan nasi dengan lauk goreng ikan kembung. Sangat menyelerakan. Namun, di universiti, terutamanya di café, makanan aku lebih terjaga dan mungkin lebih sedap. Pilih saja ayam, ikan, sotong atau apa saja, semua ada.

Tiba-tiba aku teringat kata-kata Shanti sewaktu makan tengahari.

“Nad, kenapa ko tak simpan rambut panjang macam kami yer sambil memandang Nina, aku rasa kalau kau berambut panjang mesti cantik. Aku tengok rambut kau macam Syahrul course mate kita tu”, kata Shanti sambil tersenyum menampakkan barisan giginya.

Aku berambut panjang? Gila ke apa? Tak mungkin aku berambut panjang, dengan gaya aku yang ganas, santai dan tidak mementingkan kecantikan, mana mungkin boleh berambut panjang. Apatah lagi aku memang tidak suka berambut panjang dan aku memang kelihatan seperti lelaki. Oh, lelaki…


Biarkanlah..ini adalah jalan yang aku pilih. Aku memilih untuk merubah diriku. Apa yang aku fikirkan hanyalah menamatkan pelajaran dan mengejar cita-cita menjadi usahawan yang berjaya satu hari kelak. Bukan untuk orang lain, tapi untuk kelurgaku yang telah banyak berjasa pada diriku menjadikan aku seorang yang berilmu.

Setelah menduduki peperiksaan semester pertama, aku manfaatkan cuti selama 3 bulan untuk menambahkan pendapatan. Aku bekerja sebagai jurujual di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) kawasan Sg. Perak. 15 minit dari rumahku di Kampung Chandan. Walaupun penat melayan keletah pelanggan tapi aku gembira kerana dapat pengalaman yang sangat bermakna. Cita-citaku menjadi seorang usahawan akan bermula dari sini.

Setiap hari Rabu, aku akan menolong bapak dan mak mengutip getah. Kalu hujan turun sikitlah hasil jualannya, tapi jika hari panas, Alhamdulillah..rezeki kami bertambah. Getah-getah yang ada dalam pot aku tarik dan masukkan ke dalam tong sebelum dipindahkan ke dalam guni supaya mudah ditimbang. Selesai mengutip getah, aku akan membuat pemeriksaan mengejut ke seluruh badan. Pacat!!! Dua tiga ekor pacat di celah jari kaki dan seekor di bawah pelipat lutut. Pacat yang sudah kenyang diambil dan di toreh dengan pisau penoreh getah. Bila aku bersifat lebih penyayang, aku akan matikan pacat dengan meletakkan garam kasar dibadannya seterusnya darah akan keluar dari badan pacat tersebut. Kejamnya aku.

Hari ni aku bekerj adi R&R seperti biasa. Namun, seorang lelaki yang perasan hensem telah datang dan membuat pesanan air milo ais, dua. Mungkin untuk aweknya yang tergeik-gedik menunggu di meja sambil memintal-mintal rambutnya yang separas bahu. Jelek aku melihatnya. 2.40 sen harga milo ais. Lelaki itu meletakkan 2 ringgit di atas kaunter pembayaran. 40 sen halal ye, katanya. Mana boleh encik, ni bukan kedai saya nak mintak halal. Lelaki tersebut berlalu begitu sahaja. Aku yang dalam keadaan bengang secara spontan mengambil roti gardenia RM 0.60 dan membaling kearah lelaki itu. KECOH3. akhirnya aku berhenti kerja pada hari itu juga seminggu sebelum tamat kontrak.


Sebelum pulang ke kampus, mak sempat memesan supaya menjaga diri dan menjaga maruah diri dan keluarga. Aku terdiam dan aku faham maksudnya. Setiap kali aku keuar rumah itulah pesanannya. Aku rasakan aku masih lagi baik dan tidak melakukan perkara yang terlarang selain…..


Saturday, October 24, 2009

kerana aku seorang perempuan...part 1

kringgggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!
jam loceng yang berbunyi membuatkan tidur aku terganggu. dengan malas aku mengambil tuala yang berada di atas lantai selepas mandi malam tadi. penatnya bila terpaksa ke dewan kuliah waktu- waktu pagi begini. rutin sebagai seorang pelajar.
aku hanya mengenakan seluar jeans lusuh bewarna biru dan kemeja t besar seperti baju abang aku. sebenarnya memang abang aku yang bagi kerana saiznya lebih kecil dari saiz badannya.
rambut separas bahu aku sisir ke belakang dan aku mencapai beg sandang belakang bewarna hitam yang penuh dengan khazanah yang diperlukan. sebelum pergi aku sempat mencapai handset yang sudah penuh bar baterinya tanda di cas malam tadi.
tepat jam 9 pagi aku berada di dalam dewan kuliah. pensyarah masih lagi terkial-kial membetulkan lcd sambil membetulkan microphone yang tersepit di kolar baju.
aku melihat-melihat sekeliling dewan kuliah. pintu utama dewan dimasuki ramai pelajar-pelajar yang mengambil jurusan pengurusan. ade yang memakai baju kurung, ade yang hanya memakai skirt, dan yang paling aku nak tergelak, ada juga yang memakai baju songket bunga tabur dengan kasut tumit tinggi dan make-up yang tebal seperti raja sehari nak bersanding di atas pelamin..arggh...mahu ke kuliah ke? monolog ku dalam hati.
tamat saja kelas aku bergegas pula ke perpustakaan menelaah subjek yang telah diajar, subjek pengantar pengurusan dan mencari maklumat tambahan.inilah rutin ku selepas sesi pembelajaran. hari-hari aku di universiti lebih tertumpu pada pelajaran walaupun aku nyata seorang yang malas untuk melakukan hal-hal lain.
tengah hari ni, aku makan nasi bersama ayam goreng di cafe Gemilang. ayam goreng yang rangup dan memang kesukaanku. aku terserempak dengan rakan sekuliah merangkap kawan baikku. Aku pun pelawa mereka makan bersama. nina, aju dan shanti. nina seorang gadis yang sangat mementingkan kecantikan diri. rambutnya lurus di rebonding, bulu matanya dilentikkan dan bajunya saiz S walaupun aku rasa dia sesuai dengan saiz L. aju pulak bertudung dan lebih lembut orangnya. cuma kadang-kadang lembutnya bertukar garang.orangnya nampak manis..shanti seorang gadis india dari ipoh, perak. suka bercakap.
habis makan aku masuk ke bilik dan mula membuka komputer riba kesayangan.ACER..hari ni aku menonton cerita kegemaran..NARUTO. NARUTO SHIPUDEN yang telah meningkat remaja. bagaimana seorang lelaki yang mempunyai kuasa dan mempunyai sifat setiakawan yang sangat tinggi. lelaki...............

Friday, October 9, 2009

mai jawAb TekaTEki

salam..kepada kengkawan yang terbaca or terlintas kat blog aku ni,...just nak pecahkan otak kita yang dah lame beku ni...huhu

mai la berkongsi jawapan kat cni....jawab teka-teki yang diberi...huhu...

  1. seekor buaya dalam sungai nak makan seekor lembu..tapi bila dia nak gigit kaki lembu tu..dia tak nampak dia punya kaki..kat mane kaki lembu tu ek????
  2. shah rukh khan jalan-jalan kat tepi pantai...bila dia toleh ke belakang..dia tak nampak pun bekas tapak kaki dia...ke mana ye tapak kaki dia??

Tuesday, October 6, 2009

bau...tahan jer la...


argh...

bengang dengan hari2 yang ada ni..bukan tak bersyukur dgn hari yg diberi...cume tak tahan..em..busuknyer...


mulenyer malas nak hantar kat blog ni..tapi disebabkan tak boleh nak diluahkan secara direct pada tuan punyer badan..aku pun tulis kat blog ni..walaupun aku tau, yg org tu mungkin tak dapat membacanya...wahhhhhh


mest korang tertanya2 ape yg aku nak cerita ni..aku nak cerita pasal bau badan..keh3..geli plak kalu nak cerita..tp nak cerita gak..tak kire..aku pun tak tau la knape dia tak rase ke bau badan dia tu...aku yg hari2 yg menghidu bau ni pun nak loya n pening dah...ish3..macam dalam cerita impian ilyana..keh3...


kan ke menjaga kebersihan tu satu cara hidup islam...memgla ada org yg ditakdirkan bau badan dia tu kuat..tp ada cara nak hilangkan bau badan ni...kalu bukan dengan cara produk kecantikan or kesihatan..gune la bahan alami yang lebih murah dan baik.memang tak memudaratkan dengan izin Allah...


meh aku bagi pe'tua' nak bg hilang bau badan w,pun aku ni muda...perasan...


korang boleh gunakan tawas...kalu korang tak knal tawas ni ape..kat kedai runcit or kedai2 mini market mest ada jual...selalunyer tawas ni digunakan untuk menjernihkan air terutamanya air telaga...tp ada lahi yg korg bleh buat...lepas korang mandi...ambil batu tu n basahkan ckit ngn air n sapu pada ketiak..pas tu tak perlu pakai deodorant..insyaAllah...walaupun tak de bau harum..tp ketiak korang rasa selesa n tak de bau dah....
yang kat atas tu la rupe tawas kalu korang nak tau..kat tmpt jual jamu or kedai ubat pun ada jual air tawas ni....


tak perlu la korang sume nak pakai deodorant yang mahal2 kat ketiak korang tu..n tak perlu gak nak angkat2 ketiak kalu ketiak tu tak sama warna ngan kulit muka...pakai je baju yg tutup ketiak..mest tak malu nak tahan teksi...
ok dah...bukan nak mengata sape2...kalu tetibe aku pun ade bau badan..tegurlah yer...argh..nak muntah...

Wednesday, September 30, 2009

menerima kenyataan

dengan terpaksa aku perlu menerima kenyataan bahawa batu putih (bukan pulau batu putih) tiada lagi dalam genggamanku..tepat jam 11.15 pagi 30 september 2009, batu putih hilang...
aku takut nak bgtau..tapi terpaksa juga bgtau..
bukan ape batu putih tu bawa makna yang tersirat dan tersurat untuk diri aku...ganas betul ke aku sampai batu tu boleh hilang dari pandangan..kalau la org lain tau yang aku dah hilangkan batu tu...masak la aku..terpaksa berhadapan sambil mendengar leteran dan juga hingar-bingar suara2 terpendam mereka...kwa3...
aku dah jangka dah..tempat batu putih tu menetap macam tak sesuai jer..bahaya je kedudukan dia..last2 hari ni gak terjadi...baru je selepas sepuluh hari batu putih tu berada dalam gengaman aku....dah hilang...
gelabah jangan nak ckp la....gelabah..tapi gelak...hahaha
pas tu tepon bgtau yang batu putih dah hilang..ape lagi..air mata jatuh...bukan ape..takut kna marah...huhu..tapi alhamdulillah...tak de kna marah..hehe...
tapi sayang...aku tak dapat jumper batu putih dah...lepas ni kna cri kedudukan yang strategik untuk letak barang yang berharga...ish..cuai ke aku ni?
mest korang tak faham ape yang aku tulis...ada aku kisah???kah3...biarla korang tak faham..janji aku faham..huhu...
selamat tinggal batu putih..semoga kau bersemadi dengan aman dimana saja ko berada yer...;-)
senyum2 waahid...jgn sedih..dunia je tu..wahan bah...kate senior aku...
wokeh...salam

Friday, September 11, 2009

berdosanya aku....


perasaan yang menghantui diri

terasa seperti kemelut dimuara kasih

tak pernah berkesudahan

sehingga terbit dan tenggelamnya sang mentari


bisakah hati ini

dirantai dan digelangi rindu

yang mencengkam setiap perasaan

tersisip rapi dalam kalbu


bukan hitungan wang yang menjadi ukuran

bukan untaian emas yang menjadi sandaran

bukan juraian belian menjadi tatapan

bukan juga lima bintang yang menjadi santapan


segenap lubuk hati diterokai

mencari mungkin ada sisa terakhir

untuk menggapai kembali

layang-layang yang terputus talinya


biar meronta

biar menggila

biar kecewa

biar..biar..dan biar...


akan ku kupas mencari isi

akan ku robek mencari hati

akan ku genggam segala puji

akan ku kota segala janji

akan ku pergi mencari yang hakiki

Thursday, September 3, 2009

uzlah tazkiyyah

29.08.09 hingga 31.08.09..selama 3 hari uzlah tazkiyyah berjalan. alhamdulillah..semua yang diatur dapat dilaksanakan walaupun beberapa ujian hadir tanda kasih Allah pada hambaNya.
29.08.09
hari pertama kami disini, kami berkemas-kemas dan menyusun atur tempat kuliah dan pengisian yang akan diisi oleh penseramah yang hebat2 belaka. fakih dalam ilmu mereka yang tersendiri..insyaAllah..pada hari ini, kami melihat wajah-wajah baru yang hadir semasa uzlah tazkiyyah ini. mengasingkan diri dan menyucikan diri untuk mencari izzah terutamanya dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan baraqah. kami memulakan uzlah dengan bertaaruf dan mengenali serba sedikit latar belakang sahabat2 yang hadir pada program tersebut. ternyata, mereka terdiri dari pelbagai institusi, pusat pengajian dan organisasi di Malaysia. Alhamdulillah, penyertaan yang amat baik.
30.08.09
hari ke-2 kami disini, bersahur denga nasi goreng untuk memulakan hari yang bakal dilalui dengan menimba banyak pengisian dan pengalaman baru. pengisian dimulakan oleh Dr Roslan. kata Dr Roslan, bagaimana kemurniaan (izzah) yang perlu ada dalam diri untuk membentuk diri menjadi seorang yang secara keseluruhannya mengamalkan cara hidup islam, bukan sahaja dibulan puasa, malah setiap saat, minit dan jam yang kita lalui dalam kehidupan seharian. seterusnya, Ust Hafiz Nordin meyedarkan kami tentang peri pentingnya hubungan sesama manusia dan keperluan untuk terlibat dalam menyebarkan dakwah Islam. sempat Dr. Hafiz melayangkan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada kami tatkala selesai memberikan pengisian

Bismillah: Apa ada pada nama, Asmaa'uLLAH tidak dipelihara..apa ada pada kedudukan kalau bukan islam menjadi sumbernya..apa ada pada kuasa kalau hukum Allah tidak terlaksana..apa erti kejayaan kalau islam tiada kedudukan.. mana ada Izzah kalau disitu islam tiada..mana ada wibawa kalau si fakir berani mencabar..mana mungkin ALLAH redho kalau redho manusia yang didamba..mana boleh cinta Allah kalau cinta dunia fana di dalam dada..hati ini perlu dirawat..hati ini mesti disuci..hati dengan kotoran dunia tidak mungkin dikembarkan cinta Agung Rabbani..ya Allah..!
abg nizam mengambil tempat meggantikan Ustaz Hafiz....cabaran umat islam menghadapi makhraja...apakah cabaran -cabaran tersebut..nah! lihat sahaja di mana-mana persengketaan berlaku antara dua pasang mata..bukan sahaja di dada akhbar, qoran dan sebagainya, malah sudah terang lagi bersuluh di media elektronik seperti televisyen, radio...tak kurang juga di gajet2 yang serba canggih zaman ini..telefon bimbit, internet, dll. namun, cabaran ini bukan sahaja secara fizikal, malah mental insan yang bergelar dai'.
sepetang bersama Ustazah Mardiah..terasa seperti mendengar nasihat dari seorang ibu..terasa juga seperti diri terbuai dengan setiap tutur kata yang lembut memanah hati setiap perajurit Islam..teringat satu bingkisan cerita darinya.....bagaimana kisah nabi Ibrahim yang disuruh untuk menyembelih dan mencincang anggota 4 jenis burung..burung gagak, ayam jantan, burung merak dan burung merpati. setelah dicincang...anggota-angg0ta td bercerai dan dihantar ke empat buah gunung,..setelah 4 buah gunung didaki..semua anggota yang bercerai kembali bercantum mencari empunya diri..apa yang tersirat dari cerita ini?????burung gagak menggambarkan tidak pedulinya kepada halal dan haram, ayam jantan menggambarkan sifat riak dan takbur..burung merak menggambarkan sifat ujub dalam diri..dan burung merpati menggambarkan ketidaksetiaan..oleh yang demikian, kita perlu "menyembelih" semua perkara ini dalam diri kita untuk melahirkan diri kita yang mempunya sifat izzah...insyaAllah.
Ustaz Kamarudin Kassim mengambil tempat untuk menceritakan permasalahan umat pada hari ini..bagaimana kita selaku pendakwah menyebarkan dakwah dan mengamalkan amar makruf nahi mungkar..bagaimana komunikasi secara hemoi dan seterusnya berdepan dalam realiti sebenar...
malamnya, kami bertemu dengan anak-anak muda yang berjiwa kemerdekaan. menyambut kemerdekaan untuk sama-sama mengingati tarikh keramat 31 ogos 1957..namun, apakah jiwa-jiwa ini faham dengan kemerdekaan? lihat sahaja dada akhbar...anda pasti ketahui fakta ini...Utara: Sambut merdeka dalam lokap...http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20090901085408/Article/
31.08.09
abg syamsul memberikan kejutan emosi dengan tajuk ukhwah dan permasalahannya...bagaimana tautan hati yang berlandaskan redho Allah dan ikatan yang suci mempunyai masalah?siapa yang bermasalah dan siapa yang ditimpa masalah? aku yang bermasalah....cuba tanya diri anda,....sesi penutup telah disempurnakan oleh Dr Fadlullah...memberikan nasihat-nasihat dan tunjuk ajar bagaikan seorang datuk menasihati cucunya...satu muhasabah yang baik untuk generasi kini...

Saturday, August 29, 2009

MakhLuk Tuhan paling Terang..

matahari:

dah beberapa hari aku tak keluar. bosan betul aku. manusia dan seisi alam semua tak nampak aku pun. mesti mereka rindu... gelaplah alam macam ni...hmmmm...mest pokok-pokok dah kehausan dengan cahaya aku..susahla mereka nak buat makanan macam ni.

hujan:

wah...kita turun lagi la..setiap hari kita turun ke bumi..mesti tanaman semua akan subur..seronoknya tumbuh-tumbuhan dan manusia. berpuasa tak la penat sangat. kalau panas mesti cepat penat dan tekak pun kering..


matahari

pagi ni aku meguakkan awan..yah..yah..yah...aku tetap nak tunjukkan diri pagi ni..tp tak sampai sejam..awan menutup aku semula..ape ni...aku baru je nak keluar tau..cukup-cukuplah hujan..


hujan:


hm...dah banyak hari kita turun ni..tapi awan masih lagi berat..dah banyak tempat kita jelajah ni...perak, kelantan, pulau pinang, kedah..semua dah basah ni..silap-silap boleh banjir dibuatnya..huhu...



matahari:


alamak!!!apa aku nak buat ni...risaunya aku kalau banjir...bila aku nak buat proses penyejatan semula ni..ish3..kesian plak aku tengok mak cik tu..kain baju dia basah...tak sempat nak kering..anak-anak plak kecil2 lagi..hujan turun lagi...hujan..cukup-cukuplah...turn aku plak lepas ni...


hujan:

mak cik....jangan angkat kain tinggi-tinggi..walaupun banjir, aurat kena jaga tu..huhu..alahai...kesian juga melihat pak cik ni..tak dapat turun ke laut..macam musim tengkujuh plak..apa la anak isteri dia nak makan kalau dia tak mencari nafkah.

matahari:

jangan risau semua isi alam ini adalah lumrah alam dan inilah aturan Allah. sekejap hujan dan sekejap panas. tu blm lagi dicuba dengan ujian yang lain seperti salji seperti di negara-negara lain. kalau terlampau panas nanti kemarau plak..



hujan:


betul tu matahari, ini lah lumrah alam..dan hasil tangan-tangan manusia yang merosakkan alam ini. ate, macam-macam lah jadi dan kadang-kadang tidak mengikut fitrah alam semulajadi..kan dah banjir...
adakah ini monolog matahari dan hujan? atau ini monolog dalam diri kita sendiri???fikir-fikirkanlah wahai sahabat...

Monday, August 24, 2009

NafSu Semakin Membuak-Buak



bulan puasa ni adalah bulan untuk kita meningkatkan amalan dan ibadah kita semua. hal ini kerana, Ramadhan merupakan bulan dimana Allah melipatgandakan ganjaran bagi umatnya.

namun kita diuji dengan pelbagai dugaan. walaupun bulan ni Allah mengikat syaitan-syaitan, tapi perlu diingat nafsu diri sendiri pun kita perlu ikat tau.


NAFSU

nafsu makan

pada masa ni la nafsu makan kita paling tinggi sekali. walaupun menahan diri daripada makan dan minum tetapi awal2 pagi kita dah fikir juadah apa untuk berbuka. bukan tu jer..kita dah pilih dah ape yang kita nak makan dan juadah yang mungkin ada dalam fikiran kita ialah ayam percik terpercik, satay ayam berempah, murtabak mamak, gulai kari kepala ikan, uish...bnyk la makanan, kalu tulis memg sampai buka puasa tak bleh nak post entry ni...huhu...sampaikan gulai keladi masak asam yang senang sangat nak buat tu pun laku kat bazar ramadhan...nampak sangat kita ni terliur nak makan benda-benda tu semua disebabkan nafsu kita ni...

nafsu tidor

apa yang korang boleh buat time boring2 semasa bulan puasa? tidor la jawabnyer..huhu...yer la...nak makan tak bleh...so, korang semua tidurkan diri..exercise di atas katil, sambil menunggu waktu berbuka puasa...bukan tak bleh nak tdo..tapi apa salahnyer bulan yang baik ni kita semua buat tadarus al-quran, tak pun membaca buku-buku ilmiah yang bagus untuk memberi kecerdasan pada minda kita. paling tidak pun...sambil baring-baring kita berzikir memuji Allah...tapi kalu dah terlelap gak...em...jgn lama-lama plak..huhu


nafsu menonton tv

nafsu yang ni paling membawa kepada waktu berbuka sebenarnyer...maksudnyer..time2 dah tak larat n tdo pun tak membantu, kita akan buka tv dan mengadap tv sampai la waktu berbuka tiba.huhu...time mcm ni, bnyk gak rancangan yang ditayangkan..seperti rancangan masakan, dokumentari dan tak kurang juga drama-drama RAmadhaN yang memberi keinsafan dan kadang2 ada kehancuran..keh3..


nafsu menghabiskan duit

time ni la kita rasa kita ni kaya sangat..walaupun memang tak berduit...huhu. semua yang ada sale rase nak beli walaupun tak penting. baju raya 3-4 pasang, tudung, kasut, kuih raya berjenis-jenis...ish3 macam2 la...tak kurang jugak yang membeli langsir baru, tutup meja bru, kain sofa baru,kirenyer serba serbi baru la...sepatutnya time2 mcm ni la kita mengajar diri kita bersifat sabar dan bersyukur dengan apa yang ada. bukan tak bleh nak beli..tp biarla berpada-pada. beli apa yang perlu sahaja. betul tak kawan2?

rase-rasenyer ni lah nafsu yang paling tinggi di bulan puasa ni..huhu..bg diri aku sendiri la...tapi tahun ni bnyk berkurang..coz..duit gaji pun tak dapat lagi...tv kat rumah pun mcm hidup segan mati tak mau...nak tdo pun asik ade meting jer...huhu...

ape2 pun..tepuk dada tanya iman..bulan Ramadhan ni rugi la kalau kita ambil peluang ni meningkatkan amal ibadah..coz belum tentu kita akan berjumpa dengan Ramadhan tahun akan datang..fikir2kanlah...selamat beramal...

Friday, August 21, 2009

LagU BuaT Si CoMel...


ok. (^_^)
one two three...
hmm..hmm..hmmm...
tdola...wahai sayangku...
lelapkanlah matamu...
dikala malam yang indah...
pejamkanlah matamu kasihku...
mimpi indah menantimu...
tdola wahai sayangku...
lelapkanlah matamu...
seiring dengan titisan embun..
yang membeku..
moga lenamu..
dalam rahmat ilahi...:-)
i love u sayang....
sure dia tdo..boleh nyanyi dalam alunan yg korang cipta sendiri...huhu...


Friday, August 14, 2009

fotoGeniK ke foto GediK??

gambar teruja...

gambar merenung masa depan..huhu

hehe...gambar kabur...



saja nak letak dalam blog pasal hal ni...harap takde la yang terasa or dah pun merasa mkn hati yer..saja nak bagi pemikiran bercambah...


fotogenik ni memg comella beraksi dihadapan kamera..buat la mcm ne pun, dengan izin Allah..cantik jer di pandang ni. fotogenik ni sesuai untuk orangla takkan pemandangan pun fotogenik kot..huhu
gambar cover menangis..huhu


bukan aper terfikir plak time2 konvo serata universiti ni ramaila yang memegang kemera SAMSUNG, KODAK, BENQ dan mcm2 lagi la jenis kamera untuk simpan gambar kenangan di hari konvokesyen.



posing maut ada, posing ajal ada, posing bernyawa ada, posing hidup memang tak de la coz sume gambar jadi statik..keh3..merepek2...


tapi pada mereka yang nak tangkap gambar tu memg bleh..coz bukan selalu nak dapat jd siswazah ni..bertahun kena tunggu..



gambar hampir2 gedik...keh3


tapi yang penting tangkap gambar nant biar comel2 n be yourself yer..biar tak fotogenik tapi jangan sampai jadi fotogedik...kui..kui..kui..ingatan untuk diri sendiri yang bakal konvo ptg nie.. (15 Ogos 2009) jam 3 petang..insyaAllah...


oklah...


kta tgk nant yer gambar2 yang akan di upload..fotogenik ke fotogedik...keh3...huhu..ada lagi lpas ni...nant kita tgk gambar yg lain pula...huhu

Tuesday, August 11, 2009

ASAK..berasak-asak...

alhamdulillah..dah habis dah program latihan Aktivis Alam Sekitar (ASAK) yang dianjurkan oleh Sahabat Alam Malaysia pada 7-9 Ogos 2009 di Singkir Genting, Yan Kedah.

tak de la berasak-asak walaupun namenyer asak huhu...semua dalam keadaan selesa...

banyak pengalaman baru yang diperolehi dari program ini..kalu nak cerita pasal isu dan kes yang difokuskan tak perlulah kerana laporan kak fatin mesti dah tertulis..cuma kami kesini seramai lebih kurang 20 orang untuk memahami penderitaan masyarakat kampung tentang Kuari Jerai di Gunung jerai.

pengalaman di sini memang seronok. Alhamdulillah, kami duduk di rumah Mak chu Pah yang baik hati dan sangat peramah. walaupun dalam keadaan sakit selepas kemalangan kecil tapi masih lagi tersenyum melayan kami.

di sini, kami dikumpulkan dan bertemu dengan individu daripada pelbagai organisasi. antaranya dari Selatan Thai, Institut Pengajian Tengku Bainun (IPTB), USM (CARE), API.

tertarik aku melihat telatah geng2 Selatan Thai yang sama-sama merealisasikan program ni..walaupun kadang2 bahasa yang kami gunakan tidak difahami oleh mereka, tapi mereka sangat suka belajar dan cepat juga belajar. mereka terdiri dari Habsah yang periang, Khadijah yang pemalu, Darani yang diam-diam ubi, Huda yang yakin orangnya, Sufian yang penuh semangat juang, Cik Lah memg unik orangnya...huhu..Abdullah yang malu-malu gak...ala terlupa nama seorang lagi...tapi dia ni cpat belajar.. maaf lupe nama...

lucu tengok keletah mereka ni. walaupun aku kadang2 tak faham dengan loghat kelantan yang mereka cakapkan tapi kalu depa gelak..aku pun gelak gak..huu..bagi sokongan.

ada gak dari IPTB bakal cikgu-cikgu yang akan mendidik anak-anak kita semua insyaallah...

kat cni kami berjalan melihat keindahan alam kat Batu Hampar, cantik tempatnya. SUBHANALLAH...ciptaan Allah memang Perfect...walaupun agak penat kat cni..tp dengan keindahan alam yang cantik...hilang semua kepenatan.

kat cni...barulah aku tau perangai sebenar abg syamsul..huhu...pandai bt lawak antarabangsa..hehe...

luper plak nak bgtau pasal persembahan yang kami lakukan pada malam tu...ada yang bt ekspresi, dialog, demo, sidang media dan gimik...

komen2....

  1. ekspresi iaitu sajak yang dilakukan bagus..cuma penyampaiannya masih lagi kurang semangat
  2. dialog masih lagi banyak yang perlu diperbaiki kerana bahagian-bahagian teknikal dan cara berkomunikasi yang masih perlu dipelajari
  3. demo memg ramai yang follow coz semangat demo tu ada..cume ketua demo ni ustaz hafiz nordin n abg nizam kate mcm nak rap..cume muzik jer tak de lagi...tp insyaAllah lps ni blh jadi ketua demo..
  4. sidang media pun mcm dialog gak..bnyk yg perlu di perbaiki..
  5. gimik...tak tau nak bt ape..tp akhirnya dapat juga mencari idea disaat akhir..idea sape ntah, lukisan darani n penyampai oleh Abdullah...satu team lah ni...huhu..

ok setakat ni jer...pengalaman yang diperolehi ni perlu ditambahkan lagi untuk tambah keyakinan diri dan semestinya ilmu di dada..insyaAllah...








Friday, August 7, 2009

Berjuang dengan umur yang di beri..



tak sangka hari ni adalah hari jadi ku yang ke-....Alhamdulillah, Allah panjangkan nyawaku untuk menambahkan lagi amal dan pahala dan berusaha untuk menghapuskan dosa-dosaku. InsyaAllah...




ape pun..umur yang semakin pendek ni mendekatkan kita dengan kematian jika usia adalah pemutus antara kita dan dunia..namun ajal itu Allah yang tentukan dan tidak mustahil bayi yang baru sahaja lahir ke dunia telah pun menutup mata selama-lamanya. dan tak mustahil juga jika seorang yang sihat tubuh badan pergi dengan tiba-tiba dengan kuasaNya yang esa..tak mampu siapa pun untuk menghalangnya.




dalam proses ini..kematangan diri semakin terasa dengan segala tindak tanduk dan perilaku yang semakin hari semakin mencabar dan semakin hari semakin membentuk diri untuk menjadi seorang yang lebih dewasa dan mampu berfikir untuk diri sendiri dan orang lain.




mungkin ramai yang akan berkata kita semakin dimamah usia dan semakin tua. tapi ingatlah bahaawa tua itu hanya pada umur dan raut wajah juga fizikal yang berubah, tapi jiwa kita masih lagi boleh merasa muda dan jadi muda untuk meneruskan perjuangan menyebarkan dakwah selagi kita mampu melawan usia tua kita.




TIADA YANG MUSTAHIL






  1. umur 75 tahun masih lagi mengayuh basikal setiap hari sejauh 16 kilometer untuk membeli sayur dan ikan di pasar


  2. umur 65 tahun masih lagi mendaki bukit dan meredah hutan belantara untuk menebarkan dakwah


  3. umur 55 tahun masih lagi gagah untuk bekerja walaupun hari nak pencen semakin hampir di depan mata


  4. umur 45 tahun masih lagi menghayun buaian untuk si anak kecil yang baru di lahirkan demin menyambung zuriat dan meramaikan umat-umat islam


semoga hari ini memberi aku kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang mendatang...selamat hari lahir kepada diri sendiri..huhu..semoga diri ini akan bertambah ceria selalu melalui detik yang mendatang..insyaAllah...





Thursday, July 23, 2009

Sepanjang perjalanan

pejam celik, pejam celik...dah tiga bulan aku menjalani latihan praktikal kat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) ni..dan dah 3 bulan juga aku menimba pengalaman baru untuk hidupku yang dah 23 tahun melihat dunia ni. selama 60 hari juga aku menerima pesanan SMS mengucapkan selamat menjalani latihan praktikal untuk memberi semangat kepada diri ini setiap hari untuk pergi ke MPKK. terima kasih yer...
walaupun pelbagi dugaan yang terpaksa dihadapi tapi itulah pengalaman dan cabaran yang mematangkan diri. Alhamdulillah, dapat juga aku menghabiskannya dengan senyuman dan tangisan gembira. InsyaAllah..
setiap hari pergi bekerja aku akan menaiki motorsikal abangku..terima kasih yer kerana sudi tumpangkan dan menukar kerja syif anda kepada normal yer abang..huhu..walaupun bawa motor macam orang dah terlambat tp alhamdulilah..selamat juga sampai.. harapa petang ni dan esok pun macam tu..
dalam perjalanan setiap pagi, aku akan melihat panorama yang sama dan sedikit berbeza. aku akan terjumpa seorang lelaki tua yang menaiki basikal ke Bandar Kuala Kangsar sejauh 8 km setiap pagi untuk ke market membeli ikan dan sayur. Bersemangat sungguh walaupun usia sudah menjangkau 70 tahun.
selepas itu, juga seorang lelaki tua tapi berbangsa Cina yang setiap pagi berlari mengelilingi padang bola keranjang untuk berjogging. 3 bulan aku menjalani latihan praktikal mungkin 5 kali jer aku bersenam.
Aku berjumpa pula dengan seorang lelaki yang setiap hari sabar menunggu bas untuk ke tempat kerja. sambil berdiri dia akan tersenyum kepada kenderaan yang lalu lalang. mulanya aku ingatkan dia gila..tapi rupanya tidak.maafkan aku.
Tiga peristiwa di atas adalah peristiwa yang setiap hari aku lalui. Akan aku ingati peristiwa ini sebagai kenangan manis untuk ke tempat kerja.
Aku sangat bertuah kerana aku dapat merasai bangunan baru MPKK yang baru sahaja dirasmikan dua bulan yang lalu. Aku dan staf2 yang lain juga bertungkus-lumus untuk menyiapkan majlis perasmiannya. tiga bulan disini mengajar aku bahawa tidak semua orang boleh bekerja dalam satu pasukan. Walaupun berkawan rapat, tetap ada perselisihan faham. itu perkara biasa.
pekerja2 di sini majoriti melayu dan sangat peramah. walaupun ada juga yang tak peramah tapi asalkan mereka boleh tersenyum itu dah kira baikla..kat sini aku dapat kawan rapat ada kakak, adik dan abang pak cik...kak wa adalah teman rapat ku...mungkin kerana nama pun dekat2 sama. kat cni, mereka panggil aku wawa..huhu..walaupun panggilan yang nampak mcm manja dan keanak-anakan tapi aku senang dengan panggilan tersebut.
Selama aku di sini, aku dilayan dengan baik, dan mereka tak pernah pun marah aku. tapi tiba minggu terakhir, aku sedikit terasa dengan dua insiden yang berlaku..kesalahan yang tidak disengajakan..tapi mengajar aku untuk lebih berhati-hati selepas ini.
aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pekerja2 MPKK yang selalu membantu dan memberi tunjuk ajar..dan juga radio sinar fm yang membantu menghilangkan kebosanan ku semasa ketiadaan kerja untuk dilakukan..huhu.
semoga ukhwah yang terbina akan kekal hingga selamanya. buat staf2 pentadbiran, EN.Othman bin Mat Sani, kak saibah, kak aripah, kak ina, kak shima. en. murad, abg halil dan en. arif...terima kasih atas segala tunjuk ajar dan tidak lupa juga pada staf jabatan-jabatan lain di MPKK. minta maaf jika terdapat sebarang kesalahan yang telah dilakukan sengaja ataupun tidak sengaja.
sekian...semoga bertemu lagi..

Monday, June 29, 2009

SelaMAt HAri LAhir


ada yang sebut selamat hari jadi...

bila tiba hari lahir...tepat jam 12.00 tengah malam berpusu-pusu inbox di handset masuk SMS. nak ucap selamat hari lahir pada tuan empunya badan.

happy birthday!! semoga panjang umur, murah rezeki dan dipercepatkan jodoh..huhu

Selamat hari lahir..hope tahun ni tahun yang terbaik buat ko...nak hadiah tak?huhu..

buat yang tersayang..selamat hari lahir kuucapkan, semoga dikau panjang umur dan kita akan bersatu selamanya...salam sayang dari yang mencintaimu...kwa3...

hm... ayat2 yang selalu kita dapat bila tiba hari lahir kita..betul x?

ada juga yang menyambutnya dengan mengadakan parti atau keramaian untk menyambut hari lahir...dengan sebiji kek yang tertulis "SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 23", belon-belon yang dipasang dan diletakkan di tiang2. tak kurang juga yang meraikannya di Pizza Hut atau di KFC...

bagus la..ada kawan2, sahabat dan adik beradik yang ingt hari bersejarah kita...tapi mungkin kita lupa hari bersejarah kita ni bermula dari kudrat ibu kita..mungkin kita tak lahir ke dunia ni...berjerih perih mak kita nak melahirkan untuk detik-detik bersejarah tersebut..tanggal 7.8.1986 lahirlah seorang bayi ke dunia tepat jam 9.12 pm...contohnya....

bukan saat melahirkan saja..malah saat 9 bulan 10 hari mak kita mengandungkan kita..membawa kita kemana sahaja...hidup kita di dalam rahim mak kita..lama masa yang diambil untuk kita menatap dunia ini...

hm....oleh itu, apa kata kita ubah sedikit pemikiran dan mungkin sistem budaya yang telah lama tersemat di hati kita ni,.dengan mengucapkan selamat hari lahir pada mak-mak kita semua bila tiba hari lahir kita..ye la...mak kita yang melahirkan kita..tapi kita tak ucapkan apa-apa pun..apa salahnya mengucapkan terima kasih kepada mak kerana melahirkan kita ke dunia ni...betul tak? kalu ada rezeki berikanlah hadiah kepada mak kita....tak habis duit kalau kita beri hadiah untuk mak.

tapi.......kalu ada sahabat yang beri kita hadiah...itu dah dikira rezeki dan satu yang baik untuk diterima..menggembirakan orang disekeliling kita kan bagus tu...

aku pun belum buat macam ni lagi...tapi tiba-tiba terfikir dan nak kongsi dengan semua pembaca yang sudi baca blog ni...insyaAllah..















Wednesday, June 10, 2009

PITAm

Hari Jumaat yang agak membosankan bila tiada kerja untuk dilakukan selain mengemaskini data-data yang berlambak-lambak sehingga terasa mata berpinar akibat terlalu lama memandang skrin computer yang tak nampak pun ape yang menariknya.

Dalam kepayahan meneruskan hari-hari sebagai pelajar praktikal, aku mengisi masa lapang dengan menulis dan menyiapkan laporan yang masih tergendala dan belum disiapkan. Buntu memikirkan apa yang perlu di tulis atau lebih tepat perlu digoreng supaya laporan nampak sejuk mata memandang sejuk lagi hati membaca..huhu..gurau jer…

Namun hari ini ujian Allah datang..ujian kesedihan diri melanda. Mungkin kerana emosi yang tidak stabil sehingga tidak terasa kegembiraan yang hadir.

Tepat 12.15 tengahari, aku meninggalkan computer untuk berehat. Perut terasa sakit, tetapi tetap aku gagah mengikut kakak-kakak MPKK untuk teman mereka g shoping. Sampai tempat makan, aku duduk melengung tunggu mereka habiskan makanan. Bukan tak nak makan, tapi tak de selera nak makan. Biarla, aku rasa aku masih kuat masa tu.

Berjalan dan terus berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Satu baju telah di beli oleh kak salwah, lepas ni kedai kasut plak. Aku sekadar mengikut dan mencuci mata sambil menahan sakit perut dan sakit kepala. Dah banyak kedai berhenti, tapi kasut yang berkenan di hati tak juga kak salwah temui. Aku mengikut lagi langkah mereka-mereka yang berduit niii..huhu..

Tiba di satu kedai, aku dah rasa macam dunia berpusing dan pandangan semakin gelap. Ape lagi, tak bleh nak cover dah…aku jatuh kat depan satu kedai..rasenyer macam aku pengsan, tapi tak tau la kalu rasenyer seperti tidur..huhu..tau2 jer aku dah ade kat satu kerusi hijau kat kedai tu…

Tak de benda yang aku fikir selain nak balik rumah. Tangan terasa tak mampu nak mencengkam telefon, tapi aku tetap menekan-nekan untuk menelefon adik. Talian tak dapat disambungkan. Terlupa yang time tu orang solat Jumaat. Minyak angin tuan punya kedai disapu di kepala…ambil telefon semula dan telefon emak…

Dalam aku sakit-sakit, sempat juga kak azie n kak salwah buat lawak “ ko ni wahida, nak pitam pun pandai cari tempat, cari kat depan kedai emas..amboi..” huh! Aku tersenyum kelat dengan lawak antarabangsa yang dia buat..

15 minit menunggu, mak pun sampai…aku balik ke rumah dan bekerja separuh hari time tu…akibat terlupa nak tutup computer, 3 hari computer tu bersengkang mata tak tido..huhu…sori MPKK if bil melambung..huhu.

Friday, June 5, 2009

luka di tangan nampak berdarah luka di hati siapa tahu

perkara yang sedih hanya diri sendiri je yg tahu..kenapa, mengapa dan bila ia terjadi pada kita. namun, air muka yang menunjukkan riak muka tidak bersemangat atau berperangai pelik mungkin akan menampakkan kita dalam keadaan sedih.

saat ini aku berasa sangat sedih, tapi insyaAllah masih lagi gembira dengan segala nikmat yang Allah beri. jika tiada perasaan sedih bagaimana aku hendak menggambarkan rasa hati yang gundah ini?

ya Allah..ye hanya Allah yang tempat kita memohon segalanya. ketentuan telah ditetapkan. namun usaha dan kegigihan kita dipandang untuk menentukan di mana destinasi kita.

bukan menidakkan rasa hati. tapi mencari yang pasti dan hakiki, juga lari dari maksiat hati. walaupun luka dihati tapi lebih indah jika disulami dengan hati yang lebih tenang.

luka di tangan nampak berdarah luka di hati siapa tahu..tatkala aku menulis entry ini...aku baru tersedar yang jariku ini terluka...mungkin terlampau sedih, sehingga aku tidak perasan dengan realiti hidup yang sedang berlaku. mungkin sewaktu aku membuka kertas, terkena bucu yang tajam, atau semasa sedang membelek fail..entah aku tak tahu..terperasan setelah setitik dua darah menitis...

biarlah...hanya setitis dua...blm lagi darah pejuang2 yang berjihad...

semoga Engkau tahu hati2 ni masih gembira dengan nikmat dan ujianmu ya Allah...