Sunday, May 26, 2024

Kenapa saya memilih untuk melancong ke Brunei?

 Bismillahirrahmanirrahim

kerana saya nak tengok bagaimana keadaan Negara Brunei. Sebelum kahwin saya memang teringin sangat nak ke Brunei. Tapi belum ada rezeki. Alhamdulillah tahun 2024 saya berkesempatan ke Brunei bersama suami

Masa tahun 90an ke 20an memang susah nak tau tentang negara Brunei ni. Dekat siaran tv memang tak jumpa. Sekrang pun memang xtau banyak informasi tentang negara yang kaya dengan hasil minyak ni.

Saya akan ceritakan pengalaman saya di sana dan saya bukan nak memburukkan negara orang atau mencari kelemahan. Cuma itu hanya dari sudut pandangan saya sendiri.

MAKANAN

makanan murah. Jangan tukar ke mata wang kita ya😉. Kalau ikut pada duit dolar mereka 1dolar dah boleh dapat makanan yang mengenyanggangkan. Kami cuba nasi katok, tapi dapat yang manis sambalnya walaupun minta yang pedas. Mungkin sebab saya memang makan pedas.

Ramai peniaga dari Indonesia, Filipina dan mamak dah banyak berniaga di sini.



Roti kat sini sedap sangat

    Surau pun cantik kat airport

Naik bot di kampung Ayer


Jollibee, sedap














 








Banyak gambar makanan, 😅


KENDERAAN

kenderaan kat sini ada yang dari tahun 80an hingga la yang terkini. Masih lagi dipakai di atas jalan. Sama macam dekat Malaysia. Tapi, negara ni kecil, penduduk kurang padat jadi nak jumpa tempat yang jem dan crowded tu agak susah.

Kalau pejalan kaki nak melintas jalan, kenderaan ni dah awal-awal berhenti😁. Kita belum sampai dia berhenti dah. Segan pulak kalau jalan terkedek- kedek. Yang penting memang tiada motorsikal. Kecuali untuk delivery makanan dan motor berkuasa besar itupun jumpa la 2 biji.

Banyak menggunkan jenama Toyota dan Nissan berbanding Honda. 

TANDAS

Sama seperti di Malaysia. Ada tempat yang tak dijaga dan kotor. Kalau di masjid Alhamdulillah bersih.

MASYARAKAT

Peramah, Baik hati, Mudah untuk menjawab soalan. Nampak aman dan Damai. Pemberi sewa kereta kami pun baik orangnya. Mudah untuk kami berurusan.

KESELURUHAN

Pada mata saya, Brunei ni seperti Malaysia pada tahun 90an. Masih lagi tiada bangunan-bangunan pencakar langit(dilarang buat). Tiada teknologi yang hebat. Kedai /mall yang menjual pakaian masih seperti zaman 90an dan Made in China. Saya sampai tak tau nak beli cenderahati apa yang nak di bawa pulang 😀.

saya enjoy ke brunei. Tenang dan tiada hiruk pikuk. Mereka tak bercakap kuat atau muzik yang kuat sana sini tu tiada. Pelancong yang melancong ke sana dari seluruh dunia pun semakin ramai.

Love Brunei. 

No comments: