Thursday, December 31, 2009

sepanjang 2009


tahun 2009 seperti juga tahun-tahun sebelumnya..banyak kenangan pahit dan manis yang dilalui...





kematian..5 Januari 2009
tahun ini dimulakan dengan satu berita kematian...bapaku telah kembali ke rahmatullah..pada 5 januari 2009 semasa usianya 72 tahun. semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh..amin.

tamatnya pengajian..27 Julai 2009
alhamdulillah..tahun ini juga tamatnya pengajian aku dalam bidang pengurusan rumah tangga..eh, pengurusan sumber manusia..huhu..selama 3 tahun belajar di USM akhirnya aku menamatkan pengajian dengan baik. berkat usaha, doa, dan tawakal hanya Allah jua yang mampu memberikan kebaikan tersebut.


aku memikul tanggungjawab baru..3 Ogos 2009
hari pertama memulakan kerja di Sahabat Alam malaysia. penyesuaian diri yang sangat memerlukan aku untuk sensetif dengan keadaan sekeliling. tapi, aku masih tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan baik walaupun hampir 5 bulan di sini.

hari Kelahiran 7 Ogos 2009
genap usia 23 tahun..banyak ranjau dan kemanisan yang dilalui sehingga aku berada di sini.terima buat mereka yang meraikan hari kelahiran ku yang amat bermakna ini.

konvokesyen sedih dalam gembira 15 Ogos 2009
sedih kerana tiada keluarga yang hadir pada hari kejadian...beberapa masalah melanda menyebabkan tidak mahu untuk hadir ke majlis ini.namun, atas satu semangat tetap juga mengambil ijazah sarjana muda dihapadan naib canselor USM. terima kasih atas kehadiran seorang yang bakal menjadi pemimpin diri..insyaAllah.



aku & dia..22 september 2009 (3 syawal 1430)
bulan syawal yang diraikan..hari raya pertama yang diraikan tanpa bapa tersayang..aku redha..segalanya ketentuan ilahi. tapi, dalam kesedihan ada kegembiraan yang diberikan oleh Allah kepada hambanya..hari ini batu putih bertukar tangan..semoga ianya kekal..amin...

latihan diri...30 nov-13 dis 2009
memasuki fasa ini..aku dan teman-teman lain bermusafir di 3 buah negeri..pulau pinang, perak dan kedah...banyak pengalaman yang tak dapat dilupakan..aku gembira berad di sini menerima ilmu yg pelbagai dari mereka yang mempunyai latar belakang ilmu yang berbeza..sangat bermanfaat...



fasa seterusnya...26-27 dis 2009
melangkah ke dewan muzakarah USM untuk menghadiri kursus kahwin..huhu..insyaAllah..untuk persediaan masa hadapan yang bakal tiba. doakan yer sahabat agar segalanya berjalan dengan lancar serta dimurahkan rezeki...dan Allah menetapkan hati-hati orang-orang di jalanNya...

penutupan 2009...
masih lagi dalam dilema..satu ujian yang membuatkan jiwa kacau..sehingga ujian-ujian yang hadir datang bertimpa-timpa akibat stress yang melanda diri...ya Allah tutupkanlah 2009 dengan kemanisan dan kegembiraan ya Allah...amin...

Wednesday, November 25, 2009

Aku yang terlebih manja…ke..mengada!!huhhu

Entri ni khas untuk mengata diri sendiri..hehe…

Kalau nak ikutkan memang aku anak sulung dalam famili..tapi, disebabkan kurang kasih sayang..so, aku sengaja cari port untuk bermanja..huhu..manja ngan mak la..ngan arwah bapak tak pernah..coz..dia garang sangat..

Sampai dah besar macam ni pun terlebih manja dengan mak..mak pun memberikan kasih sayang yang lebih pada aku..alhamdulillah…sampaikan adik aku yang bongsu pun jeles..yer la..dia yg kecik pun tak manja macam aku..

Kami 3 beradik,,aku, adik lelaki dan yang bongsu perempuan. Masih belaja lagi dia..darjah 6..keputusan UPSR…biarlah rahsia..

Masa kecik aku ni senang gak la nak dibela..mak aku yang cakap macam tu..coz aku jenis berdikari…masa umur setahun, aku nak dapat adik lagi..so, time tu aku dah mula berdikari dengan sendiri…buat hal sendiri sampai jatuh longkang kat luar rumah…keh3..tapi..tak de rezeki..anak kembar yang mak kandungkan meninggal dunia semasa dilahirkan ke dunia. So, aku kembali sebagai anak yang dimanjakan…

Lepas tu..aku tak manja dah..bila dah pandai buat hal sendiri..betul..memang tak manja..p sekolah agama umur 6 tahun..p sendiri..tak sekolah tadika pun..buat keputusan sendiri jer…darjah 1 pun p sekolah sendiri…orang lain, ade mak or ayah yang hantar…darjah 3, pindah duk kampong sebelah mak…coz opah yang dah tua..tinggal sorang2…time ni pun p sekolah sorang2..kiranya semua sorang2 la..Cuma mase aku masuk universiti jer..mak n bapak hantarkan..coz banyak barang nak bawa..time masuk u ni la..bermulanya sesi manja2 ni…hm…

Kalau balik bercuti..bangun lambat pun mak tak marah..coz..mak kate penat belajar..kat rumah bgn lewat ckit tak per la…(tapi kat u sebenarnya banyk je tdo..huhu) dulu kat rumah setiap hari cuti sekolah kena masak…coz mak n bapak pergi menoreh…tapi bila balik rumah, mak yang masak..walaupun balik dari menoreh..coz..anaknya nak makan masakan mak…rindu,hehe (tapi aku batu-bantu la)

Lepas arwah bapak meninggal..manja semakin menjadi-jadi plak…yer la..dulu mak manjakan bapak..so, anak dapat ckit jer..lepas bapak dah pergi..semua duk kerumun kat mak..sampai 2 orang adik kat bawah aku pun duk menyibuk sekali..time kami selalu kacau mak ialah bila dia nak berzikir antara solat Maghrib dan Isyak. Time tu memang semua duk kerumun mak atas katil..aku orang pertama yang mulakan, lepas tu datang yang tengah..lastly. datang yang bongsu..

Mulanya aku gangu mak dengan cium pipi dia…pas tu..main tengkuk dia..coz mak geli kat bhgn tengkuk..n then, mak senyum…aku pun cakap..mak, mak sayang ---- x? (nama panggilan kat rumah dirahsiakan)

Mak tak nak jawab…ala..mak sayang ---- x?..sayang..sayang…sayang…mak jawab…huhu..aku cium mak lagi…

Aku pun cakap kat adik yang bongsu..tgk, mak sayang kak yong..mak tak sayang ko..huhu…adik pun sedih n lari ke luar n nangis..hehe..jahatnyer kakak dia ni…pas tu mak cakap kuat2..”mesti la mak sayang…mak sayang semua anak mak..yang sulung mestila sayang..coz anak pertama..anak yang mula2 lahir..yang ke-2 pun sayang coz..satu2nya anak lelaki..mestilah sayang…n yang bongsu..mesti sayang..coz tak de dah anak yang lain lepas tu…pandainye mak bagi kesimpulan..buat kami semua rasa disayangi….

Sayang mak…semoga mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga mak diberi kesihatan yang baik, semoga mak sentiasa dalam lindungan Ilahi..kami semua sayang pada mak…n kami tahu..mak sayang pada kami semua anak2 mak..n anak2 tiri mak juga…mak tak pernah bahagikan kasih sayang antara kami..pengorbanan mak sangat tinggi sampai sekarang ni masih lagi membanting tulang untuk mencari rezeki untuk kehidupan…maaf.kerana anakmu ini tidak mampu memberikan kemewahan didunia ini…semoga segalanya terbalas di sana nanti…

Tuesday, November 24, 2009

mak..angkat telefon...


mak yang comel kat tengah tu...


Salam..lame tak menulis kat blog ni…hm…rindu rase..tapi kali ni bukan nak sambung cerita….tiba-tiba nak menulis perbualan telefon antara aku dan mak…huhu


Malam tadi aku telefon mak kerana terlampau bosan keseorangan di rumah dan rindu kat emak. Semalam aku pergi ke Kuala Sepetang bersama dengan Rubi dan Abg Nije. Escort En.Azrilnizam Omar coz dia ada talk masa tu..huhu..


Nak jadikan cerita, Rubi yang membawa kereta pada masa tu boleh masuk ke tol nak pergi ke Ipoh bukan nak pergi Pulau Pinang…so, kami terpaksa la exit Kuala Kangsar..tambah lagi 3 ringgit duit tol.


Aku pun ceritakan hal ni kat mak aku, mak aku pun cakap, nape tak lajak terus sampai ke rumah..boleh makan buah rambutan..hm..tak per la mak…raya haji nanti insyaAllah nantikan kepulangan anakmu ini…


Aku pun tanyerla kat emak..ramai ke orang ajak datang kenduri kahwin tahun ni..yer la..mak aku kan orang penting kat kampong..keh3..ramai sangat katanyer…ni pun baru je balik dari 2 buah kenduri, tapi kenduri seorang berkhatan n seorang lagi bertunang..


Dah cerita pasal bab kahwin ni, mak aku pun bergosip la ngan aku pasal satu cerita..ish3…ada la orang kampong aku yang bakal berkahwin..tapi berkahwin kerana telah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT..hingga menyebabkan dia mengandung..dan usia kandungan sudah mencecah 4 bulan. Astaghfirullah...semoga Allah menjauhkan kita dari perkara yang tidak baik ini dan mengampunkan dosa-dosa mereka yang ingin bertaubat…insyaAllah.


Sedih rase bila dengar cerita macam ni..coz jadi dengan orang yang kita kenal dan berkawan. Mak aku cakap pihak perempuan nak adakan juga majlis perkahwinan..yer la untuk anak ‘kesayangan’. Mak dengan ayah ni, walaupun anak dia dah menconteng arang pada muka, tapi masih lagi sayangkan anak. Masih lagi sanggup berpenat lelah untuk mengadakan majlis kenduri anak.


Hm….ape lagi ye..oooo..mak kate..susah skang ni bila tak de kereta..nak p klinik susah, nak p beli barang pun susah..nak p beli penyapu..tapi adik aku cakap mcm ne nak bawa penyapu dengan motor…tak pe mak..nanti biar anak mak ni buat penyapu lidi jer…hehe…


Aku ada cakap yang dah 4 hari aku tido sorang-sorang kat rumah..pas tu mak aku pun kate..banyak la istighfar…kalau dah sorang2 kat rumah…pas tu, mak kate, pergilah makan kalau bosan duk sorang-sorang..ade ke nak suruh makan..huhu…

Banyaknyer mak kate..huhu


Lastly nak akhiri perbualan…mak kate lagi…jaga diri baik-baik…pejam mata elok2..tidur elok2…hehe..rase manje plak bila mak ckp mcm tu…yer la dia tau anak dia ni tido sorang2…baik mak…sayang mak..Assalamualaikum.

Saturday, October 31, 2009

kerana aku seorang perempuan..part 4

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana telah memberikan aku keputusan yang cemerlang dua semester berturut-turut. Semester ini aku mendapat pointer 3. 52, meningkat 0.02 berbanding semester lepas. Aku sangat gembira dengan keputusan yang diperolehi. Tidak sia-sia aku berjaga malam dan menghabiskan masa menelaah buku pelajaran di perpustakaan. Jika membuat latihan, aku akan mengajak Amin, K-E, Najib dan Din untuk sama-sama menguji minda dan meningkatkan pemahaman kami terhadap subjek yang dipelajari.

Tahun ke-2 aku di universiti lebih mematangkan diri aku. Aku tidak lagi bergelar junior. Ditambah pula aku terpaksa melalui perkara baru dalam hidup. Aku terpaksa duduk sebilik dengan seorang senior tahun tiga jurusan Fizik Tulen. Bilik kesayangan aku semasa tahun pertama tidak dapat aku duduki kerana diberikan kepada junior yang baru masuk.

Kak Ros, itulah panggilan teman sebilikku, umurnya tua setahun dari aku. Kak Ros seorang yang amat menjaga agamanya. Memakai tudung labuh, kadang-kadang berjubah dan kadang-kadang berbaju kurung. Jarang dia memakai seluar kecuali jika beriadah. Itu pun memakai baju t-shirt labuh. Kadang-kadang rimas juga aku tengok cara pemakaina dia. Tapi ikut keselesaan la, selagi dia tak kacau aku, aku pun tak kacau dia.

Aku tahu, Kak Ros seorang yang sangat baik orangnya. Menjadi idaman lelaki-lelaki yang inginkan calon isteri solehah. Aku? Jauh paggang dari api, tak mungkin aku akan jadi penyejuk hati seorang lelaki. Huh!
SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYAKEHARUMAN MELATA
SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANGMALAM
BERJUANG UNTUK KEROSAKAN
TETAPI,SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA
SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU
AGAR IA TIDAKBERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA
SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN
SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN

Buat dirimu: Nadia



Pagi ini, sebuah sajak yang ditulis dengan tulisan verdana berada dalam raga motorku. Khas buat Nadia. Siapakah yang memanggil aku dengan nama Nadia. Selama ini, aku hanya memperkenalkan diriku dengan panggilan Nad, sesuai dengan penampilanku. Biarkan saja perkara ini berlalu, mungkin hanya seseorang yang ingin menjadikan aku sahabatnya.

Malam itu, aku mengambil kertas yang tertulis sebuah sajak. Ye, sajak yang menceritakan tentang sahabat dan ciri-ciri seorang sahabat. Aku sukakannya. Sifat seorang sahabat yang baik dan nampak Islamik. Tapi, siapakah pemilik sajak tersebut. Aku masih lagi mencari dan masih lagi menjadi tanda tanya dalam diri.Esoknya, selepas aku keluar dari makmal komputer Pusat Pengajian Pengurusan, aku menerima sehelai lagi kertas. Kali ini bukan sebuah sajak tapi hanya kata-kata ringkas.

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita.

Buatmu: Nadia

Siapakah dia orangnya. Kata-kata sinis yang dihantar padaku kali ini membuatkan aku betul-betul terasa hati. Kalau dia seorang yang ingin berkawan, terima aku seadanya. Jangan memperlekehkan aku. Aku tahu siapa aku dan apa yang aku lakukan. Satu pemberontakan kecil dalam diri. Baik sangat ke dia hingga menegur aku sebegini.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Buatmu: Nadia

Terasa sedap didengar kata-kata ini. Sejuk hatiku mendengarnya. Ya, seorang wanita itu sangat baik penciptaannya. Adakah aku seorang yang tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan? Atau aku hanya manusia biasa yang ingin mencuba? Perlukah aku menceritakan hal ini kepada Nina, Aju, atau Shanti? Tidak, belum masanya lagi.

Setelah seminggu aku menerima sekeping kertas bertulis, hatiku semakin resah. Siapakah gerangan yang memberikan aku kata-kata tersebut. Setiap hari. Aku jadi bingung, dan aku perlu tahu siapakah insan yang tidak jemu-jemu menghantar pesanan tersebut kepadaku. Aku perlu memasang jerat, supaya ‘dia’ terkena.

Keesokan harinya, seperti biasa aku akan ke kuliah makroekonomi di bangunan E48, tapi kali ini aku tidak terus masuk ke dalam dewan kuliah, aku duduk di tepi bangunan sambil memerhatikan kalau-kalau ada kelibat yang menghampiri motorku. Dua puluh minit berlalu dan aku semakin bosan menunggu, tiba-tiba seorang lelaki yang berbaju t-shirt berwarna merah dan berseluar slack meletakkan sekeping kertas dalam raga motorku. ‘snap’ dari jauh aku memfokuskan wajah lelaki tersebut di lensa kameraku. Akhirnya aku berjaya dan dia adalah seorang lelaki. Hm....

Wednesday, October 28, 2009

kerana aku seorang perempuan..part 3

Rindu pada universiti setelah tiga bulan bercuti. Sesampainya aku di sana, aku mengambil keputusan untuk meminjam buku-buku tambahan untuk sesi pembelajaran pada semester ini. Jika terlambat, buku-buku akan dipinjam oleh pelajar lain dan belum tentu aku dapat meminjamnya dalam masa yang dikehendaki. Lebih baik aku menelaah terlebih dahulu sambil membuat nota awal.

Walaupun aku bersendirian di Desasiswa Cahaya Gemilang aku bertuah kerana mempunyai sahabat baik. Nina, Shanti dan Aju, merekalah teman baikku di universiti. Walaupun mereka rakan sekuliah, tetapi, aku lebih rapat dengan Din, Najib, K-E dan Amin. Merekalah teman sekuliah ku yang sangat baik dan sentiasa menemani aku ke mana sahaja jika aku perlukan teman. Walaupun ramai mata-mata yang memandang kami dengan pandangan yang sinis, tapi aku tak peduli. Kerana aku tahu, kami lebih tahu siapa kami. Makan bersama, bersenam dan beriadah bersama juga yang paling seronok bila membuat tugasan dalam kumpulan, kami tetap berlima.

Pernah sekali Najib menegur aku kerana berkawan dengan lelaki dan perangai aku juga seperti lelaki.

“Nad, kenapa ko suka berkawan dengan kami yer? ko kan perempuan”?

“Sebab korang semua baik dengan aku”, jawabku.

“Tapi ko tak nampak ke orang lain tengok kita lain macam jer”, tambah Najib

“Betul tu, ko kan perempuan. Tiba- tiba aku teringin nak tengok kau pakai baju kurung la Nad, mesti nampak ayu”. pintas K-E.

“Biarla apa orang lain nak cakap, kalau korang semua tak nak kawan dengan aku sudah, kalau korang nak tengok aku pakai baju kurung baik korang tak payah kawan dengan aku”, dengan nada marah aku menjawab soalan mereka.

Amin menenangkan suasana dan akhirnya kami tetap menjadi kawan rapat sehingga hari ini.

Bukan aku tak tahu, tak manis aku berkawan dengan mereka. Tapi aku lebih selesa berkawan dengan lelaki dari perempuan-perempuan yang suka bergosip dan mengumpat tak tentu masa. Lagi aku tak suka bila terpaksa menunggu mereka untuk bersiap ke kuliah. Boleh buat hati panas. Nasibla aku tinggal seorang, kalau ada teman sebilik, mesti banyak masa aku dihabiskan dengan melayan cakap-cakap kosong, melihat dia dengan pakaiannya, make up dan cerita tentang lelaki idaman. Bosan.



Semester ini berlalu dengan begitu pantas. Setelah tamat peperikasaan akhir, aku mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung kerana cuti hanya sebulan. Aku bekerja di Tesco Extra Sungai Dua sebagai jurujual. Pendapatan yang aku terima akan aku hantar sedikit ke kampung untuk belanja bapak, mak dan adik-adik di kampung. Seronok bekerja di sini, kerana aku dapat pengalaman yang lebih mencabar dan mengetahui selok belok perniagaan yang lebih besar julatnya berbanding semasa aku bekerja di R&R dahulu.

Monday, October 26, 2009

kerana aku seorang perempuan..part 2

Selepas solat zohor, aku menelaah buku-buku pelajaran sambil minum milo panas. Terasa seperti mengantuk, dua tiga baris ayat yang aku baca nyata membuatkan pelupuk mataku berat. Tutup buku dan terus menghampiri katil.Zzzz…..

Waktu malam seusai solat maghrib dan isyak memang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran. Mata lebih cergas. Aku membuat nota pelajaran mikroekonomi. Mata pelajaran yang sangat aku minati. Telefon berbunyi…telefon..telefon berbunyi macam cerita wonderpets di TV9. Aku mencapai telefon dan menekan butang hijau. Suara emak yang memberi salam mendamaikan jiwa. Mak aku telefon. Katanya minggu ni hujan asyik turun dan pokok getah basah. Duit belanja pun kurang.

‘”kamu tau hari ni hujan lebat bebeno, sampai ke petang. Dah seminggu mak tak boleh noreh” adik kamu balik sekolah lenjun.” Kata mak.

Aku dibesarkan dengan hasil titik peluh bapak dan mak yang menorah getah. Aku bangga kerana walaupun rezeki tak seberapa, tapi makan kami sentiasa terjaga walaupun hanya makan nasi dengan lauk goreng ikan kembung. Sangat menyelerakan. Namun, di universiti, terutamanya di café, makanan aku lebih terjaga dan mungkin lebih sedap. Pilih saja ayam, ikan, sotong atau apa saja, semua ada.

Tiba-tiba aku teringat kata-kata Shanti sewaktu makan tengahari.

“Nad, kenapa ko tak simpan rambut panjang macam kami yer sambil memandang Nina, aku rasa kalau kau berambut panjang mesti cantik. Aku tengok rambut kau macam Syahrul course mate kita tu”, kata Shanti sambil tersenyum menampakkan barisan giginya.

Aku berambut panjang? Gila ke apa? Tak mungkin aku berambut panjang, dengan gaya aku yang ganas, santai dan tidak mementingkan kecantikan, mana mungkin boleh berambut panjang. Apatah lagi aku memang tidak suka berambut panjang dan aku memang kelihatan seperti lelaki. Oh, lelaki…


Biarkanlah..ini adalah jalan yang aku pilih. Aku memilih untuk merubah diriku. Apa yang aku fikirkan hanyalah menamatkan pelajaran dan mengejar cita-cita menjadi usahawan yang berjaya satu hari kelak. Bukan untuk orang lain, tapi untuk kelurgaku yang telah banyak berjasa pada diriku menjadikan aku seorang yang berilmu.

Setelah menduduki peperiksaan semester pertama, aku manfaatkan cuti selama 3 bulan untuk menambahkan pendapatan. Aku bekerja sebagai jurujual di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) kawasan Sg. Perak. 15 minit dari rumahku di Kampung Chandan. Walaupun penat melayan keletah pelanggan tapi aku gembira kerana dapat pengalaman yang sangat bermakna. Cita-citaku menjadi seorang usahawan akan bermula dari sini.

Setiap hari Rabu, aku akan menolong bapak dan mak mengutip getah. Kalu hujan turun sikitlah hasil jualannya, tapi jika hari panas, Alhamdulillah..rezeki kami bertambah. Getah-getah yang ada dalam pot aku tarik dan masukkan ke dalam tong sebelum dipindahkan ke dalam guni supaya mudah ditimbang. Selesai mengutip getah, aku akan membuat pemeriksaan mengejut ke seluruh badan. Pacat!!! Dua tiga ekor pacat di celah jari kaki dan seekor di bawah pelipat lutut. Pacat yang sudah kenyang diambil dan di toreh dengan pisau penoreh getah. Bila aku bersifat lebih penyayang, aku akan matikan pacat dengan meletakkan garam kasar dibadannya seterusnya darah akan keluar dari badan pacat tersebut. Kejamnya aku.

Hari ni aku bekerj adi R&R seperti biasa. Namun, seorang lelaki yang perasan hensem telah datang dan membuat pesanan air milo ais, dua. Mungkin untuk aweknya yang tergeik-gedik menunggu di meja sambil memintal-mintal rambutnya yang separas bahu. Jelek aku melihatnya. 2.40 sen harga milo ais. Lelaki itu meletakkan 2 ringgit di atas kaunter pembayaran. 40 sen halal ye, katanya. Mana boleh encik, ni bukan kedai saya nak mintak halal. Lelaki tersebut berlalu begitu sahaja. Aku yang dalam keadaan bengang secara spontan mengambil roti gardenia RM 0.60 dan membaling kearah lelaki itu. KECOH3. akhirnya aku berhenti kerja pada hari itu juga seminggu sebelum tamat kontrak.


Sebelum pulang ke kampus, mak sempat memesan supaya menjaga diri dan menjaga maruah diri dan keluarga. Aku terdiam dan aku faham maksudnya. Setiap kali aku keuar rumah itulah pesanannya. Aku rasakan aku masih lagi baik dan tidak melakukan perkara yang terlarang selain…..


Saturday, October 24, 2009

kerana aku seorang perempuan...part 1

kringgggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!
jam loceng yang berbunyi membuatkan tidur aku terganggu. dengan malas aku mengambil tuala yang berada di atas lantai selepas mandi malam tadi. penatnya bila terpaksa ke dewan kuliah waktu- waktu pagi begini. rutin sebagai seorang pelajar.
aku hanya mengenakan seluar jeans lusuh bewarna biru dan kemeja t besar seperti baju abang aku. sebenarnya memang abang aku yang bagi kerana saiznya lebih kecil dari saiz badannya.
rambut separas bahu aku sisir ke belakang dan aku mencapai beg sandang belakang bewarna hitam yang penuh dengan khazanah yang diperlukan. sebelum pergi aku sempat mencapai handset yang sudah penuh bar baterinya tanda di cas malam tadi.
tepat jam 9 pagi aku berada di dalam dewan kuliah. pensyarah masih lagi terkial-kial membetulkan lcd sambil membetulkan microphone yang tersepit di kolar baju.
aku melihat-melihat sekeliling dewan kuliah. pintu utama dewan dimasuki ramai pelajar-pelajar yang mengambil jurusan pengurusan. ade yang memakai baju kurung, ade yang hanya memakai skirt, dan yang paling aku nak tergelak, ada juga yang memakai baju songket bunga tabur dengan kasut tumit tinggi dan make-up yang tebal seperti raja sehari nak bersanding di atas pelamin..arggh...mahu ke kuliah ke? monolog ku dalam hati.
tamat saja kelas aku bergegas pula ke perpustakaan menelaah subjek yang telah diajar, subjek pengantar pengurusan dan mencari maklumat tambahan.inilah rutin ku selepas sesi pembelajaran. hari-hari aku di universiti lebih tertumpu pada pelajaran walaupun aku nyata seorang yang malas untuk melakukan hal-hal lain.
tengah hari ni, aku makan nasi bersama ayam goreng di cafe Gemilang. ayam goreng yang rangup dan memang kesukaanku. aku terserempak dengan rakan sekuliah merangkap kawan baikku. Aku pun pelawa mereka makan bersama. nina, aju dan shanti. nina seorang gadis yang sangat mementingkan kecantikan diri. rambutnya lurus di rebonding, bulu matanya dilentikkan dan bajunya saiz S walaupun aku rasa dia sesuai dengan saiz L. aju pulak bertudung dan lebih lembut orangnya. cuma kadang-kadang lembutnya bertukar garang.orangnya nampak manis..shanti seorang gadis india dari ipoh, perak. suka bercakap.
habis makan aku masuk ke bilik dan mula membuka komputer riba kesayangan.ACER..hari ni aku menonton cerita kegemaran..NARUTO. NARUTO SHIPUDEN yang telah meningkat remaja. bagaimana seorang lelaki yang mempunyai kuasa dan mempunyai sifat setiakawan yang sangat tinggi. lelaki...............