Tuesday, March 16, 2010

mari berpantun

subur melati kembang berseri,
daun kering jatuh bertabur,
rasa hati tak hendak pergi,
kerana harapan telah terkubur.
daun kering jatuh bertabur,
jatuh bertabur di atas bumbung,
jika harapan sudah terkubur,
kamilah tali kamilah penyambung.
burung terkukur di atas bumbung,
jerat di pasang di atas papan,
siapakah tali siapakah penyambung,
ingin ku tahu menjadi harapan.
burung terkukur dibuat gulai,
sayang selasih hamba lurutkan,
biar sekujur tubuh berderai,
kerana kasih hamba turutkan.
pungguk merindu bulan melihat,
jejak diturut laluan rusa,
jauh di mata tak pernah lihat,
entah hati bagaimana rasa.
sungguh redup pohon melati,
tempat orang duduk bertapa,
jauh di mata dekat di hati,
di dalam syurga bertemu jua.
mudik ke hulu mencari pauh,
perahu terlanggar sebatang kayu,
kalau bersapa dengan yang jauh,
bukannya mudah hendak bertemu.
sanggul melintang seorang ratu,
duduk di atas kereta kuda,
walau jauh beribu batu,
akan ditunggu sampai hajatnya.


No comments: