Wednesday, April 28, 2010

Kenangan manis..





ni la Pondok Comae (Comel)

Alhamdulillah3x

Akhirnya sampai juga aku di Bumi Pattani sekali lagi. Hujan turun agak lebat mengiringi perjalanan kami ke sana. Jam 4.30 petang barulah van mengambil kami dari USM. Perjalanan yang mengambil masa 4 jam untuk sampai ke stesyen bas Hatyai.


Dalam perjalanan, Ustaz Kamaruddin sentiasa menelefon bertanyakan khabar dan bagaimana aturan perjalanan, dan menerima sms dari sahabat dan juga ustaz Hafiz.


Di Hatyai, bas dan van sudah tamat perkhidmatan untuk ke Taluban. Huda tidak membenarkan kami bermalam di Hatyai. Dia telah menempah sebuah teksi untuk kami ke Taluban. Perjalanan ke sana kira-kira 160 km. pada waktu malam agak bahaya kerana keadaan yang berlaku di Selatan Thai seperti bom dan tembakan rambang. Hanya doa yang tidak putus-putus dalam perjalanan tersebut. Walaupun terasa penat. Tapi, tidak mampu untuk melelapkan mata kerana risau jika terlelap selamanya.


Setelah melalui beberapa pos kawalan dan perjalanan yang sunyi kerana hanya beberapa kenderaan yang lalau lalang, kami sampai pada jam 11 malam waktu Malaysia (10 malam waktu Thailand) di pondok Comae, Wittaya School Taluban. Kedatanagn kami dinantikan oleh Huda dan sahabat-sahabat Pattani yang lain.


Setelah makanan dihidang, aku mencedok sesuatu. Agak masin, tapi telan juga mungkin kerana lapar dan aku sangka lauk yang masin. Setelah kami ditinggalkan bertiga untuk makan, aku bertanya ‘kenapa ada rasa masin? Apa yang masin?’ saiful menjawab” dah makan budu, memang la masin” erk!! Budu rupanya.


Sambil makan, kami menghantar pesanan ringkas dan menelefon sahabat dan murabbi di Malaysia. Tanda kami selamat sampai.


Selesai makan, kami bersalaman dengan penggerak-penggerak yang bertungkus lumus dalam program aktiviti anak yatim ini. Ada sahabat yang sudah pun kami kenali, dan ada juga yang baru kami jumpa dalam program ni. Tapi semuanya ramah.


Saya dan munirah tidor di dalam kelas yang menempatkan tukang-tukang masak. Nampak sangat kami suka makan.huhu.

minum kat sini tak perlu cawan sebenarnya, mereka terus letak straw dalm jug dan terus minum=)


Pagi tu, kami sarapan pagi dengan pulut ayam dan nasi goreng. Setelah itu, kami melihat adik-adik yang sedang mengadakan aktiviti. Mereka sedang menyanyi dan dihiburkan dengan beberapa permainan yang disediakan oleh murabbi (fasi) mereka.


Kami dijemput untuk memperkenalkan diri dan aku diminta untuk menyanyikan lagu untuk mereka. Suara boleh baling ke laut, nak suruh menyanyi…Huhu. Saya menyanyi serangkap dari lagu Teman Sejati, tapi Pok Su dan Ismail provoke minta menyanyi lagi. Malu kat orang Malaysia, suara sumbang.


Kami bercadang untuk balik ke Malaysia pada hari Ahad, tapi di minta oleh sahabat-sahabat di sana menunggu sehingga tamat program pada hari isnin. Kata mereka, ada persembahan pentas oleh adik-adik. Kami berkira-kira. Kerana ada kerja yang perlu dibuat. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk pulang pada hari isnin.


Kami bermesra dengan adik-adik yang ada. Terharu kami melihat adik-adik yang sangat dahagakan kasih sayang seorang bapa. Ada yang berumur 4 tahun, datang ke program dan di ajar untuk berdikari. Walaupun masih memakai pampers, tapi dia telah diajar untuk membasuh pakaian sendiri. Petang sabtu ada program alif, ba, ta. Alif untuk agama. Ba untuk bahasa dan bangsa manakala ta untuk tanah air.


Di sini, mereka di beri kesedaran tentang siapa mereka dan bagaimana mereka terjajah. Ramai yang menangis, terkesan dengan apa yang disampaikan oleh pengisi. Ada yang berwatak garang, ada yang berwatak lembut. Aku di minta untuk memberi pengisian selama 5 minit (dalam watak tegas) menceritakan tentang bahasa dan bangsa. Time ni, rasa geram ngan pok su kerana aku di paksa rela!!


Seterusnya, Ismail membawa kami menaiki bukit, melihat keindahan alam. tinggi juga bukit tu, dapat melihat kawasan laut di Taluban.


sampai ke destinasi


Esoknya, pada waktu pagi, adik-adik bermain bola sepak dan bola jarring. Aku dan munirah mengambil maklumat adik-adik. Waktu yang terik, tapi adik-adik masih lagi bersemangat. Pada waktu petang, adik-adik akan berlatih untuk membuat persembahan. Manakala ibu-ibu akan hadir untuk mendengar ceramah berkaitan dengan Martial Law dan juga Emergency Degree (undang-undang darurat).


Melihat adik-adik berlatih untuk membuat persembahan, aku teringat pula kat Malaysia, adakah adik-adik kita dalam sendu atau gembira? Nanti ibarat peribahasa ‘kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan’.


Malam tu, ada buat kenduri arwah, mereka tumbangkan 3 ekor kambing. Buat masak kari. Mereka menjemput beberapa muslimin dari kampung berdekatan. Lepas ambil maklumat dari saudara A’tif, kami pun makan. Lepas makan, kami dihidangkan pula dengan persembahan adik-adik, murabbi dan juga jemputan. Ada yang bernasyid, ada yang bersyarah, ada yang berpantun. Huda meminta aku untuk membuat persembahan. Tapi, aku menolak kerana aku takut dan tak terbayang rasanya buat persembahan depan ramai orang di atas pentas.


Jam 11 malam, aku dan munirah bertemu Saiful, bertanya cara kepulangan esok hari. Saiful di meja pengerusi majlis, mungkin untuk melihat persembahan dari jarak dekat. Pengerusi bertanya, tak nak buat persembahan ke, tak…aku menjawab. Tapi, saiful provoke, meminta pengerusi meletaakn aku dan munirah untuk membuat persembahan. Kumpulan dari RAUDHAH katanya. Terus, pengerusi membuat pengumuman, persembahan jemputan dari Malaysia katanya. Ya Allah, seram sejuk dan bergetar tubuh bila disuruh buat persembahan. Gile!!


Untuk tidak menghampakan sahaat-sahabat di sana, aku gagahkan diri bila nama dipanggil dan naik ke pentas. Sempat aku berkata, jika tak sedap, senyum je yer=). Aku menyampaikan sebuah nasyid dengan suara ke laut aku bertajuk Rahmat Ujian..waaaa..pengalaman yang memalukan. Pok su kata, sape la yang bernasyid semalam, rasa nak baling selipar jer, eh, tak, rasa nak bagi hadiah selipar=)nampak sangat suara aku tak sedap.kah3..

=)


Pagi esoknya, kami akan pulang. Terasa sedih menyeliputi pagi itu. Wah. Kami menaiki kenderaan sahabat membawa kami untuk menaiki bas dari Taluban ke Hatyai. Mereka Che’ Lah, Sufian, Ismail, dan ramai lagi membayar tambang dan membeli kami sarapan (kita mesti layan mereka lebih baik, bila mereka berada di Malaysia, malu wehh). Sampai di Hatyai, Abdullah dan seorang lagi sahabatnya sedang menunggu kami. Sahabat di taluban, meminta Abdullah menemani kami di sini. Risau jika kami tidak sampai ke destinasi. Abdullah belanja makan=). Alhamdulillah, kenyang.


Jam 3 petang waktu tempatan, kami menaiki van ke Penang dan sampai pada jam 8 malam.

Monday, April 12, 2010

Budak dulu2 VS budak2 sekarang

Masa dulu-dulu bagitau kat mak nak pergi berkelah kat luar. Mak , adik nak p berkelah kat luar tau?

Mak pun jawab, pergilah makan kat luar tu, duk bawah pokok cempedak, tak pun bawah pokok deroyan kat umah opah. Jangan duk bawah pokok kelapa, jatuh buahnye timpenyer kepala.

Masa sekarang, Mak , adik nak p berkelah kat luar tau? Ngan kawan2 kat teluk batik, naik kereta ngan kawan2. mereka ajak untuk reunion. Dah lame tak jumpe katanya.

Mak pun jawab..ok..

Masa dulu-dulu nak pergi keluar rumah, kita akan minta izin pada mak. Mak, angah keluar sekejap pergi rumah salmah. Pergi main congkak kat umah dia.

Mak pun jawab, ‘jangan balik lewat. Kalau hari nak hujan balik. Kalau mereka ajak makan jangan nak makan plak. Malu, mereka pun tak de duit nak nak bg kita makan.

Masa sekarang. Mak,’ nak 10 ringgit, nak buat tambang bas pergi rumah kawan. Jangan tunggu angah tau. Angah balik lambat hari ni.

Mak pun jawab sambil hulur duit, karang kalau hujan bermalam la kat rumah dia, mak tak masak kat rumah tau.

Masa dulu-dulu bapak bagi duit belanja seringgit sekali tambang bas. Diam, tak kata ape. Takut kena marah pulak nanti.

Masa sekarang ni, kalu bagi seringgit tarik muka, kalu bagi dua ringgit, hulur tangan lagi, kalau tak bagi, hulur pisau kat leher bapak. hehehe

Masa dulu-dulu anak-anak duduk kat rumah, sambil belajar sambil tolong mak dan ayah buat kerja kat rumah. Bertuahnya dapat anak macam ni.

Masa sekarang, anak-anak memang duduk kat rumah. Siap terperap dalam bilik. Melayan computer riba sambil dengar lagu. Bertuahnya dapat kemudahan macam ni.

Masa dulu-dulu memang susah nak dapatkan kenderaan. Kena naik bas tak pun mintak tolong kawan-kawan tumpangkan.

Masa sekarang kalau tak de motor tak de hal…’woi, aku dah on the way ke rumah ko. Siap cepat, aku ambil ko kita g Bandar’. Tak payah mintak tolong ambik, kawan offer siap dengan pakej jalan-jalan.

Masa dulu-dulu. Apa nak jadi dengan kamu ni Mat, ustaz dah suruh hafal surah ni, tapi kamu tak dapat. Malam ni kamu hafal sampai dapat, esok ustaz nak tanya. Cian, Mat tido pukul 1 pagi kerana otak dia susah nak mengingat. Esok, tak dapat kena rotan pulak nanti.

Masa sekarang. Apa nak jadi dengan kamu ni Mat, ustaz dah suruh hafal surah ni, tapi kamu tak dapat. Malam ni kamu hafal sampai dapat, esok ustaz nak tanya. Malam tu. Mat tido pukul 1 pagi. Bersama-sama kawan-kawan pasang strategi. Esok, masa ustaz nak masuk kelas, Mat tunggu ustaz dengan meja empat segi bersama kawan-kawan kat selekoh makmal biologi.


Masa dulu-dulu mak dengan ayah sambil tonton tv, suruh anak masuk tido. Takut bangun lambat nak pergi sekolah esok pagi. Anak-anak patuh, cium tangan cium dahi, selamat malam abi dan ummi. Ayah dan mak sambung tengok tv sampai berita dunia tamat.

Masa sekarang, emak dan ayah awal-awal dah masuk tido. Takut lambat pergi kerja esok pagi. Anak-anak ambil alih tengok tv, cd bertukar ganti kalau belum 3 pagi itu tanda tak stay up muda-mudi=).

Masa dulu-dulu, mak pesan. Kamu minah, ‘belajar elok-elok, sunguh-sungguh, kamu tak pass aku kawinkan kamu’. Minah buat muka cebik tanda takut tak nak kawin.

Masa sekarang, dah la malas nak belajar. Minah merayu nak kawin walau baru sebulan akil baligh. Minah..minah.

p/s: banyak kejadiam macam ni sekarang. Anak-anak tak takut pada mak bapak. Tapi yg lebih dewasa takut pada yang muda. Jiwa muda memberontak. Dulu parents yang banyak cakap, sekarang anak-anak dah pandai menjawab, mak bapak pulak malas nak celoteh panjang nanti kata tak sporting. Di luah mati akal , ditelan mati tercekik. Kita yang mendidik anak, bukan anak yang mencorak kita.

Monday, April 5, 2010

Tanggal 1.4.2010 -3.4 2010 aku, kak nisa, munirah, zakaria, abg nizam dan ustaz Kamaruddin menaiki unser ke Pattani. Kami ke sana untuk menziarahi keluarga yang ditembak iaitu Keluarga bardatee sempena 40 hari kematian dia dan ibunya. Selain itu, kedatangan kami adalah untuk menyiapkan laporan yang sudah bertangguh dan urusan mengadakan program pada 1.5.2010-9.5.2010 di Pulau Pinang.


Sesampainya kami di sini, keadaannya seperti biasa. Aman damai dan orang ramai menjalankan rutin harian masing-masing.


Kami memulakan program kami dengan merasai keenakan makanan dari bumi Pattani. Tanpa berlengah kami menuju ke Yala. Di sana Chu Ya dan Huda sedang menunggu kami. Alhamdulillah, kami dipanjangkan umur untuk bersua kembali dengan sahabat di Pattani.


Seusai solat jamak’ dan makan malam. Kami meuju ke Pejabat Deep Peace untuk menyiapkan laporan dan saya bertemu Chu Ya bagi menerangkan program yang akan dijalankan di Pulau Pinang. Kami berbincang secara serius dan setelah tamat sesi perbincangan aku dan Munirah dihantar ke tempat penginapan sementara abg nizam dan Kak nisa meneruskan kerja menyiapkan laporan. Manakala zakaria dan ust.din membuat kerja masing-masing.


Sebelum sampai di Pattani, abg nizam telah memberikan tugasan buat kami semua. Aku akan menyiapkan bahagian latar belakang HAP dan Deep Peace, munirah menjadi penulis manakala Zakaria sebagai jurukamera dan video.


Tanggal 2.4.2010, kami dikejutkan dengan satu Lgi kes tembakan yang mengorbankan 3 nyawa di sebuah restoran dan 6 orang di satu kawasan yang lain. Kami bergegas ke tempat kejadian walaupun hajat hendak ke kampung Kucing Lepas.


Aku sedikit berdebar-debar untuk ke tempat kejadian. Mungkin kerana ini pengalaman pertama buat aku. Setelah sampai di gerai yang dimaksudkan, kami di sambut oleh keluarga mangsa dan orang kampung yang ada di situ.


Kami ke sini ditemani oleh Darani dari deep Peace, chu Ya dari HAP dan Saudara A’thif bekas pelopor kebangkitan mahasiswa terutamanya muslim di Pattani.


Tidak sampai 5 minit kami di rumah mangsa, beberapa orang askar telah datang ke tempat kejadian dan bertanyakan kami beberapa soalan. Mujur A’thif dan Chu Ya ada untuk membantu. Saat ini, hatiku memang berdebar-debar. Kerana masih kagi tidak biasa dengan keadaan sebegini. Bagi penduduk di sini, itu perkara biasa dan mereka sudah lali dengan situasi askar yang datang ke rumah. Untuk laporan keadaan keluarga dan laporan penuh berkenaan dengan kes ini anda boleh lawati blog http://amanpattani.blogspot.com/ atau http://urusetialandas.blogspot.com/

Jam 5 petang, kami meneruskan perjalanan ke ban Kucing Lepas (Kampung Kucing Lepas) untuk menziarahi keluarga Bardatee yang mengadakan sedikit kenduri. Walaupun perut kami masih kenyang setelah makan bersama dengan askar tadi, kami tetap makan di rumah ini kerana mereka amat menanti kedatangan kami dan menyediakan lauk-pauk yang sedap-sedap belaka.


Tersentuh hati aku bila melihat anak cilik ini bermain bersama sepupunya Ya. Hikam yang telah kehilangan ibu dan ayah akibat ditembak masih lagi takut dan ragu-ragu untuk bersalaman dan bermesra dengan kami. adiknya yang baru berusia 1 tahun 3 bulan terpinga-pinga melihat kedatangan kami. anak yatim yang tidak mengerti apa-apa. Chu Ya meluahkan hasrat untuk mengambil mereka sebagai anak angkat. Semoga nasib mereka terbela kelak. InsyaAllah.


Malam tu kami kepenatan. Tapi ada misi lain yang perlu diteruskan. Aku perlu mendapatkan latar belakang Deep Peace dan HAP untuk laporan. Tapi, malangnya lain yang jadi. Abg nizam keluar tanpa memberitahu aku dan Munirah. Oleh itu, kami tertidur hingga ke subuh.
Hari terakhir kami di sini, kami mengambil sedikit masa untuk membeli belah dan seterusnya ke ladang garam di daerah Pattani. Pada masa ini, garam telah dapat ditarik dan hasilnya telah boleh di jual. Setiap segantang harganya 10 kok.


Kami meneruskan perjalanan pulang ke Pulau Pinang dan aku sampai di rumah pada jam 11.00 malam. Alhamdulillah, aku dan yang lain selamat sampai.