Wednesday, December 24, 2008

Khas buat MT 0809

Selalu menolong bila time free,
Untuk kengkawan yang ada masalah,
Em...saiful ni insyaAllah agak baik hati,
Semoga kekal ukhwah fillah.

Menaiki basikal ke Tanjung Bunga,
Kerana pening membuat kerja,
Zaidi pendiam sukar berbicara,
Tapi ilmunya mak oi..’penuh’ di dada.

Hidup sendiri pandai berdikari,
penghibur teman dikala sunyi,
Pandai berbicara menyelami hati,
Nur khalillah Rasyidah empunya diri.

Naik bas merah turun ke jeti,
Berjumpa kawan menjerit kuat,
Kelam kabut dan telus identiti diri,
Siapa tak kenal Fairuz Liyana Mohd fuad.

Pergi ke bendang menuai padi,
Padi dituai terus ditampi,
Izzudin suka memencil diri,
sampai susah kami nak cari.

Tumbuk inai sampai lumat,
Untuk penyeri jari-jemari,
Memegang duit pandai berjimat,
Itulah Farhana sahabat sejati.

Hendak berjaya perlu usaha,
Jangan dilupa doa padaNya,
Asma peramah berbudi bahasa,
Kalau marah timbul garangnya.

Bukan mengagung bukan mengata,
Sekadar memuji anugerah pencipta,
Jika terdapat salah bicara,
Ampun dan maaf segera dipinta.

1 comment:

Ana FyruZ said...

pergi ke kedai membeli jeruk
jeruk di beli diletak dalam bekas
empunya diri memanglah tegas
jangan di tanya jika merajuk

hari-hari makan roti
roti di makan bersama ning.
jangan ditanya soal hati
nanti tk pasal2 kena warning.


khas buat akak saya..kak azwa

hehe...cuba belajar berpantun..