Akhirnya sampai juga aku di Bumi Pattani sekali lagi. Hujan turun agak lebat mengiringi perjalanan kami ke sana. Jam 4.30 petang barulah van mengambil kami dari USM. Perjalanan yang mengambil masa 4 jam untuk sampai ke stesyen bas Hatyai.
Dalam perjalanan, Ustaz Kamaruddin sentiasa menelefon bertanyakan khabar dan bagaimana aturan perjalanan, dan menerima sms dari sahabat dan juga ustaz Hafiz.
Di Hatyai, bas dan van sudah tamat perkhidmatan untuk ke Taluban. Huda tidak membenarkan kami bermalam di Hatyai. Dia telah menempah sebuah teksi untuk kami ke Taluban. Perjalanan ke sana kira-kira 160 km. pada waktu malam agak bahaya kerana keadaan yang berlaku di Selatan Thai seperti bom dan tembakan rambang. Hanya doa yang tidak putus-putus dalam perjalanan tersebut. Walaupun terasa penat. Tapi, tidak mampu untuk melelapkan mata kerana risau jika terlelap selamanya.
Setelah melalui beberapa pos kawalan dan perjalanan yang sunyi kerana hanya beberapa kenderaan yang lalau lalang, kami sampai pada jam 11 malam waktu Malaysia (10 malam waktu Thailand) di pondok Comae, Wittaya School Taluban. Kedatanagn kami dinantikan oleh Huda dan sahabat-sahabat Pattani yang lain.
Setelah makanan dihidang, aku mencedok sesuatu. Agak masin, tapi telan juga mungkin kerana lapar dan aku sangka lauk yang masin. Setelah kami ditinggalkan bertiga untuk makan, aku bertanya ‘kenapa ada rasa masin? Apa yang masin?’ saiful menjawab” dah makan budu, memang la masin” erk!! Budu rupanya.
Sambil makan, kami menghantar pesanan ringkas dan menelefon sahabat dan murabbi di Malaysia. Tanda kami selamat sampai.
Selesai makan, kami bersalaman dengan penggerak-penggerak yang bertungkus lumus dalam program aktiviti anak yatim ini. Ada sahabat yang sudah pun kami kenali, dan ada juga yang baru kami jumpa dalam program ni. Tapi semuanya ramah.
Saya dan munirah tidor di dalam kelas yang menempatkan tukang-tukang masak. Nampak sangat kami suka makan.huhu.
Pagi tu, kami sarapan pagi dengan pulut ayam dan nasi goreng. Setelah itu, kami melihat adik-adik yang sedang mengadakan aktiviti. Mereka sedang menyanyi dan dihiburkan dengan beberapa permainan yang disediakan oleh murabbi (fasi) mereka.
Kami dijemput untuk memperkenalkan diri dan aku diminta untuk menyanyikan lagu untuk mereka. Suara boleh baling ke laut, nak suruh menyanyi…Huhu. Saya menyanyi serangkap dari lagu Teman Sejati, tapi Pok Su dan Ismail provoke minta menyanyi lagi. Malu kat orang Malaysia, suara sumbang.
Kami bercadang untuk balik ke Malaysia pada hari Ahad, tapi di minta oleh sahabat-sahabat di sana menunggu sehingga tamat program pada hari isnin. Kata mereka, ada persembahan pentas oleh adik-adik. Kami berkira-kira. Kerana ada kerja yang perlu dibuat. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk pulang pada hari isnin.
Kami bermesra dengan adik-adik yang ada. Terharu kami melihat adik-adik yang sangat dahagakan kasih sayang seorang bapa. Ada yang berumur 4 tahun, datang ke program dan di ajar untuk berdikari. Walaupun masih memakai pampers, tapi dia telah diajar untuk membasuh pakaian sendiri. Petang sabtu ada program alif, ba, ta. Alif untuk agama. Ba untuk bahasa dan bangsa manakala ta untuk tanah air.
Di sini, mereka di beri kesedaran tentang siapa mereka dan bagaimana mereka terjajah. Ramai yang menangis, terkesan dengan apa yang disampaikan oleh pengisi. Ada yang berwatak garang, ada yang berwatak lembut. Aku di minta untuk memberi pengisian selama 5 minit (dalam watak tegas) menceritakan tentang bahasa dan bangsa. Time ni, rasa geram ngan pok su kerana aku di paksa rela!!
Seterusnya, Ismail membawa kami menaiki bukit, melihat keindahan alam. tinggi juga bukit tu, dapat melihat kawasan laut di Taluban.
Esoknya, pada waktu pagi, adik-adik bermain bola sepak dan bola jarring. Aku dan munirah mengambil maklumat adik-adik. Waktu yang terik, tapi adik-adik masih lagi bersemangat. Pada waktu petang, adik-adik akan berlatih untuk membuat persembahan. Manakala ibu-ibu akan hadir untuk mendengar ceramah berkaitan dengan Martial Law dan juga Emergency Degree (undang-undang darurat).
Melihat adik-adik berlatih untuk membuat persembahan, aku teringat pula kat Malaysia, adakah adik-adik kita dalam sendu atau gembira? Nanti ibarat peribahasa ‘kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan’.
Malam tu, ada buat kenduri arwah, mereka tumbangkan 3 ekor kambing. Buat masak kari. Mereka menjemput beberapa muslimin dari kampung berdekatan. Lepas ambil maklumat dari saudara A’tif, kami pun makan. Lepas makan, kami dihidangkan pula dengan persembahan adik-adik, murabbi dan juga jemputan. Ada yang bernasyid, ada yang bersyarah, ada yang berpantun. Huda meminta aku untuk membuat persembahan. Tapi, aku menolak kerana aku takut dan tak terbayang rasanya buat persembahan depan ramai orang di atas pentas.
Jam 11 malam, aku dan munirah bertemu Saiful, bertanya cara kepulangan esok hari. Saiful di meja pengerusi majlis, mungkin untuk melihat persembahan dari jarak dekat. Pengerusi bertanya, tak nak buat persembahan ke, tak…aku menjawab. Tapi, saiful provoke, meminta pengerusi meletaakn aku dan munirah untuk membuat persembahan. Kumpulan dari RAUDHAH katanya. Terus, pengerusi membuat pengumuman, persembahan jemputan dari Malaysia katanya. Ya Allah, seram sejuk dan bergetar tubuh bila disuruh buat persembahan. Gile!!
Untuk tidak menghampakan sahaat-sahabat di sana, aku gagahkan diri bila nama dipanggil dan naik ke pentas. Sempat aku berkata, jika tak sedap, senyum je yer=). Aku menyampaikan sebuah nasyid dengan suara ke laut aku bertajuk Rahmat Ujian..waaaa..pengalaman yang memalukan. Pok su kata, sape la yang bernasyid semalam, rasa nak baling selipar jer, eh, tak, rasa nak bagi hadiah selipar=)nampak sangat suara aku tak sedap.kah3..
Pagi esoknya, kami akan pulang. Terasa sedih menyeliputi pagi itu. Wah. Kami menaiki kenderaan sahabat membawa kami untuk menaiki bas dari Taluban ke Hatyai. Mereka Che’ Lah, Sufian, Ismail, dan ramai lagi membayar tambang dan membeli kami sarapan (kita mesti layan mereka lebih baik, bila mereka berada di Malaysia, malu wehh). Sampai di Hatyai, Abdullah dan seorang lagi sahabatnya sedang menunggu kami. Sahabat di taluban, meminta Abdullah menemani kami di sini. Risau jika kami tidak sampai ke destinasi. Abdullah belanja makan=). Alhamdulillah, kenyang.
Jam 3 petang waktu tempatan, kami menaiki van ke Penang dan sampai pada jam 8 malam.
2 comments:
kak... masukkn lh dlm amani kak.. artikel ni... :)
tak nak la lillah, laporan yang tu dah dibuat oleh munirah=)
yg ni untuk pengalaman sendiri jer..
Post a Comment