Friday, February 6, 2009

diari hidup...



Dalam meniti tahun 2009 yang baru saja muncul bermacam-macam ujian yang telah Allah berikan padaku. Ujian yang semakin kurasakan pahit namun, ku akui terdapat hikmah yang besar dan baik buat diriku selepas ini. Aku yakin padaMu ya Allah.
Korang semua nak tahu ape ujian2 tu..kawan2 aku mest dah boring dengar huhu..tapi tak per ..aku still nak citer gak kat dlm blog aku ni..kerana Incoming Idea jangan putus idea untuk menulis kerana nant anda akan malas,…hehe.

8 januari 2009
Firstly, ujian yang melanda dan paling sedih buat masa ini ialah apabila aku dikejutkan dengan perginya bapaku ke rahmatullah. Perginya takkan kembali lagi. Keceriaan yang menyinari rumah tiada lagi. Namun, insyaAllah aku semakin tabah menghadapi dugaan ini kerana aku pasti yang hidup akan sampai ajalnya bila tiba waktunya..Andaiku tahu kapan tiba ajalku..

25 januari 2009
Belum lagi habis kesedihanku..aku dikejutkan pula dengan mak yang mengalami demam chikugunya..nasib baik mase 2 hari raya cina. Jadi, aku berada di rumah dan bolehlah aku menjaga ibuku. Aku mengambil alih tugas ibu sebagai suri rumah. Setiap pekerjaan aku lakukan termasuklah memasak..em..kalau tak makan lauk sardine ngan telor jer la adik2.hehe. Walaupun penat, tapi aku harapkan ibuku cepat sembuh kerana aku akan kembali ke university untuk meneruskan pengajianku yang hampir tamat di USM ini.. insyaAllah..doakan yer sahabat. Alhamdulillah, hari terkhir aku dirumah..mak semakin sembuh dan boleh bangun semula..Cuma skang tak bleh nak genggam tangan dengan kuat n lutut yang sedikit sakit.

1 februari 2009
Masalah hati dan jiwa yang melanda diri ini..hehe..suka cari pasal sgt..eh tapi bukan aku yang cari pasal..orang lain yang cari pasal dulu..so, aku yang menjadi mangsa keadaan..wa,,,tapi tak pelah..pengalaman hidup 2 mengajar aku menjadi lebih matang dan lebih berusaha untuk menjadi yang terbaik..insyaAllah.

3 februari 2009
Hm..ini adalah ujian yang berat semasa pengajianku sedang berlangsung. Kerana hal ini menyebabkan aku sedikit patah semangat untuk membuat asiment dan projek yang ada. Harta duniaku rosak!!!lap top huhu..entah, pe yang jadi kat haiwan peliharaan ku ini..tiba2 je aku tak dapat melihat skrinnya…hari2 aku jaga dia macam menatang minyak yang separa penuh..huhu..aku bagi makan kuasa elektrik bila betry habis…aku manjakan dia dengan lagu nasyid dan alunan ayat al-quran,kadang2 aku bagi dia dengar lagu rock n jiwang bila dia boring..kwa3. hm..dan yang paling aku sedih…aku dah bagi haiwan kesayangan ku duduk semeja dengan teman rapat dia atas satu meja yang sama..(laptop rumet)..takkan dia sunyi lagi kot bila aku takder….em…apa salah tuanmu ini..tak pernah pun rasenyer aku memukul apetah lagi menjentik pun tak tergamak….hahaahah…ape yang aku merepek ni…ish3.astaghfirullah..last but not least, abg azrul kate dlm 800-1000 nak baiki lap top 2..wa..baik beli baru jer..tapi yang penting aku enggak ade ongkosnya buat masa ini..ACER..Alat CEpat Rosak..kate kawan aku..tapi jgn percaya…aku tetap percaya jenama haiwan peliharaan ku ni..huhu. bnyk benda yang tersimpan dlm 2..asiment nak present mingu dpn pun ader…kna bt smla…

dah3!!!tak nak citer hal ni lagi..insyAllah ade hikmah yang besar 2…Allah sajer uji macam ni mungkin krn aku dah semakin lalai dengan dunia ini…ampuni hambamu Ya Allah..aku akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik selagi termampu. Amin…Hidup Incoming Idea!

No comments: