Saturday, October 31, 2009

kerana aku seorang perempuan..part 4

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana telah memberikan aku keputusan yang cemerlang dua semester berturut-turut. Semester ini aku mendapat pointer 3. 52, meningkat 0.02 berbanding semester lepas. Aku sangat gembira dengan keputusan yang diperolehi. Tidak sia-sia aku berjaga malam dan menghabiskan masa menelaah buku pelajaran di perpustakaan. Jika membuat latihan, aku akan mengajak Amin, K-E, Najib dan Din untuk sama-sama menguji minda dan meningkatkan pemahaman kami terhadap subjek yang dipelajari.

Tahun ke-2 aku di universiti lebih mematangkan diri aku. Aku tidak lagi bergelar junior. Ditambah pula aku terpaksa melalui perkara baru dalam hidup. Aku terpaksa duduk sebilik dengan seorang senior tahun tiga jurusan Fizik Tulen. Bilik kesayangan aku semasa tahun pertama tidak dapat aku duduki kerana diberikan kepada junior yang baru masuk.

Kak Ros, itulah panggilan teman sebilikku, umurnya tua setahun dari aku. Kak Ros seorang yang amat menjaga agamanya. Memakai tudung labuh, kadang-kadang berjubah dan kadang-kadang berbaju kurung. Jarang dia memakai seluar kecuali jika beriadah. Itu pun memakai baju t-shirt labuh. Kadang-kadang rimas juga aku tengok cara pemakaina dia. Tapi ikut keselesaan la, selagi dia tak kacau aku, aku pun tak kacau dia.

Aku tahu, Kak Ros seorang yang sangat baik orangnya. Menjadi idaman lelaki-lelaki yang inginkan calon isteri solehah. Aku? Jauh paggang dari api, tak mungkin aku akan jadi penyejuk hati seorang lelaki. Huh!
SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYAKEHARUMAN MELATA
SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANGMALAM
BERJUANG UNTUK KEROSAKAN
TETAPI,SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA
SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU
AGAR IA TIDAKBERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA
SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN
SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN

Buat dirimu: Nadia



Pagi ini, sebuah sajak yang ditulis dengan tulisan verdana berada dalam raga motorku. Khas buat Nadia. Siapakah yang memanggil aku dengan nama Nadia. Selama ini, aku hanya memperkenalkan diriku dengan panggilan Nad, sesuai dengan penampilanku. Biarkan saja perkara ini berlalu, mungkin hanya seseorang yang ingin menjadikan aku sahabatnya.

Malam itu, aku mengambil kertas yang tertulis sebuah sajak. Ye, sajak yang menceritakan tentang sahabat dan ciri-ciri seorang sahabat. Aku sukakannya. Sifat seorang sahabat yang baik dan nampak Islamik. Tapi, siapakah pemilik sajak tersebut. Aku masih lagi mencari dan masih lagi menjadi tanda tanya dalam diri.Esoknya, selepas aku keluar dari makmal komputer Pusat Pengajian Pengurusan, aku menerima sehelai lagi kertas. Kali ini bukan sebuah sajak tapi hanya kata-kata ringkas.

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita.

Buatmu: Nadia

Siapakah dia orangnya. Kata-kata sinis yang dihantar padaku kali ini membuatkan aku betul-betul terasa hati. Kalau dia seorang yang ingin berkawan, terima aku seadanya. Jangan memperlekehkan aku. Aku tahu siapa aku dan apa yang aku lakukan. Satu pemberontakan kecil dalam diri. Baik sangat ke dia hingga menegur aku sebegini.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Buatmu: Nadia

Terasa sedap didengar kata-kata ini. Sejuk hatiku mendengarnya. Ya, seorang wanita itu sangat baik penciptaannya. Adakah aku seorang yang tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan? Atau aku hanya manusia biasa yang ingin mencuba? Perlukah aku menceritakan hal ini kepada Nina, Aju, atau Shanti? Tidak, belum masanya lagi.

Setelah seminggu aku menerima sekeping kertas bertulis, hatiku semakin resah. Siapakah gerangan yang memberikan aku kata-kata tersebut. Setiap hari. Aku jadi bingung, dan aku perlu tahu siapakah insan yang tidak jemu-jemu menghantar pesanan tersebut kepadaku. Aku perlu memasang jerat, supaya ‘dia’ terkena.

Keesokan harinya, seperti biasa aku akan ke kuliah makroekonomi di bangunan E48, tapi kali ini aku tidak terus masuk ke dalam dewan kuliah, aku duduk di tepi bangunan sambil memerhatikan kalau-kalau ada kelibat yang menghampiri motorku. Dua puluh minit berlalu dan aku semakin bosan menunggu, tiba-tiba seorang lelaki yang berbaju t-shirt berwarna merah dan berseluar slack meletakkan sekeping kertas dalam raga motorku. ‘snap’ dari jauh aku memfokuskan wajah lelaki tersebut di lensa kameraku. Akhirnya aku berjaya dan dia adalah seorang lelaki. Hm....

2 comments:

Anonymous said...

hmm..

sapa ye lelaki tu ye..

knapa lelaki tu asik bgi surat kat nad ye??

adakah lelaki tu minat kat nad tu?

bagaimana lelaki tu kenal nad??

adakah lelaki tu teman lama nad..

dan.. kak ros rumet nad tu..

adakah dia dalang semua ini

hahaha...

tunggguu...

terus berkarya untuk mendidik. =)

penguin kutub said...

uhu....tgu yer...belum tertulis lagi....tp tanda tanyer ros..ada kena ckit2 la..hehe...sabar