Tuesday, March 30, 2010

Lumpur Kuala


Penat balik dari Kuala Lumpur belum lagi hilang. Perjalanan pulang dengan hujan lebat sangat memenatkan ditambah dengan keadaan baju yang basah kuyup dan badan yang sejuk ‘menggeletor’.

Dah setahun rasenyer aku tak ke Kuala Lumpur. Hari sabtu yang lepas sampai juga akhirnya dengan tujuan untuk ke pesta buku dan satu program anjuran HAKIM. Perjalanan selama 7 ½ jam dari UUM Sintok, kedah memang memenatkan emosi dan fizikal.

Sesampainya kami di sana, kami terus ke pesta buku yang tinggal ½ jam lagi untuk ditutup. PWTC dipenuhi dengan beratus-ratus manusia yang bersesak-sesak masuk ke ‘both-both’ buku yang disediakan. Lebih kurang 150 penerbit buku yang mengambil bahagian dalam pesta buku kali ini.

Dalam masa yang sama, terdapat beratus-ratus orang-orang Arab (mungkin, coz muka memang macam dari timur tengah) yang cantik-cantik dan meriah dengan pakaian mencolok mata. ‘Rezeki mereka yang berada di Kuala Lumpur agaknya’. Dengan asap rokok yang berkepul-kepul, minum arak sambil bersemang-sembang memenuhi sudut dan tangga PWTC, kami menyelusuri jalan-jalan yang sempit. Mencari buku-buku yang dikehendaki dan seterusnya ‘check-in’ di hotel.

Dalam perjalanan ke hotel, aku melihat pelbagai ragam manusia di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang mentransformasikan dirinya kepada Mak Nyah berjalan dengan kasut tumit tinggi sambil memandang kepada seorang singh yang berbadan besar dan buncit perutnya berjalan beberapa meter di hadapannya. Dia melambai-lambaikan tangan memanggil lelaki tersebut. Mungkin ada rezeki jika lelaki tersebut membalas lambaiannya. Tapi, lelaki tersebut berlalu tanpa memandang sebelah mata pun. Selamat seorang lelaki dari nafsu seorang lelaki.

Sambil berpusing-pusing mencari hotel, ternampak pula seorang perempuan(mungkin seorang perempuan) kerana tidak dapat membezakan lelaki dan perempuan sekarang ni dihadapan sebuah bank. Dia membelek-belek bajunya dan kemudia mengangkat skrit pendek beropol-ropol paras peha. Mungkin skrit untuk kanak-kanak 3-5 tahun. Aku pun tak pasti kenapa dia perlu mengangkat skrit, sedangkan jika mahu menutup perut masih lagi nampak kaki, tak ada bezanya. Tapi mungkin lebih nampak seksi dan menonjol di kaki yang montok dengan lemak.

Sampai di hotel kami makan terlebih dahulu. Dari pukul 10.30 menunggu hidangan yang tak sampai-sampai sehingga jam 11.30 malam. menu yang dipesan ada yang salah dan ada yang tak sampai. Tapi, kami makan juga kerana kelaparan.

‘time to sleep’….zzzzz..sampai subuh.

Seterusnya bergerak ke program anjuran HAKIM sampai pukul 4.30 petang. Program yang memerlukan kita mengeluarkan ilmu dari minda minda bawah sedar. Bahasa inggeris. Penat focus sehingga mengantuk kerana membaca gerak mulut penyampai yang menggunakan bahasa inggeris ‘slanga’. Kata Abang Nizam, ‘full of knowledge’.

Dalam kepenatan, kami teruskan perjalanan untuk ke pesta buku semula kerana banyak lagi buku untuk RUDHAH yang belum habis dibeli. Hanya kaum adam yang meneruskan perjalanan, manakala kaum hawa berehat di masjid sambil membaca majalah.

Sambil berehat di masid, kami keluar makan di restoran bersebelahan dan melihat ragam manusia sekali lagi. Seorang pendatang asing lelaki yang mencari rezeki di Kuala Lumpur dengan menjual buah-buahan dengan memakai seluar ketat bewarna merah dan berbaju biru. Padaku pelik fesyennya.

Namun, masih ada yang menejukkan hati di Kuala Lumpur aku melihat ramai manusia seagamaku yang bersolat mendirikan tiang agama. Aku tersenyum melihat seorang remaja yang berbaju polo dan berambut terpacak yang solat di situ. Aku kagum melihat seorang lelaki kelainan upaya yang menunaikan solat.

Selesai solat maghrib, kami ingin kembali ke parker kereta. Hujan turun dengan lebatnya di luar sana. Kami meredah hujan dalam kesejukan dan kesibukan kota metropolitan. Basah kuyup kami menaiki kenderaan hingga ke Pulau Pinang. Jam 2 pagi barulah sampai ke bilik.

No comments: