Tuesday, March 16, 2010
mari berpantun
Monday, March 8, 2010
kesayangan bonda
ambil cuti pada hari jumaat dan bergegas balik ke kampung
semua dah rindu..so,ambil keputusan untuk balik walaupun ada program yang lain menanti.
bas jam 8.30 malam tapi bertolak pada jam 8.45malam (malam jumaat). perjalanan terasa lama walaupun aku tertidur sekejap.
sepatutnya sampai dalam 9.45 malam. rupa-rupanya ada aral melintang...
- bas bertolak lambat..coz dari sungai Petani
- bas berhenti kat R & R bukit gantang
- keluar dari bulit gantang jalan jem....orang buat jalan
adik yang tunggu kat stesen bus dah bertanya beberapa kali pukul berapa nak sampai. adik yang bongsu bersama dengan mak di rumah juga sms tanyer nak sampai pukul berapa. risau n tak sabar nak jumpa aku la tu..huhu..
adik:kak yong kat mane 2?
penguin: dalam bas lagi...bas berhenti plak kat R&R..jgn tido lagi tau..ckp kat mak..
adik: ye le. cepat ckit balik. nant tido plak mak. bye.hati2.salam
penguin: yer tau..tunggu tau..jgn tido.
adik: ye le. mak takkan tdo punyer.kan kamu anak kesayangan mak, mesti la mak tunggu kak yong.
(aku dalam rasa terharu..huk2)
penguin:yer la..mak syg kak yong..n sayang semua ..takkan mak tak sayang..
adik: memag semua mak sayang, sape kate mak tak sayang ciah dengan apit, mest la mak sayang anak-anaknya.ciah pun sayang mak. mak bagaikan ratu hati ciah.
(ape la adikku ni..hehe..)
sambil ber'sms, dalam bus menghilangkan rasa bosan. samapi di rumah..jam 11 malam..semua belum tido..huhu..
berikan ole2 dari patani n bercerita hal di
mase di kampung, aku habiskan masa bersama adik-adik dan emak. hari pertama, lepas solat Jummat, adik bawa ke tesco
lepas tu, masa banyak dihabiskan dengan menonton VCD, adik nak tengok dengan kakaknya. tengok cerita Santau, Avatar, My Name Is Khan, Merantau,...wah...lagha2..
waktu petang, ronda2 kat kampung..tp tak singgah pun umah opah, selalu setiap kali balik akan singgah, tapi belum ade kekuatan lagi..nant mest bnyk soalan..n malas nak jwb soalan tu n ade rase malu..benci tulla...rasa nak buat saman malu jer..mintak rm 1 juta...kayo den..kayo...
3 hari kat rumah tak banayk buat hal...just chit chat dengan famili jer..tp tau2 jer..dah nak mlm..hm..cepat betul masa berlalu..
ok..keep in touch,salam=)
Thursday, February 18, 2010
Cinta Bertaut
(selatan Thai )telah dimakbulkan Allah. Ikuti kisah pengembaraan saya=)
menaiki van
Bermusafir bersama kak fatin dan ana ke Sel Thai dengan menaiki van. Membeli tiket dan pergi ke pengurup wang berlesen untuk menukar RM ke Bhat. Harga tiket RM 30 setiap seorang. Dalam perjalanan kami menaiki van bersama dengan 3 orang pelajar dari
ni la..pelajar USM yang tolong kami...
Selepas itu, kami menaiki van untuk meneruskan perjalanan ke Yala. Masa yang di ambil kira-kira 4 jam. Di sini, pelajar USM tadi hanya tinggal seorang sahaja iaitu Bes. Yang lain mengambil haluan masing-masing. Tak sampai separuh jalan van yang dinaiki rosak kerana kepanasan. Jadi, kami terpaksa menunggu untuk menukar van yang lain. Alhamdulillah, kami sampai ke Masjid Yala (Kedai Lama/Kedai Buruk) pada jam 3.30 petang.
Seusai solat jamak, kami menunggu Huda untuk membawa kami ke Pejabat Deep Peace. Alahai dekatnyer, jalan kaki pun boleh, tapi memandangkan mereka sangat mengambil berat terhadap kebajikan dan keselamatan kami, sebab itulah kami menaiki motosikal.
Seterusnya, kami ke tamptat program berlangsung, kami ditempatkan di sebuah asrama Pusat Pengajian. Di sini, kami bertemu dengan peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam program ini. Mereka terdiri daripada isteri-isteri dan ibu-ibu yang kematian suami atau suami mereka telah syahid. Subhanallah, melihat semangat mereka datang membawa anak-anak kecil untuk berprogram, runtun hati saya melihatnya.
Malam itu, kami bertaaruf bersama-sama. Lebih kurang 45 orang peserta yang mengambil bahagian. Alhamdulillah, di sini, kami dipertemukan juga dengan sahabat-sahabat Patani yang pernah datang ke
13 Februari 2010
Masa di Selatan thai adalah 1 jam lewat dari
Subhanallah, terbentang luas petak-petak seakan sawah, tapi itulah tempat untuk membuat garam. Tapi, pada masa ini garam belum lagi dapat dihasilkan. insyaAllah pada bulan April barulah hasilnya di perolehi.
tgk garam yg dah siap
Kami pulang dan singgah untuk makan tengahari serta membeli cenderahati untuk di bawa pulang ke tanah air.
Pada waktu petang, sesi pembentangan oleh para peserta. Di sini, kami menyelami perasaan mereka yang kematian suami atau suami mereka dipenjarakan. Mujurlah pada waktu ini, Sufian, Pok Su, dan Che Lah sibuk menterjemahkan ape yang di beritahu oleh para peserta. Walaupun mereka bercakap dalam bahasa melayu, tapi sukar difahammi kerana dialek Kelantan yang pekat.
=)
Jam 5 petang kami ke Kedai Lama untuk membeli belah untuk kenangan semasa berada di sini. Kami menaiki tuk-tuk ditemani oleh Kofsah, Nirwana, Alia dan Zubaidah. Banayk barang yang kami borong sampai tak sedar dah Maghrib.
ni la koje kami..makan
Malam ini adalah malam terakhir kami di Yala. Rasa hiba dan sedih sudah mula hadir kerana akan meninggalkan sahabat-sahabat di sini. AJK Deep Peace menyuruh kami untuk memberikan sedikit persembahan kepada mereka. Dalam masa yang singkat untuk berfikir, kami sebulat suara ingin mempersembahkan sebuah nasyid yang bertajuk Teman Sejati dari Kumpulan Brothers. Sebelum itu, aku telah memberikan sedikit ucapan untuk mereka. Ya, aku sangat kagum apabila melihat mereka berani dan hidup di
14 Februari 2010
Selepas sarapan, aku, kak fatin, dan ana berangkat ke terminal di temani kak Hani. Di
mereka yang hantar kami ke terminal
Kami meneruskan perjalanan dan dalam perjalanan ini kami di uji dengan pelbagai ujian kecil yang lucu. Menaiki van bersama 4 orang lelaki Inggeris sangat melucukan. Mereka sanggup membuka baju kerana kepanasan. Tambahan pula, pemandu yang memasang radio dengan kuat, dan kami betul- betul berada di hadapan system bunyi.
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di USM dan berada di rumah pada jam 6 petang.
Terima kasih Ya Allah kerana menghantar kami selamat pergi dan pulang. Amin…
Wednesday, February 10, 2010
ke jinjang pelamin....bersantai di tepi pantai (klik untk tgk gambar)
akhirnya separuh dari ibadah sudah diselesaikan..
perkahwinan sepasang mempelai yang telah diijabkabulkan pada tanggal 5 Februari 2010
yang penting kenduri ni kenduri kak ila..rakan sepejabat aku..huhu
lebih kurang 4 jam mase yang diambil nak pergi ke rumah dia. dari pulau pinang menuju ke pulau pangkor dan seterusnya menaiki feri.
dalam perjalanan kadang-kadang terfikir juga..betulke jalan yang diambil ni..coz baru first time pergi dengan org yg tak tahu jalan ke sana dan kita jd co-pilot..huhu..tp yang bestnya..selamat sampai dengan baik.
masa di sana sempat la juga shopping makanan laut. di laluan perjalanan untuk pulang. sempat juga aku singgah ke rumah ku di kampung ketior..Alhamdulillah melihat muka mak dan juga adik dan rumah yang tidak berselerak bila aku tiada..hehe..aman rasanya
walaupun ada peristiwa yang tak dapat dilupakan masa ni..tapi aku gembira kerana aku dikurniakan seorang sahabat yang baik..
hari ahad yang seterusnya..aku ke teluk bahang..di sana bersama dengan rakan2 untuk rehlah Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) walaupun hanya 14 orang yang hadir, tapi aku melihat bahawa itulah kemampuan yang kami boleh lakukan..sebab tu la Allah hantar 14 orang sahaja..kalau tak, entah pukul berapa kami akan pulang memandangkan petang tu kul 3 ada press conference.
rehlah API ni berkonsep santai..kami berjalan ke pantai lebih kurang 2 km. di suku perjalanan kami bertemu dengan ular yang melingkar...wah..mengucap panjang rasanya..nasib baik ular ni diam je..tdo kot..huhu...di sini, kami buat BBQ dan seterusnya kaum muslimin mandi manda. air sangat jernih dan dapat melihat ikan-ikan kecil dan beribu-ribu sibut. subhanallah...
sambil berkenal-kenalan..kami mengisi minda kami dengan pengisian yang diberi oleh Saiful dan abg Salman...seronok2...
rehlah tamat pada jam 1.00 petang dan semua balik dalam kepenatan dalam gembira=)
Monday, February 8, 2010
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya
Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa
Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati
Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati
Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi
lagu khas untuk diri aku, n sebagai ingatan pada semua...semoga kita masih lagi dalam nikmat islam dan iman insyaAllah..
terima kasih sahabat kerana mnyedarkan aku
Monday, February 1, 2010
banyaknyer salah aku...
cube semua bagitau
kenapa kalau orang lain buat mereka anggap tu sebagai lawak
HiasaN indah Dunia...
pincang geraknya
lamunanku tersentak....
kulihat ada sisa-sisa keriangan yang kembali bertamu
masihkah ada harapan yang tinggi menggunung
atau ku buang jauh ke laut dalam
ya
genggamlah saat-saat manis yang masih bertaburan di hadapan mu
jangan biarkan garis-garis kedukaan mencengkam tubuh berdiri
bangkitlah urat-urat semangat
menegakkan sendi-sendi kekuatan
agar salur-salur kemenangan
menjadi tunjang saraf pengabdian
dalam tawaduk rasa berTuhan.