Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah..setelah beberapa tahun tidak menulis, hari
ini Allah memberikan kesempatan untuk saya menggerakkan jari jemari saya di
punat – punat huruf milik computer riba suami tersayang.
Keadaan putaran hidup kita sentiasa berubah mengikut waktu,
ujian, nikmat dan qada serta qadar Allah. Setiap hari rutin yang sama diikuti,
namun dengan ujian yang berbeza menanti. Jadi, mengapakah manusia merasa bosan
dengan apa yang mereka lakukan setiap hari? Sedangkan setiap hari itu ada
sesuatu yang kita tidak tahu apa yang bakal kita lalui. Harapnya, dapatlah kita
melalui hidup ini dengan proses hidup yang sentiasa positif.
Nikmat Allah ini
bukan sahaja dalam bentuk yang menggembirakan tapi juga dalam bentuk kesedihan
kerana “maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan”?jika kamu tidak rasa
sedih, mungkin tidak ada manusia atau insan yang kamu ketahui sanggup menjadi
peneman kamu susah dan senang. Setiap sesuatu itu ada hikmah yang besar.
Nikmat yang dikutip setiap hari jangan dibuang di simpang
siur perjalanan hidup kita, kerana dengan bekal nikmat itulah kita mampu hidup
dalam ketenangan dan bersyukur dengan nikmat yang Allah sajikan.
Bila kita bangun pagi, ucapkanlah Alhamdulillah kerana Allah
telah memberikan nikmat kehidupan kepada kita sekali lagi untuk bertemu dengan
setiap orang yang ada di sekeliling kita, mendengar setiap perbualan orang yang
jauh dari kita, mengingati orang yang telah lama tidak bertemu dan memberi
sedekah kepada setiap orang yang telah meninggalkan kita. Al –Fatihah.
Sungguh besar nikmatMu ya Allah sehiangga kadang – kadang
terlupa nikmat itu boleh ditarik jika tidak menghargainya. Ya Allah,
kurniakanlah aku dengan setiap nikmatMu, nikmat kesihatan, nikmat rezeki yang
murah dan melimpah ruah, nikmat dipanjangkan umur, nikmat berjumpa dengan orang
yang baik, nikmat keindahan alam dan nikmat hidup sesama makhluk yang tidak
bersengketa. Amin ya rabbal alamin.
Penulisan yang tidak istiqamah ini harapnya tidaklah diikuti
oleh penulis yang lain kerana percambahan idea anda akan berkurang bila anda
tidak melakukan penulisan;)
No comments:
Post a Comment