Wednesday, October 28, 2009

kerana aku seorang perempuan..part 3

Rindu pada universiti setelah tiga bulan bercuti. Sesampainya aku di sana, aku mengambil keputusan untuk meminjam buku-buku tambahan untuk sesi pembelajaran pada semester ini. Jika terlambat, buku-buku akan dipinjam oleh pelajar lain dan belum tentu aku dapat meminjamnya dalam masa yang dikehendaki. Lebih baik aku menelaah terlebih dahulu sambil membuat nota awal.

Walaupun aku bersendirian di Desasiswa Cahaya Gemilang aku bertuah kerana mempunyai sahabat baik. Nina, Shanti dan Aju, merekalah teman baikku di universiti. Walaupun mereka rakan sekuliah, tetapi, aku lebih rapat dengan Din, Najib, K-E dan Amin. Merekalah teman sekuliah ku yang sangat baik dan sentiasa menemani aku ke mana sahaja jika aku perlukan teman. Walaupun ramai mata-mata yang memandang kami dengan pandangan yang sinis, tapi aku tak peduli. Kerana aku tahu, kami lebih tahu siapa kami. Makan bersama, bersenam dan beriadah bersama juga yang paling seronok bila membuat tugasan dalam kumpulan, kami tetap berlima.

Pernah sekali Najib menegur aku kerana berkawan dengan lelaki dan perangai aku juga seperti lelaki.

“Nad, kenapa ko suka berkawan dengan kami yer? ko kan perempuan”?

“Sebab korang semua baik dengan aku”, jawabku.

“Tapi ko tak nampak ke orang lain tengok kita lain macam jer”, tambah Najib

“Betul tu, ko kan perempuan. Tiba- tiba aku teringin nak tengok kau pakai baju kurung la Nad, mesti nampak ayu”. pintas K-E.

“Biarla apa orang lain nak cakap, kalau korang semua tak nak kawan dengan aku sudah, kalau korang nak tengok aku pakai baju kurung baik korang tak payah kawan dengan aku”, dengan nada marah aku menjawab soalan mereka.

Amin menenangkan suasana dan akhirnya kami tetap menjadi kawan rapat sehingga hari ini.

Bukan aku tak tahu, tak manis aku berkawan dengan mereka. Tapi aku lebih selesa berkawan dengan lelaki dari perempuan-perempuan yang suka bergosip dan mengumpat tak tentu masa. Lagi aku tak suka bila terpaksa menunggu mereka untuk bersiap ke kuliah. Boleh buat hati panas. Nasibla aku tinggal seorang, kalau ada teman sebilik, mesti banyak masa aku dihabiskan dengan melayan cakap-cakap kosong, melihat dia dengan pakaiannya, make up dan cerita tentang lelaki idaman. Bosan.



Semester ini berlalu dengan begitu pantas. Setelah tamat peperikasaan akhir, aku mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung kerana cuti hanya sebulan. Aku bekerja di Tesco Extra Sungai Dua sebagai jurujual. Pendapatan yang aku terima akan aku hantar sedikit ke kampung untuk belanja bapak, mak dan adik-adik di kampung. Seronok bekerja di sini, kerana aku dapat pengalaman yang lebih mencabar dan mengetahui selok belok perniagaan yang lebih besar julatnya berbanding semasa aku bekerja di R&R dahulu.

2 comments:

Unknown said...

suka la baca citer kak azwa.. Rasa tak terkonkong dengan satu konsep.. hmm

teruskan menulis wahai kakaku..

menulislah demi kebenaran..

:)

penguin kutub said...

thanks fairuz...;-)