Friday, August 7, 2009

Berjuang dengan umur yang di beri..



tak sangka hari ni adalah hari jadi ku yang ke-....Alhamdulillah, Allah panjangkan nyawaku untuk menambahkan lagi amal dan pahala dan berusaha untuk menghapuskan dosa-dosaku. InsyaAllah...




ape pun..umur yang semakin pendek ni mendekatkan kita dengan kematian jika usia adalah pemutus antara kita dan dunia..namun ajal itu Allah yang tentukan dan tidak mustahil bayi yang baru sahaja lahir ke dunia telah pun menutup mata selama-lamanya. dan tak mustahil juga jika seorang yang sihat tubuh badan pergi dengan tiba-tiba dengan kuasaNya yang esa..tak mampu siapa pun untuk menghalangnya.




dalam proses ini..kematangan diri semakin terasa dengan segala tindak tanduk dan perilaku yang semakin hari semakin mencabar dan semakin hari semakin membentuk diri untuk menjadi seorang yang lebih dewasa dan mampu berfikir untuk diri sendiri dan orang lain.




mungkin ramai yang akan berkata kita semakin dimamah usia dan semakin tua. tapi ingatlah bahaawa tua itu hanya pada umur dan raut wajah juga fizikal yang berubah, tapi jiwa kita masih lagi boleh merasa muda dan jadi muda untuk meneruskan perjuangan menyebarkan dakwah selagi kita mampu melawan usia tua kita.




TIADA YANG MUSTAHIL






  1. umur 75 tahun masih lagi mengayuh basikal setiap hari sejauh 16 kilometer untuk membeli sayur dan ikan di pasar


  2. umur 65 tahun masih lagi mendaki bukit dan meredah hutan belantara untuk menebarkan dakwah


  3. umur 55 tahun masih lagi gagah untuk bekerja walaupun hari nak pencen semakin hampir di depan mata


  4. umur 45 tahun masih lagi menghayun buaian untuk si anak kecil yang baru di lahirkan demin menyambung zuriat dan meramaikan umat-umat islam


semoga hari ini memberi aku kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang mendatang...selamat hari lahir kepada diri sendiri..huhu..semoga diri ini akan bertambah ceria selalu melalui detik yang mendatang..insyaAllah...





6 comments:

penguin kutub said...

walaupun sahabat-sahabat baikku lupa tentanh hari lahirku..tapi tak mengapa...kesibukan dan kejauhan mungkin alasan yang paling kukuh...

thanks bg yg memberi ucapn w,pun disaat2 akhir..huhu..

ucapan anak sedar apaling best..
At 12 hour 34 minutes and 56 seconds on the 7 0f August this year, the time and date will be 12:34:56 07/08/2009 =123456789
this will never happen in your life again!..
i love it..
thanks coz alert aimi...

Unknown said...

ingatan di hati kekal selama2nya..

biarpun ucapan tidak terucap di bibir, tetapi hati bergetar mengingati tarikh hari jadimu..

usiamu mematang dirimu, kisah silammu yang penuh kepahitan sudah masak ranum terasa manisnya sekarang..

kehidupanmu semakin bahagia, berseri-seri, bagaikan seri yang tiada pudarnya..

seru memanggilmu menyudahkan sunnah Rasulullah, melengkapkan satu tulang rusuk dirinya..

subhanaALLAH.. semoga dirimu tenang dan bahagia sentiasa..

:)

penguin kutub said...

ape kes ni ros...ayat jiwang ni..ish3...huhu..amin..doa yg baik tu

Unknown said...

yesss!!!! so..kak azwa x rasa terkilan laa sbb org lambat wish..hehe :P

amin.. ayat kias tue.. faham pun... =)

penguin kutub said...

fairuz mengada2...wek....=)

penguin kutub said...

akhirnya dapat gak chess cake dari sahabt2 yg bt suprise untuk diriku..huhu..thanks kalian semua yer