Monday, May 18, 2009

serlah aura bertudung..tajuknyer..

Artikel ini saya perolehi dari sebuah media cetak di negara kita. Saya rasa perlu untuk saya memberi sedikit komen untuk peringatan diri dan sahabat pembaca semua.

AURA cantik bakal menyerlahkan seseorang apabila tampil dengan pakaian sepadan bersesuaian dengan diri. Busana Muslimah yang menawan dan berhemah semakin mendapat ruang di hati mereka yang mahukan penampilan sedemikian. Bahkan, dalam menyemarakkan lagi busana yang semakin mendapat tempat di hati generasi kini, suntikan moden kontemporari dalam pemakaiannya menjadi sebab ramai yang memilihnya.

jika ramai yang tertarik kerana ingin menawan dan dikatakan 'berhemah', saya rasa tidak perlu untuk memakai tudung jika niatnya masih lagi bukan untuk menutup aurat dan mencari redha Allah. hal ini kerana mereka hanya mahukan penampilan sedemikian sedangkan perintah menutup aurat itu telah jelas disebut dalam al-Quran.

Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)

Mencantikkan penampilan seseorang dengan inspirasi tudung menarik akan membuatkan dirinya dilihat penuh mempesona yang menjadi sebahagian aliran fesyen berbusana Muslimah hari ini.Menurut perunding imej, *******, kebanyakan penggemar memilih tudung atau selendang bukan hanya kerana mahukan imej menutup aurat semata-mata.
Katanya, pesona dibawa dalam satu-satu aliran busana dengan suntikan menawan membuatkan ramai teruja untuk memanfaatkan pakaian berkenaan ke majlis tertentu ataupun untuk tujuan santai.

jika ingin diri penuh mempersona dan hanya semata-mata untuk fesyen, bukankah ini telah menyimpang jauh dari ajaran islam yang telah menetapkan bahawa aurat seorang wanita dengan bukan mahramnya adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangannya. hal ini bagi menjaga diri wanita tersebut dari panahan mata seorang lelaki atau dari godaan syaitan durjana yang mahu memesongkan aqidah umat islam juga menjaga maruah dan kehormatan seorang wanita.Katanya, pesona dibawa dalam satu-satu aliran busana dengan suntikan menawan membuatkan ramai teruja untuk memanfaatkan pakaian berkenaan ke majlis tertentu ataupun untuk tujuan santai.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah kalian (wanita Islam) tetap di rumah kalian berhias (bersolek) dan mendedahkannya (bertabarruj iaitu perbuatan menampakkan rupa paras dan kecantikan) seperti mereka lakukan oleh orang-orang jahiliah dulu." (Surah al Ahzab, ayat 33)

"Kebanyakan memilih busana Muslimah disebabkan pengaruh yang pelbagai. Ada yang terpikat kerana keelokan penataan dalam rekaan atau tertarik dengan corak alirannya."Tidak dinafikan jenis atau fesyen tudung atau pakaian yang diutarakan penuh kemasan dan corak menarik, turut menjadi tarikan," katanya.Mengenai kesesuaian tudung dan alirannya yang sesuai dengan cita rasa pengguna selain senang diolah, juga antara sebab tudung sedemikian menjadi tumpuan ramai.

"Sebenarnya tarikan penting turut terletak kepada jenis tudung yang senang, ringkas dan mudah disuai padan dengan pakaian. "Seseorang penggemar harus ada kemahiran untuk memilih sendiri pakaian untuk disesuaikan dengan tudung pilihan."Untuk mengolahnya pula, perlu kreatif supaya anda kelihatan begitu menarik dengan penampilan tudung yang amat mempesonakan. Ini kerana ramai yang malas bertudung jika rekaan tudungnya sukar dipakai dan tiada nilai komersial," katanya.

jelas ramai yang tidak mahu bertudung jika rekaan tudung tersebut sukar dipakai. oleh sebab itu, di mana letaknya hukum Allah yang menyuruh kaum hawa menutup auratnya? adakah malas boleh menjadi satu alasan yang kukuh di akhirat kelak? cuba kita renung-renung dan fikirkan di mana letaknya kita sebagai hamba Allah yang melawan hukumnya.

seorang wanita itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. adalah lebih baik jika kita menyimpan segala hiasan peribadi kita khas buat suami tercinta. kerana itu lebih mulia dan menyejukkan hati setiap para suami yang memiliki seorang isteri yang taat dan menjaga kehormatannya.

Melihat kecenderungan penggemar tudung yang sukakan penampilan ringkas, kasual dan ada tarikan tersendiri, membuatkan kebanyakan pereka berlumba untuk memenuhi impian penggemar untuk tampil bergaya.Dalam memenuhi impian untuk menjadikan lebih ramai menyenangi pakaian atau tudung jenamanya itu, dia sering mencetuskan idea terkini dalam setiap karyanya.Memikirkan bukan mudah menggarap idea untuk seni ciptaan tudung, dia bangga kerana kebanyakan tudungnya mampu memenuhi selera penggemar di pelbagai peringkat usia baik remaja mahupun yang berusia.

tarikan apa yang kita mahukan? memberi kepuasan dan keselesaan kepada pemakainya? atau ingin menarik perhatian lelaki-lelaki di luar sane? hingga berlakunya pelbagai perkara yang tidak diingini? kes cabul, rogol, bunuh dan sebagainya. nauzubillah. peringatan ini bukan sahaja untuk mereka yang terbaca artikel yang diolah oleh saya ini, tetapi untuk diri saya juga yang tidak sempurna dan sentiasa alpa dengan hiburan dan keseronokan di dunia. ingatlah wahai kaum hawa bahawasanya pemakainan tudung itu perlu bertepatan dengan syariatnya, bukan untuk berfesyen atau mendapatkan perhatian orang-orang disekeliling kita. pakaian itu mencerminkan siapa diri kita. jika anda memakai uniform askar, anda adalah seorang askar, jika anda memakai uniform polis, maka anda adalah seorang polis. bukan berfikiran streotype, tapi itulah hakikat bahawasanya manusia akan memandang seseorang dan membuat kesimpulan pada pandangan pertama. oleh yang demikian, janganlah kita membiarkan orang lain membuat tanggapan serong pada diri kita pada pandangan pertama.

akhir kalam, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kata-kata yang menyinggung hati pembaca dan juga penulis artikel ini. segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. sama-samalah kita memperbaiki diri.

No comments: