(selatan Thai )telah dimakbulkan Allah. Ikuti kisah pengembaraan saya=)
menaiki van
Bermusafir bersama kak fatin dan ana ke Sel Thai dengan menaiki van. Membeli tiket dan pergi ke pengurup wang berlesen untuk menukar RM ke Bhat. Harga tiket RM 30 setiap seorang. Dalam perjalanan kami menaiki van bersama dengan 3 orang pelajar dari
ni la..pelajar USM yang tolong kami...
Selepas itu, kami menaiki van untuk meneruskan perjalanan ke Yala. Masa yang di ambil kira-kira 4 jam. Di sini, pelajar USM tadi hanya tinggal seorang sahaja iaitu Bes. Yang lain mengambil haluan masing-masing. Tak sampai separuh jalan van yang dinaiki rosak kerana kepanasan. Jadi, kami terpaksa menunggu untuk menukar van yang lain. Alhamdulillah, kami sampai ke Masjid Yala (Kedai Lama/Kedai Buruk) pada jam 3.30 petang.
Seusai solat jamak, kami menunggu Huda untuk membawa kami ke Pejabat Deep Peace. Alahai dekatnyer, jalan kaki pun boleh, tapi memandangkan mereka sangat mengambil berat terhadap kebajikan dan keselamatan kami, sebab itulah kami menaiki motosikal.
Seterusnya, kami ke tamptat program berlangsung, kami ditempatkan di sebuah asrama Pusat Pengajian. Di sini, kami bertemu dengan peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam program ini. Mereka terdiri daripada isteri-isteri dan ibu-ibu yang kematian suami atau suami mereka telah syahid. Subhanallah, melihat semangat mereka datang membawa anak-anak kecil untuk berprogram, runtun hati saya melihatnya.
Malam itu, kami bertaaruf bersama-sama. Lebih kurang 45 orang peserta yang mengambil bahagian. Alhamdulillah, di sini, kami dipertemukan juga dengan sahabat-sahabat Patani yang pernah datang ke
13 Februari 2010
Masa di Selatan thai adalah 1 jam lewat dari
Subhanallah, terbentang luas petak-petak seakan sawah, tapi itulah tempat untuk membuat garam. Tapi, pada masa ini garam belum lagi dapat dihasilkan. insyaAllah pada bulan April barulah hasilnya di perolehi.
tgk garam yg dah siap
Kami pulang dan singgah untuk makan tengahari serta membeli cenderahati untuk di bawa pulang ke tanah air.
Pada waktu petang, sesi pembentangan oleh para peserta. Di sini, kami menyelami perasaan mereka yang kematian suami atau suami mereka dipenjarakan. Mujurlah pada waktu ini, Sufian, Pok Su, dan Che Lah sibuk menterjemahkan ape yang di beritahu oleh para peserta. Walaupun mereka bercakap dalam bahasa melayu, tapi sukar difahammi kerana dialek Kelantan yang pekat.
=)
Jam 5 petang kami ke Kedai Lama untuk membeli belah untuk kenangan semasa berada di sini. Kami menaiki tuk-tuk ditemani oleh Kofsah, Nirwana, Alia dan Zubaidah. Banayk barang yang kami borong sampai tak sedar dah Maghrib.
ni la koje kami..makan
Malam ini adalah malam terakhir kami di Yala. Rasa hiba dan sedih sudah mula hadir kerana akan meninggalkan sahabat-sahabat di sini. AJK Deep Peace menyuruh kami untuk memberikan sedikit persembahan kepada mereka. Dalam masa yang singkat untuk berfikir, kami sebulat suara ingin mempersembahkan sebuah nasyid yang bertajuk Teman Sejati dari Kumpulan Brothers. Sebelum itu, aku telah memberikan sedikit ucapan untuk mereka. Ya, aku sangat kagum apabila melihat mereka berani dan hidup di
14 Februari 2010
Selepas sarapan, aku, kak fatin, dan ana berangkat ke terminal di temani kak Hani. Di
mereka yang hantar kami ke terminal
Kami meneruskan perjalanan dan dalam perjalanan ini kami di uji dengan pelbagai ujian kecil yang lucu. Menaiki van bersama 4 orang lelaki Inggeris sangat melucukan. Mereka sanggup membuka baju kerana kepanasan. Tambahan pula, pemandu yang memasang radio dengan kuat, dan kami betul- betul berada di hadapan system bunyi.
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di USM dan berada di rumah pada jam 6 petang.
Terima kasih Ya Allah kerana menghantar kami selamat pergi dan pulang. Amin…
No comments:
Post a Comment