Monday, March 30, 2009

HANYA LAGU

Bila Diri Disayangi - Ukays

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir

(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

(ulang korus)

keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
aku suka lagu ni..lagu yang menyedarkan aku bahawa Dia sentiasa ada untuk memberi aku pertolongan walau dalam kesempitan mana pun ruang yang ada tapi diperluaskan juga dengan izinNya.
walaupun lagu ni banyak yang tafsir untuk cinta sesama makhluk (dari komen yang aku bace kat blog or web site) tapi aku lebih suka mengandaikan lagu ini untuk yang maha mencipta makhluk tersebut (Allah). kerana daripada lirik lagu tersebut aku dapat melihat bagaimana agungnya maha pencipata alam ini. tidak kira dimana jua kita akan mengingatiNya. berserah diri hanya padaNya.semoga korang2 semua tak salah tafsir yer..
buat sahabat2 yang disayangi...lagu ni khas untuk korang yang sentiasa ada bersama aku walaupun aku kurang ade bersama korang..hehe..biasala aku jauh di tingkat 4..cume datang suka merempat..kadang datang tak kena mase dan tempat..duk kacau dok mengumpat..sampai korang dah tak larat..nak layan aku tak sempat-sempat...akhirnya korang join this part..huhu
sape yang nak dengar lagu ni dipersilakan download n cari sendiri..huhu.

3 comments:

Ana FyruZ said...

lagu ini membuatkan air mata org hmpir menitis..tapi sempat di tahan dengan tisu..wahaha..
Sbb kenangkan betapa ALLAH amat2 meyayangi hamba2Nya.. Dia beri kita tarbiyah dalam pelbagai cara dan bentuk..kdg2 sakit, kdg2 bahagia..
oleh tu hargailah stp masa yang ALLAH berikan kepada kita.. Semuanya ada hikmah ..insyaALLAH..

aisya humaira said...

akhirnya kak wa post jgak lagu ni dlm blog. terbayang2 kak wa nyanyi lagu ni.hehe

hmm..dapat bermuhasabah diri bila baca lirik lagu ni. alahamdulillah..

penguin kutub said...

alhamdulillah...lirik yang membuatkan kita semua ingt padaNya
jgn terbyg2 kang hujan rahmat turun nak dgr suara kak wa..huhu