Monday, December 22, 2008

PULANGLAH KE PANGKAL JALAN

Aku bukan nak mengutk atau mengata, tapi nak ingatkan diri ni juga yang selalu terlupa dek indahnya fatamorgana. Kenapa mereka diam membisu tanpa khabar berita atau bertanya khabar orang tua yang masih ada di kampung. Adakah mereka seperti kacang yang lupakan kulit?

Walaupun dia bukan ibu kandung yang melahirkan kamu, namun apa salahnya bertanya khabar. Sihat ke? Dah makan ke? Susah sangat ke nak meluahkan perkataan tersebut dari mulut yang telah dianugerahkan Allah untuk berkata-kata. Atau tak mampu nak membayar bil telefon yang semakin melambung…fikirlah.

Kamu semua masih ada seorang bapa yang masih lagi mengharapkan anak-anak untuk dia meneruskan kelangsungan hidupnya. Tanpa kamu, dia mungkin akan kelaparan. Aku merasa hairan. Selama aku di sana, aku tidak pernah mendengar telefon berdering dan jauh dari pandangan terdengar sayup- sayup suara kamu. Lupakah kamu pada orang tuamu? Aku tahu, walaupun mereka tidak memanjakan kamu, mereka tidak memeluk kamu, mereka tidak menaburkan kamu dengan wang, tetapi fahamilah situasi mereka. Mereka bukannya orang kaya yang boleh membeli kereta dengan sekelip mata. Tapi mereka perlu berusaha dengan tulang empat kerat untuk mendapatkan sesuap nasi apatah lagi membeli kereta.

Hari raya korban ari 2..aku tak dengar pun kamu semua telefon mereka ucapkan selamat hari raya? Tak langsung bagi tahu kamu balik atau tidak. Aku pun pelik. Bapa pun pelik. Bapa sudah tua dan tidak mampu lagi bekerja. Ibulah yang menjadi ketua keluarga mencari nafkah untuk sekeluarga. Pagi-pagi lagi dia dah pergi menoreh. Kesian aku melihatnya. Tambah pulak, sekarang ni harga getah semakin jatuh dan barang runcit semakin mahal. RM 1.40 sekilo, setiap 4 hari, dia menjual getah. Dapatla lebih kurang seratus ringgit. Itupun perlu dibahgi dua untuk tuan tanah. Apa yang mereka semua nak makan kalau tiada bantuan anak-anak yang dah bekerja? Setakat nak tampung bayar api, air dan ubat-ubat boleh le..

Sekarang bapa dah terlantar sakit. Makan tak lalu, bangun tak lalu, tidor tak boleh, nak bangun apatah lagi. Pulanglah. Tengoklah keadaan bapa. Dia dah tak ingat siapa kita. Sedih aku mendengar bila dia memanggil aku dengan nama yang lain.sedih. bapa tidak lagi boleh berkata-kata. Hanya sesekali mengaduh kesakitan.tapi aku tahu sakit yang dirasainya.

Ibulah yang paling tabah dan kuat. Dia yang mempunyai semangat untuk meneruskan hidupnya. Walaupun tak pernah merasa hidup mewah atau selesa tapi dia bahagia hidup sederhana. Namun, janganlah kita mengharapkan dia. kerana dia juga sudah semakin dimamah usia.

Ingatan buat diri aku juga.semoga aku tak lupa setelah bergelar oarang yang berjaya.
Aku mohon maaf selagi terdaya.maaf..maaf..dan maaf..buat semua. Jika buat kalian dukacita.

No comments: