Thursday, July 23, 2009

Sepanjang perjalanan

pejam celik, pejam celik...dah tiga bulan aku menjalani latihan praktikal kat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) ni..dan dah 3 bulan juga aku menimba pengalaman baru untuk hidupku yang dah 23 tahun melihat dunia ni. selama 60 hari juga aku menerima pesanan SMS mengucapkan selamat menjalani latihan praktikal untuk memberi semangat kepada diri ini setiap hari untuk pergi ke MPKK. terima kasih yer...
walaupun pelbagi dugaan yang terpaksa dihadapi tapi itulah pengalaman dan cabaran yang mematangkan diri. Alhamdulillah, dapat juga aku menghabiskannya dengan senyuman dan tangisan gembira. InsyaAllah..
setiap hari pergi bekerja aku akan menaiki motorsikal abangku..terima kasih yer kerana sudi tumpangkan dan menukar kerja syif anda kepada normal yer abang..huhu..walaupun bawa motor macam orang dah terlambat tp alhamdulilah..selamat juga sampai.. harapa petang ni dan esok pun macam tu..
dalam perjalanan setiap pagi, aku akan melihat panorama yang sama dan sedikit berbeza. aku akan terjumpa seorang lelaki tua yang menaiki basikal ke Bandar Kuala Kangsar sejauh 8 km setiap pagi untuk ke market membeli ikan dan sayur. Bersemangat sungguh walaupun usia sudah menjangkau 70 tahun.
selepas itu, juga seorang lelaki tua tapi berbangsa Cina yang setiap pagi berlari mengelilingi padang bola keranjang untuk berjogging. 3 bulan aku menjalani latihan praktikal mungkin 5 kali jer aku bersenam.
Aku berjumpa pula dengan seorang lelaki yang setiap hari sabar menunggu bas untuk ke tempat kerja. sambil berdiri dia akan tersenyum kepada kenderaan yang lalu lalang. mulanya aku ingatkan dia gila..tapi rupanya tidak.maafkan aku.
Tiga peristiwa di atas adalah peristiwa yang setiap hari aku lalui. Akan aku ingati peristiwa ini sebagai kenangan manis untuk ke tempat kerja.
Aku sangat bertuah kerana aku dapat merasai bangunan baru MPKK yang baru sahaja dirasmikan dua bulan yang lalu. Aku dan staf2 yang lain juga bertungkus-lumus untuk menyiapkan majlis perasmiannya. tiga bulan disini mengajar aku bahawa tidak semua orang boleh bekerja dalam satu pasukan. Walaupun berkawan rapat, tetap ada perselisihan faham. itu perkara biasa.
pekerja2 di sini majoriti melayu dan sangat peramah. walaupun ada juga yang tak peramah tapi asalkan mereka boleh tersenyum itu dah kira baikla..kat sini aku dapat kawan rapat ada kakak, adik dan abang pak cik...kak wa adalah teman rapat ku...mungkin kerana nama pun dekat2 sama. kat cni, mereka panggil aku wawa..huhu..walaupun panggilan yang nampak mcm manja dan keanak-anakan tapi aku senang dengan panggilan tersebut.
Selama aku di sini, aku dilayan dengan baik, dan mereka tak pernah pun marah aku. tapi tiba minggu terakhir, aku sedikit terasa dengan dua insiden yang berlaku..kesalahan yang tidak disengajakan..tapi mengajar aku untuk lebih berhati-hati selepas ini.
aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pekerja2 MPKK yang selalu membantu dan memberi tunjuk ajar..dan juga radio sinar fm yang membantu menghilangkan kebosanan ku semasa ketiadaan kerja untuk dilakukan..huhu.
semoga ukhwah yang terbina akan kekal hingga selamanya. buat staf2 pentadbiran, EN.Othman bin Mat Sani, kak saibah, kak aripah, kak ina, kak shima. en. murad, abg halil dan en. arif...terima kasih atas segala tunjuk ajar dan tidak lupa juga pada staf jabatan-jabatan lain di MPKK. minta maaf jika terdapat sebarang kesalahan yang telah dilakukan sengaja ataupun tidak sengaja.
sekian...semoga bertemu lagi..

Monday, June 29, 2009

SelaMAt HAri LAhir


ada yang sebut selamat hari jadi...

bila tiba hari lahir...tepat jam 12.00 tengah malam berpusu-pusu inbox di handset masuk SMS. nak ucap selamat hari lahir pada tuan empunya badan.

happy birthday!! semoga panjang umur, murah rezeki dan dipercepatkan jodoh..huhu

Selamat hari lahir..hope tahun ni tahun yang terbaik buat ko...nak hadiah tak?huhu..

buat yang tersayang..selamat hari lahir kuucapkan, semoga dikau panjang umur dan kita akan bersatu selamanya...salam sayang dari yang mencintaimu...kwa3...

hm... ayat2 yang selalu kita dapat bila tiba hari lahir kita..betul x?

ada juga yang menyambutnya dengan mengadakan parti atau keramaian untk menyambut hari lahir...dengan sebiji kek yang tertulis "SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 23", belon-belon yang dipasang dan diletakkan di tiang2. tak kurang juga yang meraikannya di Pizza Hut atau di KFC...

bagus la..ada kawan2, sahabat dan adik beradik yang ingt hari bersejarah kita...tapi mungkin kita lupa hari bersejarah kita ni bermula dari kudrat ibu kita..mungkin kita tak lahir ke dunia ni...berjerih perih mak kita nak melahirkan untuk detik-detik bersejarah tersebut..tanggal 7.8.1986 lahirlah seorang bayi ke dunia tepat jam 9.12 pm...contohnya....

bukan saat melahirkan saja..malah saat 9 bulan 10 hari mak kita mengandungkan kita..membawa kita kemana sahaja...hidup kita di dalam rahim mak kita..lama masa yang diambil untuk kita menatap dunia ini...

hm....oleh itu, apa kata kita ubah sedikit pemikiran dan mungkin sistem budaya yang telah lama tersemat di hati kita ni,.dengan mengucapkan selamat hari lahir pada mak-mak kita semua bila tiba hari lahir kita..ye la...mak kita yang melahirkan kita..tapi kita tak ucapkan apa-apa pun..apa salahnya mengucapkan terima kasih kepada mak kerana melahirkan kita ke dunia ni...betul tak? kalu ada rezeki berikanlah hadiah kepada mak kita....tak habis duit kalau kita beri hadiah untuk mak.

tapi.......kalu ada sahabat yang beri kita hadiah...itu dah dikira rezeki dan satu yang baik untuk diterima..menggembirakan orang disekeliling kita kan bagus tu...

aku pun belum buat macam ni lagi...tapi tiba-tiba terfikir dan nak kongsi dengan semua pembaca yang sudi baca blog ni...insyaAllah..















Wednesday, June 10, 2009

PITAm

Hari Jumaat yang agak membosankan bila tiada kerja untuk dilakukan selain mengemaskini data-data yang berlambak-lambak sehingga terasa mata berpinar akibat terlalu lama memandang skrin computer yang tak nampak pun ape yang menariknya.

Dalam kepayahan meneruskan hari-hari sebagai pelajar praktikal, aku mengisi masa lapang dengan menulis dan menyiapkan laporan yang masih tergendala dan belum disiapkan. Buntu memikirkan apa yang perlu di tulis atau lebih tepat perlu digoreng supaya laporan nampak sejuk mata memandang sejuk lagi hati membaca..huhu..gurau jer…

Namun hari ini ujian Allah datang..ujian kesedihan diri melanda. Mungkin kerana emosi yang tidak stabil sehingga tidak terasa kegembiraan yang hadir.

Tepat 12.15 tengahari, aku meninggalkan computer untuk berehat. Perut terasa sakit, tetapi tetap aku gagah mengikut kakak-kakak MPKK untuk teman mereka g shoping. Sampai tempat makan, aku duduk melengung tunggu mereka habiskan makanan. Bukan tak nak makan, tapi tak de selera nak makan. Biarla, aku rasa aku masih kuat masa tu.

Berjalan dan terus berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Satu baju telah di beli oleh kak salwah, lepas ni kedai kasut plak. Aku sekadar mengikut dan mencuci mata sambil menahan sakit perut dan sakit kepala. Dah banyak kedai berhenti, tapi kasut yang berkenan di hati tak juga kak salwah temui. Aku mengikut lagi langkah mereka-mereka yang berduit niii..huhu..

Tiba di satu kedai, aku dah rasa macam dunia berpusing dan pandangan semakin gelap. Ape lagi, tak bleh nak cover dah…aku jatuh kat depan satu kedai..rasenyer macam aku pengsan, tapi tak tau la kalu rasenyer seperti tidur..huhu..tau2 jer aku dah ade kat satu kerusi hijau kat kedai tu…

Tak de benda yang aku fikir selain nak balik rumah. Tangan terasa tak mampu nak mencengkam telefon, tapi aku tetap menekan-nekan untuk menelefon adik. Talian tak dapat disambungkan. Terlupa yang time tu orang solat Jumaat. Minyak angin tuan punya kedai disapu di kepala…ambil telefon semula dan telefon emak…

Dalam aku sakit-sakit, sempat juga kak azie n kak salwah buat lawak “ ko ni wahida, nak pitam pun pandai cari tempat, cari kat depan kedai emas..amboi..” huh! Aku tersenyum kelat dengan lawak antarabangsa yang dia buat..

15 minit menunggu, mak pun sampai…aku balik ke rumah dan bekerja separuh hari time tu…akibat terlupa nak tutup computer, 3 hari computer tu bersengkang mata tak tido..huhu…sori MPKK if bil melambung..huhu.

Friday, June 5, 2009

luka di tangan nampak berdarah luka di hati siapa tahu

perkara yang sedih hanya diri sendiri je yg tahu..kenapa, mengapa dan bila ia terjadi pada kita. namun, air muka yang menunjukkan riak muka tidak bersemangat atau berperangai pelik mungkin akan menampakkan kita dalam keadaan sedih.

saat ini aku berasa sangat sedih, tapi insyaAllah masih lagi gembira dengan segala nikmat yang Allah beri. jika tiada perasaan sedih bagaimana aku hendak menggambarkan rasa hati yang gundah ini?

ya Allah..ye hanya Allah yang tempat kita memohon segalanya. ketentuan telah ditetapkan. namun usaha dan kegigihan kita dipandang untuk menentukan di mana destinasi kita.

bukan menidakkan rasa hati. tapi mencari yang pasti dan hakiki, juga lari dari maksiat hati. walaupun luka dihati tapi lebih indah jika disulami dengan hati yang lebih tenang.

luka di tangan nampak berdarah luka di hati siapa tahu..tatkala aku menulis entry ini...aku baru tersedar yang jariku ini terluka...mungkin terlampau sedih, sehingga aku tidak perasan dengan realiti hidup yang sedang berlaku. mungkin sewaktu aku membuka kertas, terkena bucu yang tajam, atau semasa sedang membelek fail..entah aku tak tahu..terperasan setelah setitik dua darah menitis...

biarlah...hanya setitis dua...blm lagi darah pejuang2 yang berjihad...

semoga Engkau tahu hati2 ni masih gembira dengan nikmat dan ujianmu ya Allah...

Friday, May 29, 2009

berkata2 sambil fikir mase dpn..huhu



hari ni..jumaat, tetibe rasa nak menulis dalam blog ni. tapi tak tahu nak tulis pasal aper..mungkin sedikit merepek untuk meluahkan isi hati dan juga bermonolog dengan diri sendiri yang hampir2 terasa kebosanan maksima akibat tiada kerja di hari praktikal ini. supervisor pun tak mem berikan ape2 arahan. jadi aku pun menulis menggunakan komputer milik organisas ini...

nak merepek pasal mendirikan masjid.....



cuti sekolah nak bermula esok..ramaila ibu bapa yang akan mengambil cuti untuk bersama dengan anak-anak mereka. ada yang akan melancong, ada yang akan pulang ke kampung dan ada juga yang terperap di rumah sambil menghitung hari untuk bekerja dan kembali ke sekolah semula.


musim-musim cuti sekolah ini, tak kurang juga sahabat-sahabat, saudara, kenalan dan berbagai lagi kumpulan manusia yang akan mendirikan masjid...mengadakan walimatul urus untuk berkahwin. meh aku sebut ckit nama-nama mereka..kak sahada+ abg Azrul, husnil+ustaznya, gayah+afzannya...yang ni warga-warga usm yang akan mengadakan walimatul urus. sahabat di waktu sekolah plak pun bernama azrul gak..n kenalan di tempat praktikal ni plak..kak sharipah, abg halil, en. arif(adiknya kawin) n ramai lagi la...tak larat nak sebut dah...ada juga yang membuat persiapan untk bertunang. hm........

masing-masing ada agenda tersendiri,....aku? apa yang aku nak buat yer...em...biarlah aku menjalani latihan praktikal...biarlah mereka yang agak cbuk mengambil cuti...huhu




nak merepek pasal kawan2...




dah lama tak berjumpa dengan shbt2 MT (geng pling rapat kat USM). rindu rasanya nak bermeting. rindu rasanya nak ada tugas sbg S/U. rindu gak nak kena marah n nangis mcm dlu2..huhu...farhana, fairuz, asma,lilah, saiful, zaidi n ding...jauh di mata dekat di hati tau....hehe..tetap ingt kat semua w,pun cbuk (buat2 cbuk..hehe) wpun, fairuz dekat jer umahnya tp tak dpt gak nak berjumpa dengan dia..insyaAllah akan diusahakan untk dtg...tak lupa gak kat romate...sha..lame tak bersms dgn dia....rindu sgt....


nak merepek pasal adik2 PPM...
adik2 PPM ni la penyambung segala amanah...hope adik2 semua tabah n jgn putus asa k..wan, abel, husnil, farid, intan, ayuni,qayyum n pak lang...jgn lupe kontek kak wahid yer...kak wahid pun insyaAllah akan keep in touch ngan korg sume...


nak merepek pasal diri sendiri....

risaunyer nak menjadi sebahagian dari masyarakt yang lebih besar dalam komuniti di luar kampus...huh! boleh berdegup kencang jantung kalu pk lame2..bkn aper..first skali kna cri keje..keje ape la yg akan menjadi nadi penyambung hidup diri ni di kala kegawatan ekonomi yang melanda negara. dulu hidup ngan PTPTN jer...duit tak cukup boleh merintih n tagih simpati pada akak n abang..tp skang nak mintk kat saper plak...suami kot...huhu...haah la...insyaAllah dah nak grad ni...rasenyer sesuai sgt la kalu aku nak memikirkan soal hati secara lebih mendalam, matang dan memikirkan masa depan....kwa3...tetibe nak nyayi lagu permata yang dicari plak...huhu...


em...banyak palk nak merepek pasal diri sendiri ni..tp tak pe lah dah blog sendiri tak kisahla nak tulis ape pun kan..janji aku bahagia n tak menimbulkan rasa sakit hati or terguris pada sesiapa. if ade yang terasa hati ke, memendam perasaan ker..terguris perasaan ker..terperasan ker...just tell me the truth ok...bgtau jer..insyAllah lapang dada mendengarnya dengan hati yang terbuka...wah3..memang merepek jer...



sebelum nak habiskan entry ni...jangan lupa kawan2 kat aku ek...insyaAllah aku pun tak lupa kat korang...tapi sambil2 ingt kat dunia ni jgn lupa ingt mati yer...salam...

Monday, May 18, 2009

serlah aura bertudung..tajuknyer..

Artikel ini saya perolehi dari sebuah media cetak di negara kita. Saya rasa perlu untuk saya memberi sedikit komen untuk peringatan diri dan sahabat pembaca semua.

AURA cantik bakal menyerlahkan seseorang apabila tampil dengan pakaian sepadan bersesuaian dengan diri. Busana Muslimah yang menawan dan berhemah semakin mendapat ruang di hati mereka yang mahukan penampilan sedemikian. Bahkan, dalam menyemarakkan lagi busana yang semakin mendapat tempat di hati generasi kini, suntikan moden kontemporari dalam pemakaiannya menjadi sebab ramai yang memilihnya.

jika ramai yang tertarik kerana ingin menawan dan dikatakan 'berhemah', saya rasa tidak perlu untuk memakai tudung jika niatnya masih lagi bukan untuk menutup aurat dan mencari redha Allah. hal ini kerana mereka hanya mahukan penampilan sedemikian sedangkan perintah menutup aurat itu telah jelas disebut dalam al-Quran.

Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)

Mencantikkan penampilan seseorang dengan inspirasi tudung menarik akan membuatkan dirinya dilihat penuh mempesona yang menjadi sebahagian aliran fesyen berbusana Muslimah hari ini.Menurut perunding imej, *******, kebanyakan penggemar memilih tudung atau selendang bukan hanya kerana mahukan imej menutup aurat semata-mata.
Katanya, pesona dibawa dalam satu-satu aliran busana dengan suntikan menawan membuatkan ramai teruja untuk memanfaatkan pakaian berkenaan ke majlis tertentu ataupun untuk tujuan santai.

jika ingin diri penuh mempersona dan hanya semata-mata untuk fesyen, bukankah ini telah menyimpang jauh dari ajaran islam yang telah menetapkan bahawa aurat seorang wanita dengan bukan mahramnya adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangannya. hal ini bagi menjaga diri wanita tersebut dari panahan mata seorang lelaki atau dari godaan syaitan durjana yang mahu memesongkan aqidah umat islam juga menjaga maruah dan kehormatan seorang wanita.Katanya, pesona dibawa dalam satu-satu aliran busana dengan suntikan menawan membuatkan ramai teruja untuk memanfaatkan pakaian berkenaan ke majlis tertentu ataupun untuk tujuan santai.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah kalian (wanita Islam) tetap di rumah kalian berhias (bersolek) dan mendedahkannya (bertabarruj iaitu perbuatan menampakkan rupa paras dan kecantikan) seperti mereka lakukan oleh orang-orang jahiliah dulu." (Surah al Ahzab, ayat 33)

"Kebanyakan memilih busana Muslimah disebabkan pengaruh yang pelbagai. Ada yang terpikat kerana keelokan penataan dalam rekaan atau tertarik dengan corak alirannya."Tidak dinafikan jenis atau fesyen tudung atau pakaian yang diutarakan penuh kemasan dan corak menarik, turut menjadi tarikan," katanya.Mengenai kesesuaian tudung dan alirannya yang sesuai dengan cita rasa pengguna selain senang diolah, juga antara sebab tudung sedemikian menjadi tumpuan ramai.

"Sebenarnya tarikan penting turut terletak kepada jenis tudung yang senang, ringkas dan mudah disuai padan dengan pakaian. "Seseorang penggemar harus ada kemahiran untuk memilih sendiri pakaian untuk disesuaikan dengan tudung pilihan."Untuk mengolahnya pula, perlu kreatif supaya anda kelihatan begitu menarik dengan penampilan tudung yang amat mempesonakan. Ini kerana ramai yang malas bertudung jika rekaan tudungnya sukar dipakai dan tiada nilai komersial," katanya.

jelas ramai yang tidak mahu bertudung jika rekaan tudung tersebut sukar dipakai. oleh sebab itu, di mana letaknya hukum Allah yang menyuruh kaum hawa menutup auratnya? adakah malas boleh menjadi satu alasan yang kukuh di akhirat kelak? cuba kita renung-renung dan fikirkan di mana letaknya kita sebagai hamba Allah yang melawan hukumnya.

seorang wanita itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. adalah lebih baik jika kita menyimpan segala hiasan peribadi kita khas buat suami tercinta. kerana itu lebih mulia dan menyejukkan hati setiap para suami yang memiliki seorang isteri yang taat dan menjaga kehormatannya.

Melihat kecenderungan penggemar tudung yang sukakan penampilan ringkas, kasual dan ada tarikan tersendiri, membuatkan kebanyakan pereka berlumba untuk memenuhi impian penggemar untuk tampil bergaya.Dalam memenuhi impian untuk menjadikan lebih ramai menyenangi pakaian atau tudung jenamanya itu, dia sering mencetuskan idea terkini dalam setiap karyanya.Memikirkan bukan mudah menggarap idea untuk seni ciptaan tudung, dia bangga kerana kebanyakan tudungnya mampu memenuhi selera penggemar di pelbagai peringkat usia baik remaja mahupun yang berusia.

tarikan apa yang kita mahukan? memberi kepuasan dan keselesaan kepada pemakainya? atau ingin menarik perhatian lelaki-lelaki di luar sane? hingga berlakunya pelbagai perkara yang tidak diingini? kes cabul, rogol, bunuh dan sebagainya. nauzubillah. peringatan ini bukan sahaja untuk mereka yang terbaca artikel yang diolah oleh saya ini, tetapi untuk diri saya juga yang tidak sempurna dan sentiasa alpa dengan hiburan dan keseronokan di dunia. ingatlah wahai kaum hawa bahawasanya pemakainan tudung itu perlu bertepatan dengan syariatnya, bukan untuk berfesyen atau mendapatkan perhatian orang-orang disekeliling kita. pakaian itu mencerminkan siapa diri kita. jika anda memakai uniform askar, anda adalah seorang askar, jika anda memakai uniform polis, maka anda adalah seorang polis. bukan berfikiran streotype, tapi itulah hakikat bahawasanya manusia akan memandang seseorang dan membuat kesimpulan pada pandangan pertama. oleh yang demikian, janganlah kita membiarkan orang lain membuat tanggapan serong pada diri kita pada pandangan pertama.

akhir kalam, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kata-kata yang menyinggung hati pembaca dan juga penulis artikel ini. segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. sama-samalah kita memperbaiki diri.