Thursday, March 25, 2010

‘My name is Khan..and im not a terrorist’



Ungkapan ini yang sentiasa meniti di bibir Rizvan Khan lakonan Shah rukh Khan seorang aktor terkenal dari Bollywood. Cerita ini berkisarkan seorang lelaki yang mempunyai penyakit Sindrom Asperger iaitu sejenis penyakit yang mirip seperti autisme, yang memperlihatkan kekurangan dalam hubungan sosial dan kecekapan komunikasi.

Rizvan Khan seorang yang sangat cerdik tetapi dia kurang memahami orang disekelilingnya. Dia sentiasa ditemani ibunya semasa kecil dan ibunya selalu berkata hanya ada dua jenis manusia di dunia iaitu orang yang baik dan orang yang jahat dan Rizvan adalah seorang yang baik.

Setelah ibunya meninggal, dia pergi ke luar negara dan tinggal bersama dengan adiknya yang telah berkahwin dengan seorang yang seagama dengannya. Di sini Rizvan dipertemukan dengan dengan seorang wanita yang berjaya menarik naluri kelakiannya. Dia adalah seorang pendandan rambut beragama Hindu lakonan Kajol sebagai Mandira.

Mandira mempunyai seorang anak (Sameer) hasil perkahwinan sebelumnya. Mandira juga sukakan kebaikan yang ada pada Rizvan manakala Sameer juga boleh menerima Khan seadanya. Mandira dan Khan akhirnya berkawin dan Mandira masih lagi mengekalkan agamanya dan begitu juga Khan sebagai muslim.

Kisah My Name Is Khan bermula di sini apabila Sameer menukar namaya kepada Sameer Khan dan dia telah dibelasah oleh rakan sekolahnya sendiri dalam satu pergaduhan sehingga membawa maut.

Mandira sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan tidak dapat menerima kehilangan anak yang disayanginya. Rizvan menenangkan Mandira, tetapi Mandira menganggap Khan adalah punca kematian anaknya. Kisah 11 september menjadi titik tolak apabila kaum muslim dikatakan pengganas dan dipulau oleh masyarakat dunia.

Mandira telah memberikan syarat kepada Rizvan bahawa dia perlu berjumpa dengan Presiden Amerika dan mengatakan ‘My Name is Khan ang Im not A Terrorist’ sebagai cara untuk membersihkan namanya.

Rizwan sangat sayangkan Mandira dan dia sanggup melakukannya, sehingga dia dipenjara. Namun, nasib berpihak kepadanya dan akhirnya dia dibebaskan dan dihadapan presiden dia mengatakan bahawa ‘My Name is Khan and Im not A Terrorist’

Lakonan mantap dari pelakon utama dan jalan cerita yang berbeza dari genre cerita Bollywood membuka mata penonton bahawa Karan Johar mampu membuat filem yang lain dari stereotaip filem Bollywood. Anda tidak perlu menunggu lagu yang akan berkumandang kerana tidak ada lagu yang romantik dan meruntun jiwa.

Filem ini mungkin dapat membuka mata masyarakat tentang siapa itu muslim. Mereka bukan pengganas, sebagai salah satu cara membersihkan nama. Namun, terdapat beberapa isu yang tidak dapat diterima apabila Rizvan berkahwin dengan Mandira yang beragama Hindu dan mengekalkan agamanya. Rizvan bersolat dan Mandira menyembah tuhannya. Dan itu tidak boleh sama sekali dalam islam. Kita disuruh untuk meninggalkan pasangan jika mereka tidak mahu memeluk agama Islam. Jangan terpengaruh dengan hiburan yang menyesatkan. Wallahualam.

No comments: