Selepas solat zohor, aku menelaah buku-buku pelajaran sambil minum milo panas. Terasa seperti mengantuk, dua tiga baris ayat yang aku baca nyata membuatkan pelupuk mataku berat. Tutup buku dan terus menghampiri katil.Zzzz…..
Waktu malam seusai solat maghrib dan isyak memang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran. Mata lebih cergas. Aku membuat nota pelajaran mikroekonomi. Mata pelajaran yang sangat aku minati. Telefon berbunyi…telefon..telefon berbunyi macam cerita wonderpets di TV9. Aku mencapai telefon dan menekan butang hijau. Suara emak yang memberi salam mendamaikan jiwa. Mak aku telefon. Katanya minggu ni hujan asyik turun dan pokok getah basah. Duit belanja pun kurang.
‘”kamu tau hari ni hujan lebat bebeno, sampai ke petang. Dah seminggu mak tak boleh noreh” adik kamu balik sekolah lenjun.” Kata mak.
Aku dibesarkan dengan hasil titik peluh bapak dan mak yang menorah getah. Aku bangga kerana walaupun rezeki tak seberapa, tapi makan kami sentiasa terjaga walaupun hanya makan nasi dengan lauk goreng ikan kembung. Sangat menyelerakan. Namun, di universiti, terutamanya di café, makanan aku lebih terjaga dan mungkin lebih sedap. Pilih saja ayam, ikan, sotong atau apa saja, semua ada.
Tiba-tiba aku teringat kata-kata Shanti sewaktu makan tengahari.
“Nad, kenapa ko tak simpan rambut panjang macam kami yer sambil memandang Nina, aku rasa kalau kau berambut panjang mesti cantik. Aku tengok rambut kau macam Syahrul course mate kita tu”, kata Shanti sambil tersenyum menampakkan barisan giginya.
Aku berambut panjang? Gila ke apa? Tak mungkin aku berambut panjang, dengan gaya aku yang ganas, santai dan tidak mementingkan kecantikan, mana mungkin boleh berambut panjang. Apatah lagi aku memang tidak suka berambut panjang dan aku memang kelihatan seperti lelaki. Oh, lelaki…
Biarkanlah..ini adalah jalan yang aku pilih. Aku memilih untuk merubah diriku. Apa yang aku fikirkan hanyalah menamatkan pelajaran dan mengejar cita-cita menjadi usahawan yang berjaya satu hari kelak. Bukan untuk orang lain, tapi untuk kelurgaku yang telah banyak berjasa pada diriku menjadikan aku seorang yang berilmu.
Setelah menduduki peperiksaan semester pertama, aku manfaatkan cuti selama 3 bulan untuk menambahkan pendapatan. Aku bekerja sebagai jurujual di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) kawasan Sg. Perak. 15 minit dari rumahku di Kampung Chandan. Walaupun penat melayan keletah pelanggan tapi aku gembira kerana dapat pengalaman yang sangat bermakna. Cita-citaku menjadi seorang usahawan akan bermula dari sini.
Setiap hari Rabu, aku akan menolong bapak dan mak mengutip getah. Kalu hujan turun sikitlah hasil jualannya, tapi jika hari panas, Alhamdulillah..rezeki kami bertambah. Getah-getah yang ada dalam pot aku tarik dan masukkan ke dalam tong sebelum dipindahkan ke dalam guni supaya mudah ditimbang. Selesai mengutip getah, aku akan membuat pemeriksaan mengejut ke seluruh badan. Pacat!!! Dua tiga ekor pacat di celah jari kaki dan seekor di bawah pelipat lutut. Pacat yang sudah kenyang diambil dan di toreh dengan pisau penoreh getah. Bila aku bersifat lebih penyayang, aku akan matikan pacat dengan meletakkan garam kasar dibadannya seterusnya darah akan keluar dari badan pacat tersebut. Kejamnya aku.
Hari ni aku bekerj adi R&R seperti biasa. Namun, seorang lelaki yang perasan hensem telah datang dan membuat pesanan air milo ais, dua. Mungkin untuk aweknya yang tergeik-gedik menunggu di meja sambil memintal-mintal rambutnya yang separas bahu. Jelek aku melihatnya. 2.40 sen harga milo ais. Lelaki itu meletakkan 2 ringgit di atas kaunter pembayaran. 40 sen halal ye, katanya. Mana boleh encik, ni bukan kedai saya nak mintak halal. Lelaki tersebut berlalu begitu sahaja. Aku yang dalam keadaan bengang secara spontan mengambil roti gardenia RM 0.60 dan membaling kearah lelaki itu. KECOH3. akhirnya aku berhenti kerja pada hari itu juga seminggu sebelum tamat kontrak.
Sebelum pulang ke kampus, mak sempat memesan supaya menjaga diri dan menjaga maruah diri dan keluarga. Aku terdiam dan aku faham maksudnya. Setiap kali aku keuar rumah itulah pesanannya. Aku rasakan aku masih lagi baik dan tidak melakukan perkara yang terlarang selain…..
No comments:
Post a Comment