Monday, April 20, 2009

Keperluan atau Kehendak??

Dahulu kita hanya memikirkan bahawa hanya ada tiga keperluan yang penting untuk kita terus hidup. Makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kini, mungkin terdapat banyak lagi keperluan yang perlu ada untuk memenuhi tuntutan hidup setiap manusia. bernarkah?

Telefon itu keperluan atau kehendak?
kamera digital itu keperluan atau kehendak?
kereta itu keperluan atau kehendak?
pizza hut itu keperluan atau kehendak?
Secret receipe itu keperluan atau kehendak?

satu-satu perkara yang kita perlu fikirkan dengan berhati-hati sebelum membeli sesuatu barang atau perkhidmatan yang kita rasa perlu untuk diri kita. Berbaloikah kita membeli barang tersebut atau sekadar untuk memenuhi kehendak kita yang mungkin kerana nafsu yang membuak-buak apabila melihat sesuatu yang kita minat. Cuba anda fikirkan? Tak salah untuk menikmati sesuatu tapi biarlah besederhana supaya tidak merana.

Nabi Muhammad SAW juga seorang yang amat sederhana dalam menjalani kehidupan sehariannya. Mari saya bawakan anda satu kisah: seorang sahabat nabi Saidina Abu Bakar (sila betulkan jika salah) telah datang ke rumah baginda dan sahabat tersebut amat sedih tatkala melihat RAsullah SAW hanya tidur di atas pelepah kurma dan badannya berbirat-birat akibat terkena pelepah kurma tersebut. Dan sahabat berkata, Ya Rasulullah, kita memegang kunci dari dari masyrik ke maghrib yakni dari timur ke barat tapi aku sedih melihat engkau tidur dalam keadaan begini. Rasulullah SAW menjawab bahawa “ aku seorang Rasul dan bukan seorang Kaisar atau raja yang engkau lihat hidupnya seperti dalam kemewahan”

Dan ramai insan-insan yang berjaya bukanlah terdiri daripada mereka yang hidup dalam kemewahan dan ditaburkan dengan kebendaan. Saya mengambil contoh seorang peniaga atu usahawan yang berjaya dalam perniagaanya sehingga ke seluruh dunia , Amancio Ortega Gaona antara 10 lelaki terkaya di dunia yang mempunyai perniagaan di seluruh dunia dalam penghasilan pakaian iaitu ZARA. Ortega seorang yang tidak suka untuk memakai tie atau pakaian yang formal. Dia lebih suka memakai jeans dan meluangkan masa bersama keluarga serta pekerjanya. Walaupun dia sangat berjaya dan antara yang terkaya di dunia, anda mungkin tidak mengenalinya kerana dia tidak akan menerima sebarang temubual dan gambarnya tidak pernah dipertontonkan kecuali hanya ada satu gambar di website Inditex kerana dia seorang yang sangat merendah diri.

Saya nak membawa anda pergi ke satu fenomena yang mungkin kita terlepas pandang atau sengaja buat-buat tak pandang. Sekarang ni jika kita lihat manusia semakin bermewah-mewah dan bermegah-megah dengan barang yang ada. Tak cukup dengan kereta MyVi nak beli kereta Satria Neo, tak cukup dengan sebiji kereta nak lagi sebiji. Bukan tak boleh, tapi ikutlah kemampuan diri kita. Kalau nak beli sesuatu itu kerana kehendak kita baik kita fikirkan terlebih dahulu. Kerana jangan sampai kita merompak diri kita sendiri. Merompak diri sendiri? Kita yang tiada duit tapi meletakkan pisau di tengkuk kita untuk mendapatkan sesuatu barang untuk memenuhi kehendak dan kalau tak mampu nak bayar kan pisau tu makan diri sendiri. Fikir-fikirkanlah.

Sebenarnya kebanyakan barang yang kita hendakkan tu adalah untuk kehendak diri kita sebenarnya. Bukan untuk keperluan. Mari saya bawa anda menyelusuri satu tabiat manusia yang mungkin anda tak perasan atau buat-buat tak perasan. Bagi kaum hawa jangan marah yer. Saya juga kaum hawa yang mungkin kadang-kadang melakukan perkara ini. Cuba anda tengok tudung anda. Berapa harga paling mahal yang pernah saudari beli? Saya pernah beli harga tudung yang paling mahal iaitu RM 40. Pada saya mahal tu. Masa keje dulu. Sekarang baru rasa menyesal. Jika fikir balik boleh beli empat dengan harga RM 10 setiap satu. Bukan saja berkualiti malah besar dan tak jarang. Anda boleh fikir tudung ape yang jarangkan. Bila saya fikir-fikirkan semakin jarang tudung tu semakin mahal harganya. Saya pernah melihat harga sehelai tudung yang mencecah ratusan ringgit. Wow! Boleh beli banyak benda tu. Harga yang mahal disebabkan oleh batu-batu dan sulaman yang ada di keliling tudung. Saya pun tak tahu batu ape yang dia pakai tp yang penting bukan batu jalan kerana batu jalan murah sikit. Cuma kalau batu dia yang berat-berat tu korang jangan la pakai. Tengkuk korang boleh sakit kerana menanggung beban yang berat dibelakang tudung anda yang dipenuhi batu (dr.belum sahkan lagi).

Kadang-kadang saya pelik juga dengan peradaban manusia pada masa sekarang ni. Mari saya bawa anda melihat satu perhiasan duniawi. Mungkin kadang-kadang anda curi pandang atau sengaja pandang lama-lama untuk kaum adam khususnya. Sekarang ni kaum hawa lebih suka pakai pakaian yang kainnya labuh dan panjang berela-ela. Tapi kat bahagian lain terdedah sana sini. Nak kata tak cukup kain nak buat baju, ape guna kain yang bertaburan menyapu lantai tu? Kan bagus kalau diletakkan ditempat yang betul untuk menutup aurat. Nampak cantik dipandang mata dan damai di jiwa. Tapi itulah fesyen. Kalau tak ikut fesyen ketinggalan zaman pula. Bukan tak boleh nak ikut fesyen, tapi biarlah kena pada tempatnya dan yang lebih penting kena pada aturan agamanya. Kepada mereka-mereka yang membuat pakaian tu, pastikan anda menjahit pakaian yang menutup aurat buat pelanggan anda kerana jangan sampai anda ditanya di akhirat kelak. Itu kerja Allah bukan kerja saya. Saya hanya menyampaikan sedikit peringatan dan juga mengingatkan diri saya sendiri yang tidak sesempurna ini. Ramai yang akan kata, ilmu tak cukup lagi untuk menegur orang lain. Jika kita hendak menunggu ilmu kita cukup, sampai bila? Ilmu yang ada dalam diri kita jika dikumpulkan hanyalah setitis air lautan sahaja. Jadi, sampaikanlah walaupun sepotong ayat kerana jika menunggu ilmu penuh di dada, tiba-tiba terasa diri telah berada di alam seterusnya. Bukankah sudah terlambat? Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Sekarang ni zaman dah canggih. Semua benda dah berubah. Semua benda memerlukan teknologi dalam penghasilannya. Tak de teknologi tak de kepuasan dalam memiliki sesuatu. Era teknologi, semua barang dan produk yang dihasilkan perlulah mempunyai ciri-ciri mudah digunakan, mudah dibawa, berkualiti dan selesa. Oleh yang demikian, barang tersebut perlulah mempunyai ciri-ciri yang baik, seperti kecil, banyak kegunaan dan mahal itu salah satu dari ciri yang menunjukkan ‘nilai ‘untuk satu-satu imej pada barangan. Bukan sahaja telefon dan kamera perlu ada ciri-ciri begini. Pakaian dan tak terlepas juga tudung yang bermacam jenis seperti tudung ____ juga memerlukan ciri-ciri ‘kecil’ supaya mudah dibawa, selesa dan mudah digunakan. Faham-fahamlah sendiri.

Islam dah bagi garis panduan yang cukup baik dalam menjalani kehidupan seharian kita. Dan islam itu pun ad-din iaitu cara hidup. Kan bagus kalau kita ikut cara hidup yang sederhana supaya hidup kita lebih bahagia dan tak perlu menanggung beban hutang keliling pinggang. Hutang kereta, rumah, macam-macam lagi. Setiap yang dilakukan jika ada keberkatan lebih manis dan lebih kepuasannya.

Diambil dari idea-idea sahabat-sahabat semasa mengikuti ‘bedah buku’ di cafĂ© Bakti. Izinkan saya. yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. maafkan saya.

No comments: